Aprikot sentiasa menjadi pilihan yang baik untuk snek pada bila-bila masa. Tetapi bagaimana jika ia bukan musim aprikot? Jangan risau kerana anda boleh memilih beberapa jem aprikot untuk kepuasan selera anda! Jem aprikot mempunyai rasa tart yang dalam dan manis. Inilah yang menjadikannya sangat lazat untuk semua peringkat umur.
Lazimnya, jem aprikot dimakan dengan roti bakar. Selain itu, ia juga sering menjadi bahan ruji buat pembuat roti atau tukang pastri kerana mereka menggunakannya dalam pencuci mulut. Tahukah anda yang jangka hayat biasa jem aprikot yang dibuka, jika disejukkan, boleh bertahan sehingga setahun? Pastikan anda menyemak label untuk melihat tarikh luput yang betul, ya. Ini juga mengelakkan anda daripada keracunan makanan. Jika anda ingin mengetahui bagaimana rasanya jem aprikot terhebat, teruskan membaca artikel ini. Hal ini kerana kami telah menghimpunkan senarai jem aprikot terbaik untuk anda.
Di manakah saya boleh mendapatkan jem aprikot?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan jem aprikot di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan jem aprikot, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, jem aprikot seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih jem aprikot?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli jem aprikot ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis jem aprikot yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Jem Aprikot Terbaik di Malaysia 2025
1. Bonne Maman Mini Apricot Jam

Jem aprikot Bonne Maman bersinar dengan kilauan aprikot yang berwarna oren-kuning, segar dan masak. Setiap balang 100% pengawet semula jadi ini diisi dengan kepingan aprikot yang menambah percikan kecerahan berasid dan rasa yang menyegarkan.
Bahan-bahan: Aprikot, gula, gula tebu, jus lemon pekat, agen pembentuk gel (pektin buah).
Negara Pengeluar: Perancis
Saiz: 30 g
Harga: RM 2.10 (Shopee) | RM 2.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Hero Apricot Jam

Jem Hero Apricot ini dicipta daripada campuran aprikot awet premium yang terbaik. Jem 100% semula jadi ini boleh digunakan sebagai taburan manis pada sandwic anda untuk meningkatkan rasa. Percaya atau tidak, ramai suri rumah yang menggunakan jem ini di dalam pencuci mulut mereka kerana rasanya yang segar dan berkualiti.
Bahan-bahan: Aprikot (50%), gula, gula tebu, pekat jus lemon, agen pembentuk gel (citrus pectin), pekat jus acerola
Negara Pengeluar: Sepanyo;
Saiz: 340 g
Harga: RM 13.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Barker’s Fruits Apricot Jam

Tahukah anda bahawa untuk dirujuk secara sah sebagai jem di New Zealand dan Australia, sesuatu produk mesti mengandungi sekurang-kurangnya 65 peratus gula! Mana-mana produk dengan kurang gula mesti dilabel secara berbeza. Tiada definisi undang-undang bagi istilah ‘spread’ atau ‘preserve’ kerana ia adalah perkara yang sama. Datang dan nikmati jem aprikot yang licin dan lazat dari Barker’s hari ini!
Bahan-bahan: 98% buah-buahan (aprikot 50%, pekat jus pir, pekat jus lemon), agen pembentuk gel (pektin buah, kalsium sitrat), pengawet (potassium sorbate).
Negara Pengeluar: New Zealand
Saiz: 455 g
Harga: RM 22.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Mrs. Bridges Apricot and Peach Preserve

Dengan ketulan kecil pic dan aprikot kering yang cantik, ini adalah pengawet ringan yang menyegarkan dan penuh dengan perisa. Bersama ketulan kecil buahan ini, anda boleh bersa keenakannya yang segar dan berkualiti. Datang dan nikmatilah jem ini bersama orang tersayang anda hari ini!
Bahan-bahan: Gula, Aprikot (22.5%), Pic (22.5%), Agen Pembentuk Gel: Pektin Buah, Pengatur Keasidan: Asid Sitrik. Disediakan dengan 45g buah setiap 100g. Jumlah kandungan gula 65g setiap 100g.
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 340 g
Harga: RM 17.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. IXL Apricot Jam

