Gerai Uncle Yeop, Pisang Goreng ‘Terlaris’ Shah Alam

Gerai Pisang Goreng yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam ni, tak sah kalau tak cicah dengan sambal kicap power mereka! Anda pasti tertanya-tanya bukan, apa sebenarnya keistimewaan pisang goreng kat Gerai Uncle Yeop ni, jadi jom bersama-sama kita menikmati kehangatan pisang goreng panas ni!

Gerai-Uncle-Yeop-

Pisang goreng merupakan salah satu kudapan atau pencuci mulut yang dimakan sewaktu bersantai. Kita sering menikmati pisang goreng di waktu petang mahupun di dalam kereta ketika bersiar-siar. Boleh dikatakan pisang goreng ini adalah snek yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Kebiasaannya juadah ini dijumpai di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Biasanya ia dihidangkan pada waktu petang, sewaktu minum teh bersama rakan-rakan mahupun keluarga tersayang.

Nama sebenar Anuar atau dikenali sebagai Uncle Yeop ini berasal dari Bota, Perak. Apa yang menarik mengenai gerai pisang goreng ini ialah mereka menjual pelbagai makanan bergoreng yang enak dan lazat seperti ubi keledek goreng, keropok lekor, pisang tanduk goreng dan pisang Abu goreng. 

Gerai-Uncle-Yeop-

Gerai Uncle Yeop ditubuhkan pada tahun 2009 dan menyajikan pisang goreng yang istimewa di Seksyen 19, Shah Alam. Menurut isteri beliau, Mazmi binti Mohd Yusuf, perniagaan mereka sudah bertapak dan beroperasi selama 20 tahun. Bagi Uncle Yeop, penjualan pisang goreng ini merupakan salah satu peluang perniagaan yang baik kerana mendapat sambutan hangat daripada para pelanggan. 

Gerai-Uncle-Yeop-

Lihatlah barisan panjang yang beratur untuk mendapatkan pisang goreng dari Gerai Uncle Yeop ini. Rata-rata menunggu dengan penuh sabar untuk membeli pisang goreng dan kudapan lain yang ada dijual di sini. 

Kakitangan Gerai Uncle Yeop Goreng Pisang ini juga tidak lekang dengan senyuman bagi menyambut kedatangan pelanggan ke gerai ini. Walaupun penat menggoreng makanan, mereka masih lagi tersenyum kerana mereka gembira dengan kedatangan para pelanggan ke gerai mereka.

Gerai-Uncle-Yeop-
Gerai-Uncle-Yeop-

Ramai pelanggan yang datang ke sini kerana kesedapan pisang gorengnya yang manis dan berlemak. Selain itu, kuih koci buatan sendiri juga sering mendapat permintaan para pelanggan. Boleh dikatakan, ramai yang datang kembali ke gerai ini untuk membeli pisang goreng dari gerai ini. Sudahlah besar, lemak dan sedap pula tu. Patutlah ramai yang datang ‘repeat’ pisang goreng dari Gerai Uncle Yeop Goreng Pisang ini. 

Uncle Yeop juga mengeluarkan satu produk iaitu tepung pisang goreng untuk peniaga-peniaga baru atau bagi mereka yang ingin mencuba rasa penangan pisang goreng istimewa ini. Hanya perlu campurkan air dan gaul sebati. Kemudian, celupkan pisang goreng ke dalam campuran tersebut sebelum digoreng. Rasanya sama seperti pisang goreng yang dijual di gerai Uncle Yeop.

Gerai-Uncle-Yeop-
Kredit : Gerai Uncle Yeop Pisang Goreng ( Disediakan untuk Media My Weekend Plan )

Antara makanan yang sering mendapat permintaan ramai ialah pisang goreng Abu, ubi keledek goreng dan kuih Koci buatan sendiri. Selain itu, Uncle Yeop juga ada mengeluarkan sambal kicap yang menjadi kegemaran para pelanggan di gerai ini.

Gerai-Uncle-Yeop-
Kredit : Gerai Uncle Yeop Pisang Goreng ( Disediakan untuk Media My Weekend Plan )
Gerai-Uncle-Yeop--

Kata Uncle Yeop, pisang goreng ini sedap jika dicicah dengan sambal kicap. Kebanyakan para pelanggan gerai ini sanggup berpatah balik hanya untuk mendapatkan sambal kicap daripada Uncle Yeop. Tambah Uncle Yeop pula, sambal kicap ini hanya diberi kepada mereka yang memintanya dan ia diberi secara percuma. Sambal kicap ini penting untuk menonjolkan lagi keenakan Pisang Goreng Abu buat para pelanggannya.

Gerai-Uncle-Yeop-
Kredit : Gerai Uncle Yeop Pisang Goreng ( Disediakan untuk Media My Weekend Plan )

Sewaktu PKP, memandangkan perintah kawalan pergerakan dikeluarkan, Uncle Yeop telah menghasilkan satu produk bagi menjalankan perniagaannya iaitu Goreng Pisang Frozen. Sambutan yang diterima juga sungguh memuaskan. 

Gerai-Uncle-Yeop-

Uncle Yeop sudah lama dalam dunia perniagaan ini dan beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan petua mengenai perniagaan pisang gorengnya. Oleh sebab itu, Uncle Yeop ada menyediakan latihan untuk peniaga-peniaga baru yang ingin menceburi bidang perniagaan ini kerana baginya, berkongsi ilmu adalah sesuatu yang baik untuk meningkatkan ekonomi individu itu sendiri.

Pisang-Abu-Uncle-Yeop-

Bagi anda yang ingin merasai keenakan pisang goreng Uncle Yeop, bolehlah ke sini. Bawalah rakan-rakan atau keluarga anda untuk mencuba sendiri kelazatan pisang goreng dari Gerai Uncle Yeop Goreng Pisang ini.

Ini adalah kudapan yang kami rekomen untuk anda mencubanya:

  1. Pisang Goreng Abu
  2. Ubi Keledek Goreng
  3. Kuih koci 

Anda boleh dapatkan makanan yang sedap ini seperti yang tertera di bawah:

Waktu Operasi:
10.00 pagi – 6.00 petang (Isnin-Jumaat)
(Sabtu, Ahad) tutup

Alamat: 19 E, Jalan Nelayan E, Seksyen 19, 40300 Shah Alam.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/uncleyeoppisanggoreng/

Nombor Telefon: 017-297 6772

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda (Di Sini)

Juga, Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee (Di Sini)

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close