10 Restoran Roti Canai Terbaik di Klang 2023

Roti canai dipercayai berasal dari India Selatan sebelum datang ke Malaysia dan negara jiran Singapura. Roti rata yang digoreng menggunakan kuali ini hanya terdiri daripada empat bahan utama iaitu tepung, minyak sapi, telur dan garam. Anda boleh membezakan roti canai yang paling sedap di antara pelbagai gerai di Klang dengan melihat pada tekstur roti canai tersebut. Biasanya roti canai yang enak memiliki tekstur yang rangup dan merekah dengan rasa lembut dan bermentega. Nikmatilah roti canai anda bersama kari, dhal atau dimakan begitu sahaja mengikut kemahuan anda.

Kami telah menyenaraikan 10 restoran roti canai terbaik di Klang. Tiada cara yang tepat untuk menikmati roti canai ini namun jika anda ingin menikmatinya seperti penduduk tempatan di sini, anda boleh menggunakan tangan yang bersih untuk mencarik dan mencicahnya ke dalam kuah. Di Klang, terdapat banyak kedai yang menjual roti canai, namun kami berusaha mencari yang terbaik untuk anda. Jadi, berikut adalah 10 restoran roti canai terbaik di Klang.

Apakah Bahan Utama yang Digunakan untuk Membuat Roti Canai?

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti canai adalah mudah dicari namun apa yang penting, ia perlu mencapai rasa dan teksturnya yang istimewa. Bahan utama untuk membuat roti canai adalah tepung serba guna, air dan garam. Ada juga sesetengah resipi yang menggunakan sebiji telur untuk memberikan rasa lebih enak dan berlemak.

Adakah Restoran di Klang Menawarkan Roti Canai Gaya Fusion?

Di Klang, anda boleh menemui restoran dan kedai makan yang sering menawarkan hidangan ala fusion untuk roti canai. Restoran-restoran ini mencuba perkara baru bagi roti canai tradisional dengan menggabungkan bahan-bahan atau memberi gandingan yang konvensional untuk mencipta rasa yang unik dan tidak dapat dilupakan. Antara contoh roti canai yang diberi nafas baru adalah roti canai berinti manis seperti coklat, pisang atau keju.

10 Restoran Roti Canai Terbaik di Klang 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. I.V. Restaurant (Restoran I.V.)

I.V.-Restaurant-Restoran-I.V.
Kredit Gambar: Mr.J
I.V.-Restaurant-Restoran-I.V.-
Kredit Gambar: benny Ten

Nikmati roti canai yang rangup di I.V. Restoran (Restoran I.V.). Setiap gigitan roti canai ini terasa begitu menyelerakan. Jangan ketinggalan “roti canai empat segi” yang dihidangkan panas dan rangup terus ke meja anda. Selain itu, nikmati nasi lemak mereka yang pedas tetapi mengenyangkan jika anda mahukan hidangan yang lebih mengenyangkan.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: 117, Jalan Pandamaran Jaya 62, Kawasan 10, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

No. Telefon: 012-267 5534

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

2. Ijai Roti Canai

Ijai-Roti-Canai-
Kredit Gambar: Azizur Rahman Abu Hanipah
Ijai-Roti-Canai-
Kredit Gambar: Treepex Chan

Ijai Roti Canai menawarkan pelbagai jenis pilihan roti, iaitu daripada roti kosong hinggalah kepada roti telur, roti pisang dan roti kahwin. Semua roti ini boleh digandingkan dengan kopi atau teh mereka. Anda boleh menikmati perkhidmatan pelanggan yang mesra daripada pemilik kedai ini. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk tiba lebih awal kerana warung ini sentiasa penuh dengan para pelanggan.

