8 Kasut Lari Nike Terbaik di Malaysia 2023

Larian menjadi salah satu aktiviti riadah yang kian popular dalam kalangan masyarakat, ia antara aktiviti yang tidak mengeluarkan modal yang besar. Apa yang anda perlukan hanyalah kawasan larian dan sepasang kasut larian. Sekiranya anda ingin mencari kasut lari yang terbaik, maka anda sudah sampai di tempat yang betul. Jenama kasut Nike Malaysia mempunyai pelbagai pilihan kasut lari yang menarik untuk dipilih.

Memiliki sepasang kasut larian yang baik boleh menampakkan perbezaan di antara larian yang bagus dengan larian yang tidak bagus. Untuk mencari kasut yang sesuai dengan kaki bukanlah mudah. Ia memerlukan proses ‘trial and error’ bagi memastikan anda selesa dan kasut itu berfungsi seperti mana yang anda kehendaki.

Bagaimana Hendak Memilih Kasut Lari yang sesuai?

Apabila anda masuk ke mana-mana kedai pakaian sukan dan keperluan sukan tempatan, anda akan disambut oleh dinding berwarna terang yang memaparkan berpuluh-puluh pilihan kasut di rak kasut. Tidak dinafikan memilih kasut larian yang sesuai dengan anda boleh mengelirukan apatah lagi terdapat ratusan jenis kasut sukan dan larian ditawarkan di pasaran. Sebelum anda membuat pembelian atau pilihan, terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu mengambil kira seperti ‘Ankle Collar’, ‘Heel Counter’, dan bentuk kaki.

1. Ankle Collar 

Anda perlu melihat bahagian permukaan ‘ankle collar’ terlebih dahalu kerana ada sesetengah jenama kasut menggunakan padding yang tebal. Jadi anda haruslah mengetahui terlebih dahulu tahap keselesaan kaki anda dengan ketebalan padding yang sesuai untuk anda.

2. Heel Counter

Heel counter merupakan satu elemen yang diletakkan di bahagian belakang tumit kasut supaya pergerakan dan pendaratan tumit ketika berlari dapat dilakukan dengan sempurna. Namun ada sesetengah kasut lari yang tidak mempunyai heel counter, jadi anda perlulah memeriksa kasut secara teliti sebelum membuat pembelian.

3. Bentuk kaki

Pertama anda perlu perhatikan bentuk kasut larian,  kemudian anda perlu mengetahui kondisi tapak kaki anda dengan corak larian anda. Pronation adalah keadaan di mana kaki anda berlari dari tumit ke hujung kaki. Overpronation pula berlaku apabila anda melakukan terlalu banyak ‘roll’ pada bahagian dalam kaki semasa berlari. Underpronation pula ialah keadaan apabila anda kerap menggunakan bahagian luar tapak kaki sewaktu berlari. 

8 Kasut Lari Nike Terbaik di Malaysia 2023

1. Ultra Light Non-slip Casual Sports Running Shoes

Ultra Light Non slip Casual Sports Running Shoes
Kredit Gambar: Shopee

Kasut larian ini dibuat dengan menggunakan teknologi canggih untuk mencipta tapak yang sesuai bagi bentuk kaki orang ramai. Kasut ini sangat sesuai bagi anda yang mencari kasut larian yang ringan dan mempunyai kusyen kaki. Selain itu, kasut ini juga didatangkan dengan 3 pilihan warna asas.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam-Putih Hitam,Putih,Kelabu
  • Bahan: Mesh+kain
  • Saiz: 36-45
  • Jantina: Uniseks

Kelebihan:

Bahagian permukaan yang selesa
Tahan Lama

Harga: RM78.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Nike Air Tessen Roshe 4

Nike Air Tessen Roshe
Kredit Gambar: Shopee

Kasut ini menjadi kasut larian pilihan ramai termasuk daripada kalangan pelari profesional dan amatur. Kasut ini memiliki reka bentuk kontemporari serta dilengkapi dengan bahagian atas yang mempunyai potongan licin yang terhasil daripada jaringan fabrik yang halus dan ringan. Perkara ini membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Pada tapak luar pula, terdapat bunga getah untuk membantu mengurangkan gelinciran sewaktu anda berlari.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam
  • Saiz: 36-45
  • Jantina: Uniseks

