Dalam dunia solekan, solekan yang sering menjadi pilihan adalah solekan asli atau ‘natural look’. Oleh sebab itu, mencari highlighter yang bagus adalah penting untuk solaken anda. Highlighter cecair merupakan antara alat solekan terbaharu yang perlu dimiliki oleh setiap mereka yang gemar bersolek. Daripada menambah kilauan halus dan lembut sehinggalah menonjolkan tulang pipi anda, highlighter cecair dapat menawarkan apa yang anda cari dan idamkan.
Apa yang menjadikan highlighter cecair popular adalah kepelbagaiannya. Tidak seperti highlighter serbuk, formula cecair terletak elok pada kulit anda sekali gus menghasilkan ilusi kilauan yang semula jadi. Highlighter cecair boleh digunakan sendirian atau mencampurkannya dengan foundation untuk menghasilkan rupa yang berseri. Tambahan pula, ia datang dalam warna dan kemasan yang berbeza, jadi anda dapat memilihnya dengan mudah untuk disesuaikan dengan rupa dan tahap kecerahan yang diingini. Berikut ialah 8 highlighter cecair terbaik di Malaysia.
Bagaimanakah Menggunakan Highlighter Cecair?
Highlighter cecair boleh digunakan dengan berus, span atau jari. Hanya sapukan sedikit highlighter ke kawasan wajah anda yang diingini dengan sebati untuk kemasan yang halus.
Bolehkah Highlighter Cecair Digunakan Pada Badan?
Ya, highlighter cecair boleh digunakan pada badan untuk menambah keserian. Sapukan pada tulang selangka, bahu atau kaki anda untuk penampilan yang lebih berseri.
8 Highlighter Cecair Terbaik di Malaysia 2024
1. SACE LADY Glitter Liquid Highlighter

SACE LADY Glitter Liquid Highlighter menawarkan kilauan halus namun menakjubkan yang meningkatkan keserian kulit, menjadikannya sempurna untuk dipakai pada setiap hari. Formula cecair mudah digunakan dan diadun, menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk menggunakan highlighter. Kemasan halus dan berkilauan dari alat ini memberikan kulit anda kelihatan sihat dan berseri secara semula jadi.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 6 ml
- Warna: Perak, Rose Gold, Peach Champagne
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk kegunaan harian
✅ Mudah digunakan
✅ Sederhana
Harga: RM10.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Wet N Wild MegaGlo Liquid Highlighter

Wet N Wild MegaGlo Liquid Highlighter ialah produk solekan popular yang memberikan kemasan bercahaya dan berseri pada kulit. Highlighter ini didatangkan dalam pelbagai warna, sesuai untuk semua jenis dan tona kulit. Selain itu, highlighter ini juga mempunyai formula untuk menjadikannya tahan lama dan ‘transfer-resistant’ bagi memastikan highlighter anda kekal sepanjang hari tanpa comot atau pudar pada kulit.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: 15 ml
- Warna: Halographic, Halo Goodbye, Rosy and Ready, Guilded Glow, Go With The Glow, Goddess Glow
Kelebihan:
✅ ’Multi-shimmer glow’
✅ Formula penghidratan
✅ Tahan lama
Harga: RM30.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. SHEGLAM Liquid Highlighter

Formula SHEGLAM Liquid Highlighter dipertingkatkan dengan komponen berkhasiat, termasuk Vitamin E dan Minyak Jojoba yang berfungsi untuk menenangkan kulit. Dengan highlighter ini, anda boleh menambah lapisan baru untuk mencipta kemasan yang halus atau menonjol, semuanya bergantung kepada pilihan anda. SHEGLAM Liquid Highlighter juga ‘cruelty-free’, vegan dan bebas daripada bahan kimia berbahaya.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: 6 ml
- Warna: Vanilla Frost, Tea Cake, Bellini Brunch
Kelebihan:
✅ Boleh menambah lapisan baru
✅ Aplikator ‘wand-brush’
✅ Mudah untuk menggunakannya
Harga: RM29.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. LA COLORS Illuminating Skin Enhancer Drops