Waktu Operasi:
6:00 pagi – 11:00 pagi (Selasa, Rabu, Jumaat – Ahad)
6:30 pagi – 11:00 pagi (Isnin & Khamis)

Alamat: 4522, Jalan Kota Raja, Taman Sri Menegon, 41000 Klang, Selangor

No. Telefon: Ikuti Sekarang

Google Map: Di Sini

3. Restoran Miruthula

Restoran-Miruthula
Kredit Gambar: T
Restoran-Miruthula-
Kredit Gambar: Kar Yee Lim

Restoran Miruthula mesti dikunjungi buat mereka yang mencari pengalaman makan tengah hari yang lazat. Anda akan berasa seperti berada di rumah tatkala menjamu selera di sini. Makanan yang disajikan di sini sememangnya lazat dan harganya berpatutan. Hidangan yang sering dipesan di sini adalah roti canai yang enak. Dikatakan, roti canai mereka adalah salah satu roti canai yang terbaik di Klang. Roti canai mereka bertekstur rangup dan tidak terlalu berminyak. Ia sesuai digandingkan dengan dhal atau kari ayam yang penuh dengan perisa.

Waktu Operasi:  7:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 25, Lintang Gangsa, Taman Melawis, 41100 Klang, Selangor

No. Telefon: 012-370 4338

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

4. Warung Roti Canai Maya

Warung-Roti-Canai-Maya
Kredit Gambar: Warung Roti Canai Maya
Warung-Roti-Canai-Maya-
Kredit Gambar: Sufri M

Warung Roti Canai Maya di Klang layak mendapat 10 bintang kerana mereka mempunyai kakitangan yang mesra dan sedia membantu ketika anda mahu membuat pesanan. Selain itu, roti canai mereka juga lazat dan sering disyorkan untuk digandingkan dengan kopi o yang panas-panas. Selain itu, anda juga boleh merasai pelbagai jenis hidangan yang lazat seperti karipap dan nasi lemak yang ada dijual di sini. Secara tidak langsung, setiap pembelian anda menyokong komuniti tempatan dan perniagaan ala kampung. Untuk menjamu selera dengan selesa, anda disarankan untuk tiba awal ke warung ini, iaitu sekitar 7:50 pagi, agar tidak bersesak dengan pelanggan lain.

Waktu Operasi:
7:00 pagi – 12:00 tengah hari (Sabtu – Khamis)
Jumaat (Tutup)

Alamat: Lor Haji Joned, Kampung Delek Kanan, 41250 Klang, Selangor

No. Telefon: 016-672 3461

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

semak laman web di sini

5. Roti Canai Sedap Kampung Delik

roti-canai-sedap-kampung-delik
Kredit Gambar: Ridhuan Karim
roti-canai-sedap-kampung-delik-
Kredit Gambar: Mohamed Jeffri Abu Bakar

Roti Canai Sedap Kampung Delek terletak di tempat yang strategik dan merupakan destinasi popular pada hujung minggu pada waktu pagi. Hal ini kerana restoran ini menawarkan perkhidmatan yang pantas serta menyediakan roti canai yang lazat dengan kuah yang penuh perisa. Anda boleh mencuba roti Arab dengan menggandingkannya bersama kari atau sardin untuk pengalaman menjamu selera yang memuaskan. Selain itu, mereka juga menyediakan roti bawang telur di sini untuk memenuhi pelbagai selera pelanggan. Apa pun, roti rata di sini tetap mempunyai tekstur yang lembut dan rasanya lazat. Oleh sebab itu, ramai pelanggan kerap datang ke sini untuk bersarapan.

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 1:30 petang (Setiap hari)

Alamat: Kampung Delek, 41250 Klang, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

6. Restoran Shanmuga Berkeley

Restoran-Shanmuga-Berkeley
Kredit Gambar: ZX Chang
Restoran-Shanmuga-Berkeley-
Kredit Gambar: Andrew Chan (www.roadtrippers.asia)

Restoran Shanmuga Berkeley terletak di hadapan sebuah Tokong Cina. Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan yang lazat di sini seperti nasi lemak yang penuh aroma, roti canai yang lembut, tosai yang enak dan IndoMie goreng yang berperisa. Untuk menyedapkan lagi aktiviti menjamu selera anda, mereka menawarkan pilihan minuman yang pelbagai seperti kopi yang ‘kaw’, teh, Nescafe dan air kosong mengikut selera anda.

