9 Dumbbells Terbaik di Malaysia 2023

Bersenam di gim telah menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang ingin membina otot atau ingin mendapatkan bentuk badan yang ideal di samping mengamalkan gaya hidup sihat. Walau bagaimanapun, memilih gim yang sesuai dengan anda boleh menjadi rumit terutamanya jika anda seorang amatur.

Penggunaan dumbbell merupakan salah satu alternatif yang boleh anda ambil sekiranya anda ingin melakukan aktiviti yang menggunakan bebanan seperti di gim ketika anda berada di rumah. Berikut adalah 9 dumbbell terbaik yang boleh anda cuba!

Bagaimana hendak memilih dumbbell yang terbaik?

Terdapat pelbagai jenis dan jenama dumbbell yang boleh anda dapati di pasaran pada masa kini. Jadi, untuk memastikan anda membeli set dumbbell yang berkualiti tinggi, anda perlulah mengambil kira aspek seperti harga, berat dan tahap ketahanan dumbbell. 

1. Harga

Dumbbell boleh menelan kos yang agak tinggi. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda supaya tidak membazir.

2. Berat

Berat dumbbell merupakan perkara penting yang harus diutamakan. Anda disarankan untuk memilih berat dumbbell yang bersesuaian dengan kemampuan  anda.

3. Ketahanan

Memandangkan dumbbell ialah alatan senaman yang berat, anda dinasihatkan untuk memilih dumbbell yang berkualiti tinggi agar dapat mengelakkan sebarang risiko kemalangan semasa menggunakannya.

9 Dumbbells Terbaik di Malaysia 2023

1. Midrange Multifunction Dumbbell

Midrange Multifunction Dumbbell
Kredit Gambar: Amazon

Jika anda sedang mencari set dumbbell yang didatangkan dengan pelbagai fungsi pada harga yang berpatutan, maka dumbbell ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Dumbbell ini didatangkan dengan fungsi 2 dalam 1 yang membolehkan anda menukar set dumbbell ini kepada barbell mengikut keperluan senaman anda. Bukan itu sahaja, plat pemberat juga dipasarkan secara berasingan bagi membolehkan anda membeli mengikut berat yang anda inginkan. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Simen, plastik
  • Berat: Sehingga 40 kg seunit
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Berat boleh dilaraskan
Mampu Milik

Harga: RM59

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Pilates Toning Dumbbell

Pilates Toning Dumbbell
Kredit Gambar: Decathlon

Jika anda sedang mencari set dumbbell yang sesuai untuk digunakan ketika melakukan senaman pilates dan senaman ringan, maka anda boleh membeli set dumbbell ini. Hal ini kerana ia didatangkan dengan reka bentuk antigelincir dan dibuat khusus untuk aktiviti ringan. Selain itu, dumbbell ini juga dipasarkan dengan 5 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Simen, plastik
  • Berat: Sehingga 5 kg seunit
  • Warna: Hijau tua, biru tua, maroon, hijau pastel, kelabu

Kelebihan:

Sesuai untuk senaman ringan
Berpatutan
Terdapat dalam pelbagai warna

Harga: RM89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. 5 in 1 Dumbbell Set

in Dumbbell Set
Kredit Gambar: Amazon

Set dumbbell 5 dalam 1 ini menawarkan 5 peralatan berbeza dalam satu pembelian. Set ini dilengkapi dengan 1 set dumbbell, ‘barbell’, ‘kettlebell’, palang ‘tricep’ dan pemegang tekan tubi. Dengan ini, anda dapat melakukan pelbagai set senaman yang berbeza dalam satu masa. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli, getah
  • Berat: Sehingga 40 kg
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Cengkaman selesa
Serba guna
Dilengkapi ciri keselamatan yang lengkap

Harga: RM199

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. XCore Selectorized Dumbbell

XCore Selectorized Dumbbell
Kredit Gambar: Xcore Fitness

XCore Selectorized Dumbbell didatangkan dengan 15 tetapan pemberat yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan keupayaan anda. Tetapan pemberat bermula daripada 2 kg hingga 24 kg. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan bekas penyimpanan khas yang membolehkan anda untuk menyimpannya dengan selamat. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli, ABS
  • Berat: Sehingga 24 kg seunit
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Cengkaman antigelincir
15 tetapan berat

Harga: RM369

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Cross Training Dumbbells

Cross Training Dumbbells
Kredit Gambar: Decathlon

Dumbbell ini direka khusus untuk digunakan ketika melakukan senaman ringan dan berat. Dumbbell ini diperbuat daripada keluli dan getah yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pemegang melengkung dan ergonomik untuk menghalang dumbbell daripada tergelincir semasa anda melakukan latihan seperti tekan tubi dan callisthenics.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli, getah
  • Berat: Sehingga 15 kg seunit
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Cengkaman selesa
Tahan lasak
Sesuai untuk senaman ringan dan berat.

Harga: RM199

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. CAP Rubber Coated Hex Dumbbell

CAP Rubber Coated Hex Dumbbell
Kredit Gambar: Walmart

Dumbbell ini mempunyai ciri yang sama seperti set dumbbell tradisional, namun ia didatangkan dengan reka bentuk heksagon. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri antigelincir dan serap hentakan sekali gus menjadikannya tahan lasak. Dumbbell ini juga mempunyai saiz yang ideal untuk disimpan di mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat, getah
  • Berat: Sehingga 18 kg seunit
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Cengkaman selesa
Serap hentakan
Boleh ditindih

Harga: RM116

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. York Dumbbell And Barbell Combo Set

York Dumbbell And Barbell Combo Set
Kredit Gambar: York Fitness

York Dumbbell and Barbell Combo Set ini merupakan antara set dumbbell yang paling digemari pengguna. Ia bukan sahaja boleh dijadikan sebagai barbell malah ia juga dilengkapi dengan ciri pemberat boleh laras yang membolehkan anda menukar berat mengikut kehendak anda. Dumbbell ini dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli 
  • Berat: Sehingga 50 kg
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Boleh digunakan sebagai barbell
Cengkaman selesa

Harga: RM539

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8.  Kettler Chrome Handle Dumbbell

Kettler Chrome Handle Dumbbell
Kredit Gambar: Shopee

Chrome Handle Dumbbell daripada Kettler ini diperbuat daripada besi bersalut krom yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Ia juga dilengkapi dengan lapisan getah tebal pada bahagian pemberat yang berfungsi untuk menyerap hentakan ketika jatuh ke lantai. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli, getah 
  • Berat: Sehingga 20 kg seunit
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Cengkaman selesa
Serap hentakan
Tahan lasak

Harga: RM450

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Adidas Adjustable Dumbbell Set

Adidas Adjustable Dumbbell Set
Kredit Gambar: Vito

Selain daripada menghasilkan kasut berkualiti tinggi, jenama Adidas juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan produk senaman. Set dumbbell berjenama premium ini sesuai digunakan untuk aktiviti pilates dan senaman ringan kerana ia didatangkan dengan julat berat yang rendah. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli 
  • Berat: Sehingga 5 kg seunit
  • Warna: Perak

Kelebihan:

Sesuai untuk senaman ringan
Reka bentuk premium

Harga: RM278

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close