Kekalahan Arema dalam Liga 1 Indonesia berakhir dengan 174 terkorban

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan rusuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia yang melibatkan penyokong Arema FC (Arema) dan juga penyokong Persebaya Surabaya (Persebaya). Semua ini berlaku akibat penyokong Arema tidak berpuas hati dengan kekalahan Arema 3-2 dalam Liga 1 Indonesia. Untuk pengetahuan anda, Arema FC dan juga Persebaya Surabaya merupakan musuh tradisi sejak dahulu lagi. Jadi, kekalahan yang melanda Arema tidak dapat diterima oleh para penyokongnya sehingga menyebabkan ada segelintir penyokong meluru ke padang bola sepak. Berikut adalah videonya:

Kredit Video : Tribun Joga Official

Tindakan ini mulai tidak terkawal apabila penyokong daripada kedua-dua pasukan mula merusuh dan menyebabkan pihak polis terpaksa meleraikan pergaduhan tetapi tidak berjaya. Ini membuatkan pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dengan harapan agar penyokong kembali ke tempat duduk masing-masing dengan segera.

riot
Kredit Gambar: bharian.com.my

Namun lain pula yang jadi. Tindakan polis melepaskan gas pemedih mata telah mencetuskan panik melampau dalam kalangan penonton sehinggakan ramai yang tergesa-gesa menuju ke pintu keluar stadium. Disebabkan ramai penonton yang ingin keluar dan mereka berada dalam keadaan panik, mereka saling bertolakan antara satu sama lain sehingga menyebabkan ada penonton yang terjatuh dan mati akibat sesak nafas mahupun dipijak. Keadaan cemas semakin genting apabila kedua-dua penyokong bertindak semakin agresif terhadap polis sehingga menyebabkan kecederaan berlaku di kedua-dua belah pihak.

riot
Kredit Gambar: bharian.com.my

Terkini, dilaporkan sebanyak 174 telah maut akibat rusuhan ini, dan ratusan lagi cedera. Tragedi malam Sabtu itu memperlihatkan jumlah yang cedera semakin meningkat dan menyebabkan ini adalah antara kemalangan terburuk di dunia yang melibatkan stadium sukan.

Menurut ketua polis Jawa Timur, Nico Afinta, keadaan yang berlaku ini disifatkan sebagai tragedi. Menurutnya lagi, para penonton bersesak-sesak untuk keluar daripada stadium melalui satu pintu sahaja. Jadi, akibat terlalu sesak, ada yang tidak dapat bernafas dan tidak cukup oksigen, ada juga yang terjatuh dan dipijak sewaktu suasana cemas itu berlaku.

Kerajaan Indonesia juga turut kesal di atas apa yang berlaku dan berjanji akan menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden ini yang telah mengorbankan nyawa dua anggota polis.

riot
Kredit Gambar: bharian.com.my

Stadium yang boleh memuatkan 42,000 orang itu padat dan dipenuhi penonton. Dilaporkan 3,000 orang mulai menceroboh padang bola selepas perlawanan bola sepak itu berakhir. Malah 13 kenderaan turut rosak teruk dalam rusuhan ini. 

Dikhabarkan pihak penganjur tidak mengendahkan saranan kerajaan yang mencadangkan agar pertandingan itu dijalankan pada waktu tengah hari dan tiada tiket dijual kepada penyokong Persebaya memandangkan pertandingan itu berlangsung di Malang. Namun, cadangan itu tidak diendahkan dan pihak pengajur tetap mengadakan pertandingan pada waktu petang serta menjual kesemua 42,000 tiket walaupun mereka hanya mencetak 38,000 tiket sahaja, kata Menteris Penyelaras, Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Mahfud MD.

rusuhan
Kredit Gambar:tiktok.com/@utusantvofficial

Rata-rata komen pengguna Tiktok daripada video yang dimuatnaik oleh UtusanTv Official tersebut bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara kita di Indonesia. Masing-masing mendoakan semoga kesepakatan terjalin dan dapat membantu mereka yang memerlukan. Menurut komen daripada pengguna Tiktok Nizam Masran, beliau bersyukur kerana Malaysia masih aman, kalau bergaduh tentang bola, ia hanya di media sosial sahaja, bukannya di luar. Komen Aysraf Yap803 pula berkata 127 mangsa yang terkorban bukanlah jumlah yang sedikit. Komen daripada blueszul2 pula mendoakan semoga negara Indonesia diberi jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ini.

cd a da eeefe
Kredit Gambar: twitter.com/FCBarcelona

Selain itu, beberapa kelab bola sepak antarabangsa seperti AC Milan, Liverpool FC, FC Bayern Munich, Arsenal, Real Madrid C.F.,FC Barcelona dan Changsuek turut bersimpati dan mengucapkan takziah ke atas apa yang berlaku pada malam sabtu lepas. Dan diharapkan semoga musibah ini dapat dihadapi dengan tenang dan baik.

cec d ae dade
Kredit Gambar: twitter.com/LFC
afdf bd b ca cedf
Kredit Gambar: twitter.com/FCBayernEN

Perlawanan bola sepak kali ini cukup mengundang suasana pilu dalam hati waris yang terlibat dalam kemalangan jiwa di stadium Kanjuruhan, Malang. Marilah kita sama-sama berdoa agar musibah ini segera dapat selesaikan dengan baik. Apa pendapat anda? 

Sumber: tiktok.com/@utusantvofficial / bharian.com.my / twitter.com/FCBarcelona / twitter.com/LFC / twitter.com/FCBayernEN

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close