Datang dan bergembiralah dengan beberapa jeli kismis merah yang lazat! Kalau anda hendak tahu, jeli kismis merah sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan nutrien yang boleh dibekalkan kepada tubuh anda. Selain itu, ia juga banyak kegunaannya dalam masakan. Ada yang kata bahawa jeli ini sesuai digunakan ke atas kambing panggang untuk menonjolkan rasa yang lebih enak.
Kepada anda di luar sana, jeli ini juga boleh digunakan sebagai sapuan ke atas roti atau bun anda. Selain itu, jeli ini boleh dijadikan inti atau topping untuk pencuci mulut anda. Hebat, bukan? Kalau anda mahukan jeli kismis merah yang berkualiti, teruskan membaca artikel ini. Kami himpunkan senarai 10 jeli kismis merah terbaik di Malaysia untuk anda.
Di manakah saya boleh mendapatkan jeli kismis merah?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan jeli kismis merah di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan jeli kismis merah, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, jeli kismis merah seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih jeli kismis merah?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli jeli kismis merah ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis jeli kismis merah yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Jeli Kismis Merah Terbaik di Malaysia 2025
1. Barkers Redcurrant Jelly

Barker’s Redcurrant Jelly penuh dengan perisa sehinggakan anda boleh menjadikannya sebagai bahan tambahan yang sempurna untuk kaserol, hidangan tumis goreng atau sos celup untuk makanan anda. Anda juga boleh sapukannya pada beberapa Bruschetta atau Crostini dan menambah keju feta hancur di atasnya untuk rasa yang lebih lazat. Cubalah Barkers Redcurrant Jelly hari ini!
Bahan-bahan: Gula, Canterbury redcurrants 38%, air, jus blackcurrant, pemekat (pektin buah, gula xanthan), asid makanan (sitrik)
Negara Pengeluar: New Zealand
Saiz: 270 g
Harga: RM 20.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Morrisons Redcurrant Jelly

Nikmati rasa kaya dan manis Morrisons Redcurrant Jelly dengan selesa di rumah anda hari ini! Mungkin anda jarang mendengar tentangnya, tetapi sebaik sahaja anda merasainya, jeli kismis merah ini akan menjadi salah satu bahan penambah rasa kegemaran anda. Jadi, cubalah Morrisons Redcurrant Jelly!
Bahan-bahan: Sirap Glukosa-Fruktosa, Jus Redcurrant, Gula, Agen Pembentuk Gel (Pektin), Pengatur Keasidan (Natrium Sitrat, Asid Sitrik), Disediakan dengan 58 g Buah bagi setiap 100 g, Jumlah Kandungan Gula 67 g bagi setiap 100 g
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 340 g
Harga: RM 34.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUY3. Duerr’s Redcurrant Jelly

Kredit Gambar: Duerr’s
Duerr’s Redcurrant Jelly adalah jeli yang klasik dan berkualiti baik. Jeli kismis merah ini serba boleh dan sesuai dijadikan bahan penambah rasa bagi hidangan kambing panggang, ayam, itik ataupun stik. Anda boleh menggunakannya sebagai inti atau topping untuk pencuci mulut anda hari ini!
Bahan-bahan: Sirap Glukosa Fruktosa, Jus Redcurrant, Gula, Agen Pembentuk Gel: Pektin, Pengatur Keasidan (Asid Sitrik, Natrium Sitrat), Disediakan dengan 50 g buah bagi setiap 100 g, Jumlah kandungan Gula- 67g bagi setiap 100 g
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 227 g
Harga: RM 6.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI HAPPY FRESH4. Sainsbury’s Redcurrant Jelly

