10 Kasut Sukan Terbaik Bawah RM 100 di Malaysia 2023

Mencapai prestasi kemuncak dalam sukan memerlukan kasut berkualiti tinggi yang boleh menahan keperitan latihan dan cabaran. Memastikan keselesaan dan sokongan kaki anda adalah penting untuk cemerlang dalam sebarang sukan. Walau bagaimanapun, mencari kasut sukan yang sesuai pada harga yang berpatutan boleh menjadi satu cabaran memandangkan terdapat pelbagai pilihan di pasaran.

Jangan risau! Kami telah menyusun senarai 10 Kasut Sukan Terbaik Bawah RM 100 di Malaysia pada 2023. Pilihan ini akan memenuhi keperluan gaya hidup dan bajet khusus anda supaya anda boleh melakukan yang terbaik. Temui kasut sukan yang sesuai untuk keperluan anda dan serlahkan potensi sukan anda sepenuhnya! Berikut adalah 10 kasut sukan terbaik di bawah RM 100 di Malaysia.

Bagaimanakah Saya Menentukan Saiz yang Sesuai untuk Kasut Sukan Saya?

Untuk menentukan saiz yang sesuai bagi kasut sukan anda, anda boleh mulakan dengan mengukur kedua-dua kaki anda kerana ia mungkin berbeza dari segi saiz. Adalah lebih baik untuk mengukur pada penghujung hari apabila kaki anda berada pada tahap terbesar. Semasa berdiri, letakkan kaki anda di atas sekeping kertas dan jejak di sekelilingnya. Ukur panjang dari tumit ke hujung jari kaki terpanjang anda dan lebar pada bahagian terluas kaki anda.

Berapa Kerapkah Saya Perlu Menukar Kasut Sukan Saya?

Kekerapan untuk menggantikan kasut sukan anda bergantung pada faktor seperti tahap aktiviti anda, kualiti kasut dan jenis sukan yang anda ceburi. Secara amnya, adalah disyorkan untuk menggantikan kasut sukan pada setiap 300 hingga 500 batu penggunaannya atau apabila anda mula melihat tanda haus pada kusyen kasut, tapak kasut dan sekiranya kasut anda koyak atau rosak. Bagi atlet yang terlibat dalam sukan berimpak tinggi, mereka perlu menggantikan kasut mereka dengan lebih kerap bagi memastikan sokongan yang betul selain dapat mencegah kecederaan.

10 Kasut Sukan Terbaik Bawah RM 100 di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. CAMEL Women Running Breathable Lightweight Sport Shoes

CAMEL-women-running-breathable-lightweight-sport-shoes
Kredit Gambar: Shopee

CAMEL Women Running Breathable Lightweight Sport Shoes direka untuk atlet profesional yang mencari kusyen optimum di gelanggang keras. Bahagian atas mesh yang lut udara menawarkan keselesaan dan gaya manakala reka bentuk berprofil rendah dapat menepati pelbagai pilihan pelanggan. Ia sesuai untuk wanita yang ingin meningkatkan prestasi sukan mereka.

Spesifikasi:

  • Saiz: 35-40
  • Bahan: Sintetik
  • Warna: Merah Jambu, Beige, Hitam, Ungu, Lotus Colour

Kelebihan:

✅Ringan
✅Selesa
✅Tahan lama untuk kegunaan jangka masa panjang

Harga: RM71.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Decathlon Running Shoes

Decathlon-Running-Shoes
Kredit Gambar: Decathlon Malaysia

Temui pasangan jogging yang sempurna dengan kasut lari kami yang mampu milik dan tahan lama. Decathlon Running Shoes dihasilkan untuk bertahan lama dengan tapak luar 100% Ethylene Vinyl Acetate dan bahagian atasnya yang terkandung 70% Polyester dan 30% Poliuretan. Lapik dan stokin 100% Poliester pula memastikan keselesaan yang tiada tandingan semasa anda berlari walaupun selama 30 minit.

Spesifikasi:

  • Saiz: 40 – 44 & 47
  • Bahan: Getah
  • Warna: Kelabu

Kelebihan:

✅Selesa
✅Lembut dan anjal
✅Tahan lama

Harga: RM59.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. POWER Women Pink Sneakers

POWER-Women-Pink-Sneakers
Kredit Gambar: Shopee Malaysia

Lengkapkan pilihan pakaian anda dengan Women Pink Sneakers daripada rangkaian kasut Power. Anda akan berasa ringan sepanjang hari kerana kasut ini ringan dan minimalis. Kasut ini akan memastikan ia sepadan dan sempurna dengan gaya peribadi anda. Bahagian atas yang lut udara akan memastikan aliran udara lebih luas untuk pemakaian yang selesa.

Spesifikasi:

  • Saiz: 38 – 41
  • Bahan: Lain-lain, Getah, Sintetik
  • Warna: Merah Jambu

Kelebihan:

✅Cepat kering
✅Aliran udara yang lebih baik
✅Tapak dalam

Harga: RM63.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Decathlon Quechua Hiking Shoes

Decathlon-Quechua-Hiking-Shoes
Kredit Gambar: Decathlon Malaysia

Alami sokongan dan kebolehnafasan Decathlon Quechua Hiking Shoes. Kasut ini menampilkan  renda yang bertutup, bahagian atas yang disatukan dengan lapisan berkunci serta gabungan tekstil dan sintetik. Semua ciri ini menjadikan kasut ini stabil dan selesa untuk dipakai oleh mereka yang membuat aktiviti larian. Pilih kasut ini untuk rasa yang lebih stabil dan selesa semasa anda lakukan aktiviti sukan anda.  

