8 Jenama Headphone Terbaik di Malaysia 2023

Fon kepala atau headphone telah menjadi penting dalam kehidupan seharian kita, sama ada untuk hiburan, kerja atau komunikasi. Banyak jenis headphone boleh didapati di pasaran. Jadi, adalah sukar untuk membuat pilihan terbaik bagi mencari headphone sesuai untuk anda.

Jenama fon kepala atau headphone menawarkan pelbagai pilihan. Setiap jenama pakar dalam pelbagai jenis headphone dan mempunyai ciri dan kualiti yang unik. Headphone yang anda pilih bergantung pada keperluan dan pilihan khusus anda. Berikut ialah 8 jenama headphone terbaik di Malaysia.

Adakah Wireless Headphone Lebih Baik daripada Headphone Berwayar?

Wireless headphone atau headphone tanpa wayar menawarkan lebih banyak pergerakan dan lebih mudah untuk aktiviti seperti bersenam atau bergerak ke sana-sini. Walau bagaimanapun, wireless headphone biasanya mempunyai kualiti bunyi yang lebih baik dan tidak memerlukan pengecasan. Oleh itu, ia bergantung kepada keutamaan peribadi dan cara anda merancang untuk menggunakan headphone anda.

Bolehkah Saya Menggunakan Gaming Headphone untuk Mendengar Muzik dan Bermain Game?

Ya, anda boleh menggunakan gaming headphone untuk mendengar muzik dan bermain game. Walau bagaimanapun, gaming headphone cenderung mempunyai bass yang lebih ditekankan dan ‘soundstage’ yang lebih luas, manakala headphone untuk muzik (music headphone) pula mempunyai bunyi yang lebih neutral.

8 Jenama Headphone Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. JBL T450BT Wireless Bluetooth Headphone

JBL-TBT-Wireless-Bluetooth-Headphone
Kredit Gambar: Shopee

JBL T450BT Wireless Bluetooth Headphone ialah ‘on-ear headset’ yang anggun. Ia menyediakan pengalaman audio yang mengasyikkan tanpa wayar yang berbelit-belit. Dengan bunyi JBL Pure Bass yang kuat, headphone ini memberikan bes yang dalam dan kuat untuk meningkatkan pengalaman mendengar anda. Ia dilengkapi dengan reka bentuk boleh lipat rata yang menjadikannya mudah untuk disimpan dan diangkut. Selain itu, cup telinga direka bentuk secara ergonomik untuk keselesaan maksimum semasa penggunaan yang lama. Mikrofon dan alat kawalan jauh terbina dalam pula membolehkan pengawalan muzik dan ‘hands-free calling’ yang mudah.

Spesifikasi:

  • Jenis Sambungan: Tanpa wayar
  • Jangka hayat bateri: 11 jam
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Kelebihan:

✅Bunyi ‘Pure Bass’
✅Ringan
✅Boleh dilipat rata

Harga: RM28.25

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Lenovo TH30 Bluetooth Headphone

Lenovo-TH-Bluetooth-Headphone
Kredit Gambar: Shopee

Alami bunyi yang hebat dengan Lenovo TH30 Bluetooth Headphone. Headphone ini sesuai untuk pemain dan peminat muzik yang mencari pengalaman audio yang mengasyikkan. Dengan sambungan Bluetooth 5.1, TH30 menyediakan sambungan kependaman rendah yang memastikan pengalaman permainan dan muzik yang lancar tanpa gangguan. Ciri pengurangan hingar menyekat ‘background noise’ yang tidak diingini, dan mikrofon terbina dalam pula menyediakan ciri ‘hands-free calling’.

Spesifikasi:

  • Jenis Sambungan: Tanpa wayar
  • Jangka Hayat Bateri: 7 – 11 jam
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

✅Tidak merengsakan kulit
✅Ringan
✅’Earmuff’ yang selesa

Harga: RM59.90 – RM69.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Jabra Elite 45h

Jabra-Elite-h
Kredit Gambar: Shopee

Jabra Elite 45h ialah ‘headset’ yang boleh dipercayai dan mempunyai ciri yang memberikan kualiti bunyi yang unggul dan keselesaan untuk pencinta muzik secara ‘on-the-go’. Headphone ini mempunyai pembesar suara 40 mm yang menyampaikan bes yang kuat dan bunyi yang jelas, sekali gus menjadikannya sempurna untuk pencinta muzik dan peminat audio. Jabra Elite 45h juga menampilkan reka bentuk boleh lipat yang menjadikannya mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana.

Spesifikasi:

  • Jenis Sambungan: Tanpa wayar
  • Jangka Hayat Bateri: 50 jam
  • Negara Pengeluar: Denmark

Kelebihan:

✅Pengurangan hingar
✅Boleh dilipat
✅Bes yang kuat

Harga: RM389.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Baseus H1 Hybrid D05

Baseus-H-Hybrid-D
Kredit Gambar: Shopee

Dengan teknologi ‘noise-cancellation’ termaju, Baseus H1 Hybrid D05 boleh menyekat ‘background noise’ sehingga 40dB. Headphone ini mempunyai empat mikrofon dengan teknologi ENC (Environmental Noise Cancelling) yang meningkatkan kualiti panggilan dan menghapuskan bunyi ambien. Dengan sambungan Bluetooth 5.2, anda boleh menikmati ketersambungan yang lancar dan stabil dengan peranti anda, dan pemacu 40 mm pula menyampaikan bunyi ketepatan tinggi bagi memastikan anda mendapat kualiti audio yang terbaik.

