Millet adalah bijirin yang lazat yang boleh digandingkan dengan pelbagai jenis makanan. Ia bersaiz kecil dan mempunyai bentuk bulat. Warnanya boleh berbeza dari putih ke kelabu dan dari kuning ke merah. Ini adalah satu lagi makanan yang sesuai untuk orang yang sensitif gluten kerana millet tidak mengandungi gluten.
Sesetengah orang hanya mengiktiraf millet sebagai salah satu bahan utama dalam bijian burung. Namun, bijirin ini boleh memberi banyak manfaat kepada kesihatan kita. Millet adalah lebih daripada sekadar pengganti yang menarik untuk jenis bijirin lain. Telah terbukti bahawa millet membekalkan jumlah kuprum, fosforus, mangan dan magnesium yang tinggi. Kandungan mineral yang tinggi ini boleh membantu dalam pembangunan dan pembaikan tisu badan. Selain itu, ia juga mengurangkan risiko diabetes jenis 2, batu karang, kanser payudara dan asma kanak-kanak. Makanan ini mempunyai manfaat kardiovaskular untuk wanita menopause serta mencegah penyakit jantung dan kegagalan jantung.
Di manakah saya boleh mendapatkan millet?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan millet di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan millet, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, millet seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih millet?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli millet ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis millet yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Millet Terbaik di Malaysia 2026
1. Zen’s Organic Raw Non Sticky Millet

Zen’s Organic Raw Non Sticky Millet adalah beralkali dan ia mudah dihadam. Millet akan menghidrat kolon anda untuk mengelakkan anda daripada sembelit. Serotonin dalam millet menenangkan perasaan anda. Millet adalah karbohidrat pintar dengan banyak serat dan gula ringkas yang rendah. Oleh sebab itu, ia mempunyai indeks glisemik yang agak rendah dan telah terbukti menghasilkan paras gula darah yang lebih rendah daripada gandum atau beras.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 400 g, 1 kg
Harga: RM 12.98 (1 kg pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Healthy Food Organic Millet

Ia boleh digunakan sebagai bijirin tradisional, dan juga boleh digunakan dalam bubur, makanan ringan, dan jenis roti lain. Millet adalah sumber karbohidrat dan serat yang baik, seperti bijirin lain. Ia juga merupakan sumber nutrien, vitamin, mineral, dan sebatian organik yang baik yang boleh meningkatkan kesihatan manusia dalam pelbagai cara.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1 kg
Harga: RM 12.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Radiant Hulled Millet

Radiant Hulled Millet adalah lebih daripada sekadar alternatif yang menarik kepada ‘bijirin’ yang lebih biasa. Selama bertahun-tahun, penyelidikan telah dilakukan tentang manfaat kesihatan millet dan mendapati millet membantu dalam meningkatkan kesejahteraan keseluruhan dengan menyediakan nutrien yang penting untuk kesihatan kita. Malah, walaupun ia sering dipanggil bijirin kerana konsistensinya seperti bijirin, millet sebenarnya adalah benih.
Negara Pengeluar: New Zealand
Saiz: 500 g
Harga: RM 8.37
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Lohas Organic Non Sticky Hulled Millet

Lohas Organic Non Sticky Hulled Millet berwarna kuning dan mudah dihadam. Ia boleh dimasak sendiri atau digunakan untuk memasak semua jenis bubur. Anda boleh menambah gula ke dalam bubur untuk menjadikannya bubur manis yang enak.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 500 g
Harga: RM 8.96
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Health Paradise Organic Hulled Millet

Health Paradise Organic Hulled Millet ialah bijirin bebas gluten gred premium. Bijirin purba yang tersendiri ini mempunyai rasa semula jadi, pedas dan tekstur yang sedikit rangup. Ini membuatkan ia sesuai untuk menambah keseronokan kepada hampir semua jenis masakan. Millet ini kaya dengan vitamin B terutamanya niasin, B6 dan asid folik, kalsium, zat besi, kalium, magnesium dan zink.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 G
Harga: RM 7.23
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Mh Food Organic Millet

MH Food Organic Millet ialah millet tidak melekit. Ia bebas daripada sebarang bahan pengawet dan bahan tambahan. Anda boleh membuat nasi millet atau bubur millet menggunakan produk ini. Penambahan millet ini ke dalam diet anda pasti akan meningkatkan kesihatan anda dengan hebat!
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM 8.18
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Love Earth Organic Hulled Millet

Love Earth Organic Hulled Millet adalah sumber yang baik bagi beberapa nutrien penting, termasuk mangan, fosforus dan magnesium. Ia juga tinggi dengan serat tidak larut. Produk ini 100% organik tanpa racun herba, bebas GMO dan bebas gluten. Millet ini boleh membantu menurunkan kolesterol, menyihatkan kolon dan mengurangkan penyakit jantung.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 530 g
Harga: RM 9.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Organic Care2u Organic Millet

Organic Care2u menjanjikan penghantaran produk organik berkualiti tinggi, yang ditanam tanpa menggunakan baja kimia, racun herba atau racun perosak. Memilih organik bukan sahaja mengekalkan sumber bumi kita tetapi memastikan apa yang berlaku kepada badan kita adalah 100% semula jadi. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan anda dalam jangka masa lama.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 400 g
Harga: RM 7.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Rice Shop Organic Millet

Rice Shop Organic Millet mengandungi pelbagai nutrien iaitu 9.7 gram protein dan 3.5 gram lemak, tidak kurang daripada beras dan gandum. Ia juga mengandungi karotena yang jarang ditemui dalam makanan umum. Millet ini mempunyai 0.12 mg bagi setiap 100 g kandungan karotena.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM 9.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Mewah Organic Millet

MEWAH ialah sebuah syarikat FMCG warisan yang ditubuhkan pada tahun 1984 untuk menggalakkan pemakanan dan gaya hidup sihat melalui ‘Grains of Goodness’ yang berkualiti premium di Malaysia. Profil pemakanan Millet ini adalah serupa dengan sorghum dan bijirin lain. Millet ini telah mendapat populariti di Barat kerana ia bebas gluten dan mempunyai kandungan protein, serat dan antioksidan yang tinggi.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 300 g
Harga: RM 5.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.