10 Susu Tepung Bayi Terbaik di Malaysia 2023

Anda boleh memilih dari pelbagai jenis susu tepung bayi yang direka khas untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi anda. Ada susu tepung bayi yang sesuai untuk bayi yang alah kepada protein susu lembu. Ada juga susu tepung bayi yang sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah penghadaman seperti kembung perut. Malah, terdapat juga syarikat yang menghasilkan susu tepung bayi khusus untuk bayi yang memerlukan formula yang mengandungi nutrien tambahan seperti DHA dan ARA untuk perkembangan otak yang sihat. Untuk menentukan susu tepung bayi mana yang sesuai, anda perlu berbincang dengan pakar pediatrik atau pakar pemakanan agar bayi anda mendapat susu tepung yang terbaik bagi tumbesaran mereka.

Disebabkan hal diatas, kebanyakan ibu memilih untuk membeli susu tepung bayi. Susu tepung bayi menyediakan vitamin dan nutrien kepada bayi anda. Pada masa yang sama, ia boleh membantu dalam perkembangan dan imuniti mereka. Tanpa nutrien ini, si kecil anda mungkin tidak dapat berkembang sepenuhnya menjadi seorang kanak-kanak yang sihat. Berikut adalah 10 susu tepung bayi terbaik di Malaysia.

Apakah Jenis-Jenis Susu Tepung Bayi?

Susu tepung bayi yang spesifik boleh didapati di Malaysia. Sebagai contoh, formula ‘lactose-free’ dihasilkan untuk bayi yang ‘lactose intolerant’. Susu tepung seperti Similac Gain Plus dan Enfalac Baby adalah sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah ‘lactose intolerant’. Selain itu, formula berdasarkan soya adalah sesuai untuk bayi yang alah kepada protein susu lembu atau laktosa. Formula hidrolisis direka khas untuk bayi yang alah kepada protein susu lembu atau alergi makanan yang teruk. Formula yang telah melalui proses hidrolisis yang ekstensif pula disyorkan untuk bayi yang telah disahkan mengalami alergi protein susu lembu yang tidak dapat dikawal dengan jenis formula lain.

Bagaimanakah Anda Memilih Susu Tepung Bayi Yang Sesuai Untuk Anak Anda?

Untuk memastikan bahawa susu tepung bayi yang anda pilih di Malaysia memenuhi keperluan pemakanan bayi anda, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum membelinya. Anda boleh mengambil kira faktor-faktor ini untuk mencari susu tepung yang sesuai:

  1. Umur dan Tahap

Susu tepung pada tahap 1 (bayi baru lahir sehingga 6 bulan) adalah pilihan alternatif kepada bayi yang memerlukan nutrien bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat pada bulan-bulan awal. Susu tepung Tahap 2 (6 hingga 12 bulan) pula direka untuk memenuhi keperluan pemakanan yang semakin meningkat ketika bayi mula makan makanan pejal. Susu tepung pada tahap ini mengandungi kepekatan nutrien tertentu yang lebih tinggi, seperti zat besi, kalsium, dan vitamin untuk memenuhi keperluan pertumbuhan bayi. Susu tepung pada Tahap 3 (12 bulan ke atas) mengubah komposisi nutrien untuk memenuhi keperluan khas kanak-kanak yang mempunyai diet berbeza dan pelbagai rasa dan nutrien. Semua ini adalah untuk membantu mereka beralih daripada susu ke makanan pepejal.

  1. Komposisi Nutrisi

Anda perlu mencari susu tepung yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. Antara susu tepung yang mempunyai nutrien yang seimbang ini adalah seperti Pediasure Baby Milk Powder, Gentle Sheep Baby Milk Powder dan Friso Gold Step 3. Selain itu, anda perlu memastikan susu tepung yang anda pilih itu mengandungi nutrien penting seperti DHA, ARA, zat besi, kalsium. Antara susu tepung yang mempunyai kandungan nutrien ini adalah seperti Anmumlac Infacare Step 1 dan Enfalac A+ Step 1.

