Dalam dunia digital ini, kita tidak dapat dipisahkan daripada peranti yang kita kenali sebagai laptop. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu teknologi yang sering digunakan terutamanya anda yang bersekolah atau bekerja. Penggunaan laptop membolehkan anda menyalin nota atau melakukan kerja dengan lebih pantas sekali gus meningkatkan kecekapan dan produktiviti anda. Selain itu, kita juga boleh menggunakannya untuk menyelidik, berkomunikasi melalui e-mel serta hiburan seperti menonton video dan banyak lagi.
Jika ditelusuri dengan mendalam, laptop telah memberi kesan yang positif terhadap penggunaannya, tidak kiralah dari sektor pekerjaan mahupun sektor pendidikan. Di sini, kami senaraikan 10 laptop terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Antara laptop atau desktop yang mana lebih baik?
Laptop memberikan lebih banyak fleksibiliti berbanding desktop kerana rekaan laptop yang bersaiz kecil dan didatangkan dengan bateri membuatkan laptop boleh dibawa dan digunakan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Bagi desktop pula, sangat sukar bagi anda untuk memindahkan atau menggunakannya di tempat lain kerana ia sangat bergantung kepada bekalan kuasa elektrik selain saiznya yang besar dan berat.
Berapa lama laptop boleh bertahan?
Menurut majoriti pakar, jangka hayat laptop dianggarkan antara 3 hingga 5 tahun. Ia mungkin boleh bertahan lebih lama, tetapi utilitinya akan menjadi terhad kerana komponen akan kehilangan keupayaannya untuk melaksanakan aplikasi lanjutan.
10 Laptop Terbaik di Malaysia 2023
1. Apple MacBook Air M1 2020

Apple MacBook Air M1 2020 merupakan salah satu laptop yang terlaris di Shopee kerana spesifikasinya yang terbaik. Ia dilengkapi dengan ‘processor’ keluaran Apple sendiri yang diberi nama Apple M1 Chip. Kelancaran ‘processor’ ini lebih laju dan stabil berbanding ‘processor’ yang lain. Selain itu, ia didatangkan dengan rekaan skrin 13.3 inci dan reka bentuk yang sangat ringan sekali gus memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Pemproses: Apple M1
- Storan: 256 GB
- RAM: 8 GB
- Skrin Paparan: 13.3 inci
Kelebihan:
✅ 18 jam (hayat bateri)
✅ Prestasi ‘super’ pantas
✅ Ringan
Harga: RM4399
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Acer Aspire 3 A315-35-C8VB

Acer Aspire 3 A315-35-C8VB ini merupakan laptop yang ideal untuk pelajar dengan bajet yang rendah kerana ia boleh didapati pada harga di bawah RM 2000. Walaupun laptop ini murah, anda tidak perlu risau kerana ia mempunyai kelengkapan yang sama seperti laptop yang lain. Ia dilengkapi dengan storan 256 GB, 4 GB RAM serta dikuasakan oleh Intel® Celeron® Processor N4500 yang mampu memberikan kelancaran kepada anda untuk melaksanakan tugas harian seperti penyelidikan, menaip nota, menonton video dan banyak lagi.
Spesifikasi:
- Pemproses: Intel® Celeron® pemproses dwi-teras N4500
- Storan: 256 GB
- RAM: 4 GB/ 8 GB/ 12 GB/ 20 GB
- Skrin Paparan: 15.6 inci
Kelebihan:
✅ Sistem bunyi berkuasa tinggi
✅ Mampu milik
✅ Dilengkapi pad sentuh (pelbagai isyarat)
Harga: RM1369-RM1999
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. HONOR MagicBook X 15

HONOR MagicBook X15 dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang boleh membantu anda membuka kunci laptop dengan hanya satu sentuhan. Laptop ini didatangkan dengan reka bentuk tanpa bingkai dengan skrin paparan rata 15.6 inci. Selain itu, ia juga mempunyai resolusi HD penuh, port HDMI serta masa tindak balas 1ms sekali gus dapat memberikan anda pengalaman penggunaan yang lancar.
Spesifikasi:
- Pemproses: Intel® Core™ i5-1135G7
- Storan: 512 GB
- RAM: 8 GB
- Skrin Paparan: 15.5 inci
Kelebihan:
✅ Reka bentuk elegan
✅ ‘Multi-screen collaboration’
✅ Ringan
Harga: RM2899
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Asus VivoBook K413E-AAM1539WS

Asus VivoBook K413E-AAM1539WS ini sesuai untuk pelajar universiti kerana ia didatangkan dengan ciri mudah alih dan sangat ringan (1.4 kg). Hal ini sekali gus dapat memudahkan anda untuk membawanya ke kelas, kafe atau ke mana-mana sahaja. Tambahan pula, ia mempunyai storan 512 GB yang pastinya dapat memenuhi keperluan pelajaran anda seperti merakam video, menyelidik, menulis esei dan banyak lagi.
Spesifikasi:
- Pemproses: Intel® Core™ i5-1135G7
- Storan: 512 GB
- RAM: 8 GB
- Skrin Paparan: 14 inci
Kelebihan:
✅ Mempunyai jaminan 2 tahun
✅ Warna yang menarik
✅ Ringan
Harga: RM2420
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. HUAWEI MateBook D15

