7 Kafe Tiramisu Terbaik di Ipoh 2025

Tiramisu adalah pencuci mulut Itali yang sering membangkitkan aura nostalgia kepada mereka yang memakannya. Hidangan ini sering dikaitkan dengan kenangan manis saat anda berkumpul bersama rakan atau ahli keluarga tatkala menikmati sepotong kek di kafe yang selesa. Disebabkan kombinasi rasanya yang penuh perisa, hidangan ini mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan sering menjadi pencuci mulut yang laris dalam pelbagai majlis.

Tiramisu adalah pencuci mulut yang sering menjadi pilihan dalam kalangan penggemar makanan. Makanan ini secara tidak langsung telah mendapat sambutan di seluruh negara kerana rasanya yang penuh berkrim dan lazat. Jika anda ingin mencuba tiramisu dan kebetulan berada di Ipoh, anda patut berkunjung ke 7 kafe yang menawarkan tiramisu terbaik di negeri Perak ini.

Apakah Sebab Tiramisu Lebih Istimewa Berbanding Dengan Pencuci Mulut Lain?

Berbanding dengan kebanyakan pencuci mulut yang menggunakan bahan mentah seperti tepung dan yis, Tiramisu mempunyai lapisan lembut ladyfinger yang menawarkan rasa espresso dan liqueur. Lapisan ini akan diselang-selikan dengan campuran keju mascarpone dan krim putar yang lazat. Hidangan ini akan memberikan anda rasa pahit kopi dan manis krim putar yang seimbang. Pencuci mulut yang dikatakan berasal dari Itali ini dapat membangkitkan pelbagai rasa apabila anda memakannya.

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Menikmati Tiramisu?

Tiramisu boleh dinikmati pada bila-bila masa. Makanan ini juga sesuai dijadikan pencuci mulut selepas hidangan utama, tidak kiralah selepas makan tengah hari atau makan malam. Tiramisu mempunyai rasa yang berkrim dan lembut. Oleh sebab itu, makanan ini popular untuk dijadikan menu minum petang kerana ia sesuai digandingkan bersama secawan teh atau kopi.

7 Kafe Tiramisu Terbaik di Ipoh 2024

1. MichaelangelO’s Pizzeria

MichaelangelOs-Pizzeria
Kredit Gambar: Er Lern Loh (Google Review)
MichaelangelOs-Pizzeria-
Kredit Gambar: Emily Veronica (Google Review)

MichaelangelO’s Pizzeria adalah restoran Barat yang mahir dalam menyediakan pizza yang lazat.  Oleh sebab itu, restoran ini terkenal dengan hidangan yang mereka sajikan. Selain pizza, restoran ini menghidangkan pencuci mulut yang bakal membuatkan anda terliur. Salah satu pencuci mulut mereka yang terkenal adalah tiramisu yang disajikan dalam bentuk kek segi empat yang unik. Jika anda memesan pencuci mulut ini, anda akan dapat merasai gabungan rasa manis dan berkrim daripada hidangan ini.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot C3 . 04 . 00, 168, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Michelangelos.Pizzeria/

Instagram: https://www.instagram.com/michelangelos.pizzeria/?hl=en

semak laman web di sini

2. STG Tea House Cafe

STG-Tea-House-Cafe-
Kredit Gambar: STG Tea House Cafe (Google Review)
STG-Tea-House-Cafe-
Kredit Gambar: Ken Tang (Google Review)

STG Tea House Cafe adalah sebuah kafe yang cantik dan menawarkan anda pengalaman fine dining yang lengkap. Suasana di kafe ini selesa dan memberikan anda ketenangan tatkala menikmati hidangan yang disajikan. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat dan salah satu pencuci mulut istimewa yang sering dipesan adalah tiramisu. Hidangan ini disajikan dalam gelas jernih bagi meningkatkan tarikan visual pencuci mulut ini. Selain itu, para pelanggan dapat melihat lapisan krim mascarpone yang lembut di bawah taburan coklat yang banyak dengan jelas. Percayalah, sesiapa sahaja yang melihat pencuci mulut ini pasti akan terliur!

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 2, Jalan Taman Kinta, Taman Chateau, 30250 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/stgteahousecafe/

Instagram: https://www.instagram.com/stg_teahouse/?hl=en

3. Patisserie BoutiQue

Patisserie-BoutiQue
Kredit Gambar: Ashish Atri (Google Review)
Patisserie-BoutiQue-
Kredit Gambar: Anthony Liew (Google Review)

Patisserie BoutiQue adalah sebuah kafe moden yang mempamerkan dekorasi yang unik dan minimalis. Kafe ini memberikan suasana yang selesa dan menenangkan kepada para pelanggan yang berkunjung ke sini. Selain itu, kafe ini juga terkenal dengan tiramisunya yang istimewa. Hidangan tiramisu mereka disediakan dalam bekas balang yang comel. Hidangan ini bukan sahaja diberi persembahan visual yang menarik, malah rasanya juga sedap. Oleh sebab itu, ramai yang memesan hidangan ini apabila ke kafe ini.

