Jam digital untuk wanita telah mengalami perubahan disebabkan kecanggihan teknologi yang berkembang pesat dari semasa ke semasa. Ia bukan sahaja berfungsi untuk menunjukkan waktu, bahkan ia boleh menjadi barang kemas yang cantik dan meningkatkan penampilan gaya fesyen anda. Terdapat pelbagai jenis jam tangan di pasaran yang sesuai untuk setiap individu. Jadi, anda boleh memilih jam tangan yang sesuai dengan gaya dan kehendak anda.
Jam tangan kini bukan sahaja berfungsi untuk menunjukkan waktu, tetapi ia juga adalah mencerminkan kekuatan autonomi dan keperibadian. Seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat, jam tangan juga mengalami proses perubahannya. Banyak ciri praktikal dimuatkan dalam jam tangan digital ini bagi memudahkan urusan anda. Selain itu, ia juga menarik untuk dipadankan dengan penampilan anda dalam kehidupan seharian. Berikut kami senaraikan 7 jam tangan digital wanita yang terbaik di Malaysia 2023.
Adakah Jam Tangan Digital Dianggap Fesyen untuk Wanita?
Ya, penggunaan jam tangan digital dianggap fesyen untuk wanita. Reka bentuk jam tangan digital moden biasanya menawarkan pelbagai pilihan reka bentuk daripada ringkas dan minimalis sehinggalah kepada yang menarik perhatian. Jam tangan ini terdapat dalam pelbagai warna, bahan dan fungsi. Jadi, anda dapat mencari jam tangan digital yang memenuhi keperluan dan gaya anda dengan mudah. Selain itu, gabungan fungsi dan fesyen dalam jam tangan ini menjadikannya aksesori yang popular untuk wanita yang ingin bergaya.
Apakah yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Jam Tangan Digital Wanita?
Apabila membeli jam tangan digital untuk wanita, pertimbangkan ciri-ciri penting yang boleh membantu memudahkan urusan harian mereka. Ciri-ciri seperti water resistance, jangka hayat bateri yang panjang, jenis paparan LCD atau LED, alarm mahupun backlight untuk kegunaan praktikal adalah antara ciri-ciri haruslah dipertimbangkan. Selain itu, anda juga perlu memilih reka bentuk jam yang sesuai dengan gaya dan penampilan anda.
Adakah Jam Digital Wanita Sesuai Untuk Aktiviti Sukan dan Outdoor?
Ya, jam tangan digital wanita memang sesuai untuk sukan dan aktiviti luar. Banyak model jam tangan digital direka dengan ciri-ciri seperti ‘water resistance’, tahan lama, stopwatch, timer dan fungsi GPS. Ciri-ciri ini menjadikannya jam yang ideal untuk wanita yang gemar bersukan dan menghadiri majlis kasual.
Dapatkan aksesori untuk lengkapkan penampilan anda ketika jogging atau keluar bersama rakan seperti di bawah:
- Kasut Lari Wanita Terbaik di Malaysia
- Cermin Mata Hitam Wanita Terbaik di Malaysia
- Tali Pinggang Wanita Terbaik di Malaysia
7 Jam Tangan Digital Wanita Terbaik di Malaysia 2023
1. Skechers SR2104 Women’s Vicksburg Quartz Digital Blush Pink Polycarbonate Watch
Skechers SR2104 Women’s Vicksburg Quartz Digital Blush Pink Polycarbonate Watch adalah jam tangan yang menggabungkan keanggunan dan ciri praktikalnya untuk kegunaan si pemakai. Jam tangan ini mempunyai casing dan tali polikarbonat pink blush yang cantik. Ia juga dilengkapi dengan paparan digital yang menjaga masa dengan tepat. Selain itu, jam tangan yang elegan ini menawarkan ciri-ciri seperti alarm, ‘backlight’ untuk anda melihat dalam keadaan malap dan juga ‘water resistant’ untuk meningkatkan ketahanannya. Tidak kira sama ada anda pergi bekerja atau bersenam, jam tangan ini dapat melengkapkan penampilan anda yang bergaya.
Spesifikasi:
- Warna: Blush Pink
- Jaminan: 2 tahun
- Negara Pengeluar: USA
Kelebihan:
✅Blush pink polycarbonate casing
✅‘Water resistant’ untuk 100 meter
✅Alarm
Harga: RM125.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. SKMEI Digital Men Women Sport Watch
The SKMEI Digital Men Women Sport Watch adalah sebuah jam tangan versatile yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Jam tangan ini memiliki daya tarikan tertentu kepada komuniti Muslim kerana ciri-ciri praktikalnya. Ini termasuklah alarm, paparan tarikh, ‘backlight’, penunjuk arah Kiblat, dan fungsi waktu solat. Selain itu, ia mempunyai fungsi ‘water resistance’, memberikan ketahanan untuk pemakaian harian.