Jenama Huawei sudah pastinya tidak asing lagi dalam bidang teknologi. Huawei MateBook D15 ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan laptop yang ringan dan nipis. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan spesifikasi terkini yang sesuai digunakan untuk ‘video editing’, grafik ‘design’ atau tugasan kerja bertulis. Ia didatangkan dengan 1x port USB C, 2x port USB 2.0, 1x port USB 3.0, HDMI dan bicu audio 3.5 mm.
Spesifikasi:
- Pemproses: Intel® Core i5-10210U
- Storan: 512 GB
- RAM: 8 GB
- Skrin Paparan: 15.6 inci
Kelebihan:
✅ Kapasiti besar
✅ Ringan
✅ Resolusi tinggi
Harga: RM2349
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. DERE Gaming Laptop V9 Max

DERE Gaming Laptop V9 Max merupakan laptop yang sesuai untuk mereka yang mencari laptop berprestasi tinggi dan resolusi tinggi untuk permainan video. Laptop ini didatangkan dengan skrin paparan 15.6 inci yang menawarkan kualiti grafik terbaik tanpa meninggalkan kesan kabur dan ‘lagging’. Selain itu, ia juga menawarkan 3 storan berbeza iaitu 256 GB, 512 GB dan 1 TB yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan dan keutamaan anda.
Spesifikasi:
- Pemproses: Pemproses Intel® core ™ Generasi ke-11 i7-1165G7
- Storan: 256 GB/ 512 GB/ 1 TB
- RAM: 8 GB/ 16 GB
- Skrin Paparan: 15.6 inci
Kelebihan:
✅ Resolusi tinggi
✅ ‘Wider visual experience’
✅ ‘High performance’
Harga: RM2899-RM3799
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. HP Pavilion 15-EG2013TU

HP Pavilion 15-EG2013TU ini didatangkan dalam warna biru yang elegan dan sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan perempuan. Laptop ini dikuasakan dengan Intel® Core™ i5-1240P yang membantu meningkatkan kecekapan laptop. Selain itu, ia dilengkapi dengan skrin FHD 15.6 inci yang mempunyai keupayaan untuk mengawal warna dan kejelasan grafik untuk pengalaman yang lebih baik.
Spesifikasi:
- Pemproses: Intel® Core™ i5-1240P
- Storan: 512 GB
- RAM: 8 GB
- Skrin Paparan: 15.6 inci
Kelebihan:
✅ Warna elegan
✅ Storan besar
Harga: RM3099
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Apple MacBook Pro

Apple MacBook Pro sangat berbaloi untuk dibeli ekoran spesifikasinya yang sangat baik. Ia mempunyai storan yang mencukupi untuk melaksanakan pelbagai tugasan. Anda boleh memilih storan antara 512 GB dan 1 TB bergantung kepada keperluan anda. Bukan itu sahaja, baterinya juga boleh bertahan sehingga 17 jam. Hal ini membolehkan anda menggunakannya tanpa pengecasan yang kerap.
Spesifikasi:
- Pemproses: M1 Pro
- Storan: 512 GB, 1 TB
- RAM: 16 GB
- Skrin Paparan: 14.2 inci
Kelebihan:
✅ Bateri bertahan sehingga 17 jam
✅ ‘Faster performance’
✅ Mudah untuk disambungkan
Harga: RM8799-RM10799
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. HUAWEI MateBook D 16

HUAWEI MateBook D 16 ini dilengkapi dengan pemproses siri H Intel®️ Core™️ generasi ke-12 serta menampilkan ciri estetik, inovatif dan pintar bagi memenuhi permintaan pengguna. Dengan skrin paparan 16 inci, ia mampu memenuhi keperluan pelbagai kegunaan termasuklah untuk tugasan pejabat, hiburan audio dan visual di rumah serta pembelajaran di sekolah. Selain reka bentuknya yang menarik, HUAWEI MateBook D 16 ini juga ringan sekali gus membolehkan anda membawanya ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Pemproses: 12th Gen Intel Core H-series Processor
- Storan: 512 GB
- RAM: 16 GB
- Skrin Paparan: 16 inci
Kelebihan:
✅ ‘Seamless cross-device collaboration’
✅ Kamera dan bunyi (1080P AI)
✅ Pelbagai port disediakan
Harga: RM3999
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. HP Victus 16-E1044AX

HP Victus 16-E1044AX dilengkapi dengan AMD Ryzen™ 5 6600H yang menawarkan pelayaran laman web dan Internet yang lancar. Skrin seluas 16.1 inci pada laptop ini dijamin dapat memberikan keselesaan pada mata anda. Selain itu, laptop ini juga didatangkan dengan storan 512 GB SSD yang boleh menyimpan jumlah data dalam kuantiti yang banyak tanpa mengalami masalah ‘lagging’.
Spesifikasi:
- Pemproses: AMD Ryzen™ 5 6600H
- Storan: 512 GB
- RAM: 8 GB
- Paparan: 16.1 inci FHD
Kelebihan:
✅ Bergaya
✅ Storan besar
Harga: RM3819
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.