Mencari gaya baharu untuk menyegarkan diri? Cubalah fesyen kardigan knitted yang cukup trendi masa kini. Mengapa kardigan begitu popular hari ini? Sejak bila ia dipopularkan oleh orang di seluruh dunia? Taylor Swift membuat langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan menjual kardigan bersama produk konvensional, seperti sweatshirts dan kemeja-T pada tahun 2020 untuk mempromosikan debut album baharunya, iaitu Folklore dan single utamanya, Cardigan. Tidak lama kemudian, kedai dalam talian Taylor Swift telah kehabisan baju yang dipakainya dalam video muzik Cardigannya, iaitu sweater V-neck knitted tebal yang berwarna krim dan berjalur hitam serta 3 bintang pada setiap lengan.
Pencinta kardigan terkenal termasuk pelakon Jesse Tyler Ferguson dan anak perempuan Kobe Bryant, Natalia telah berkongsi gambar di Instagram menunjukkan kardigan yang mereka terima sebagai hadiah daripada Taylor Swift. Anehnya, item yang sesuai dipakai pada musim sejuk telah menjadi begitu bergaya dipakai pada musim panas. Namun begitu, kardigan tetap kembali menjadi pilihan ramai walau apa pun musimnya.
Oleh itu, jangan risau. Jika anda masih belum biasa dengan fesyen kardigan knitted, kami akan tunjukkan senarai kardigan knitted yang disyorkan. Di bawah ialah 8 Kardigan Knitted Terbaik di Malaysia 2025.
Bagaimana mencari Kardigan Knitted yang sesuai?
Selepas berfikir untuk mencuba gaya kardigan knitted baharu, apakah perkara penting yang perlu anda perhatikan sebelum membelinya? Jawapannya ialah saiz, bahan, dan bajet.
- Saiz
Saiz adalah salah satu perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan sebelum membeli apa-apa jenis pakaian. Begitu juga dengan kardigan. Saiz yang betul memberikan anda keselesaan apabila anda memakainya.
- Material
Oleh kerana terdapat banyak jenis kardigan di pasaran, terdapat juga banyak jenis bahan yang digunakan untuk membuat kardigan seperti bulu, kapas dan akrilik.
- Bajet
Anda perlu menetapkan belanjawan terlebih dahulu sebelum membeli kardigan bagi mengelakkan pembaziran berlaku. Cardigan selalunya berharga antara RM20 hingga RM100, bergantung kepada jenis, reka bentuk dan material yang digunakan.
8 Kardigan Knitted Terbaik di Malaysia 2025
1. Eireen Cardigan

Kardigan ini sesuai digandingkan dengan inner plain dan skirt floral seperti dalam gambar. Eireen Cardigan juga sesuai dipakai untuk sebarang majlis kasual seperti ketika anda melepak bersama rakan-rakan anda, atau bersiar-siar di sekitar bandar. Bahan yang digunakan untuk kardigan ini adalah bulu benang besar yang dikait menjadi kardigan dan menjadikannya selesa dan ringan.
Spesifikasi:
- Material: Knit, Wool
- Pilihan Warna: Hitam, Abu Misty, Lilac, Navy Blue, Coklat, Burgundy, Army Green, Cream, Brick Coral, Mustard, Denim, Maroon, Dusty Pink, Mint, Merah Jambu, Off White
- Saiz: 1 saiz fit sehingga XL
Kelebihan:
✅ Terdapat pelbagai warna (kosong dan campur)
✅ Gaya vintaj korea
✅ Diperbuat daripada acrylic wool yang tebal
Harga: RM21.50 – RM31.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Korean Women’s Knitted Cardigan

Jika anda mahukan gaya minimalis dan polos, Cardigan Knitted Wanita Korea ini mungkin sesuai untuk anda kerana ia ringkas dan direka dalam gaya yang longgar. Dengan jualan 3.6k dan mendapat penilaian terbaik sebanyak 1.8k oleh pelanggan, kardigan ini amat disyorkan untuk mereka yang baru menceburi fesyen dunia kardigan knitted.
Spesifikasi:
- Material: Tidak dinyatakan
- Pilihan Warna: Hitam, Khaki, Navy Blue
- Saiz: Free size
Kelebihan:
✅ Ala Baggy dan senang digayakan dengan pakaian lain
✅ 100% baru dan berkualiti tinggi
✅ Bergaya dan berpatutan
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Xiaozhainv Women Cardigan