Spesifikasi:

  • Jenis Sambungan: Tanpa wayar
  • Jangka Hayat Bateri: 70 jam
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

✅’4-mic noise cancellation’
✅Audio spatial 3D
✅Kependaman yang sangat rendah

Harga: RM142.00 – RM198.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Razer BlackShark V2 X Headphone

Razer-BlackShark-V-X-Headphone
Kredit Gambar: Shopee

Alami audio yang mengasyikkan dan komunikasi yang hebat dengan Razer BlackShark V2 X Headphone. Headphone ini sesuai untuk ‘gamer’ dan peminat audio. Dengan keupayaan bunyi keliling 7.1, anda akan berasa sungguh teruja dengan bunyi audio yang berkesan, di mana ia menyampaikan setiap bunyi dengan jayanya. Mikrofon boleh tanggal ‘headset’ ini direka bentuk dengan corak kardioid bagi menyampaikan komunikasi suara yang jelas dan tepat untuk permainan pasukan yang dipertingkatkan. ‘Headset’ ini serasi dengan PC, PlayStation, Mac, Xbox dan Switch, sekali gus menyediakan penyelesaian yang serba boleh dan fleksibel untuk semua keperluan permainan anda.

Spesifikasi:

  • Jenis Sambungan: Berwayar
  • Jangka Hayat Bateri: 11 jam
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

✅Mikrofon boleh tanggal
✅Keserasian merentas platform
✅7.1 audio sekeliling

Harga: RM142.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Sony WH-CH520 / CH510 Wireless Headphone

Sony-WH-CH- -CH-Wireless-Headphone
Kredit Gambar: Shopee

Dilengkapi dengan teknologi Bluetooth 5.0, Sony WH-CH520 / CH510 Wireless Headphone menyampaikan bunyi berkualiti tinggi dengan kejelasan dan perincian yang mengagumkan. Sama ada berulang-alik ke tempat kerja atau bersenam di gim, Sony WH-CH520 / CH510 Wireless Headphone ialah teman yang sesuai untuk semua keperluan audio anda. Reka bentuk fon kepala yang ringan ini memastikan ia selesa dipakai untuk tempoh yang lama, manakala fungsi bebas tangan membenarkan anda menerima panggilan dan mengurus muzik anda tanpa perlu mengeluarkan telefon anda.

Spesifikasi:

  • Jenis Sambungan: Tanpa wayar
  • Jangka Hayat Bateri: 50 jam
  • Negara Pengeluar: Jepun

Kelebihan:

✅’360 spatial sound personalizer’
✅Panggilan bebas tangan dengan HD Voice
✅Fungsi bantuan suara

Harga: RM159.00 – RM219.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Logitech G431 Headphone

Logitech-G-Headphone
Kredit Gambar: Shopee

Logitech G431 ialah ‘gaming headset’ yang menawarkan audio yang mengasyikkan teknologi DTS Headphone: X 2.0 dan bunyi sekeliling 7.1. Ia datang dalam reka bentuk hitam yang anggun bersama ‘ear cup’ yang besar dan selesa serta binaan yang ringan supaya sesuai untuk sesi permainan yang panjang. ‘Headset’ juga mempunyai mikrofon ‘flip-to-mute’ dan kawalan kelantangan pada kabel untuk pelarasan mudah semasa permainan. Selain itu, Logitech G431 boleh digunakan dengan PC, konsol permainan dan peranti mudah alih.

Spesifikasi:

  • Jenis Sambungan: Berwayar
  • Jangka Hayat Bateri: 11 jam
  • Negara Pengeluar: Switzerland

Kelebihan:

✅Ringan
✅Sesuai untuk permainan
✅Selesa untuk penggunaan yang lama

Harga: RM259.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Samsung AKG Y500

Samsung-AKG-Y
Kredit Gambar: Shopee

Samsung AKG Y500 Wireless Headphone direka untuk pencinta muzik secara ‘on-the-go’. Headphone ini mempunyai reka bentuk yang anggun dan moden dengan binaan yang tahan lasak dan ringan supaya ia mudah dibawa ke mana-mana. Headphone ini menawarkan bunyi yang jelas dan berkualiti tinggi dengan pemacu 40 mm yang ditala AKG dan sambungan Bluetooth untuk pengalaman mendengar tanpa wayar.

Spesifikasi:

  • Jenis Sambungan: Tanpa wayar
  • Jangka Hayat Bateri: 33 jam
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Kelebihan:

✅Bergaya
✅Kawalan pada telinga berbilang fungsi
✅’Play & Pause’ automatik

Harga: RM139.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close