Memilih hadiah yang sesuai untuk orang tersayang bukanlah mudah, selalu kena perah kepala memikirkan hadiah apa yang boleh diberi. Sudah pasti kita ingin memberikan hadiah yang sempurna dan mempunyai kesan yang berkekalan terhadap penerima. Hal ini kerana pemberian hadiah merupakan tanda penghargaan ikhlas daripada seseorang kepada individu yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga mampu menceriakan hari dan hati seseorang.
Hari lahir rakan anda sudah dekat tetapi masih tidak tahu hadiah apa yang sesuai? Jangan bimbang kerana perkongsian kali ini, kami senaraikan 8 idea hadiah hari lahir yang terbaik untuk anda.
Bagaimana hendak memilih hadiah hari lahir yang sempurna untuk orang tersayang?
Memilih hadiah boleh menjadi rumit terutamanya jika anda tidak pasti yang mana yang paling sesuai. Jadi untuk mengelakkan anda daripada terbeli hadiah yang salah, lebih baik untuk anda memahami perkara atau item yang disukai oleh penerima terlebih dahulu.
Adakah hadiah hari lahir bermakna?
Jawapannya ya! Setiap hadiah yang diberikan mempunyai nilai yang tersendiri. Ia membantu dalam menyatakan kasih sayang, penghargaan, dan keprihatinan terhadap penerima. Bukan itu sahaja, pemberian hadiah juga salah satu cara untuk mengekalkan hubungan anda dengan orang tersayang.
8 Idea Hadiah Hari Lahir Terbaik di Malaysia 2023
1. Chocolate Gift Box

Chocolate Gift Box ini merupakan hadiah yang sesuai untuk diberi pada majlis ulang tahun, terutamanya jika penerima ialah peminat coklat. Hal ini kerana, set hadiah ini didatangkan dengan 14 variasi coklat yang anda boleh pilih berdasarkan cita rasa penerima. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan lampu berkelip serta kad ucapan.
Spesifikasi:
- Sesuai untuk: Kawan, keluarga, guru
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ 14 variasi coklat
✅ Kad ucapan percuma
✅ Fairy light percuma
Harga: RM12 – RM 73
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. ROYCE’ Nama Chocolate – Mild Cacao

ROYCE’s Nama Chocolate merupakan antara coklat yang paling digemari oleh peminat manisan. Coklat ini mempunyai rasa koko yang kuat serta tekstur yang agak kenyal dan enak untuk dinikmati. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan pembungkusan yang menarik dan mewah sekaligus ideal untuk dijadikan sebagai hadiah kepada rakan ataupun pasangan anda.
Spesifikasi:
- Sesuai untuk: Rakan, Pasangan
- Negara Pengeluar: Jepun
- Bahan-bahan: Krim segar, Gula, Mentega koko, koko, Serbuk susu penuh, Serbuk koko, Perisa, Pengemulsi(berasal kacang soya)
Kelebihan:
✅ Coklat berkualiti tinggi
✅ Bebas alkohol
✅ Tekstur kenyal dan lembut
Harga: RM52.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Clot Makeup Brush Set with Round Cylinder Holder

Rakan anda gemar bersolek? Clot Makeup Brush Set ini pilihan hadiah terbaik untuk anda. Set ini mengandungi 12 berus solek yang diperbuat daripada bahan mesra alam dan tidak akan menyebabkan kemerahan, kerengsaan, kegatalan, dan ruam pada kulit. Selain itu, set ini juga didatangkan dengan 7 variasi yang menarik untuk dipilih.
Spesifikasi:
- Sesuai untuk: Teman Wanita, rakan
- Negara Pengeluar: China
- Variasi: Merah jambu, Ungu, Biru Laut, Ungu Pekat, Rose Gold, Emas matte, Emas (Glitter).
Kelebihan:
✅ Harga mampu milik
✅ Berkualiti tinggi
✅ Warna girly
Harga: RM5.99 – RM6.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. DIY Surprise Explosion Box

Anda mencari hadiah yang unik dan mempunyai nilai sentimental? DIY Surprise Explosion Box ini pilihan terbaik untuk anda. DIY Surprise Explosion Box ini merupakan produk separuh siap yang perlu dipasang sendiri. Kotak ini dilengkapi dengan beberapa ruang yang membolehkan anda memasukkan gambar dan menulis ucapan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan ruang utama untuk anda meletakkan hadiah anda.
Spesifikasi:
- Sesuai untuk: Teman Wanita, Teman Lelaki, Kawan
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Harga mampu milik
✅ Reka bentuk unik
Harga: RM2.89 – RM16.78
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. AHC Luminous Glow Real Eye Cream

Tiada wanita yang akan menolak hadiah yang terkandung produk penjagaan kulit. Setiap wanita menginginkan penampilan yang cantik, oleh itu, mereka sentiasa mencari produk penjagaan kulit yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan kulit mereka. AHC Luminous Glow Real Eye Cream ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Krim ini berfungsi untuk mencerahkan tona kulit serta mengurangkan kedutan.
Spesifikasi:
- Sesuai untuk: Teman wanita, Ibu
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
- Isi padu: 12 ml
Kelebihan:
✅ Mencerahkan tona kulit
✅ Kulit lebih berseri
Harga: RM42.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Signature Market Deluxe Selection Coffee & Tea Beverage Gift Box

Signature Market Deluxe merupakan salah satu pakej hadiah yang sesuai untuk mereka yang menggemari kopi. Set ini mengandungi 4 jenis kopi iaitu Japanese Hojicha Latte, Fukuoka Matcha Latte, Arabica Brown Rice Coffee dan Mocha Espresso Latte. Selain itu, set ini didatangkan dengan reka bentuk pembungkusan yang elegan dan ringkas yang sesuai untuk semua jenis majlis.
Spesifikasi:
- Sesuai untuk: Keluarga, Rakan
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Berat: 525 g
Kelebihan:
✅ Minuman berkualiti tinggi
✅ Harga berpatutan
Harga: RM61.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Vitamin Gift Box

Set ini mengandungi produk penjagaan kesihatan seperti serbuk vitamin C, pelitup muka, dan hand sanitizer yang boleh anda pilih. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan reka bentuk pembungkusan yang sangat menarik serta dilengkapi dengan kad ucapan. Set ini sangat sesuai untuk diberikan kepada rakan, guru ataupun keluarga anda.
Spesifikasi:
- Sesuai untuk: Keluarga, Rakan, Guru
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz kotak: 240 mm x 170 mm x 50 mm
Kelebihan:
✅ Topeng muka buatan tangan
✅ Pembungkusan menarik
Harga: RM59.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Signature Market The Oriental Assortment Gift Box

Signature Market The Oriental Assortment Gift Box ini merupakan hadiah hari lahir yang sangat ideal untuk mereka yang menggemari makanan ringan! Set ini disertakan dengan pelbagai pilihan snek, seperti mangga kering, popcorn karamel premium, kacang tanah, kacang panggang, mentega kacang, dan banyak lagi. Set hadiah ini dipasarkan dengan 2 versi pilihan kotak hadiah untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Sesuai untuk: Keluarga, Rakan, Guru
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Pelbagai makanan ringan
✅ Kotak hadiah yang menarik
Harga: RM64.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.