  1. Perisa

Walaupun rasa bukanlah faktor yang paling penting, sesetengah kanak-kanak mungkin lebih suka rasa susu tepung yang tersendiri kerana setiap jenama mempunyai rasa susu yang berbeza. Anda boleh mencuba sampel susu tepung ini terlebih dahulu bagi memastikan ia sesuai dengan bayi anda. Jika susu tepung tersebut sesuai, barulah anda memperkenalkannya kepada bayi anda. Mulakan susu tepung itu dalam jumlah yang kecil dan lihat reaksi bayi anda. Jika bayi anda menunjukkan reaksi tidak suka akan susu tepung tersebut, anda boleh mendapatkan nasihat pakar pediatrik bagi menangani masalah ini. Mereka akan mencadangkan formula alternatif atau memberi anda nasihat tentang cara membantu bayi anda menyukai rasa susu tepung tersebut.

Bagaimanakah Anda Menyediakan Susu Bayi?

Baby-Formula
Kredit Gambar: Verywell Family

Susu bayi mudah untuk dibuat. Anda boleh mengikut langkah-langkah di bawah untuk membuat susu bayi yang seimbang:

  1. Bersihkan dan sanitasi semua permukaan bahan yang anda akan gunakan. Basuh tangan anda dengan bersih.
  2. Anda perlu memasak air bagi membunuh bakteria berbahaya yang terkandung dalam air.
  3. Biarkan air panas menjadi sejuk (dalam 30 minit) sebelum anda tuang ke dalam botol bayi yang sudah disterilkan. Suhu yang dicadangkan adalah sekitar 70°C dan ke bawah agar nutrien dalam susu tepung ini boleh diserap oleh bayi anda dengan baik.
  4. Tambahkan susu tepung ke dalam air. Pastikan kuantiti susu tepung yang ditambah itu sesuai agar bayi dapat menyerap nutrien yang seimbang antara protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.
  5. Tutup botol susu dengan kemas dan goncang sehingga susu tepung dan air sebati. Tindakan ini adalah untuk mengelakkan gumpalan susu dan memastikan anak anda mendapat nutrien yang seimbang.
  6. Anda boleh meletakkan botol susu di bawah air paip yang mengalir. Tindakan ini boleh menurunkan suhu botol dengan cepat.
  7. Gunakan kain yang bersih untuk mengeringkan permukaan luar botol bayi.
  8. Pastikan anda periksa suhu botol tersebut agar ia selamat untuk diminum oleh bayi anda.

Jika anda mencari barangan bayi, anda boleh membaca artikel di bawah:

  1. Botol Bayi Terbaik di Malaysia
  2. Pemanas Botol Bayi Terbaik di Malaysia
  3. UV Sterilizer Terbaik di Malaysia

10 Susu Tepung Bayi Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan
HiPP-BILAC-Organic-Infant-Formula-Step-
Kredit Gambar: HiPP