LA COLORS Illuminating Skin Enhancer Drops ialah item solekan serba boleh yang digunakan sebagai highlighter, primer atau mixer untuk meningkatkan keserian semula jadi kulit anda. Produk ini didatangkan dalam botol penitis yang mudah digunakan. LA COLORS Illuminating Skin Enhancer Drops merupakan produk ‘cruelty-free’ dan vegan.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: 15 ml
- Warna: Opalescent CID241, Liquid Gold CID242, MoonBeam CID243, It’s Lit! CID244, Aura CID245, Sun Goddess CID246
Kelebihan:
✅ Pelbagai warna
✅ Pigmen mutiara
✅ Mempunyai penitis
Harga: RM22.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Elf Halo Glow Liquid Filter

Elf Halo Glow Liquid Filter ialah produk solekan unik kerana ia memberikan kemasan yang menakjubkan dan berseri pada kulit. Reka bentuk aplikatornya yang unik membolehkan anda menggunakan highlighter ini dengan tepat dan cekap pada kulit. Produk ini boleh menyerlahkan bahagian wajah anda yang menonjol sebelum memakai foundation.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: 31.5 ml
- Warna: 1 Fair, 2 Fair/Light, 3 Light/Medium, 4 Medium, 5 Medium/Tan, 6 Tan/Deep, 7 Deep/Rich, 8 Rich
Kelebihan:
✅ Boleh digunakan sebagai primer
✅ Kemasan berseri
✅ Aplikator tongkat besar
Harga: RM110.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Iconic London Illuminator Liquid Highlighter

Iconic London Illuminator Liquid Highlighter memberikan kemasan yang menakjubkan dan berseri pada kulit. Highlighter ini mempunyai formula pekat dan berpigmen, yang menghasilkan kemasan yang menakjubkan dan ‘dewy’ yang tahan sepanjang hari. Tambahan pula, highlighter ini didatangkan bersama penitis yang boleh membantu anda menggunakan highlighter ini pada jumlah yang diinginkan dengan mudah.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: United Kingdom
- Saiz: 13.5 ml
- Warna: Shine, Original, Glow
Kelebihan:
✅ High-gloss look
✅ Mudah digunakan
✅ Mempunyai penitis
Harga: RM14.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. AOA Paw Paw Glow Baby Liquid Highlighter

AOA Paw Paw Glow Baby Liquid Highlighter memberikan kemasan bercahaya yang menakjubkan pada kulit. Highlighter cecair ini datang dalam tiub mudah alih dan mudah digunakan serta sesuai untuk anda merapikan solekan secara ‘on-the-go’. Highlighter ini mempunyai formula ringan dan boleh dicampur, jadi ia memudahkan anda mengolesnya pada kulit dengan menggunakan jari atau berus solek.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: 6 ml
- Warna: Golden Dream, Golden Rose, After Glow, Morning Glow, Goddess
Kelebihan:
✅ Mesra perjalanan
✅ Pembungkusan yang mudah
✅ Mudah digunakan
Harga: RM17.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. L.A. Girl Luminous Glow Skin Illuminator

L.A. Girl’s Luminous Glow Skin Illuminator memberikan kemasan yang berseri dan bercahaya pada kulit. Ia direka khas untuk menyerlahkan dan meningkatkan kecantikan semula jadi wajah anda, menjadikannya kelihatan segar. Krim highlighter ini diselitkan dengan zarah pemantul cahaya yang membantu mengaburkan ketidaksempurnaan, menyekatakan tona kulit dan mencipta keserian agar ia tahan lama sepanjang hari. Tekstur sutera cecair ini sebati dengan mudahnya bersama kulit, memberikan kemasan yang licin dan semula jadi.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: 30 ml
- Warna: Sunlit, Afterglow, Moonlight
Kelebihan:
✅ Mudah sebati
✅ Boleh campur dalam foundation
✅ Mudah untuk digunakan
Harga: RM46.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.