10 Kedai Aksesori Telefon Terbaik di Cyberjaya 2025

Kedai aksesori telefon adalah salah satu kedai yang penting kerana kedai seperti ini dapat membekalkan aksesori telefon dan melengkapkan keperluan komunikasi anda. Disebabkan teknologi semakin berkembang, pelbagai aksesori telefon dihasilkan untuk membantu penggunaan telefon pintar ke tahap yang lebih baik.

Oleh sebab itu, anda memerlukan aksesori telefon pintar yang bukan sahaja berguna, malah bergaya dan juga praktikal. Dengan bantuan aksesori telefon pintar ini, penggunaan telefon pintar menjadi lebih lancar, terutamanya jika anda menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar. Jadi, jika anda sedang mencari kedai aksesori telefon pintar yang boleh dipercayai di Cyberjaya, anda boleh teruskan membaca artikel ini. Berikut adalah 10 kedai aksesori telefon terbaik di Cyberjaya 2025.

Adakah Kedai Aksesori Telefon Menjual Pembesar Suara ‘Bluetooth’?

Ya, banyak kedai aksesori telefon menjual pembesar suara Bluetooth kerana aksesori ini popular dalam kalangan pengguna telefon pintar. Alat ini boleh memainkan muzik atau menjawab panggilan secara ‘wireless’ daripada telefon anda. Anda boleh mendapati pelbagai jenis pembesar suara Bluetooth di pasaran seperti pembesar suara kalis air, pembesar suara mudah alih, dan pembesar suara dengan ‘voice assistant’.

Adakah Kebanyakan Aksesori Telefon Boleh Digunakan Pada Semua Jenis Model Telefon?

Tidak semua aksesori telefon sesuai dengan semua model telefon. Hal ini kerana ia mempunyai saiz dan port pengecasan yang berbeza. Malah, ada sesetengah aksesori hanya direka untuk model telefon tertentu. Anda juga boleh mendapati bahawa ada aksesori lain yang bersifat serba guna kerana boleh digunakan pada beberapa model telefon.

Adakah Kedai Aksesori Telefon Menjual Aksesori Yang Membantu Anda Mengambil Gambar Dengan Lebih Baik?

Ya, kedai aksesori telefon ada menjual aksesori yang direka khas untuk membantu anda mengambil gambar lebih baik dengan menggunakan telefon. Sebagai contoh, lensa ‘clip-on’, tripod, ‘stabilizer’, ‘LED light attachments’, dan ‘selfie sticks’ adalah antara aksesori telefon yang berguna untuk anda mengambil gambar yang lebih berkualiti.

Jika anda berminat untuk mengetahui lokasi kedai aksesori telefon terbaik di Selangor dan Kuala Lumpur, anda boleh membaca artikel di bawah:

  1. Kedai Aksesori Telefon di KL
  2. Kedai Aksesori Telefon di PJ
  3. Kedai Aksesori Telefon di Subang Jaya
  4. Kedai Aksesori Telefon di Puchong

10 Kedai Aksesori Telefon Terbaik di Cyberjaya 2024

1. iTworld Express Cyberjaya

iTworld-Express-Cyberjaya-
Kredit Gambar: iTworld Express Cyberjaya
iTworld-Express-Cyberjaya-
Kredit Gambar: Mohd Nasran Mohd Taib

iTworld Express adalah Pengedar Sah Apple yang menawarkan rangkaian lengkap produk Apple seperti iPhone, iPad, Mac, Apple TV dan pelbagai aksesori telefon. iTworld®️ juga merupakan Pembekal Perkhidmatan Premium Apple yang memberikan anda pengalaman penggunaan gadget yang terbaik serta sokongan pembaikan kepada pengguna produk Apple. Selain itu, mereka menyediakan perkhidmatan untuk perisian produk Apple bagi individu yang mencarinya.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: G-7a Kanvas Retail @ Prima 15, Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Telefon: 03-8322 6838

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/iTworld.com.my/

Instagram: https://www.instagram.com/itworld_my/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Xulatech Smart Phone Repair Cyberjaya