HiPP BILAC Organic Infant Formula Step 1 adalah pilihan utama untuk bayi yang berusia 0 -12 bulan. Susu tepung ini diimport dari Jerman dan diformulasikan dengan bahan organik untuk memberikan kebaikan kepada bayi anda. Susu tepung ini mengandungi laktosa susu organik 100% dan tiada gula tambahan. Selain itu, ia bebas daripada bahan kimia yang berbahaya. Antara kebaikan susu tepung ini adalah ia mengutamakan tumbesaran dan perkembangan bayi secara optimal. Ia juga membantu mengurangkan risiko alergi dan mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap racun perosak sintetik yang boleh membahayakan kesihatan mereka.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Skimmed Milk From Organic Milk, Organic Whey Product, Organic Vegetable Oils (Palm Oil, Rapeseed Oil, Sunflower Oil), Organic Lactose From Organic Milk, Organic Galacto-oligosaccharides From Organic Lactose, Potassium Citrate, Calcium Chloride, Lcp¹ Containing Oils (Fish Oil, Vegetable Oil From Mortierella Alpina), Sodium Citrate, L-phenylalanine, Calcium Carbonate, Magnesium Sulphate, Vitamin C (L-ascorbic Acid, Sodium-l-ascorbate, L-ascorbyl Palmitate), Calcium Salts Of Orthophosphoric Acid, L-tryptophan, L-histidine, Zinc Sulphate, Ferrous Sulphate, Stabiliser Lactic Acid, Vitamin E (Dl-alpha Tocopheryl Acetate), Niacin, Pantothenic Acid (Calcium-d-pantothenate), Vitamin A (Retinyl Acetate), Cupric Sulphate, Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride), Inositol, Potassium Iodate, Folic Acid, Manganese Sulphate, Vitamin B1 (Thiamin Hydrochloride), Vitamin K (Phytomenadione), Vitamin D (Cholecalciferol), Sodium Selenate, D-biotin, Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
  • Negara Pengeluar: Jerman
  • Saiz: 900 g

Kelebihan:

Mengandungi 100% laktosa susu organik
Tiada gula tambahan
Bebas daripada bahan kimia yang berbahaya
Diimport dari Jerman
Jenama Susu Tepung Organik No. 1 di Eropah

Facebook: https://www.facebook.com/hippmalaysia 

Instagram: https://www.instagram.com/hippmalaysia 

No. Telefon Perkhidmatan Pelanggan HiPP: +60 12-631 3813 

Email: customerservice.hipp@vortexin.com.my

 

2. PediaSure Peptigro

Pediasure-Peptigro
Kredit Gambar: Shopee

PediaSure Peptigro diformulasikan secara khusus untuk membantu menambah berat badan dan tinggi anak anda. Ia sesuai diambil oleh kanak-kanak yang berumur 1 hingga 10 tahun. Susu tepung ini mengandungi 25 nutrien penting dan kandungan protein berganda yang menyokong tumbesaran anak anda agar mereka sihat dan kuat. Selain itu, susu tepung ini mempunyai bahan seperti taurine, omega 3 dan kolin yang berfungsi untuk membantu mengembangkan minda anak anda. Probiotik dan MCT Oil dalam susu tepung ini juga berupaya menggalakkan pencernaan dan penyerapan nutrien dengan cepat.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Hydrolysed corn starch, sucrose, Protein (milk protein concentrate, soy protein isolate), Vegetable Oil (canola oil, high oleic sunflower oil, sunflower oil, medium chain triglycerides (MCT) oil), maltodextrin, Minerals (potassium citrate, sodium citrate, calcium phosphate tribasic, potassium chloride, magnesium chloride, potassium phosphate monobasic, calcium carbonate, potassium phosphate dibasic, sodium chloride, magnesium phosphate dibasic, ferrous sulfate, zinc sulfate, manganese sulfate, cupric sulfate, potassium iodide, chromium chloride, sodium selenite, sodium molybdate), oligofructose (FOS), Emulsifier (soy lecithin), flavoring, DHA from C. cohnii oil , choline chloride, Vitamins (ascorbic acid, Vitamin E, niacinamide, calcium pantothenate, thiamin hydrochloride, pyridoxine hydrochloride, riboflavin, Vitamin A palmitate, folic acid, phylloquinone, biotin, Vitamin D3, cyanocobalamin), ascorbyl palmitate, taurine, myo-inositol, carnitine tartrate, Lactobacillus acidophilus, mixed tocopherols
  • Negara Pengeluar: Singapura
  • Saiz: 1.8 kg

Kelebihan:

Menambah ketinggian dan berat
Menyokong perkembangan otak
Penyerapan nutrien yang cepat

Harga: RM195.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Enfagrow A+ MindPro Step 3

