10 Gaming Keyboard Terbaik di Malaysia 2023

Gaming keyboard atau papan kekunci permainan merupakan istilah yang digunakan untuk papan kekunci yang dicipta khas untuk para ‘gamers’. Kebanyakan gaming keyboard mekanikal mempunyai suis kekunci yang memerlukan tekanan yang sedikit untuk menghasilkan respon pantas daripada papan kekunci.

Terdapat banyak gaming keyboard yang telah dihasilkan oleh pembangun untuk dibeli oleh para ‘gamers’. Namun tidak dinafikan untuk memilih gaming keyboard yang betul dan sesuai dengan set permainan anda boleh menjadi rumit dan mengelirukan terutamanya jika anda baru dalam bidang ‘gamers’. Jadi, untuk membantu anda, di sini kami senaraikan 10 gaming keyboard terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Adakah gaming keyboard mempunyai prestasi yang lebih baik?

Gaming keyboard dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding papan kekunci standard, sudah pasti kualiti yang ditawarkan berbaloi dengan harganya. Papan kekunci mekanikal atau ‘gaming’ ini sangat ideal untuk digunakan ketika bermain ‘game’ kerana ia dilengkapi dengan sistem tindak balas yang lebih cepat, ciri ketahanan yang luar biasa, serta boleh diubah suai mengikut keselesaan dan cita rasa anda.

Apakah yang membezakan gaming keyboard dengan papan kekunci standard?

Gaming keyboard lazimnya menggunakan ciri mekanikal manakala untuk papan kekunci standard dilengkapi dengan permukaan membran. Gaming keyboard tidak sesuai untuk menggunakan permukaan membran kerana ia tidak mempunyai sensitiviti dan tahap respon yang pantas berbanding mekanikal. Namun, masih terdapat beberapa gaming keyboard yang menggunakan permukaan membran. 

10 Gaming Keyboard Terbaik di Malaysia 2023

1. Spot 21 Wired USB Luminous Gaming Keyboard

Spot Wired USB Luminous Gaming Keyboard
Kredit gambar: Shopee

Spot 21 Wired USB Luminous Gaming Keyboard ini mempunyai reka bentuk ergonomik bagi menjamin keselesaan pada tangan anda walaupun selepas menggunakannya dalam masa yang lama. Ia juga sesuai digunakan untuk permainan secara langsung dan perlawanan yang panjang. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan ciri kalis air dan kalis debu yang menjadikannya tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan. 

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Hitam
  • Jaminan: 3 tahun
  • Saiz: 16 cm x 55 cm x 5 cm (L x W x H)

Kelebihan:

Kalis air
Kalis habuk
Reka bentuk melengkung

Harga: RM6.79 – RM16.79

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Leaven RGB Mechanical Gaming Keyboard 104 Keys

Leaven RGB Mechanical Gaming Keyboard Keys
Kredit gambar: Shopee

Leaven RGB Mechanical Gaming Keyboard 104 Keys ini mempunyai 7 mod pencahayaan dinamik yang menjadikannya menarik dan unik. Di samping itu, gaming keyboard ini juga dilengkapi dengan ciri sentuhan yang sangat baik serta butang kekunci yang selesa untuk digunakan ketika bermain ‘game’. Gaming keyboard ini mempunyai 104 kekunci serta dipasarkan dalam 4 warna menarik untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Hitam, Putih Logam, Hitam Logam
  • Jaminan: 1 tahun
  • Saiz: 44.8 cm x 17.8 cm x 3.8 cm (L x W x H)

Kelebihan:

Paparan terperinci
‘Shaft’ boleh diganti
Butang multimedia

Harga: RM44.80 – RM69.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Leaven RGB 87 Keys Gaming Keyboard

Leaven RGB Keys Gaming Keyboard
Kredit gambar: Shopee

Leaven RGB 87 Keys Gaming Keyboard boleh digunakan pada sistem komputer yang berbeza seperti Windows, I-Mac dan Macbook sekali gus menjadikannya gaming keyboard yang serba guna. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan sistem sokongan ‘arm place’ untuk memberikan keselesaan tambahan sewaktu anda menggunakannya. Ia dipasarkan dengan pelbagai pilihan warna untuk dipilih.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam Putih, Putih Hitam, Hitam, Putih, Merah Jambu, Biru
  • Jaminan: 1 tahun
  • Saiz: Saiz standard

Kelebihan:

Reka bentuk ergonomik
Menyokong pelbagai sistem
Tahan lasak

Harga: RM44.80 – RM69.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Razer Cynosa V2 Chroma Membrane Gaming Keyboard

Razer Cynosa V Chroma Membrane Gaming Keyboard
Kredit gambar: Shopee

Razer Cynosa V2 Chroma Membrane Gaming Keyboard ini didatangkan dengan papan kekunci bersalut UV yang tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi serta selesa apabila ditekan. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pencahayaan yang boleh dilaraskan sekali gus ia dapat memudahkan anda untuk menaip dan bermain ‘game’ dalam keadaan gelap. Kekuncinya juga mempunyai reka bentuk yang tahan lama dan kalis air.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam
  • Jaminan: 2 tahun
  • Saiz: Saiz standard

Kelebihan:

Kekunci senyap
Reka bentuk tahan lasak
Papan kekunci (berlampu)

Harga: RM199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Armaggeddon AK6880 Kalashnikov Gaming Membrane Keyboard