Spesifikasi:

  • Saiz: 36 – 38 & 41 – 42
  • Warna: Kelabu

Kelebihan:

✅Ciri yang baik
✅Cengkaman kuat
✅Berkusyen

Harga: RM69.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. BUM Equipment Sport Shoes

BUM-Equipment-Sport-Shoes
Kredit Gambar: Shopee Malaysia

Kekal selesa dengan BUM Equipment Sport Shoes yang direka untuk dipakai sepanjang hari. BUM Equipment Sport Shoes ini mempunyai renda yang bertutup, bahagian atas yang disatukan dengan lapisan berkunci serta gabungan tekstil yang berkualiti. Kasut ini sesuai dipakai untuk berjalan dengan gaya pakaian kasual. Ia menawarkan rasa stabil dan lut udara bagi memastikan anda selesa dan bebas bergerak.

Spesifikasi:

  • Saiz: 36 – 41
  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Fuchsia, Kelabu, Biru

Kelebihan:

✅Sangat ringan
✅Ergonomik
✅Tapak yang mencengkam

Harga: RM49.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Decathlon Aqua Sports Shoes

Decathlon-Aqua-Sports-Shoes
Kredit Gambar: Shopee Malaysia

Alami keselesaan dan sokongan yang tiada tandingan dengan kasut aqua yang direka khas dan sesuai untuk sesi Aquabiking. Ia memberikan perlindungan penting terhadap permukaan yang kasar. Selain itu, ia dapat mengurangkan geseran antara kaki dan pedal basikal anda. Jika anda mengambil kelas Aquabiking, kasut ini boleh melindungi kaki anda semasa beralih antara posisi duduk dan berdiri di atas basikal.

Spesifikasi:

  • Saiz: 39 – 44
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

✅Mudah digayakan
✅Ketahanan klorin
✅Fleksibiliti

Harga: RM35.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. POWER Men White Running Shoes

POWER-Men-White-Running-Shoes
Kredit Gambar: Shopee Malaysia

Hayati semangat persaingan dengan POWER Men White Running Shoes yang menjadi pilihan atlet seluruh dunia yang inginkan kasut berkualiti tinggi dan berketahanan tinggi. Anda boleh meningkatkan prestasi sukan anda dan bermain tanpa risau kerana kasut ini akan melindungi kaki anda dalam setiap permainan.

Spesifikasi:

  • Saiz: 41 – 44
  • Bahan: Lain-lain, PU Leather, Getah, Sintetik
  • Warna: Putih

Kelebihan:

✅Tahan lama
✅Ringan
✅Reka bentuk yang selesa

Harga: RM84.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Azer S 9129 Men Hiking Shoes

Azer-S--Men-Hiking-Shoes
Kredit Gambar: Lazada

Temui kasut yang ringan, 100% asli dan mudah dipakai ini. Kasut ini memberikan anda keselesaan dan sokongan yang unggul. Azer S 9129 Men Hiking Shoes dapat menstabilkan tumit, melindungi buku lali serta mengurangkan tekanan dan geseran dengan berkesan. SoftPad pada kasut ini dapat menyerap hentakan manakala teknologi Moisture Wick pula memastikan ia dapat digunakan lama dan mengawal bau.

Spesifikasi:

  • Saiz: 40 – 45
  • Bahan: Lain-lain
  • Warna: Kelabu, Hitam, Hijau 

Kelebihan:

✅Bahagian atas jaring yang lut udara
✅Berkusyen
✅Sokongan dan daya tarikan yang kuat

Harga: RM60.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Line7 7718 Ladies Jogging Shoes

Line--Ladies-Jogging-Shoes-
Kredit Gambar: Shopee Malaysia

Mempunyai reka bentuk gerbang berbentuk U, Line7 7718 Ladies Jogging Shoes menawarkan kestabilan yang dipertingkatkan, perlindungan buku lali serta tekanan dan pengurangan geseran yang cekap. SoftPad pada kasut ini menyerap hentakan manakala teknologi Moisture Wick pula menjamin penggunaan tahan lama dan kawalan bau. Untuk keselesaan ultra, busa kusyen kasut ini memastikan anda selesa sepanjang hari.

Spesifikasi:

  • Saiz: 38 – 42
  • Bahan: Getah
  • Warna: Hitam, Kelabu

Kelebihan:

✅Mudah dibersihkan
✅Menyokong lengkungan pada kaki
✅Tidak licin

Harga: RM89.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Apacs Original Badminton Shoes

Apacs-Original-Badminton-Shoes
Kredit Gambar: Lazada

Apacs Original Badminton Shoes memberikan cengkaman yang stabil semasa pergerakan pantas. Kasut ini menampilkan tapak luar getah anti-gelincir yang tidak bertanda untuk ketahanan dan daya tarikan yang sangat baik. Bahagian tengah termoplastik pula menambah sokongan dan menghalang perubahan bentuk serta putaran bagi memberikan ‘torsional rigidity’. Kasut ini juga menawarkan perlindungan ‘torsional’ berganda untuk mengelakkan kecederaan semasa aktiviti pantas.

Spesifikasi:

  • Saiz: UK 6 – UK 11
  • Bahan: Getah
  • Warna: Black Turquoise,Black Yellow, Navy Yellow

Kelebihan:

✅Bergaya
✅Bentuk kukuh
✅Mempunyai kusyen yang lebih baik

Harga: RM78.88 – RM79.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close