Enfagrow-A-MindPro-Step-
Kredit Gambar: Shopee

Enfagrow A+ MindPro Step 3 adalah susu tepung bayi yang sesuai, lazat dan sihat untuk bayi anda. Susu tepung ini mengandungi lebih 40% DHA yang membantu dalam perkembangan kemahiran motor dan mental mereka. Selain itu, susu tepung ini juga tidak mengandungi sukrosa yang boleh menyebabkan bayi anda makan berlebihan atau mahukan sesuatu yang manis.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Butter Milk Powder (Cow’s Milk), Full Cream Milk Powder (Cow’s Milk), Solid Corn Syrup (Plants), Galacto-Oligosaccharides (GOS) (Cow’s Milk), Creamer Flour (Canola Oil (Plants), Glucose (Plants), Potassium Phosphate, Sodium Caseinate (Cow’s Milk), Alpha-Tocopheryl Acetate, Ascorbyl Palmitate And Emulsifiers (Mono And Diglycerides And Sucrose Esters), Lactose (Cow’s Milk), Polydextrose (PDX) (Plants), Substances -Mineral Nutrients (Calcium Carbonate, Calcium Phosphate, Ferrous Sulfate, Zinc Sulfate, Manganese Sulphate, Copper Sulfate, Potassium Iodide, Sodium Selenite), Docodohexenoic Acid (DHA) From Marine Oil (Fish), Vitamins (Choline Bitartate, Alpha- Tocopheryl Acetate, Sodium Ascorbate, Niacinamide, Palmitate Vitamin A, Vitamin K1, Calcium Pantothenate, Cholecalciferol, Pyridoxine Hydrochloride, Thiamine Hydrochloride, Cyanocobalamin, Folic Acid And Biotin), Wellmune Yeast Beta-Glucan, Taurine, Antioxidant Acidicides () As A Food Conditioner And Antipe Permitted Oxides, Containing Permitted Food Additives And Nutrients From Plant or Synthetic Sources, Except Permitted Nurtrients (DHA) From Marine Oils: Fish, And (GOS) From Cow’s Milk
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 3.48 kg

Kelebihan:

Konsentrasi DHA yang lebih tinggi
Meningkatkan perkembangan mental dan kemahiran motor
Tidak mengandungi sukrosa

Harga: RM270.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Enfalac Baby Step 1

Enfalac-Baby
Kredit Gambar: Shopee

Enfalac Baby Step 1 adalah susu formula bayi yang sesuai untuk bayi yang berumur 0 hingga 12 bulan. Susu formula bayi ini mengandungi konsentrasi DHA yang tinggi dan RHA yang penting untuk menguatkan sistem imun dan otak mereka. Selain itu, susu formula ini juga mengembangkan fungsi neural dan visual bayi anda melalui bahan-bahan nutrisi yang terkandung dalam formula ini seperti vitamin E dan D.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: 17Mg* Dha & 34Mg*, Choline Blend Of Pdx & Gos, 50% (Wt/Wt) Polydextrose (Pdx), 50% (Wt/Wt) Galactooligosaccharides (Gos), Calcium, Vitamin D, Magnesium, Phosphorus.
  • Negara Pengeluar: Netherlands
  • Saiz: 500 g

Kelebihan:

Membantu mengembangkan fungsi neural
Membina sistem imun yang kuat
Meningkatkan perkembangan visual

