16 Kabinet Terbaik di Malaysia 2023

Kabinet direka untuk menampung atau menyimpan barang-barang seperti baju, pakaian dalam, dan pakaian lain. Sesetengah kabinet mempunyai bahagian simpanan yang banyak bagi menyimpan barang keperluan anda. Contohnya, aksesori, barang emas dan koleksi jam anda. Dengan adanya kabinet di ruang rumah anda, ia akan membantu untuk menaikkan lagi seri dan seni dekorasi di ruangan tersebut. 

Kini, terdapat variasi pilihan dan warna kabinet di pasaran. Hal ini berikutan setiap saiz dan ciri kabinet tersebut mempunyai kegunaan yang berbeza. Justeru, anda perlu mengetahui keperluan dan tujuan anda untuk memiliki kabinet sebelum membuat sebarang pembelian. Berikut adalah senarai 16 Kabinet Terbaik di Malaysia beserta ciri-ciri dan harga untuk memudahkan urusan anda!

Bagaimana untuk mencari kabinet yang sesuai dengan bilik anda?

Memandangkan permintaan yang semakin tinggi, anda pasti akan keliru untuk membuat pilihan. Anda boleh mengecilkan skop pilihan anda dengan meneliti tujuan, bajet dan membuat pembacaan terhadap jenis kabinet yang anda inginkan. Apa yang penting adalah kabinet tersebut sesuai dengan gaya dan cita rasa anda.

Apakah perbezaan antara Kabinet dengan Almari pakaian?

Keliru antara kabinet dengan almari pakaian? Jangan risau, anda bukan sahaja satu-satunya individu yang keliru dengan dua barang tersebut. Hehe~ tambahan pula, kedua-duanya hanya kelihatan sama sahaja pada pandangan anda. Mereka juga menawarkan fungsi yang sama, iaitu ruang simpanan untuk pakaian dan barang-barang. Namun, apa yang membezakan dua item tersebut adalah kabinet bersifat kecil dan tinggi, manakala almari pakaian menampilkan ciri rekaan yang komprehensif dan pendek. 

16 Kabinet Terbaik di Malaysia 2023

1. KitchenZ 4 Layers Chest Drawer 7001

KitchenZ Layers Chest Drawer
Kredit gambar: Shopee

KitchenZ 4 Layers Chest Drawer diperbuat daripada bahan papan yang tahan lasak. Jadi, ia akan dapat bertahan untuk suatu tempoh yang lama. Ciri rekaan yang sederhana sesuai bagi anda yang suka akan rekaan yang minimal. Selain itu, laci ini mudah ditarik keluar tanpa tersangkut. Semua laci memiliki ruang simpanan yang mencukupi bagi anda menyimpan barang anda seperti pakaian, pakaian dalam dan banyak lagi!

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Coklat Gelap, Oak Asli + Putih, Oak Asli
  • Dimensi (LxWxH): 79 cm x 40 cm x 105 cm

Kelebihan:

Didatangkan dengan hentian tarik keluar
Simpanan yang mencukupi
Bahan tahan lasak

Harga: RM137.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. KitchenZ 3 Layers Chest Drawer with Locker 7000

KitchenZ Layers Chest Drawer with Locker
Kredit gambar: Lazada

Jika anda seorang yang agak menekankan soal privasi, KitchenZ 3 Layers Chest Drawer adalah pilihan yang ideal untuk anda. Ia memiliki ‘locker’ atau ruangan berkunci. Justeru, ia amat sesuai sekiranya anda ingin meletakkan barangan peribadi anda dengan selamat. Selain itu, ia menyediakan variasi pilihan warna yang pastinya membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Pilihlah mengikut gaya dan cita rasa anda!

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Coklat Gelap, Oak Asli + Putih, Oak Asli
  • Dimensi(LxWxH): 79 cm x 40 cm x 80 cm

Kelebihan:

Mempunyai loker
Pelbagai warna
Penampilan moden

Harga: RM108.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Tiigo 4 Chest Drawer

Tiigo Chest Drawer
Kredit gambar: Shopee

Tiigo 4 Chest Drawer ini lebih bercirikan produk yang ‘user-friendly’. Hal ini kerana ia menyediakan langkah-langkah pemasangan yang dilengkapi dengan susunan nombor bagi memudahkan anda. Bahagian tepi kabinet ini mempunyai sentuhan akhir yang baik dan cantik. Kabinet ini agak berbeza dengan kabinet lain di pasaran kerana ketebalan struktur kabinet ini adalah 25 mm. Lazimnya, ketebalan rata-rata kabinet hanyalah 15 mm.