Xulatech-Smart-Phone-Repair-Cyberjaya-
Kredit Gambar: Xulatech Smart Phone Repair Cyberjaya
Xulatech-Smart-Phone-Repair-Cyberjaya-
Kredit Gambar: Xulatech Smart Phone Repair Cyberjaya

Di Xulatech Smart Phone Repair Cyberjaya, anda akan menemui pelbagai aksesori telefon yang cantik dan unik bagi meningkatkan penampilan telefon pintar anda. Selain menyediakan banyak pilihan, produk yang dijual juga berkualiti dan tahan lasak. Antara produk yang boleh anda beli di sini adalah ‘tempered glass’, ‘case’ telefon dan juga kabel. Xulatech turut menawarkan perkhidmatan pembaikan untuk telefon iOS dan Android sekiranya telefon pintar anda mengalami kerosakan. Percayalah, anda boleh menemui aksesori telefon pintar yang anda cari di sini dengan mudah.

Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
11:00 pagi – 7:00 malam (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: Block D, D2-M4, Radius Business Park, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Telefon: 010-874 8071

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/xulatech/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. BenAbas Gadget

BenAbas-Gadget-
Kredit Gambar: BenAbas Gadget
BenAbas-Gadget-
Kredit Gambar: BenAbas Gadget

BenAbas Gadget adalah sebuah kedai aksesori telefon yang menawarkan pelbagai produk berkualiti seperti kabel dan ‘powebank’. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pembaikan telefon yang dikendalikan oleh juruteknik yang terlatih dan berpengalaman. Anda boleh mempercayai kebolehan juruteknik dan perkhidmatan yang mereka berikan kerana kedai ini banyak mendapat ulasan yang positif daripada pelanggan lama.

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 8:00 malam (Sabtu – Khamis)
Tutup (Jumaat)

Alamat: P3-09, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Selangor

No. Telefon: 013-264 4102

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/benabasgadget/

Instagram: https://www.instagram.com/benabas.gadget/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Samsung @ DPulze Cyberjaya

Samsung-@-DPulze-Cyberjaya-
Kredit Gambar: Samsung @ DPulze Cyberjaya
Samsung-@-DPulze-Cyberjaya-
Kredit Gambar: Samsung @ DPulze Cyberjaya

Samsung merupakan jenama telefon pintar yang terkenal di serata dunia. Oleh sebab itu, mereka mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Jika anda ingin mencari aksesori telefon yang berkualiti dan tulen, anda boleh berkunjung ke outlet Samsung di DPULZE Shopping Centre. Outlet ini menyediakan pelbagai alat peranti yang canggih dan aksesori yang tulen daripada Samsung. Selain itu, kakitangan di sini akan membantu anda membuat pilihan dengan menggunakan pengetahuan yang mereka ada mengenai produk mereka. Anda boleh mempercayai kualiti produk daripada outlet Samsung ini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot G, DPULZE Shopping Centre, 11, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Telefon: 03-8325 1166

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/SamsungMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/samsungmalaysia/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Tune Talk Store & XONE Screen Protector Expert

Tune-Talk-Store-XONE-Screen-Protector-Expert-
Kredit Gambar: Tune Talk Store & XONE Screen Protector Expert
Tune-Talk-Store-XONE-Screen-Protector-Expert-
Kredit Gambar: Tune Talk Store & XONE Screen Protector Expert

Di Tune Talk Store & XONE Screen Protector Expert, anda boleh mencari pelbagai aksesori telefon pintar seperti ‘case’ telefon dan pelindung skrin kerana kedai ini menawarkan banyak pilihan aksesori. Mereka menawarkan pelindung skrin dan ‘case’ telefon yang lasak dan tahan lama kepada para pelanggan. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan penggantian simkad. Anda boleh menggunakan perkhidmatan mereka tanpa risau kerana mereka akan memastikan telefon anda berada dalam keadaan yang baik.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Dpulze P1-13A, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Telefon: 010-219 9921

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Tunetalkcyberjaya

6. EG@Store

EG@Store--
Kredit Gambar: EG@Store Phone Accessories Shop
EG@Store-
Kredit Gambar: EG@Store Phone Accessories Shop