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 6:00 petang (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)

Alamat: 103, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Patisserie.BoutiQue/

Instagram: https://www.instagram.com/patisserie.boutique/?hl=en

4. Cold Blue Specialty Coffee

Cold-Blue-Specialty-Coffee-
Kredit Gambar: Siti Siti (Google Review)
Cold-Blue-Specialty-Coffee-
Kredit Gambar: SC Chong (Google Review)

Cold Blue Specialty Coffee adalah sebuah kafe yang mahir dalam menghidangkan kopi yang lazat. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis kopi yang memenuhi cita rasa pelanggannya. Selain kopi, mereka juga menyajikan pencuci mulut yang enak seperti tiramisu yang lembut dan berkrim. Anda boleh memesan tiramisu yang lazat ini untuk digandingkan dengan kopi yang segar dibrew oleh barista. Gabungan hidangan ini dapat memberikan anda pengalaman makan yang menyeronokkan.

Waktu Operasi: 
8:00 pagi – 7:00 petang (Ahad – Khamis)
Tutup (Jumaat – Sabtu)

Alamat: Level 2, No23, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/coldbluecoffeee/

Instagram: https://www.instagram.com/coldbluecoffeee/?hl=en

5. Tea Warmer Treat

Tea-Warmer-Treat
Kredit Gambar: Sana (Google Review)
Tea-Warmer-Treat-
Kredit Gambar: ST Chong (Google Review)

Tea Warmer Treat adalah sebuah kafe yang cantik dan memberikan suasana yang selesa kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Dengan hidangan yang pelbagai, kafe ini berjaya memikat hati para pelanggan dengan pencuci mulut yang ditawarkan. Antara hidangan yang paling laris di sini adalah tiramisu mereka. Hidangan ini disajikan dengan daun mint segar di atasnya, serta menjadikan kek ini menarik secara visual. Ramai yang memuji keenakan kek ini dan memesannya apabila mereka berkunjung ke kafe ini.

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 9:00 malam (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)

Alamat: 30, Jalan Medan Ipoh 1D, Medan Ipoh Bistari, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/twt.teacafe/

Instagram: https://www.instagram.com/twt.teacafe/?hl=en

6. Little Allegra Bakery

Little-Allegra-Bakery--
Kredit Gambar: Junna Foodie (Google Review)
Little-Allegra-Bakery--
Kredit Gambar: Suni Mayo (Google Review)

Pada asalnya, Little Allegra Bakery adalah sebuah rumah yang diubah suai menjadi sebuah kafe yang cantik. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis hidangan pastri yang enak seperti kek dan roti. Anda juga boleh mendapatkan kopi segar yang dibrew di sini. Antara hidangan yang sering mendapat perhatian di sini adalah kek tiramisu mereka.  Kek tiramisu mereka menggabungkan kombinasi lazat antara keju mascarpone, ladyfinger dan juga buah strawberi segar yang dihias di atasnya. Ramai yang menyukai kek ini dan sering kembali ke kafe ini untuk menikmatinya.

Waktu Operasi: 
8:30 pagi – 5:00 petang (Jumaat – Isnin)
Tutup (Selasa -Khamis)  

Alamat: 26a, Jalan Keliling, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/littleallegrabakery/

Instagram: https://www.instagram.com/littleallegrabakery/?hl=en

7. Bakesville

Bakesville
Kredit Gambar: Bakesville (Google Review)
Bakesville-
Kredit Gambar: Bakesville (Google Review)

Bakesville adalah gabungan antara sebuah bakeri dan kafe yang menawarkan pelbagai jenis hidangan pastri yang lazat. Suasana di kafe ini sungguh selesa dan mereka amat mengalu-alukan kedatangan para pelanggan di sini. Antara menu yang paling laris di kafe ini adalah tiramisu istimewa yang mempunyai taburan serbuk coklat di atasnya. Taburan coklat ini memberikan rasa coklat yang kaya pada kek tiramisu. Hidangan ini sesuai untuk mereka yang gemarkan coklat dan tiramisu, serta memberikan pengalaman makan yang menyeronokkan.

Waktu Operasi:
8:30 pagi – 6:00 petang (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)

Alamat: 65, Jalan Pakatan Jaya 21, Pakatan Jaya, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bakesville.cafe/

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close