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Walnut + Kelabu, Sonoma Oak + Kelabu
  • Dimensi (LxWxH): 76 cm x 40 cm x 83 cm

Kelebihan:

Pemasangan yang mudah
Struktur lebih tebal
Kemasan yang sangat baik

Harga: RM113.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. MF DESIGN Chest Drawer Set 

MF DESIGN Chest Drawer Set
Kredit gambar: Shopee

MF DESIGN Chest Drawer Set dibina menggunakan bahan yang amat kukuh. Setiap laci mempunyai ruang yang cukup untuk anda menyimpan pakaian anda. Struktur kabinet ini adalah 30 mm, sekali gus menjadikannya lebih dipercayai untuk digunakan dalam tempoh masa yang lama. Selain itu, anda disarankan untuk mendapatkan kabinet ini sekiranya anda memiliki bajet yang terhad. Dapatkan kabinet yang lawa beserta kualiti yang tidak kurang hebatnya pada tawaran harga yang amat memuaskan hati anda!

Spesifikasi:

  • Warna: Putih
  • Dimensi (LxWxH): 76 cm x 40 cm x 83.5 cm

Kelebihan:

Material yang kuat
Mesra poket
Saiz lebih besar

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. OKURA Chest Drawer with 3/4 Layer Drawer

bjreb
Kredit gambar: Shopee

OKURA Chest Drawer terdiri daripada dua variasi kabinet. Satu kabinet memiliki 3 laci, manakala, satu lagi kabinet mempunyai 4 laci. Pilihan tersebut memberikan anda kebebasan untuk mendapatkan kabinet yang sesuai dengan keperluan dan cita rasa anda. Memandangkan kabinet ini menawarkan kapasiti ruang simpanan yang agak besar, anda boleh meletakkan sebarang item yang anda inginkan. Contohnya, alat mainan, pakaian, dan macam-macam lagi. Jangan risau, anda tidak perlu berhadapan dengan kesukaran untuk menarik keluar setiap laci kerana ia dilengkapi dengan ‘built-in metal drawer runners’.

Spesifikasi:

  • Warna: Oak, Campuran, Putih
  • Dimensi (LxWxH): 79 cm x 40 cm x 80 cm (3 peringkat), 79 cm x 40 cm x 105 cm (4 peringkat)

Kelebihan:

Mudah ditarik
Boleh simpan apa-apa sahaja
Pemasangan sendiri

Harga: RM95.00 – RM129.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Escot 5 Drawers Tall Chest Drawer

Escot Drawers Tall Chest Drawer
Kredit gambar: Shopee

Escot 5 Drawers Tall Chest Drawer mempunyai sebanyak 5 laci simpanan. Ia menjadikan kabinet ini pilihan ideal jika anda memiliki barang yang banyak di rumah. Komponen utama pembinaan kabinet adalah papan yang berukuran 15 mm tebal. Jadi, ia merupakan produk yang pastinya akan bertahan untuk tempoh yang memuaskan hati anda. Anda tidak perlu risau, setiap pembelian anda akan disertakan bersama manual pemasangan yang mudah dan senang untuk anda ikuti!

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Oak + Putih, Wenge
  • Dimensi (LxWxH): 60 cm x 40 cm x 110 cm

Kelebihan:

Bersaiz besar
Variasi pilihan warna yang cantik
Mempunyai 5 laci

Harga: RM146.19 – RM147.24

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Belle 4 Drawers Chest Drawer 

Belle Drawers Chest Drawer
Kredit gambar: Shopee

Belle 4 Drawers Chest Drawer tidak akan menyebabkan sebarang kerosakan kepada lantai anda. Hal ini kerana ia dilengkapi dengan pelindung lantai anti calar bagi menjaga tapak dan kabinet itu sendiri. Setiap laci ini boleh memuatkan sebanyak 40 helai tudung kerana dimensi ruang dalamannya berukuran 30 cm. Jika anda membeli kabinet ini, ia akan disampaikan dengan bungkusan yang kukuh untuk melindungi setiap sudut kabinet ini, sekukuh kepercayaan anda kepada kami! Hehe~ 

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Kolumbia, Asli, Campuran, Oak
  • Dimensi (LxWxH): 75 cm x 40 cm x 83 cm

Kelebihan:

Anti calar
Sentuhan akhir yang cantik
Ruang simpanan tudung

Harga: RM108.00 – RM139.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Tiigo 3 Drawers 8003

Tiigo Drawers
Kredit gambar: Shopee

Tiigo 3 Drawers adalah antara kabinet yang amat versatil. Hal ini kerana anda boleh meletakkan ia di mana-mana sudut ruang pejabat atau rumah anda. Kabinet ini boleh dipadankan dengan pelbagai jenis variasi latar belakang atau dekorasi. Selain itu, ia turut boleh dijadikan sebagai meja sisi memandangkan saiz dan rekaannya yang bersifat kontemporari dan kecil. Tiigo 3 Drawers dibina dengan menggunakan kaki kayu yang berfungsi untuk menampilkan sentuhan akhir sekali gus berperanan untuk memudahkan urusan pembersihan anda.