Waktu Operasi: 2:00 petang – 2:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 1, Jln Angsa, Taman Berkeley, 41150 Klang, Selangor

No. Telefon: 012-645 5144 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini 

7. Restoran Nasi Kandar Pelita

Restoran-Nasi-Kandar-Pelita
Kredit Gambar: Banjong_贤善
Restoran-Nasi-Kandar-Pelita-
Kredit Gambar: ieta za

Makanan di Restoran Nasi Kandar Pelita di Bandar Bukit Tinggi sememangnya lazat. Restoran ini menjadi salah satu restoran yang menjual nasi kandar yang terbaik di Klang. Selain nasi kandar, mereka juga menjual pelbagai jenis hidangan lazat bagi menarik selera para pelanggan. Roti canai di sini juga lazat dengan tekstur yang rangup dan berporsi besar. Hidangan ini digandingkan dengan kuah dhal yang penuh perisa. Pastinya ramai yang berpuas hati tatkala menikmati hidangan di sini.

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

Alamat: 2, Lorong Batu Nilam 3c, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

No. Telefon: 03-3324 2532

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

semak laman web di sini

8. RESTORAN MR MAMAK

RESTORAN-MR-MAMAK
Kredit Gambar: TIMES OF RAMNAD
RESTORAN-MR-MAMAK-
Kredit Gambar: RESTORAN MR MAMAK

Persekitaran RESTORAN MR MAMAK adalah bersih dan dijaga dengan baik bagi mewujudkan suasana yang selesa untuk para pelanggan menjamu selera. Setiap masa, pemilik restoran ini berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan mereka agar pelanggan mereka berpuas hati apabila berkunjung ke sini. Selain itu, makanan mereka lazat dengan harga yang berpatutan. Oleh sebab itu, restoran ini wajib dikunjungi oleh mereka yang inginkan hidangan yang mengenyangkan dan memuaskan selera mereka.

Waktu Operasi: Dibuka 24 Jam

Alamat: 37-0-0, Lorong Batu Nilam 10A, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

No. Telefon: 03-3318 9454

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/RoYaLMaMaK/

9. Restoran Al-Shariff

Restoran-Al-Shariff
Kredit Gambar: Farid Jasni
Restoran-Al-Shariff-
Kredit Gambar: Reizl

Restoran Al-Shariff merupakan permata yang tersembunyi di Klang. Restoran ini menyediakan hidangan yang unik dan sentiasa menaik taraf kualiti makanan agar para pelanggan berpuas hati dengan juadah yang disediakan. Mereka memberi kelainan kepada hidangan Maggi Goreng klasik. Ia dimasak dengan pelbagai bahan yang segar bagi menjamin mutu makanan. Selain itu, restoran ini turut menyediakan roti bawang, roti pratha, roti canai dan tosai yang dihidangkan dengan sos pencicah yang lazat. Anda juga boleh mendapatkan milo ‘kaw’ dan kopi ‘kaw’ di sini untuk menghilangkan dahaga anda. 

Waktu Operasi: Dibuka 24 Jam

Alamat:  23, Jalan Tiara 2B, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor

No. Telefon: 03-3345 2729

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/people/Restoran-Al-Shariff/100062977582547/ 

10. Tetra House of Briyani

Tetra-House-of-Briyani
Kredit Gambar: Boon Wah Chen
Tetra-House-of-Briyani-
Kredit Gambar: TETRA House Of Briyani

Manjakan diri anda dengan salah satu briyani terbaik di bandar ini di restoran Tetra. Restoran ini secara konsistennya berjaya memuaskan hati pelanggan dengan makanan yang lazat, harga yang berpatutan dan kualiti perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Selain itu, persekitaran restoran ini turut direka bentuk semula untuk menjadikannya lebih selesa dan menarik. Anda boleh mencuba roti canai mereka yang lembut dan rangup di sini. Gandingannya bersama kari cukup membuatkan anda berpuas hati dengan rasa makanannya.

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 10:00 malam (Khamis – Selasa)
9:00 pagi – 10:00 malam (Rabu)

Alamat: 10-00, 1, Lrg Batu Nilam 4a, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor

No. Telefon: 03-3318 1789

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/tetrabriyani/ 


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close