EG@Store adalah destinasi pilihan anda untuk pelbagai aksesori telefon seperti kabel dan ‘adapter’. Mereka juga menawarkan pelan prabayar dan posbayar Digi untuk memudahkan anda berkomunikasi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda. Tidak kiralah sama ada anda mencari aksesori untuk telefon pintar atau pelan mudah alih yang sesuai dengan keperluan anda, EG@Store mempunyai segala yang anda perlukan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: DPULZE Shopping Centre, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Telefon: 011-5330 0031

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Egstorecyberjaya

7. Damiso Gadgets

Damiso-Gadgets
Kredit Gambar: Damiso Gadgets Dpulze
Damiso-Gadgets-
Kredit Gambar: Tommy Siew

Damiso Gadgets merupakan sebuah kedai aksesori telefon yang boleh dipercayai. Kedai ini terletak dalam Dpulze Shopping Centre. Kedai ini menawarkan pelbagai pilihan aksesori telefon dan peranti seperti pengecas, kabel, ‘case’ telefon, ‘powerbank’ dan banyak lagi untuk para pelanggan mereka. Selain itu, anda boleh mencari tempat letak kereta dengan mudah jika mahu ke kedai ini. Damiso Gadgets adalah tempat yang sesuai untuk anda mencari segala keperluan gadget anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: UG-C10 Dpulze Shopping Centre, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Telefon: 012-791 2723

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/damisogadgets/

8. Xiaomi Store

Xiaomi-Store
Kredit Gambar: Asir Faysal Rafin
Xiaomi-Store-
Kredit Gambar: Asir Faysal Rafin

Xiaomi Store menyediakan pelbagai aksesori telefon tulen yang direka khas untuk telefon pintar Xiaomi. Mereka juga mempunyai kakitangan yang berpengetahuan tentang produk yang mereka tawarkan di kedai. Jadi, anda boleh mendapatkan nasihat dan panduan daripada kakitangan mereka dalam memilih aksesori telefon yang diinginkan. Selain itu, Xiaomi Store juga menawarkan After Sales Service yang terbaik dan jaminan bagi produk yang anda beli di kedai mereka.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 10:00 malam (Ahad – Jumaat)
10:00 pagi – 10:30 malam (Sabtu)

Alamat: Lot G-07, D’pulze Shopping Centre, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Telefon: 03-8322 8811

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia

Instagram: https://www.instagram.com/xiaomi.malaysia/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. Gadget Times

Gadget-Times-
Kredit Gambar: Google
Gadget-Times-
Kredit Gambar: Google

Gadget Times adalah destinasi utama bagi mereka yang mencari aksesori telefon yang berkualiti dan unik. Kedai aksesori telefon ini menjual pelbagai aksesori telefon seperti tripod, pengecas, ‘powerbank’, pelindung skrin, wayar sambungan dan banyak lagi. Setiap produk disusun dengan kemas dan teratur, sekali gus memudahkan pelanggan membuat pilihan dan pembelian. Oleh sebab itu, ramai yang kembali ke sini untuk membeli aksesori telefon yang diperlukan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Gadget Times, Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Telefon: 010-917 8555 / 011-6385 9668

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/gadgettimesshaftsbury/

Instagram: https://www.instagram.com/gadget_timesshaftbury_cyber/?hl=en

10. JM Gadget

JM-Gadget
Kredit Gambar: JM Gadget
JM-Gadget-
Kredit Gambar: JM Gadget

JM Gadget adalah sebuah kedai aksesori telefon yang menjual pelbagai pilihan produk seperti ‘case’ telefon, pemegang telefon dan AirPods. Anda boleh mendaftar program keahlian di kedai ini untuk mendapat tawaran istimewa, barangan percuma dan promosi barang sewaktu membeli-belah di sini. Selain itu, kakitangan mereka juga sangat mesra dan sedia membantu anda mencari barang yang diinginkan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: JM Gadget, Lingkaran Cyber Point Barat, No. 57G Biz Avenue, 63000 Cyberjaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/jmgadget666


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close