Spesifikasi:

  • Warna: Oak + Kelabu, Walnut + Kelabu, Putih
  • Dimensi (LxWxH): 60 cm x 40 cm x 76 cm

Kelebihan:

Sesuai dengan pelbagai persekitaran
Mudah alih
Versatil

Harga: RM99.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Aishah 3 Drawers Chest 8010

Aishah Drawers Chest
Kredit gambar: Lazada

Aishah 3 Drawers Chest dibina berasaskan papan partikel dengan laminasi foil bagi memastikan hanya yang terbaik untuk anda! Sentuhan akhir kabinet ini berupaya untuk melengkapkan lagi suasana dalam bilik anda. Meskipun anda perlu memasang sendiri kabinet ini, anda boleh mengikut panduan yang diberikan semudah ABC dan menyelesaikannya sepantas kilat. Di samping itu, Aishah 3 Drawers Chest menawarkan ruang simpanan yang luas bagi membolehkan anda untuk menyimpan barang sekali gus bagi mengelakkan bilik anda kelihatan tidak kemas. 

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Columbia Walnut, Sonoma Oak
  • Dimensi (LxWxH): 60 cm x 35 cm x 81.7 cm

Kelebihan:

Pemasangan yang mudah
Ruang simpanan yang luas
Mampu milik

Harga: RM89.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. High-Quality 4-Tier Wooden Chest Drawer

High Quality Tier Wooden Chest Drawer
Kredit gambar: Shopee

Wooden Chest Drawer ini terdiri daripada 4 tingkat laci. Ia menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dengan hasil seni yang elegan dan halus. Selain itu, kabinet ini merupakan pilihan ideal untuk dijadikan sebagai hadiah, khususnya ketika anda baru sahaja berpindah. Jika anda memikirkan tentang pilihan warna yang ada, anda tidak perlu risau kerana terdapat 4 variasi warna yang menarik untuk anda rebut sekarang!

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Putih maple, Putih antik, Perang antik
  • Dimensi (LxWxH): 79 cm x 39.7 cm x 105 cm

Kelebihan:

Kualiti tinggi
Pilihan hadiah yang ideal
Variasi warna yang menarik

Harga: RM144.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

11. KitchenZ 4 Layers Chest Drawer with Open Mirror 7007

KitchenZ Layers Chest Drawer with Open Mirror
Kredit gambar: Kitchenz-MY

KitchenZ 4 Layers Chest Drawer adalah antara kabinet yang unik berbanding kabinet yang boleh anda dapati di pasaran. Hal ini kerana ia mungkin kelihatan seperti kabinet biasa jika dilihat daripada jauh, namun ia dilengkapi dengan cermin. Apabila anda membuka cermin tersebut, anda akan melihat ruang simpanan untuk meletakkan barang-barang anda. Contohnya, cermin mata, tali pinggang mahupun alat solekan. Dengan pembahagian ruang simpanan 4 laci, ia membolehkan anda untuk menyimpan barang-barang anda dalam kuantiti yang banyak secara kemas dan teratur.

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Perang Gelap, Oak Asli
  • Dimensi (LxWxH): 79 cm x 40 cm x 105 cm

Kelebihan:

Banyak ruang simpanan
Mempunyai cermin
Menjimatkan ruang

Harga: RM209.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

12. KitchenZ 5 Layers Chest Drawer with Glass Top 7006

KitchenZ Layers Chest Drawer with Glass Top
Kredit gambar: Shopee

KitchenZ 5 Layers Chest Drawer secara khususnya dicipta khas bagi individu yang ingin mempamerkan barang kemas atau barang hiasan dan koleksi jam anda. Ia menampilkan ciri ‘glass top built-in’ dengan laci yang memiliki banyak ruang simpanan. Tambahan mula, anda boleh menarik keluar setiap laci tersebut dengan mudah. Apa yang menariknya, pembelian kabinet ini disertakan dengan waranti selama setahun. Tunggu apa lagi? Dapatkan sekarang sebelum anda terpaksa berputih mata!

