Gula, gula, gula! Begitu banyak jenis gula tetapi adakah anda pernah menemui gula Muscovado? Nah, bertuah untuk anda kerana hari ini anda akan mengetahui satu lagi jenis gula. Gula Muscovado mendapat namanya daripada perkataan Portugis ‘mascavado’ yang bermaksud gula yang tidak ditapis. Ia adalah gula tebu mentah di mana molasnya belum dikeluarkan.
Berbanding dengan gula perang, gula Muscovado mempunyai warna yang lebih gelap dan rasa molase yang kuat dengan sedikit rasa seperti toffee. Gula perang ialah gula putih halus dengan molase ditambah kembali. Sementara itu, gula Muscovado mengalami penyejatan cecair daripada jus tebu tanpa menyingkirkan molasnya. Terdapat juga gula Muscovado dengan tona lebih ringan yang dipanggil gula Muscovado ringan. Dari segi tekstur, ia sangat kasar, hampir seperti tekstur pasir basah. Menarik, bukan?
Di manakah saya boleh mendapatkan gula Muscovado?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan gula Muscovado di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan gula Muscovado, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya. Selain itu, gula Muscovado seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih gula Muscovado?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli gula Muscovado ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis gula Muscovado yang anda suka. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Gula Muscovado Terbaik di Malaysia 2025
1. India Tree Dark Muscovado Sugar

India Tree Dark Muscovado mempunyai tekstur yang halus dan lembap, kandungan molase yang tinggi serta rasa yang kuat dan berlarutan yang melengkapi perisa kaya seperti roti halia, kopi, kek coklat dan fudge. India Tree Dark Muscovado Sugar boleh digunakan dalam resipi yang memerlukan gula perang gelap. Ramai tukang roti yang menggunakan gula ini untuk pastri mereka.
Negara Pengeluar: India
Saiz: 453 g, 1.27 kg
Harga: RM 53.00 (453 g pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Country Farm Organics Muscovado Sugar

Country Farm Organics Muscovado Sugar ialah gula perang lembut yang berbutir halus. Ia mempunyai aroma yang kaya dan rasa yang mendalam kerana ia dibungkus dengan molase tebu organik. Ia sesuai untuk dijadikan perasa pencuci mulut, perapan dan hidangan barbeku kerana ia tidak diluntur, tidak bersulfur dan bebas daripada pewarna tiruan. Cubalah hari ini!
Negara Pengeluar: Filipina
Saiz: 400 g
Harga: RM 9.41
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. India Tree Light Muscovado Sugar

India Tree Light Muscovado Sugar ialah gula molase yang halus dan serba boleh. Dengan aroma yang kaya dan rasa yang halus, ia adalah pengganti yang sangat baik untuk gula perang muda dalam mana-mana resipi yang memerlukannya. Selain itu, ia juga mudah digunakan dengan pembungkusan yang menyenangkan para pengguna.
Negara Pengeluar: India
Saiz: 453 g, 1.27 kg
Harga: RM 197.00 (2 botol- 1.27 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Waitrose Light Brown Muscovado Sugar

Waitrose Light Brown Muscovado Sugar ialah gula tebu yang tidak ditapis dan ia diperbuat daripada gula muscovado perang muda ‘fairtrade’. Produk ini sesuai untuk vegetarian dan vegan. Gula ini boleh digunakan dalam memasak dan membakar. Gula ini sungguh serba boleh dan sesuai dalam pelbagai resepi.
Negara Pengeluar: England
Saiz: 500 g
Harga: RM 113.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUY5. Billington’s Dark Muscovado Cane Sugar

Billington’s telah bekerjasama dengan penanam dan pengeluar tempatan Mauritius selama bertahun-tahun untuk menghasilkan gula tebu semula jadi yang terbaik. Billington’s Dark Muscovado Cane Sugar ialah gula semula jadi yang tidak ditapis dan telah dihasilkan dengan teliti untuk mengekalkan molase semula jadi tebu. Perbezaan inilah yang memberikan gula Billington kekayaan, kedalaman rasa dan warna semula jadi yang berbeza.
Negara Pengeluar: Mauritius
Saiz: 500 g
Harga: RM 21.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Tate Lyle Dark Muscovado Pure Cane Sugar

Tate Lyle Dark Muscovado Pure Cane Sugar dibuat sepenuhnya daripada jus asli tumbuhan tebu. Molas tebu asli menambah kekayaan dan kedalaman rasa pada gula tebu anda. Ia adalah gula yang lembut dan tulen dengan kandungan molase tinggi yang menghasilkan barangan bakar yang lembap dan kenyal. Ia sesuai untuk kek buah, puding coklat dan hidangan berperisa yang melekit.
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 500 g
Harga: RM 21.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Billington’s Light Muscovado Cane Sugar

Billington’s telah bekerjasama rapat dengan penanam dan pengeluar tempatan Mauritius selama bertahun-tahun untuk menghasilkan gula tebu semula jadi yang terbaik. Light Muscovado Sugar ini ialah gula tebu tulen yang lembut dengan kandungan molase tinggi. Gula ini dapat menghasilkan barangan bakar yang lembap dan ‘fudgy’. Ia sesuai untuk membuat fudge, muffin dan kek span.
Negara Pengeluar: Mauritius
Saiz: 500 g
Harga: RM 19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Trelife Light Muscovado Sugar

Trelife Light Muscovado Sugar mengandungi magnesium, kalium, kalsium dan zat besi. Molase dalam gula Muscovado ini boleh memberikan anda antioksidan seperti asid gallic dan polifenol lain. Antioksidan ini penting untuk kesihatan badan anda. Oleh itu, anda boleh mengambil gula ini secara sederhana untuk memberikan nutrisi kepada badan anda.
Negara Pengeluar: Mauritius
Saiz: 500 g
Harga: RM 10.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. The Essential ingredient Premium Muscovado Sugar

The Essential ingredient Premium Muscovado Sugar adalah gula yang kaya dan tidak ditapis dengan kandungan molase yang tinggi dan perisa likuoris dan toffee yang berbeza. Gula ini sesuai untuk digunakan dalam kek buah-buahan, brownies, crumble, dan puding. Gula ini juga boleh digunakan dalam pelbagai resepi masakan dan pencuci mulut.
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 400 g
Harga: RM 166.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUY10. KGM 100% Natural Light Muscovado Sugar

KGM 100% Natural Light Muscovado Sugar ialah gula tebu yang tidak ditapis dengan molase semula jadi. Gula ini adalah gula mentah di mana molase tidak dikeluarkan. Ia mempunyai warna coklat yang kaya, tekstur lembap dan rasa toffee. Rasailah gula ini dalam pencui mulut anda.
Negara Pengeluar: Mauritius
Saiz: 900 g
Harga: RM 11.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Berikut adalah beberapa ciri menarik gula Muscovado yang perlu anda ketahui!
- Galian surih dikekalkan.
- Boleh menambah rasa karamel gelap pada makanan.
- Mempunyai lebih antioksidan berbanding gula lain.
- Boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis.
Walaupun gula Muscovado lebih baik daripada gula pasir, ia masih merupakan sejenis gula, jadi gunakannya secara sederhana!
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.