Cardigan Wanita Xiaozhainv mempunyai reka bentuk yang nipis dan singkat yang menunjukkan susuk tubuh wanita. Oleh itu, kardigan ini digalakkan untuk wanita yang mempunyai saiz badan yang kecil molek untuk memakainya supaya kelihatan kemas dan anggun. Anda tidak akan berasa panas dan berpeluh semasa memakai kardigan ini walaupun pada musim panas kerana ia diperbuat daripada bahan yang ringan.
Spesifikasi:
- Material: Knitwear
- Pilihan Warna: Biru, Merah, Hitam, Putih, kelabu
- Saiz: 1 saiz
Kelebihan:
✅ Ringkas dan kosong
✅ Sesuai untuk acara kasual
✅ Material ringan dan berangin
Harga: RM13.70 – RM16.44
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Casual Sweater Cardigan

Memandangkan rating dan jualan yang tinggi, Cardigan Sweater Kasual ini mendapat permintaan ramai wanita kerana ia ringkas dan polos, sama seperti yang sebelumnya. Namun, bezanya cardigan ini menampilkan perincian lain iaitu fabrik yang bercorak lurus.
Spesifikasi:
- Material: Kapas
- Pilihan Warna: Hijau, Kuning, Putih, Hitam, Apricot
- Saiz: 1 saiz
Kelebihan:
✅ Gaya minimalis
✅ Fleksibel dan sesuai untuk kebanyakan pengguna
✅ Sesuai untuk acara kasual
Harga: RM16.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Xiaozhainv Korean Slim Knit Cardigan

Cipta penampilan manis dan elegan anda dengan Xiaozhainv Korean Slim Knit Cardigan ini! Garisan hitam yang kontras pada kardigan putih dan lengannya memberikan penampilan yang lebih unik berbanding dengan kardigan biasa anda yang hanya satu warna.
Spesifikasi:
- Material: Kapas
- Pilihan Warna: Hitam, Putih, Apricot
- Saiz: 1 saiz
Kelebihan:
✅ Boleh dipadankan dengan baju tanpa lengan atau dipakai bersama seluar palazo
✅ Sesuai untuk mereka yang kecil molek
✅ Senang dipadankan dengan innerwear
Harga: RM11.89 – RM19.98
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Checkered Loose Cardigan

Jika anda sedang mencari kardigan yang besar dan jarang didapati, anda boleh mencuba Checkered Loose Cardigan. Reka bentuk kotak-kotak yang menarik sudah pasti akan menjadikan pakaian ini kelihatan menakjubkan. Selain itu, kardigan ini juga datang dalam pelbagai variasi buat mereka yang berminat dengan rekaan ini.
Spesifikasi:
- Material: Kapas
- Pilihan Warna: Biru, Merah Jambu, Hijau, Hitam
- Saiz: S – 2XL
Kelebihan:
✅ Mempunyai saiz tambahan (S-2XL)
✅ Material yang berkualiti tinggi
✅ Corak kotak-kotak yang menarik
Harga: RM32.90 – RM40.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Korean Style Midi Length Cardigan

Korean Style Midi Length Cardigan ini adalah pilihan yang tepat jika anda mencari kardigan yang panjang. Bergantung pada saiz yang anda pilih, kardigan ini memanjang sehingga ke lutut serta berukuran antara 85 dan 90 cm. Anda dinasihatkan untuk memilih saiz biasa kerana cardigan mempunyai reka bentuk slim fit.
Spesifikasi:
- Material: Wool
- Pilihan Warna: Merah Bata, Hitam, putih, Kuning, Army Green
- Saiz: M – 3XL
Kelebihan:
✅ Mempunyai saiz tambahan (M-3XL)
✅ Berpatutan
✅ Slim fit
Harga: RM18.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. V-Neck Cardigan

Berikut adalah baju sejuk berkait yang boleh dipakai secara kasual sama ada ke sekolah ataupun pejabat. Dengan penampilannya yang ringkas dan menawan serta memberikan suasana ala-ala jaket sekolah Eropah yang vintaj, jaket ini sudah pasti akan memberikan gaya yang terbaik buat anda. Bergantung pada cita rasa anda, ia juga tersedia dalam varian panjang dan pendek.
Spesifikasi:
- Material: Fleece
- Pilihan Warna : Hitam, Putih
- Saiz: S – XL
Kelebihan:
✅ Material berkualiti tinggi
✅ Gaya vintah sekolah menengah
✅ Imej segar dan keremajaan
Harga: RM35.89 – RM44.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.