Kelmarin tular tentang video daripada pengguna Tiktok @utusantvofficial yang memaparkan gajah-gajah yang berkeliaran di Simpang Kuala Betis ke Lojing, Gua Musang. Video yang berdurasi 18 saat ini turut merakam tindakan sesetengah pemandu yang berhenti di tepi jalan untuk melihat sendiri gajah-gajah ini yang berada di atas bukit. Berikut adalah videonya:
Jika diikutkan, ini bukanlah kali pertama gajah keluar daripada hutan dan berkeliaran di luar habitatnya. Pada 27 Mac 2022 lalu, telah heboh seekor gajah yang berkeliaran di atas jalan raya. Menurut video yang berdurasi 22 saat yang dimuat naik oleh ISKK TV telah ditonton kira-kira 20,000 pengguna laman sosial berkenaan selain dikongsi oleh ramai pengguna facebook.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berkata, jika pemandu terserempak dengan haiwan ini di atas jalan raya atau ketika mereka sedang berkeliaran di luar habitat mereka, tolong jangan panik dan elakkan menekan hon. Hal ini kerana ia boleh mengelakkan haiwan itu terkejut dan bertindak agresif yang mungkin membahayakan pengguna jalan raya lain.

Kebanyakan kejadian seperti ini berlaku boleh disebabkan kerana gajah lapar mahupun tersesat dari habitat mereka sehingga mereka menceroboh kampung untuk mencari makanan mahupun jalan kembali ke hutan. Penduduk di Gua Musang baru-baru ini juga dikejutkan dengan kehadiran seekor gajah jantan yang masuk ke kampung mereka dan merosakkan tanaman yang ditanam oleh mereka di kebun hanya untuk mencari makanan kerana lapar. Namun kejadian seperti ini dapat diatasi dengan bantuan Perhilitan.

Rata-rata netizen yang komen tentang video ini berasa takjub apabila dapat melihat gajah secara berdepan tanpa perlu ke zoo negara. Menurut komen daripada Saya Fzow, kehadiran gajah di atas bukit mungkin memberi peringatan tentang banjir yang akan berlaku pada musim tengkujuh ini. Komen daripada pengguna KopIBenG juga mengatakan hal yang sama seperti komen Saya Fzow. Menurut komen@!???$ pula, gajah yang sampai di atas bukit itu seolah-olah tahu apa yang akan terjadi nanti, (musim tengkunjung).
Di harapkan Malaysia aman dan dilindungi daripada sebarang musibah. Sudah tiba masalah kita mengambil tindakan awal untuk mengelakkan kejadian banjir teruk yang berlaku di pantai timur dan juga di sekitar Malaysia. Marilah kita bersatu memperketatkan langkah jagaan kita dan sentiasalah kita beringat-ingat untuk kemudian hari. Apa pendapat anda?
Sumber: tiktok.com/@utusantvofficial / utusan.com.my / majoriti.com.my
Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!
Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.