Harga: RM79.90

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Friso Gold Step 3

Friso-Gold-Step-
Kredit Gambar: Shopee

Anda boleh mencuba Friso Gold Step 3 untuk bayi anda sekiranya mereka alah kepada kebanyakan susu formula bayi atau cenderung untuk makan berlebihan. Selain itu, susu formula ini tidak mengandungi sukrosa atau bahan perasa tambahan. Hal ini menjadikannya mudah dicerna oleh bayi anda. Dalam masa yang sama, ia dapat mengelakkan gejala alergi. Susu formula ini tinggi dengan probiotik yang dapat membantu menguatkan kesihatan usus bayi anda.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Skimmed Cow’s Milk, Glucose Syrup Solids, Vegetable Oil (Palm Oil, Canola Oil, Palm Kernel Oil, Sunflower Oil, Single Cell Oil (AA)), Galacto-Oligosaccharide (GOS), Taurine, Meso-Inositol, Fish Oil (DHA), Nucleotides (Cytidine-5′-Monophosphate, Uridine-5′-Monophosphate, Adenosine-5′-Monophosphate, Guanosine-5′-Monophosphate, Inosine-5′-Monophosphate), Lactobacillus Casei, CRL-431, Bifidobocterium, BB-12, Mixture Of Vitamins And Minerals, Contains Permitted Emulsifier (Soy Lecithin Of Plant origin) And Flavouring
  • Negara Pengeluar: Netherlands
  • Saiz: 1.2 kg

Kelebihan:

Membantu proses penghadaman
Sesuai untuk bayi yang mempunyai alergi
Menguatkan kesihatan sistem usus

Harga: RM279.99

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Similac Gain Plus Gold Step 3

Similac-Gain-Plus-Gold-
Kredit Gambar: Shopee

Similac Gain Plus Gold Step 3 adalah susu tepung bayi yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menyempurnakan formula mereka melalui penyelidikan dan pembangunan saintifik. Susu formula ini mengandungi sistem dwi 2’-FL dan nukleotida yang dapat membantu bayi anda membina sistem pertahanan badan yang kuat. Hal ini kerana 2’-FL adalah probiotik istimewa yang membawa bakteria baik dan menyingkirkan bakteria jahat dalam usus. Selain itu, gabungan DHA, Lutein dan vitamin E dapat membantu menghubungkan sel-sel otak agar anak anda dapat belajar dengan lebih baik.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Protein 18.2 g, fat 22.8 g [monounsaturated fatty acid 9.5 g, polyunsaturated fatty acid 5 g, linoleic acid (omega 6) 4.14 g, alpha-linolenic acid (omega 3) 0.39 g, arachidonic acid (AA) 9 mg, docosahexaenoic acid (DHA) 27 mg, saturated fatty acid 7.5 g, trans fatty acid 0.25 g], carbohydrate 50.35 g, FOS 1.32 g, taurine 31.3 mg, lutein 135 mcg, calcium 890 mg, phosphorus 494 mg, magnesium 51 mg, sodium 250 mg, potassium 700 mg, chloride 520 mg, zinc 4.5 mg, iron 6.8 mg, copper 370 mcg, manganese 62 mcg, iodine 50 mcg, selenium 12.3 mcg, vitamin A 423 mcg-RE, beta-carotene 80 mcg, vitamin D3 8.58 mcg, vitamin E 7.4 mg α-TE, vitamin K1 46 mcg, vitamin C 71.6 mg, vitamin B1 (thiamine) 0.68 mg, vitamin B2 (riboflavin) 1 mg, vitamin B6 0.36 mg, vitamin B12 3 mcg, niacin 3.4 mg, pantothenic acid 3.6 mg, folic acid 104 mcg, biotin 26 mcg, choline 110 mg, 2′-fucosyllate (oligosaccharide) 134 mg, nucleotide equivalents 21.8 mg. Energy: 482 kCal.
  • Negara Pengeluar: Switzerland
  • Saiz: 3 kg

Kelebihan:

Membina sistem pertahanan badan yang lebih kuat
Meningkatkan hubungan sel-sel otak
Meningkatkan perkembangan otak

Harga: RM255.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Nestle Nankid Optipro HA Step 3

