Kota Kemuning dan Bukit Rimau merupakan bandar yang terletak di Shah Alam. Walaupun bandar ini kurang disebut oleh para pelancong sebagai tempat pelancongan, namun jangan salah sangka kerana Kota Kemuning dan Bukit Rimau juga mempunyai banyak kafe yang menyajikan pelbagai jenis genre makanan. Bukan itu sahaja, setiap kafe di Kota Kemuning dan Bukit Rimau ini juga menawarkan harga yang berpatutan.
Jika anda sedang mencari tempat untuk menjamu selera bersama keluarga atau rakan anda, anda telah datang ke tempat yang betul kerana di sini kami menyenaraikan 9 kafe terbaik di Kota Kemuning dan Bukit Rimau.
Mengapa Anda Perlu Mengunjungi Kafe?
Kafe merupakan salah satu tempat yang ideal untuk menikmati waktu bersendirian ‘me time’ ataupun berkunjung bersama orang tersayang. Hal ini kerana, kafe menawarkan lebih banyak menu hidangan ringan serta suasana yang lebih selesa dan tenang berbanding restoran. Hal ini sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti ‘study group’ ataupun bekerja.
Apa Itu Cold Brew?
‘Cold brew’ merupakan kaedah memproses kopi kisar (ground coffee) dengan menggunakan air sejuk. Kemudian, kopi kisar tersebut akan direndam selama 12 hingga 24 jam pada suhu bilik ataupun di dalam peti sejuk sebelum ditapis. Namun, perlu diingati bahawa ‘cold brew’ hanya boleh disimpan sehingga 2 minggu sahaja.
9 Kafe Terbaik di Kota Kemuning & Bukit Rimau 2023
1. Brew N Bread



Brew N Bread merupakan salah satu kafe yang terkenal di Kota Kemuning ekoran reka bentuk dalamannya yang moden dan estetik. Kafe ini menawarkan pelbagai menu yang berasaskan masakan barat. Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan pelbagai jenis kopi yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Jika anda seorang penggemar kopi, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kopi terbaik di kafe ini.
Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https:// www.facebook.com/Brew.n.Bread/
Instagram: https://www.instagram.com/brewnbread/?hl=ms
LAMAN WEB2. Sips & Bites Cafe



Jika anda mencari kafe yang ‘instagrammable’ dengan harga makanan yang berpatutan, Sips & Bites Cafe ini pilihan terbaik untuk anda. Kafe ini terkenal dengan hidangan seperti sandwic, salad dan wafel. Bukan itu sahaja, mereka juga menghidangkan set sarapan pagi yang berteraskan hidangan barat pada harga yang berpatutan. Jadi anda boleh mulakan hari anda tanpa berbelanja besar.
Alamat: 38-G, Jln Sungai Burung AA32/AA, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
9:30 pagi – 6:00 petang (Selasa – Khamis)
9:30 pagi – 8:00 malam (Jumaat – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/SIPSANDBITESCAFE/
Instagram: https://www.instagram.com/_sipsnbitescafe_/?hl=ms
LAMAN WEB3. NEA Fine Bake



NEA Fine Bake ini mempunyai 2 ruangan makan iaitu ruangan tertutup dan terbuka bagi membolehkan anda memilih tempat mengikut keselesaan anda. Kafe ini terkenal dengan hidangan pastri dan kopi yang berinspirasikan masakan Perancis. Antara hidangan yang perlu anda cuba ketika berkunjung di kafe ini ialah Classique Croissant, Almond Croissant, “Bor Lor” Croissant dan Salted Egg Yolk Croissant. Bukan itu sahaja, lukisan mural yang berwarna-warni juga merupakan salah satu tarikan yang ditawarkan di kafe ini.
Alamat: 12, Jalan Anggerik Vanilla 31/93, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 9:00 malam (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/neafinebake.my/
Instagram: https://www.instagram.com/neafinebake.my/
4. The Komunal Cafe



