Kayu swafoto atau dikenali sebagai selfie stick adalah rod teleskoping dengan telefon pintar atau kamera yang dipasangkan pada hujungnya. Dengan menggunakan cara ini, anda boleh merakam gambar diri sendiri atau orang lain dari jarak yang lebih jauh. Peranti canggih ini telah mengubah cara orang ramai mengumpul kenangan dan menjadi semakin popular sejak kebelaknagan ini. Kayu swafoto kini menjadi aksesori standard untuk semua orang yang suka mengambil gambar individu atau secara berkumpulan.
Kayu swafoto sangat bagus untuk merakam detik-detik yang tidak dapat dilupakan bersama rakan dan keluarga, terutama pada hari keluarga atau majlis-majlis khas. Alat ini membolehkan anda mengambil gambar dari sudut yang berbeza, menangkap lebih banyak latar belakang dan memuatkan lebih ramai orang dalam bingkai kamera. Artikel ini membantu anda untuk meneroka 7 kayu swafoto terbaik Malaysia.
Bagaimanakah Cara Kayu Swafoto Dibersihkan?
Anda boleh menggunakan kain lembap dan sabun biasa sahaja. Pastikan anda mengeringkannya dengan teliti sebelum menggunakannya sekali lagi. Jangan gunakan bahan cecair berbahaya atau kimia sewaktu membersihkan alat ini. Hal ini kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada tekstur alat ini.
Adakah Penggunaan Kayu Swafoto Boleh Merosakkan Telefon Pintar?
Tidak. Namun, jika telefon anda tidak diletak dengan betul pada kayu swafoto, kemungkinan ia boleh jatuh dan rosak. Untuk mengelakkan hal sedemikian daripada berlaku, anda haruslah sentiasa memastikan telefon pintar anda terletak kemas pada kayu swafoto. Selain itu, sesetengah kayu swafoto mungkin mempunyai bahagian tepi yang kasar dan boleh menggores skrin atau permukaan telefon anda. Jadi, memilih kayu swafoto yang berkualiti adalah penting untuk kelangsungan telefon anda pada masa hadapan.
7 Kayu Swafoto Terbaik di Malaysia 2023
1. My Gadget Mall Multifunction Selfie Stick
My Gadget Mall Multifunction Selfie Stick dilengkapi dengan alat kawalan jauh boleh tanggal. Selain itu, ia mempunyai ciri Bluetooth untuk anda menggunakannya dari jauh. Kayu swafoto ini mempunyai asas berbentuk segi tiga yang membolehkan tongkat swafoto diletakkan di mana-mana permukaan rata sebagai tripod. Di samping itu, kayu swafoto ini boleh dilipat untuk penyimpanan mudah.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Berat: 155 g
- Warna: Hitam, Putih, Merah Jambu, Hijau
Kelebihan:
✅Alat kawalan jauh boleh tanggal
✅Kaki tongkat berbentuk segi tiga
✅Mudah disimpan
Harga: RM8.34
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. 360° Rotate Selfie Stick
360° Rotate Selfie Stick dibina dengan reka bentuk yang kukuh dan mampu berputar sehingga 360 darjah. Ciri ini membolehkan anda menangkap sudut dengan mudah. Selain itu, ia fleksibel digunakan semasa anda mengambil swafoto atau video bersama rakan-rakan atau keluarga. Kayu swafoto ini menjimatkan hayat bateri kerana ia mempunyai ciri ‘sleep mode’ automatik yang akan diaktifkan selepas 10 minit telefon anda tidak aktif.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, Logam
- Berat: 150 g
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅Putaran pelbagai sudut
✅Mudah dibawa
✅Serasi dengan Android 4.3 dan OS 5.1
Harga: RM8.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Selfie Stick Tripod
Selfie Stick Tripod boleh dilaraskan kepada sudut yang berbeza untuk menangkap foto anda dengan berkesan. Selain itu, dengan menggunakan kayu swafoto ini, anda boleh mencari sudut yang sempurna untuk swafoto anda. Kayu swafoto ini mempunyai pelbagai fungsi kerana ia boleh digunakan sebagai pemegang telefon dan tripod meja untuk kemudahan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Logam, Plastik
- Berat: 141 g
- Warna: Hitam, Putih
Kelebihan:
✅Boleh dilipat
✅Kestabilan yang tinggi
✅Lampu isian LED
Harga: RM24.63 – RM31.89
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Xiaomi Original Mi Tripod Selfie Stick
Xiaomi Original Mi Tripod Selfie Stick merupakan tongkat swafoto rekaan 2-dalam-1 yang boleh digunakan sebagai tongkat swafoto dan tripod untuk keperluan anda. Kayu swafoto ini mempunyai alat kawalan jauh Bluetooth 3.0 bebas dan bateri Li-ion 60mAh ‘built in’ yang boleh dicas semula. Ciri ini menjadikannya alat tahan lama dan pantas bertindak balas apabila digunakan.
Spesifikasi:
- Bahan: Aloi Aluminium
- Berat: 155g
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅Reka bentuk antigelincir
✅Kukuh
✅Sambungan tanpa wayar
Harga: RM54.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Upgraded Rotatable Selfie Stick
Upgraded Rotatable Selfie Stick merupakan produk yang kukuh dengan struktur yang stabil apabila anda menggunakannya. Semua ini adalah untuk memastikan semua foto dan video yang anda rakam tanpa bergoncang. Kayu swafoto ini boleh digunakan secara menegak atau mendatar, bergantung pada keperluan anda. Selain itu, ia dilengkapi dengan lampu isian yang boleh dilipat dengan tiga warna terang dan sembilan pelarasan kecerahan.
Spesifikasi:
- Bahan: ABS, Plastik
- Berat: 270 g
- Warna: Merah, Hijau, Kuning, Hitam
Kelebihan:
✅Antigelincir
✅Stabil
✅Lampu isian boleh lipat
Harga: RM29.00 – RM37.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Onsmo SF-1X Selfie Stick
Apabila pemegang kayu swafoto ini diperluaskan, Onsmo SF-1X Selfie Stick boleh digunakan sebagai tripod dan tongkat swafoto untuk mereka yang menggunakan telefon bimbit. Kayu swafoto ini juga mempunyai butang jauh pengatup Bluetooth boleh tanggal yang dapat disambungkan pada mana-mana telefon sebagai tripod. Selain itu, ia menggunakan takuk pengunci agar telefon yang dilekat pada alat ini dapat berputar sehingga 360 darjah. Hal ini dapat melindungi telefon anda daripada jatuh atau bergerak bebas pada kayu swafoto ini.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, Logam
- Berat: 350 g
- Warna: Hitam, Merah Jambu
Kelebihan:
✅Butang Bluetooth boleh tanggal
✅‘Firm phone clasps’
✅Tugas berat
Harga: RM49.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. UGREEN Bluetooth Selfie Stick
UGREEN Bluetooth Selfie Stick boleh dpanjangkan sehingga 10 meter. Selain itu, ia dilengkapi dengan Bluetooth tanpa wayar. Hal ini menjadikannya kayu swafoto yang sesuai untuk mereka yang ingin mengambil gambar secara berkumpulan. Kayu swafoto ini disertakan dengan klip telefon yang boleh diputar secara mendatar atau menegak, bergantung pada foto atau video yang ingin anda rakam.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, Logam
- Berat: 200 g
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅Mudah alih
✅Klip boleh diregangkan
✅Mudah dipegang
Harga: RM17.90 – RM45.99
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.