Nestle-Nankid-Optipro-HA-
Kredit Gambar: Shopee

Jika bayi anda mempunyai perut yang sensitif, anda boleh mencuba Nestle Nankid Optipro HA Step 3 untuk bayi anda. Susu tepung ini diformulasikan dengan formula Protein Terkini yang mengandungi sebahagian protein terhidrolisis dan protein whey 100% untuk memudahkan perut bayi anda mencerna susu. Selain itu, susu tepung ini juga selamat dan tidak menyebabkan alergik pada bayi anda jika dibandingkan dengan susu tepung bayi yang lain.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Hydrolysed Whey Protein (Cow’s Milk), Maltodextrin, Palm Olein, Whey Powder (Cow’s Milk), Low Erucic Grapeseed Oil, Sunflower Oil, Lactose, Minerals, Fish Oil, Vitamins, Arachidonic Acid (From Mortierella Alpina Oil), Probiotic Cultures (Bifidobacterium Lactis CNCM l-3446), Contains Emulsifier (Soya Lecithin) and Acidity Regulator as Permitted Food Conditioner, All Additives are of Plant or Synthetic Origin
  • Negara Pengeluar: Switzerland
  • Saiz: 800 g

Kelebihan:

Mengandungi DHA yang tinggi
Mengandungi probiotik untuk menyokong kesihatan usus
Mengandungi zat besi untuk menyokong penghasilan darah

Harga: RM75.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Anmumlac Infacare Step 1

Anmumlac-Infacare
Kredit Gambar: Shopee

Anmum LactaCare Step 1 adalah pilihan susu tepung yang baik bagi bayi yang mempunyai kulit kering. Susu tepung ini mengandungi asid lemak penting seperti omega 3 dan omega 6 yang dapat memperbaiki tekstur kulit bayi dan melembapkan kulit mereka. Selain itu, susu tepung ini mengandungi bakteria hidup yang dapat membantu tumbesaran bayi anda. Ia juga boleh mengembangkan keupayaan mental dan kemahiran motor mereka. Kalsium dan zink dalam susu formula ini juga berupaya menguatkan gigi dan tulang bayi anda.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Solid Yogurt, Skim Milk, Milk Fat] from Cow’s Milk, a Mixture of Vegetable Oil (Oleic Sunflower, Palm, Coconut, Soybean, Canola), DHA (from fish oil), Fructo-oligosaccharides, Soya Lecithin, Bifidobacterium Lactis, Taurine. VITAMINS: Vitamin C, Vitamin E, Niasinamida, Vitamin A, Vitamin D3, Beta-carotene, Vitamin B12, Vitamin K1, Vitamin B1, Vitamin B6, Folic Acid, Biotin. MINERALS: Calcium Base in Fostat, Potassium Chloride, Ferric Ammonium Citrate, Kolina Chloride, Sodium Citrate, Zinc Sulfate, Calcium d-pantotenat, Potassium Citrate, Sodium Bicarbonate, Copper Sulfate, Calcium Carbonate, Potassium Bases in Fostat, Manganese Sulfate, Potassium Iodide , Sodium Selenit.
  • Negara Pengeluar: New Zealand
  • Saiz: 650 g

Kelebihan:

Menguatkan gigi dan tulang
Melembapkan kulit
Meningkatkan pertumbuhan otak

Harga: RM67.99

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Gentle Sheep Baby Milk Powder Step 3