The Komunal Cafe merupakan satu lagi kafe yang terkenal dengan hidangan barat. Ia terletak Jalan Sungai Burung, Bukit Rimau. Kafe ini mempunyai gaya hiasan yang moden dengan jumlah tempat duduk yang mencukupi. Hal ini menjadikannya pilihan yang tepat untuk anda yang menggemari ruangan yang selesa dan tidak sesak.
Alamat: SH-G-23, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan Jalan Sungai Burung 32/68 Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/thekomunalcafe/
Instagram: https://www.instagram.com/thekomunalcafe/?hl=ms
LAMAN WEB5. Gardenage by Craftman



Gardenage by Craftman mempunyai reka bentuk yang berkonsepkan ‘cafe in the garden’ ekoran dekorasinya dipenuhi dengan hiasan tumbuhan hijau. Kafe ini sangat unik kerana ia bukan sahaja menawarkan makanan yang lazat, malah ia juga menjual pelbagai jenis pokok yang menarik dan sesuai untuk dijadikan hiasan di rumah anda. Chunky Croissant Coupled, Briny Kombu Butter dan Latte merupakan antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya anda berkunjung ke kafe ini.
Alamat: 8, Jln Anggerik Aranda A 31/A, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 6:00 petang (Selasa – Jumaat)
10:00 pagi – 4:00 petang (Sabtu – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/Gardenagebycm/
Instagram: https://www.instagram.com/gardenagemy/?hl=ms
6. NOTA



NOTA merupakan salah satu kafe estetik yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam. Kafe ini mempunyai reka bentuk ‘glasshouse’ yang dikelilingi oleh kehijauan alam membolehkan anda menikmati suasana yang tenang dan santai sambil menjamah juadah anda. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis masakan Jepun, kek dan minuman yang boleh anda pilih mengikut cita rasa anda. Selain itu, ia juga sering menjadi tempat tumpuan para ‘cafe-hoppers’ kerana suasananya yang sangat ‘insta-worthy’.
Alamat: No 1-1 (Tingkat Satu, Jln Anggerik Vanilla BF 31/BF, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 7:00 malam (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/nota.kl
Instagram: https://www.instagram.com/nota.kl/
7. Brew 9



Brew 9 merupakan salah satu kafe yang ideal untuk anda yang ingin meluangkan masa bersendirian atau ‘me time’. Kafe ini terletak di Bukit Rimau, Shah Alam. Dari segi menu, kafe ini menawarkan ‘fusion comfort food’ yang berteraskan hidangan masakan barat. Bukan itu sahaja, kafe ini juga terkenal dengan cara pembungkusan kopinya yang menarik dan unik.
Alamat: SH-01-23 Geo, Jalan Sungai Burung 32/68, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 4:00 petang (Isnin, Rabu – Jumaat)
8:00 pagi – 10: 00 malam (Sabtu – Ahad)
Ditutup pada hari Selasa
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/brewnine/
Instagram: https://www.instagram.com/brew_9/
LAMAN WEB8. SEN Cafe



SEN Cafe ialah kafe bersaiz kecil yang mempunyai hiasan yang minimalis dengan persekitaran yang santai sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga. Kafe ini terletak di Kota Kemuning, Shah Alam. Ia menyajikan pelbagai jenis masakan Asia dan barat, namun hidangan yang terkenal dan kerap dipesan oleh pelanggan ialah Bánh Mì Sandwich yang merupakan makanan Vietnam.
Alamat: 34, Jalan Anggerik Vanilla Z 31/Z, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 6:00 petang (Setiap Hari)
Ditutup pada hari Rabu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/senandcoffee/
LAMAN WEB9. Toast Maker



Toast Maker telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2020 oleh sekumpulan graduan arkitek muda. Ia terkenal dengan hidangan seperti Sandwic Karamel ekoran teksturnya yang rangup. Kafe ini mempunyai daya tarikannya tersendiri dengan menggunakan tema ‘rustic’ sebagai hiasan dalaman. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan harga yang berpatutan.
Alamat: 14G, Jalan Anggerik Vanilla Y 31/Y Seksyen 31, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
7:30 pagi – 3:00 petang (Isnin – Jumaat)
7:30 pagi – 5:00 petang (Sabtu – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/toastmakerofficial/?hl=ms
LAMAN WEBDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.