Menjelajah dari kafe ke kafe telah menjadi suatu trend di mana kebanyakan orang gemar mencari tempat yang bukan sahaja menawarkan makanan yang lazat tetapi persekitaran yang tenang dan selesa. Sekiranya anda kehabisan idea untuk makan tengahari di mana, jadi di sini kami akan bawakan kepada anda 7 Kafe Terbaik di Damansara untuk anda sertakan dalam senarai tempat makan best!
7 Kafe Terbaik di Damansara 2023
1. A Pie Thing
Bersedialah untuk penuhkan perut anda dengan pai kerana ini adalah kafe yang menyediakan pai terbaik yang akan pernah anda nikmati. Anda boleh merasa pelbagai jenis pai yang terdapat sini, daripada pai yang memiliki rasa savori sehinggalah kepada pai yang memiliki rasa manis. Kedua-duanya tampil dengan pelbagai pilihan perisa! Misalnya, lemon curd pie, choco mint pie dan banyak lagi. Selain itu, anda boleh mencuba creamy spinach atau masala butter chicken pie untuk rasa yang lebih savori.
Waktu operasi: 9:00 AM – 8:00 PM
Alamat: Jalan PJU 3/50, Sunway Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Instagram: A Pie Thing (@apiething) • Gambar dan video di Instagram
Facebook: A Pie Thing – Laman Utama| Facebook
2. Bean Brothers
Anda pasti akan teruja dengan elemen industri yang ditampilkan dalam kafe yang unik ini. Besi, kayu dan lampu gantung digunakan untuk menzahir elemen kampung kepada kafe ini. Ruangan untuk barista adalah bercirikan ‘open space’ di mana anda boleh mencuci mata anda dengan kemahiran dan teknik bancuhan para barista ketika mereka membuat atau menghias kopi. Selain itu, kafe ini turut menyediakan pilihan makan yang lain seperti pastri dan kek serta menu untuk sarapan dan ‘brunch’. Justeru, jangan ketinggalan untuk menikmati hidangan dan persekitaran yang mengagumkan di sini!
Waktu operasi: 9:00 AM – 8:00 PM
Alamat: Jalan PJU 3/50, Sunway Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Laman web: Bean Brothers Petaling Jaya
Instagram: BEAN BROTHERS (@beanbrothers.my) • Gambar dan video di Instagram
Facebook: Bean Brothers MY – Laman Utama
3. Antipodean
Pilih makanan dan minuman anda daripada paparan papan hitam yang besar di hadapan kafe ini. Selain itu, kafe ini memiliki aturan yang unik. Hal ini kerana ruang antara kaunter dan tempat duduk adalah merupakan laluan di dalam pusat beli-belah, di mana anda boleh melihat orang lalu-lalang. Di samping itu, kafe ini turut menawarkan menu yang berbeza untuk sarapan dan juga waktu makan tengahari.
Waktu operasi: 10:00 AM – 8:00 PM
Alamat: G37 & GK1, Ground Floor, Atria Shopping Gallery, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Laman web: Antipodean Malaysia
Instagram: Antipodean Coffee Malaysia (@antipodean_my) • Gambar dan video di Instagram
Facebook: Antipodean Cafe – Laman Utama– Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, harga, ulasan restoran | Facebook
4. W Cafe & Dining
Hiasan yang tampak ringkas tetapi profesional serta diinspirasikan daripada ciri minimalis Jepun. Hal iini kerana kafe ini ingin membuatkan pelanggan mereka yang sibuk bekerja untuk berasa lebih tenang. Di samping itu, kontra dengan rekaan dalaman, kafe ini menyediakan makanan yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi bagi memastikan rasa dan penampilan hidangan mereka di pinggan kelihatan memuaskan. Bersedialah untuk penuhkan hari anda dengan sajian sandwich, pizza dan pasta yang begitu enak!
Waktu operasi: 8:00 AM – 8:00 PM
Alamat: 23-1, Jalan PJU 1/42, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Laman web: W Cafe | W Cafe & Dining
Instagram: @w_cafe_and_dining • Gambar dan video di Instagram
5. Rekindle
Anda pastinya akan jatuh hati pada pilihan kek yang disediakan di kafe ini. Bermula dengan kek biskut butterscotch ke kek lemon poppyseed. Terdapat pelbagai pilihan kek yang akan pastinya membuatkan anda rambang mata. Jadi, jangan sia-siakan peluang untuk merasa kek yang sedap beserta minuman yang menarik seperti smoothie, teh, kopi, jus dan apa-apa sahaja yang anda inginkan! Ops, dengar kata kafe ini turut mempunyai churros yang enak!
Waktu operasi:
10:00 AM – 10:00 PM (Ahad, Isnin, Selasa, Khamis)
10:00 AM – 12:00 PM (Jumaat dan Sabtu)
Alamat: 4, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Instagram: Rekindle (@rekindle_ss2) • Gambar dan video di Instagram
Facebook: Rekindle – SS2 – Laman Utama | Facebook
6. Blackwood Cafe
Anda hanya perlu duduk dan bersantai di kafe ini. Kafe ini mempunyai persekitaran yang baik dan selesa. Selain itu, misi kafe ini adalah untuk memberikan para pelanggan suasana seolah-olah mereka sedang berada di rumah sambil menikmati hidangan yang pastinya memikat selera anda. Hidangan yang menjadi bualan di sini adalah nasi, mi, makanan bakar, sup panas, sandwich dan beraneka macam lagi. Rehat sejenak daripada hidup yang sibuk dan sesak dengan bersantai di Blackwood Cafe!
Waktu operasi: 12:00 PM – 8:00 PM (Setiap hari kecuali Selasa)
Alamat: A-01-05, Eve Suite, Jalan PJU 1A/41, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Laman web: BlackWood Cafe – Petaling Jaya, Ara Damansara, Eve Suite
Instagram: BlackWoodCafe (@blackwoodcafepj) • Gambar dan video di Instagram
Facebook: Blackwood Cafe – Laman Utama| Facebook
7. Stars Picker Audio Cafe
Kafe Stars Picker Audio Cafe terletak di Kota Damansara, berdekatan dekat stesen MRT Surian. Anda boleh menikmati hidangan vegetarian yang enak dan pencuci mulut. Selain itu, anda juga boleh menikmati kopi sambil membaca buku. Malah, anda boleh mendapatkan kraf seni buatan tangan atau mendengar pelbagai jenis album musik dengan menggunakan fon kepala berkelas dunia dan vintaj, iaitu HiFi secara percuma. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba rekod vinyl lama dan mendengar musik yang tenang di kafe ini.
Waktu operasi: 11:00 AM – 8:00 PM
Alamat: 37-1, Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Instagram: Stars Picker Audio Cafe (@starspicker_audiocafe) • Gambar dan video di Instagram
Facebook: Stars Picker Audio Cafe 摘星 . 音響咖啡館 – Laman Utama| Facebook
———–
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.