Nikmati rasa manis Jam Apricot IXL hari ini! Rasanya sedap dan anda akan menyukai setiap suapannya. Datang dan sebarkan kecintaan terhadap jem aprikot dengan Jam Apricot IXL hari ini! Percayalah, sarapan pagi anda tidak lagi membosankan dengan adanya jem aprikot ini.
Bahan-bahan: Gula, Aprikot (40%), Asid Makanan (Sitrik, Askorbik), Ejen Pembentuk Gel (Pektin Buah).
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 480 g
Harga: RM 17.00 (Shopee) | RM 19.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Tesco Apricot Jam

Jam Apricot Tesco memberikan anda jem aprikot yang menarik, tidak terlalu berbuah dan tidak terlalu manis. Jika anda menggunakannya ke atas pencuci mulut anda, jem ini akan menonjolkan kesedapan hidangan anda. Ia jua sesuai buat mereka yang tidak menyukai pencuci mulut yang tidak terlalu manis.
Bahan-bahan: Sirap Glukosa-Fruktosa, Aprikot, Gula, Puree Apricot, Asid Sitrik, Agen Pembentuk Gel (Pektin), Pengatur Keasidan (Natrium Sitrat).
Negara Pengeluar: Belgium
Saiz: 454 g
Harga: RM 9.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Durra Apricot Fruit Spread

Hidangan manis oleh Al Durra, jem aprikot yang menjilat jari ini paling sesuai apabila digabungkan dengan roti untuk menyediakan sarapan pagi yang lazat setiap hari. Ia juga sesuai untuk menghias kek, pastri dan tart. Anda boleh mencubanya untuk hidangan daging seperti ayam dan salmon. Ia sangat lazat sehingga anda boleh memakannya begitu sahaja.
Bahan-bahan: Aprikot* (60%), pekat jus epal*, puri epal*, agen pembentuk gel: pektin, pengatur keasidan: asid sitrik. *organik.
Negara Pengeluar: Jordan
Saiz: 430 g
Harga: RM 8.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Les Comtes de Provence Apricot Jam

Jam Apricot Les Comtes de Provence dibuat di Provence oleh kepakaran yang diwarisi daripada resipi jem purba dan dimasak dalam periuk. Kepakaran syarikat selama 30 tahun sebagai pembuat jem ini telah membolehkan mereka mengembangkan resipi lazat dari semasa ke semasa. Nikmati jem aprikot yang kaya dengan buah, dan rasa hari ini!!
Bahan-bahan: Aprikot (65%), gula tebu, hirisan badam (0.9%), agen pengasidan: jus lemon pekat, agen pembentuk gel: pektin buah, ekstrak amaretto.
Negara Pengeluar: Perancis
Saiz: 350 g
Harga: RM 23.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Cottee’s Apricot Jam

Pastikan masakan anda cepat dan mudah dengan Cottee’s Apricot Jam. Jem ini dibuat tanpa bahan pengawet dan membawa rasa aprikot yang ringan kepada pelbagai resipi. Jika anda mahukan jem aprikot yang kaya dengan buah dan tidak pekat, maka inilah jemnya. Anda juga boleh gunakannya ke atas pencuci mulut untuk rasa yang memukau.
Bahan-bahan: Gula, Aprikot (40%), Asid Makanan (Asid Sitrik), Ejen Pembentuk Gel (Pektin).
Negara Pengeluar: New Zealand
Saiz: 500 g
Harga: RM 16.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Halwani Bros Apricot Jam

Nikmati rasa Halwani Bros Apricot Jam semasa dalam perjalanan! Mulakan hari anda dengan jem aprikot yang betul hari ini! Rasa halus dan manis daripada Halwani Bros Apricot Jam ini sudah cukup untuk memuaskan keinginan manis anda. Cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Aprikot, Gula, Glukosa, Pektin, Asid Sitrik
Negara Pengeluar: Arab Saudi
Saiz: 750 g
Harga: RM 12.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.