Siapa yang tidak suka minuman mereka sejuk dan menyegarkan? Tiada siapa yang boleh menahan secawan soda sejuk, apatah lagi ketika cuaca panas terik. Tetapi bagaimana pula jika anda lupa untuk masukkan minuman anda di dalam peti sejuk? Usah risau, anda hanya perlu tambahkan ais di dalam minuman anda untuk menjadikannya sejuk.
Dulang ais adalah salah satu peralatan yang paling mudah digunakan. Anda hanya perlu isi air dan masukkan ke dalam peti sejuk. Kini, minuman anda akan menjadi sejuk dan menyegarkan dengan adanya dulang ais. Jadi, kami senaraikan 8 dulang ais terbaik di Malaysia untuk anda dapatkan di pasaran.
Apakah yang Perlu Dipertimbangkan untuk Mendapatkan Dulang Ais yang Berkualiti?
Terdapat banyak pilihan dulang ais di pasaran. Jadi, anda pasti keliru untuk memilih yang mana, bukan? Berikut adalah beberapa faktor yang boleh anda pertimbangkan sebelum mendapatkan dulang ais.
1. Saiz
Pertimbangkan berapa banyak ais yang anda perlukan. Sekiranya banyak, anda perlu dapatkan dulang ais yang lebih besar dan mempunyai lubang ais yang lebih banyak.
2. Bahan
Dulang ais bahan silikon disyorkan kerana ia tahan lama. Selain itu, anda dapat mengeluarkan ais yang baru dibuat dengan lebih mudah berbanding dulang ais plastik yang tebal.
Dengan faktor-faktor di atas, kami berharap anda boleh mempertimbangkannya sebelum mendapatkan dulang ais yang sesuai dengan kehendak anda.
8 Dulang Ais Terbaik di Malaysia 2023
1. Ice Tray with Lid Cell Honeycomb Shape
Dulang ais ini menawarkan reka bentuk bentuk sarang lebah yang boleh memuatkan sehingga 37 kiub ais pada masa yang sama! Ia juga dilengkapi dengan penutup bagi memastikan ais anda kekal beku pada masa yang lama. Ia bebas bau dan anda boleh mengeluarkan ais dari dulang dengan mudah. Cuma bengkokkan dulang secara perlahan dan kiub ais akan keluar secara automatik.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Saiz: 20.5 x 12 x 2.5 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Sky Blue, Kuning, Putih, Ungu, Merah Jambu, Hijau Gelap, Mint Green, Rainbow
Kelebihan:
✅Berkualiti tinggi
✅Ais mudah alih
✅Bebas bau
✅Didatangkan dengan penutup
✅37 slot
Harga: RM10.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Ice Cube Tray Mould Ice Ball Maker
Dulang ais berkualiti tinggi dan bebas BPA silikon ini boleh membuat 6 bebola ais sekali gus. Ia kalis bocor dan tidak akan menumpahkan air di dalam peti sejuk anda. Ia tidak licin, kalis hentakan, mempunyai rintangan haba yang tinggi dan tahan minyak. Anda juga boleh mencuci dulang ais ini menggunakan mesin basuh pinggan mangkuk anda!
Spesifikasi:
- Bahan: PP
- Saiz: 16.5 x 11.5 x 5 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅Bahan berkualiti tinggi dan tahan lama
✅Tahan minyak
✅Tahan haba yang tinggi
✅Mudah digunakan
✅Tidak licin
Harga: RM6.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Ice Cube maker with Cover
Dulang ais ini boleh membuat kiub ais bersaiz besar. Dulang ini dibuat dengan silikon gred makanan berkualiti tinggi supaya ia tahan lama dan boleh digunakan untuk masa yang lama. Ia datang dalam 2 saiz dulang, iaitu menempatkan 14 lubang kiub ais dan 21 lubang kiub ais. Ia juga dilengkapi dengan penutup untuk memastikan ais anda kekal beku di dalam peti sejuk.