Gentle-Sheep-Baby-Milk-Powder-Step-
Kredit Gambar: Shopee

Gentle Sheep Baby Milk Powder Step 3 dirumus khas untuk bayi yang sukar beralih daripada susu ibu kepada susu formula. Susu ini adalah susu formula yang enak dan mudah disediakan. Selain itu, ia diperkaya dengan vitamin, nutrien dan mineral yang baik bagi membantu bayi membesar dengan sihat dan kuat. Susu tepung ini tidak mengandungi sebarang protein A1, perasa tiruan dan GMO yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut bayi.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Lactose(Cow’s Milk), Whole Sheep Milk Powder (31%),Vegetable Oils (Beta Palmitin (Palm Oil), Canola Oil, Sunflower Oil, Hi-Oleic Sunflower Oil), Sheep and/or Goat Whey Protein Concentrate, GOS (Cow’s Milk), Minerals (Sodium Citrate, Potassium Chloride, Calcium Carbonate, Calcium Phosphate, Magnesium Sulphate, Ferrous Sukphate, Zinc Sulphate, Sodium Selenite, Copper Sulphate, Sodium Chloride, Manganese Sulphate,Potassium Iodide), Arachidonic Acid Oil Powder (from Mortierella alpina), Docosahexaenoic Acid Oil Powder ( from Schizochytrium sp.), lc FOS , Vitamins (Ascorbic Acid, DL-Alpha-Tocopherol Acetate, Riboflavin, Vitamin A Acetate, Nicotinamide, Cholecalciferol, Calcium Pantothenate, Cyanocobalamin, D-Biotin, Folic Acid, Phytomenadione, Thiamin Hydrochloride, Pyridoxine Hydrochloride),Inositol,Choline Chloride,Taurine,L-Carnitine L-Tartrate. Contains permitted acidity regulator, antioxidant and emulsifier.
  • Negara Pengeluar: New Zealand
  • Saiz: 700 g

Kelebihan:

Sesuai untuk bayi yang mempunyai perut sensitif
Bebas GMO dan sukrosa
Membantu proses penghadaman

Harga: RM347.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Frisolac Step 2

Frisolac-Step-
Kredit Gambar: Shopee

Frisolac Step 2 adalah susu tepung yang membantu bayi anda mencerna makanan dengan lebih baik. Susu tepung ini adalah pilihan yang sesuai untuk bayi yang mengalami masalah pencernaan susu tepung bayi. Susu tepung ini mengandungi vitamin B dan C yang membantu menguatkan minda mereka dengan meningkatkan kekuatan mental dan kemahiran motor mereka. Selain itu, zink dan zat besi yang terkandung dalam susu tepung ini juga dapat membantu membina sistem imun yang lebih kuat agar bayi anda dapat membesar dengan sihat.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Skimmed Cow’s Milk, Demineralized Whey (from Cow’s Milk), Lactose (from Cow’s Milk), Vegetable Oils (Palm Oil, Canola Oil (Low Erucic Acid Type), Palm Kernel Oil, Sunflower Oil, Arachidonic Acid (AA) (Single Cell Oil)), Whey Protein Concentrate (from Cow’s Milk), Galacto-Oligosaccharide (GOS) (from Cow’s Milk), Glucose Syrup Solids (from Corn or Potato), Docosahexaenoic Acid (DHA) (Fish Oil), Taurine, L-Carnitine, Nucleotides (Cytidine-5′-Monophosphophate, Uridine-5′-Monophosphate, Adenosine-5′-Monophosphosphate, Guanosine-5′-Monophosphate, Inosine-5′-Monophosphate), Minerals (Potassium Citrate, Calcium Carbonate, Calcium Phosphate, Magnesium Chloride, Sodium Citrate, Sodium Chloride, Potassium Chloride, Ferrous Sulphate, Calcium Hydroxide, Zinc Sulphate, Cupric Sulphate, Manganese Sulphate, Potassium Iodide, Sodium Selenite), Vitamins (Choline Bitartrate, Sodium Ascorbate, Meso-Inositol, DL α-Tocopheryl Acetate, Nicotinamide, Ascorbyl-6-Palmitate, Calcium Pantothenate, Pyridoxine Hydrochloride, Thiamin Hydrochloride, Retinyl-Acetate, β-Carotene, Folic Acid, Riboflavin, Phytomenadione, D-Biotin, Cholecalciferol, Cyanocobalamin), Emulsifier (Sunflower Lecithin INS 322)
  • Negara Pengeluar: Netherlands
  • Saiz: 900 g

Kelebihan:

Menguatkan sistem imun
Menguatkan lagi mental dan kemahiran motor
Membantu proses penghadaman

Harga: RM112.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close