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Perang Gelap, Oak Asli
  • Dimensi (LxWxH): 79 cm x 40 cm x 103.5 cm

Kelebihan:

Waranti selama 1 tahun
Rekaan eksklusif
Ruang untuk meletakkan aksesori

Harga: RM229.00 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

13. LEXIS 3/4/5 Tiers Chest Drawer

poil
Kredit gambar: Shopee

LEXIS 3/4/5 Tiers Chest Drawer menampilkan hasil sentuhan akhir yang bercirikan kayu. Ia sekali gus membangkit elemen kedesaan dalam rekaan kabinet ini. Memandangkan kabinet ini menawarkan pelbagai fungsi kegunaan, anda boleh menggunakan kabinet ini sebagai  ‘chest drawer’ mahupun meja sisi pada masa yang sama. Anda boleh cuci mata anda dengan tiga jenis rekaan yang cantik dan menarik. Setiap rekaan menawarkan kuantiti laci yang berbeza. Pilih rekaan yang anda mahukan dan sesuai dengan cita rasa anda!

Spesifikasi:

  • Warna: Rubber Wood + Putih
  • Dimensi (LxWxH): 60 cm x 38 cm x 62 cm (3 peringkat), 60 cm x 38 cm x 77 cm (4 peringkat), 60 cm x 38 cm x 93 cm (5 peringkat)

Kelebihan:

Serba guna
Banyak ruang laci
Penampilan moden dan kedesaan

Harga: RM299.90 – RM399.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

14. Safari White 5 Drawer

Safari White Drawer
Kredit gambar: Shopee

Safari White 5 Drawer dihasilkan dengan menggunakan papan partikel yang seberat 50 kg. Bahagian atas kabinet ini adalah berukuran 30 mm tebal. Hal ini bertujuan memastikan kabinet ini kekal tahan lasak walaupun menampung jumlah beban yang banyak. Seterusnya, bahagian kaki kabinet ini juga dibina dengan kukuh. Ia membolehkan seluruh struktur kabinet ini dapat ditampung dengan baik. Secara keseluruhannya, kabinet ini memiliki penampilan yang estetik. Maka, ia amat baik untuk diletakkan di rumah anda untuk melengkapkan serta memberikan sentuhan klasik pada ruangan tersebut.

Spesifikasi:

  • Warna: Putih
  • Dimensi (LxWxH): 90 cm x 45 cm x 112 cm

Kelebihan:

Bahagian atas meja tebal
Bahan pepejal
Penampilan vintaj

Harga: RM331.55

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

15. BARROS Chest of Drawers with Metal Frame Leg CH 8008

BARROS Chest of Drawers with Metal Frame Leg CH
Kredit gambar: Shopee

BARROS Chest Drawers memperlihatkan ciri bingkai kaki yang terdiri daripada besi yang disalut dengan cat yang unggul. Dengan ini, cat tersebut tidak akan mudah terhakis meskipun untuk tempoh masa yang lama. Kabinet ini datang dengan variasi dua warna, iaitu warna putih dan espresso. Justeru, ia merupakan pilihan yang terbaik bagi anda yang gemar akan rekaan yang bersifat minimalis. Jika anda sedang tercari-cari kabinet yang memiliki kualiti yang baik dengan tawaran harga yang berpatutan, maka, BARROS Chest Drawers adalah jawapan dan penyelesaian untuk anda!

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Espresso
  • Dimensi (LxWxH): 80 cm x 40 cm x 93.5 cm

Kelebihan:

Salutan serbuk yang sangat baik
Tidak akan mengelupas dari semasa ke semasa
Reka bentuk yang ringkas

Harga: RM229.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

16. EMORY Series Chest Drawer

EMORY Series Chest Drawer
Kredit gambar: Shopee

EMORY Series Chest Drawer merupakan pelaburan yang baik untuk anda. Rekaan kabinet ini menawarkan ruang simpanan yang bukan sahaja luas, malah memiliki kedalaman yang diidamkan. Hal ini memudahkan anda untuk menyimpan barangan anda dengan lebih teratur dalam kuantiti yang banyak. Setiap ruang laci boleh menampung beban sebanyak 10 kg. Justeru, anda tidak perlu risau kerana anda turut boleh memuatkan cadar katil atau selimut di dalam kabinet ini. Kabinet ini diberi sentuhan akhir dengan kaki kabinet yang hitam menjelaskan kekukuhan pembinaan kabinet ini di samping pesona rekaan ala-ala ‘mid-century’.

Spesifikasi:

  • Warna: Putih Baru, Putih, Warm Grey Oak
  • Dimensi (LxWxH): 70.6 cm x 34.8 cm x 87.2 cm

Kelebihan:

Ruang simpanan yang lebih dalam
Kestabilan yang menakjubkan
Reka bentuk estetik

Harga: RM169.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close