Garam boleh melakukan keajaiban untuk hidangan anda. Namun begitu, tidak semua garam adalah sama atau mempunyai penggunaan yang sama. Jika anda ingin tahu akan kelebihan dan kepelbagaian garam ke atas masakan atau ‘baking’, anda boleh teruskan membaca artikel ini. Ya, betul. Garam memang penting untuk memperasakan hidangan. Namun begitu, kita perlu peka dan tahu jenis garam yang sesuai untuk kegunaannya. Bukan semua garam sesuai untuk memasak.
Sebilangan besar garam, termasuklah garam yang anda suka, digunakan dalam hidangan dan ia boleh membantu anda untuk mebangunkan otak kerana kandungan iodin di dalamnya. Selain itu, garam juga boleh membantu badan untuk menyerap lebih banyak air bagi proses penghidratan sekiranya badan anda kurang air. Akan tetapi, anda tidak boleh mengambil garam berlebihan kerana ia akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan dahaga melampau.
Di manakah saya boleh mendapatkan garam?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan garam di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan garam, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, garam seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih garam?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli garam ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis garam yang anda suka. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Jenis Garam Terbaik di Malaysia 2025
1. Table Salt

Garam jenis ini biasanya tidak sesuai dalam hidangan berperisa. Ia hanya digunakan dalam jumlah yang kecil kerana ia mempunyai rasa logam apabila digunakan terlalu banyak. Garam ini datang dalam bentuk bijirin halus dan biasanya dikenali sebagai ‘iodized salt’ kerana ia mempunyai kalium iodida.
Kegunaan: ‘Baking’
Harga: RM 8.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Himalayan Pink Salt

Datang dari pergunungan Himalaya di Asia Selatan, garam ini unik kerana berwarna merah jambu dan rasanya pedas. Garam ini digunakan sebagai langkah akhir dalam memperasakan hidangan. Ramai yang percaya bahawa garam ini adalah pilihan yang lebih baik berbanding garam meja dan ia selalunya digunakan dalam masakan biasa.
Kegunaan: Memasak, sos, perapan
Harga: RM 5.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Himalayan Black Salt

Garam hitam Himalaya terhasil daripada proses memasak garam batu bersama-sama dengan beberapa herba dan arang selama beberapa jam di dalam relau. Disebabkan itu, ia menghasilkan bau seperti telur. Garam ini selalunya digunakan dalam hidangan vegan untuk mendapatkan rasa telur.
Kegunaan: Memasak
Harga: RM 4.75
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Black Hawaiian Sea Salt

Garam hitam ini terhasil daripada proses mencampurkan arang dengan garam laut. Anda mungkin pernah melihatnya digunakan dalam ritual atau produk penjagaan kulit. Ia dipromosikan sebagai bahan yang boleh meremajakan atau menyingkirkan sel kulit mati pada kulit anda. Anda juga boleh menggunakan garam ini sebagai ‘finishing salt’ tetapi pastikan tentang rasanya terlebih dahulu sebelum anda memasukkannya ke dalam hidangan.
Kegunaan: Ritual, penjagaan kulit, ‘finishing salt’
Harga: RM 36.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Smoked Salt

Smoked salt dihasilkan dengan mengasapkan garam menggunakan kayu dan jenis kayu yang digunakan akan mengubah warna dan rasa garam itu sendiri. Oh sebab itu, anda akan menjumpai pelbagai jenis ‘smoked salt’ yang berbeza di pasaran. Anda boleh memilih ‘smoked salt’ mengikut cita rasa anda.
Kegunaan: Perasakan masakan
Harga: RM 6.85
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Kosher Salt

Selalunya, garam Kosher adalah berpatutan dan ia sangat mudah larut semasa anda memasak. Ini semua disebabkan oleh teksturnya yang ringan. Walau bagaimanapun, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah jenama garam yang berbeza mungkin lebih masin berbanding jenama garam ini. Jadi, pastikan anda menggunakan jumlah garam yang betul jika anda mencuba jenama garam yang lain.
Kegunaan: Memasak
Harga: RM 5.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Flake Salt

Anda mungkin perasan bahawa bentuk dan tekstur garam ini berbeza dengan garam lain tetapi ia mempunyai rasa yang sedap. Harganya mungkin mahal sedikit tetapi anda masih boleh menggunakannya sebagai ‘finishing salt’. Oh ya, tekstur dan bentuk garam ini juga akan kelihatan menarik di atas hidangan anda.
Kegunaan: ‘Finishing salt’
Harga: RM 4.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Sea Salt

Sukar untuk menentukan sama ada garam laut yang anda pilih akan menjadi lebih masin dalam jumlah yang sedikit atau tidak kerana ia bergantung pada lokasi tempat ia dituai. Namun begitu, tidak ada salahnya anda mencuba sehingga anda berjaya menemui garam yang diinginkan. Berita baik untuk anda, garam jenis ini sesuai untuk hidangan yang manis dan lazat.
Kegunaan: Memasak, ‘baking’
Harga: RM 4.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. French Sea Salt

Sesetengah orang mengatakan bahawa garam jenis ini mengingatkan mereka tentang laut. Biasanya garam ini lembap dan melekit jadi rasa masin mungkin akan berlarutan walaupun selepas anda merasainya. Oleh sebab itu, ia mungkin lebih baik dijadikan ‘finishing salt’ berbanding dengan garam biasa yang digunakan untuk perasakan hidangan.
Kegunaan: ‘Finishing salt’
Harga: RM 6.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Celtic Grey Sea Salt

Garam laut Celtic berwarna kelabu kerana mineral yang masih kekal dalam kandungannya walaupun selepas disejat oleh air laut. Jangan risau tentang warnanya kerana ia tidak akan menjejaskan anda. Taburkan garam ini sedikit di atas daging dan makanan laut yang telah dimasak. Percayalah, rasanya sedap sekali.
Kegunaan: ‘Finishing salt’
Harga: RM 9.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menggunakan garam:
- Hanya gunakan sedikit garam untuk menyedapkan hidangan
- Sesetengah garam mempunyai rasa yang pedas jadi adalah penting untuk mengetahui jenisnya. Untuk garam jenis ini, hanya gunakan sedikit untuk perasakan hidangan
- Baca label makanan untuk jumlah garam yang digunakan di dalamnya. Ini kerana anda boleh terus menggunakannya untuk memperasakan hidangan, atau elakkan penggunaannya ia kerana mengandungi natrium yang banyak.
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.