Manis, masam dan berwarna merah delima! Jeli ini benar-benar terbaik. Inilah Sainsbury’s Redcurrant Jelly untuk anda! Jeli ini bagus digunakan pada kambing panggang, dan mana-mana daging seperti daging babi dan lembu. Datang dan dapatkannya hari ini!
Bahan-bahan: Sirap Glukosa-Fruktosa, Jus Redcurrant, Gula, Agen Pembentuk Gel: Pektin, Pengatur Keasidan: Natrium Sitrat, Asid Sitrik. Kandungan buah-buahan: 58 g minimum.
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 250 ml
Harga: RM 69.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUY5. Pioneer Valley Fancy Red Currant Jelly

Nikmati Pioneer Valley’s Fancy Redcurrant Jelly ini! Jeli ini dibuat sempurna dengan konsistensi yang tepat. Anda akan mendapati konsistensinya yang tebal dan kaya sebagai tambahan yang sempurna untuk roti dan mufin anda. Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba jeli kismis merah yang lazat ini hari ini.
Bahan-bahan: Jus kismis merah, gula, pektin, vitamin C (asid askorbik), asid sitrik
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 227g
Harga: RM60.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUYu003cbru003e6. Beerenberg Red Currant Jelly

Jeli kismis merah yang halus dan tradisional ini menonjolkan rasa pelbagai jenis daging merah dan putih, ham dan juga keju. Anda boleh menikmati jeli ini tanpa ragu kerana ia sering digunakan di dalam masakan oleh suri rumah di seluruh dunia. Nikmati jeli Red currant Beerenberg hari ini!
Bahan-bahan: Gula, Jus Kismis Merah (35%), Pektin, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 300 g
Harga: RM 16.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI HAPPY FRESH7. Tiptree RedCurrant Jelly

Tiptree membuat salah satu jeli kismis merah yang terbaik dalam industri. Ia serba boleh dan sesuai dengan hampir setiap makanan yang dibakar. Produk ini juga boleh menjadi perasa tambahan yang lazat untuk masakan anda. Datang dan berikan jeli kismis merah daripada Tiptree ini peluang untuk melazatkan masakan anda.
Bahan-bahan: Kismis merah, gula, natrium sitrat dan pektin
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 340 g
Harga: RM 60.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUY8. Essential Waitrose Redcurrant Jelly

Produk ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi untuk membuat jeli kismis merah yang terbaik. Essential Waitrose Redcurrant Jelly pastinya merupakan padanan yang sesuai untuk sandwic anda sewaktu aktiviti berkelah. Dapatkan satu atau dua botol jeli yang menakjubkan ini dan simpannya di patri anda!
Bahan-bahan: Gula, air, jus pekat, asid sitrik, pektin
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 340 g
Harga: RM 46.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUY9. Rosebud Preserves Redcurrant Jelly

Buah kismis merah yang digunakan untuk menghasilkan produk ini adalah segar dan ia digandingkan bersama gula tidak bertapis secara semula jadinya. Rosebud Preserves Redcurrant Jelly akan membuatkan anda jatuh cinta padanya. Nikmatinya hari ini! Anda pasti menyukainya kerana ia boleh menambah perasa dalam masakan anda.
Bahan-bahan: Kismis merah 82%, gula tidak ditapis, air. Disediakan dengan 82 g buah bagi setiap 100 g. Jumlah kandungan gula-63 g bagi setiap 100 g.
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 227 g
Harga: RM 82.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUY10. Tracklements Rich Redcurrant Jelly

Tracklements Rich Redcurrant Jelly adalah manis, masam dan berwarna merah delima. Kalau anda hendak tahu, produk ini adalah bahan perasa yang sesuai untuk digunakan pada kambing panggang, atau pada mana-mana jenis daging yang anda inginkan seperti daging babi dan daging lembu.
Bahan-bahan: Gula Tebu Mentah, Kismis Merah, Air, Jus Lemon, Agen Pembentuk Gel, Citrus Pectin, Disediakan dengan 80g Buah setiap 100g, 66g Gula setiap 100g.
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 250 g
Harga: RM 90.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUYPerhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.