Spesifikasi:
- Warna: Hitam-hitam, Hitam-putih, Kelabu, Putih
- Jaminan: 14 hari
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅Ciri alarm
✅Penunjuk arah Kiblat
✅Water-resistant
Harga: RM59.00- RM 73.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Casio Women’s Digital Watch LA680WA-7 Silver Stainless Steel Watch
Casio Women’s Digital Watch LA680WA-7 adalah jam tangan yang menarik perhatian dan menggabungkan fesyen dan ciri praktikalnya. Jam tangan ini bukan sahaja cantik, malah dilengkapi dengan case dan tali keluli tahan karat. Paparan digitalnya menunjukkan waktu yang tepat selain berfungsi sebagai alarm, stopwatch dan backlight agar mudah dilihat dalam keadaan malap. Pendek kata, jam ini sesuai untuk melengkapkan penampilan anda dengan sentuhan moden tidak kira sama ada untuk majlis formal mahupun kasual.
Spesifikasi:
- Warna: Keluli tahan karat
- Negara Pengeluar: Jepun
Kelebihan:
✅Clasp boleh diselaraskan mengikut kehendak
✅Cahaya LED untuk mudahkan penglihatan dalam keadaan malap
✅Water resistant
Harga: RM159.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. X-Gear Sport Quartz Movement Silicone Strap Multi-Functions Women Watch
X-Gear Sport Quartz Movement Silicone Strap Multi-Functions Women Watch adalah jam tangan yang lengkap dengan alarm, paparan tarikh, dual time zone, low-light vision dan stopwatch. Jam tangan ini mempunyai ketahanan air sehingga 30 meter, Jadi, ia sesuai untuk pemakaian harian dan sukan air yang ringan. Jam tangan hibrid analog-digital ini dikuasakan oleh pergerakan kuarsa yang boleh dipercayai, menjadikannya sesuai untuk pelbagai acara seperti majlis formal, aktiviti sukan, dan acara kasual.
Spesifikasi:
- Warna: Sakura Pink, Black Gold, Black Rose Gold, Black Silver, White Gold, White Rose Gold, White Silver
- Jaminan: 6 bulan
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅Dual Time Zone
✅Hybrid analog-digital watch face
✅‘Water resistant’ untuk 30 m
Harga: RM99.00 – RM 259.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. EVO-153 Women Sporty Digital 50M Water Resistant Watch
EVO-153 Women Sporty Digital 50M Water Resistant Watch adalah jam tangan yang tahan lasak, berkualiti dan tahan lama yang direka untuk wanita aktif. Jam tangan ini sesuai untuk pelbagai aktiviti ‘outdoor’ dan sukan air. Reka bentuk jam tangan ini sesuai untuk gaya hidup yang aktif dan mempunyai ciri ‘water resistance’ bagi 50 meter. Selain itu, ia mempunyai paparan digital yang menjaga masa dengan tepat serta ciri-ciri lain seperti alarm, fungsi tarikh, dan stopwatch. EVO-153 ini menggabungkan gaya estetik ‘sporty’ dan kasual bagi menyesuaikan kehendak anda yang ingin bersukan atau sekadar mencari jam tangan yang berkualiti dan bergaya.
Spesifikasi:
- Warna: Hitam, Merah Jambu, Ungu
- Jaminan: 12 bulan
Kelebihan:
✅‘Water resistant’ untuk 50 meter
✅Ada cahaya ‘Backlight’ untuk keadaan malap
✅Tahan lama
Harga: RM69.52
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Sanda Women Watch Waterproof Luxury Fashion Multifunctional
Sanda Waterproof Luxury Fashion Multifunctional Women’s Watch menawarkan gabungan gaya dan praktikal dalam format paparan berganda. Pelbagai ciri-ciri mengagumkan disediakan pada jam tangan ini termasuklah paparan mingguan untuk perancangan aktiviti anda, ketahanan air, pencahayaan ‘backlight’ yang mudah dilihat dalam cahaya malap, dan paparan LED untuk memudahkan pembacaan. Jam tangan ini bukan sahaja bergaya malah ia berguna untuk aktiviti berenang dan juga penggera yang boleh dipercayai. Paling menarik, jarum luminous membolehkan anda melihat waktu dalam keadaan malap.
Spesifikasi:
- Warna: Hijau, Putih (Rose Gold)
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅Analog-Digital
✅Paparan Mingguan
✅Backlight untuk keadaan malap
Harga: RM149.50
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. LHOTSE 3002 Ultra-thin Waterproof Women Watch
LHOTSE 3002 Ultra-thin Waterproof Women’s Watch adalah jam tangan bergaya dan praktikal yang dikuasakan oleh pergerakan kuarsa import bagi memastikan penunjuk masa yang tepat. Dengan penilaian ketahanan air sedalam 50 m, ia sesuai untuk pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti sukan air. Selain itu, jam tangan ini mempunyai pelbagai ciri yang mengagumkan, termasuk stopwatch, reka bentuk tahan hentakan, paparan LED, tarikh automatik dan paparan mingguan, serta pencahayaan ‘backlight’ untuk keadaan yang malap. Jam tangan ini berjaya menggabungkan gaya formal, kasual, mewah dan ‘sporty’ bagi mereka yang mencari jam tangan yang serba guna dan sesuai dalam apa jua acara. Jam tangan ini juga sesuai buat wanita moden yang mencari aksesori serba guna bagi menyerlahkan penampilan mereka dalam kehidupan seharian.
Spesifikasi:
- Warna: Putih, White Rose Gold, Matcha, Sakura Pink, Black Gold
- Jaminan: 12 bulan
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅‘Water resistant’ 50 meter
✅Boleh menahan hentakan mekanikal
✅Reka bentuk bergaya
Harga: RM129.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.