Spesifikasi:
- Bahan: PP, TPE
- Saiz: 25 x 10 x 3 cm (14 lubang), 26 x 12 x 3 cm (21 lubang)
- Berat: 97 g (14 lubang), 106 g (21 lubang)
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Jenis: 14 lubang, 21 lubang
- Warna: Hijau, Merah Jambu, Kuning, Biru
Kelebihan:
✅Mudah dibersihkan
✅Didatangkan dengan penutup
✅Pelbagai bilangan lubang untuk dipilih
Harga: RM3.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Folding Ice Tray
Dulang ais ini datang dalam reka bentuk bekas yang unik. Anda hanya perlu isi bekas ini dengan air bersih sahaja. Setelah ais terbentuk, anda hanya perlu tolak dan tarik kedua-dua pemegang disisi ke bahagian dalam untuk menghancurkan dan menolak ais keluar dari dulang. Kemudian, tuangkan jumlah ais yang diperlukan ke dalam cawan minuman anda. Dulang ais ini sangat disyorkan kerana ia mudah digunakan.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon, Plastik
- Saiz: 21.5 x 11.3 x 3.5 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅Mudah
✅Reka bentuk yang unik
✅Mudah digunakan
✅Mudah alih
✅36 lubang
Harga: RM15.53
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Round Ice Cubes Tray
Jika anda tidak menyukai bentuk ais kiub segi empat tepat, anda boleh pertimbangkan kiub ais bulat! Diperbuat dengan plastik polipropilena mesra alam dan berkualiti tinggi, dulang kiub ais bulat ini boleh bertahan lama! Ia juga dilengkapi dengan 33 lubang yang besar untuk anda!
Spesifikasi:
- Bahan: PP
- Saiz: 26 x 14.5 x 4 cm
- Berat: 220 g
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Biru, Merah jambu, putih
Kelebihan:
✅Didatangkan dalam pelbagai warna
✅Mudah alih
✅Mudah digunakan
✅Mesra alam
✅Kalis habuk
✅Reka bentuk mudah untuk dipegang
Harga: RM5.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. 160 Cube Frozen SIlicone Ice Tray
Tidak seperti dulang ais yang lain, dulang ais ini boleh membuat ais sebanyak 160 ketul ais kecil sekali gus! Diperbuat daripada silikon berkualiti tinggi yang tahan lama, ia boleh menahan suhu tinggi sehingga 240 darjah celsius! Anda hanya perlu bengkokkan dulang apabila ais membeku dan ais akan keluar dengan mudah!
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Saiz: 23.7 x 12 x 1 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam, Biru, Coklat, Kelabu, Merah, Putih
Kelebihan:
✅160 lubang bersaiz mini
✅Binaan yang berkualiti tinggi dan tahan lama
✅Mudah dibersihkan
✅Tahan haba yang tinggi
Harga: RM4.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Silicone Ice Tray
Dulang ais yang diperbuat daripada silikon berkualiti tinggi ini boleh menghalang kiub ais anda daripada melekat pada dulang. Selain itu, ia menjadikan ais lebih mudah untuk dikeluarkan. Ia tidak berbau dan boleh menahan sehingga 230 darjah celsius suhu tinggi. Ini bermakna ais anda yang baru terbentuk di dalam dulang ais tidak akan cair dengan mudah. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kuantiti lubang untuk anda pilih!
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Saiz: 19 x 12.5 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Variasi: 15 lubang, 24 lubang, 36 lubang.
- Warna: Biru, Ungu, Hijau, Rose Red
Kelebihan:
✅Pelbagai saiz untuk dipilih
✅Pelbagai warna untuk dipilih
✅Binaan yang berkualiti tinggi dan tahan lama
✅Tahan haba yang tinggi
Harga: RM4.65 – RM7.38
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Creative Frozen Ice Cube Mould
Tidak seperti kebanyakan dulang ais, dulang ini datang dalam bentuk seperti tupperware yang boleh memuatkan sehingga 3 dulang ais pada masa yang sama! Ia juga dilengkapi dengan penutup untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan pada kiub ais anda. Selain itu, ia akan memastikan ais anda sejuk dan beku untuk masa yang lebih lama!
Spesifikasi:
- Bahan: PP
- Saiz: 12 x 11.5 x 26.8 cm
- Negara Pengeluar: China
- Warna: Biru Gelap, Merah Jambu, Hijau
Kelebihan:
✅Didatangkan dengan penutup
✅Memastikan ais anda segar dan sejuk lebih lama
✅Reka bentuk storan
Harga: RM19.00 – RM30.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.