Armaggeddon AK Kalashnikov Gaming Membrane Keyboard
Kredit gambar: Shopee

Armaggeddon AK6880 Kalashnikov Gaming Membrane Keyboard ini mempunyai 19 kekunci termasuk Tab, Shift, CTRL, Alt dan 4 kekunci anak panah. Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan ciri kekunci senyap dan lembut sekali gus menjadikannya selesa untuk digunakan dalam jangka masa yang lama. Papan kekunci ini didatangkan dengan 7 efek lampu latar dan ‘tackey’ berprofil tinggi untuk rupa yang premium. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan tahan lasak dan kalis haba.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam
  • Jaminan: 1 tahun
  • Saiz: 48 cm x 21 cm (L x W)

Kelebihan:

‘Tackey’ berprofil tinggi
Kunci ‘anti-ghosting’
Kekunci lembut

Harga: RM69.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Redragon K552 Kumara RGB Gaming Mechanical Keyboard

Redragon K Kumara RGB Gaming Mechanical Keyboard
Kredit gambar: Shopee

Redragon K552 Kumara RGB Gaming Mechanical Keyboard dibina dengan kekunci ‘double-shot injection’ yang berfungsi untuk melindungi kekunci daripada calar dan hentakan. Ini bermakna anda tidak perlu risau sekiranya berlaku kerosakan pada papan kekunci anda semasa perlawanan ‘game’ sedang berlangsung. Selain itu, ia juga mempunyai sistem responsif yang cekap tanpa sebarang ‘lag’.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam Merah, Hitam, Putih, Hitam Pelangi
  • Jaminan: 1 tahun
  • Saiz: 13.3 cm x 12.5 cm x 3.8 cm (L x H x W)

Kelebihan:

Kekunci ‘double-shot injection’
Reka bentuk tahan lasak
Suis mekanikal boleh diubah suai

Harga: RM130.00 – RM133.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. AULA F2088 True Mechanical Gaming Keyboard

AULA F True Mechanical Gaming Keyboard
Kredit gambar: Shopee

AULA F2088 True Mechanical Gaming Keyboard ini didatangkan dengan 4 jenis suis berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan tujuan penggunaannya. Papan kekunci ini dibina dengan 104 kekunci ‘anti-ghosting’ yang berfungsi untuk menghasilkan responsif yang cekap dan pantas. Ia juga dilengkapi dengan sistem sokongan ‘arm place’ untuk memberikan keselesaan tambahan sewaktu anda menggunakannya. 

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam
  • Jaminan: 1 tahun
  • Saiz: Saiz standard

Kelebihan:

4 jenis suis
Sistem sokongan ‘arm place’
Butang multimedia

Harga: RM97.50 – RM99.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Keychron K3 Version 2 Mechanical Keyboard

Keychron K Version Mechanical Keyboard
Kredit gambar: Shopee

Keychron K3 Version 2 Mechanical Keyboard mempunyai reka bentuk TKL yang kecil serta menggunakan teknologi ‘Bluetooth 5.1’ yang membolehkannya disambungkan pada 3 peranti serentak. Bukan itu sahaja, suis papan kekunci ini juga boleh diubah usai tanpa memerlukan sebarang kepakaran dalam teknologi. Hal ini membolehkan anda menukar bunyi dan tekanan papan kekunci anda serta menggantikan suis yang rosak dengan mudah. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ‘port’ USB-C untuk sambungan berwayar.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam
  • Jaminan: 1 tahun
  • Saiz: Saiz standard

Kelebihan:

Mempunyai kedua-dua sambungan tanpa wayar dan berwayar
Boleh disambungkan pada 3 peranti serentak
Serba guna

Harga: RM259.00 – RM339.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Logitech G613 Wireless Mechanical Gaming Keyboard

Logitech G Wireless Mechanical Gaming Keyboard
Kredit gambar: Shopee

Logitech G613 Wireless Mechanical Gaming Keyboard ini mempunyai teknologi tanpa wayar ‘LIGHTSPEED’ yang memberikan masa tindak balas sepantas 1 ms. Hal ini sekali gus menjadikannya lebih pantas daripada kebanyakan papan kekunci berwayar di pasaran. Logitech G613 ini juga dilengkapi dengan suis ‘Mekanikal Advance Romer-G’ yang menawarkan prestasi responsif yang cekap dan efisien. Ia dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja. 

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam
  • Jaminan: 2 tahun
  • Saiz: Saiz standard

Kelebihan:

‘Romer-G tactile’
‘G-keys’ boleh diubah suai
Boleh disambungkan ke pelbagai peranti

Harga: RM279.00 – RM279.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Razer Huntsman V2 Gaming Keyboard

Razer Huntsman V Gaming Keyboard
Kredit gambar: Shopee

Keyboard Razer Huntsman V2 ialah gaming keyboard optik yang dilengkapi dengan ‘near-zero input latency’ yang memberikan anda pengalaman bermain tanpa sebarang ‘lagging’. Selain itu, ia juga didatangkan dengan kekunci ‘double shot PBT’ dan ‘foam’ kalis bunyi bagi menghasilkan kemasan yang bertekstur dan kukuh. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai jaminan selama 2 tahun.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam
  • Jaminan: 2 tahun
  • Saiz: Saiz standard

Kelebihan:

Kemasan kukuh
Kekunci senyap
Reka bentuk ergonomik

Harga: RM749.00 – RM779.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close