Kelebihan:

Bahagian atas yang selesa
Berkualiti tinggi

Harga: RM199.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Nike Zoom Roshe

Nike Zoom Roshe
Kredit Gambar: Shopee

Kasut ini digemari kerana gayanya yang kasual dan menarik serta memiliki ketumpatan yang ringan. Bukan itu sahaja, kasut ini juga mempunyai kualiti premium dengan kadar harga yang rendah menjadikannya pilihan yang terbaik untuk dijadikan kasut larian. Tambahan pula, kasut ini didatangkan dengan 4 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam, Hitam-Putih, Tentera Laut, Kelabu
  • Saiz: 36-40
  • Jantina: Uniseks

Kelebihan:

Pelbagai warna
Berkualiti tinggi
Harga berpatutan

Harga: RM49.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Nike Airmax Terrascape 90

Nike Airmax Terrascape
Kredit Gambar: Nike

Jika anda mencari kasut lari dengan reka bentuk kasual dan boleh dipakai untuk aktiviti harian, Nike Airmax Terrascape 90 sesuai untuk anda. Kasut ini bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pemakai malah mempunyai ‘heel counter’ yang membantu memudahkan pergerakan anda. Kasut ini didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Warna: Putih
  • Saiz: 36-45
  • Jantina: Uniseks

Kelebihan:

Selesa
Tahan Lama

Harga: RM399.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Air Zoom Pegasus 37

Air Zoom Pegasus
Kredit Gambar: Shopee

Kasut Nike ini mempunyai ruang kaki yang lebar untuk memudahkan pergerakan kaki anda dan membuatkan anda berasa lebih selesa ketika berlari pada jarak yang jauh. Kasut ini mempunyai bahagian atas lut angin yang membuatkan kaki anda kering semasa berlari.

Spesifikasi:

  • Warna: berwarna-warni
  • Saiz: 36-45
  • Jantina: Uniseks

Kelebihan:

Selesa
Sesuai untuk jarak jauh

Harga: RM249.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. NIKE_Roshe Run 5 Running Shoes

Nike Womens Epic React Flyknit
Kredit Gambar: Shopee

Sama ada anda baru berjinak dalam larian atau seorang veteran, kasut Nike ini adalah kasut harian berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Anda akan menyukainya kerana reka bentuk moden dan teknologi ‘react foam’ boleh memberikan anda lonjakan tambahan semasa berlari atau bersenam.

Spesifikasi:

  • Warna: Pelbagai warna
  • Bahan: Synthetics
  • Saiz: 36-45
  • Jantina: Uniseks

Kelebihan:

Selesa
Tahan lasak
Murah

Harga: RM99.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Nike ZoomX VaporFly

Nike ZoomX VaporFly
Kredit Gambar: Shopee

Nike ZoomX VaporFly merupakan kasut larian keluaran Nike yang dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang bagus, ringan, selesa serta dapat memberikan lonjakan tambahan kepada anda sewaktu berlari atau bersenam.Kasut ini didatangkan dengan pelbagai pilihan warna. Jika anda mahukan kasut larian yang bagus dan unik, dapatkan kasut ini sekarang!

Spesifikasi:

  • Warna: pelbagai warna
  • Saiz: 36-45
  • Jantina: Uniseks

Kelebihan:

Selesa
Tahan lasak
Pelbagai warna dan reka bentuk

Harga: RM299.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Nike Women Epic React Flyknit 2 Running Shoe

Nike Womens Epic React Flyknit
Kredit Gambar: Lazada

Nike Women’s Downshifter 11 Running Shoes mempunyai gabungan warna pastel yang menarik dan dilengkapi dengan ciri ringan dan ‘breathable’ untuk membantu anda bergerak dengan selesa. Kasut lari ini juga dilengkapi dengan ciri atas sintetik yang dibuat dengan jaringan fabrik halus untuk memberi anda kesan penyejukan sewaktu anda sedang melakukan aktiviti.

Spesifikasi:

  • Warna: Pelbagai warna
  • Saiz: 36-45
  • Jantina: Uniseks

Kelebihan:

Breathable
Pelbagai warna

Harga: RM225.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close