Apabila sedang menunggu kehadiran cahaya mata, ibu bapa ingin berkunjung ke kedai bayi untuk mencari keperluan atau peralatan yang diperlukan untuk menjaga bayi mereka dengan baik. Jika anda pertama kali menjadi ibu bapa, pengalaman ini mungkin mencabar. Lebih-lebih lagi untuk memberi barang yang si manja anda perlukan untuk kekal selesa, selamat dan sihat. Walaupun anda telah pun melahirkan anak, ibu bapa masih mengunjungi kedai bayi untuk memburu barangan baru yang mungkin mereka terlepas pandang untuk anak-anak mereka sebelum ini.
Anda disarankan untuk mempunyai senarai barangan yang perlu anda beli sebelum dan selepas bayi anda dilahirkan. Selain itu, terdapat barangan bayi tertentu yang memerlukan anda membeli pada setiap tahun apabila bayi anda membesar. Oleh itu, kedai bayi berpengaruh dalam sistem sosial dan ekonomi hari ini. Mencari keperluan dan peralatan bayi lebih mudah dengan adanya perusahaan ini. Berikut merupakan senarai 10 kedai bayi terbaik di Malaysia.
Apakah Barangan Bayi Utama Untuk Dibeli?
Buaian bayi, tilam, katil bayi, lampu malam, tempat penyimpanan barang, pelembap (humidifier), pakaian bayi, onesies dan makanan bayi adalah beberapa keperluan oleh bayi yang baru lahir. Barang bayi lain yang si manja anda akan perlukan apabila mereka mula membesar adalah seperti kereta dorong (stroller), kasut, pakaian yang lebih besar dan banyak lagi.
Adakah Lebih Baik Membeli Di Kedai Atau Dalam Talian?
Perkara ini bergantung sama ada kedai bayi pilihan anda mempunyai kedai fizikal dan juga dalam talian. Ini juga bergantung pada pilihan ibu bapa yang lebih gemar melihat dan merasai produk bayi mereka secara terus atau beli-belah dalam talian di rumah untuk keselesaan mereka.
10 Kedai Bayi Terbaik di Malaysia 2025
1. Applecrumby & Fish



Untuk memastikan semua ibu bapa mampu membeli produk mereka, Applecrumby & Fish berusaha untuk menawarkan produk bayi yang selamat, semula jadi dan organik. Pada Oktober 2012, sepasang suami dan isteri di Applecrumby & Fish melancarkan kedai dalam talianuntuk mencari produk bagi anak kecil mereka. Selepas itu, Applecrumbly dibangunkan. Mereka mula menawarkan pelbagai barangan bayi seperti lampin, tisu basah, detergen, produk penjagaan kulit dan banyak lagi.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
Sabtu & Ahad (Tutup)
Alamat: 12, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/applecrumbyandfish
Instagram: https://www.instagram.com/applecrumby.official/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Perfect Mama Baby Store


Perfect Mama Baby Store ialah kedai sehenti yang sesuai untuk mendapat semua keperluan bayi yang mungkin diperlukan oleh ibu bapa dan bakal ibu bapa. Anda tidak akan kehabisan barang untuk dibeli kerana mereka menjual pelbagai barangan untuk penyusuan, keperluan bilik bayi, produk penyusuan bayi, pakaian bayi dan sebagainya. Jenama bayi popular seperti Anakku, Chicco, Crolla, Hegen, dan Fisher-Price, semuanya boleh didapati di Perfect Mama Baby Store.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
Alamat: 88, Jalan Burma, 10050 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/perfectmamababystore
Instagram: https://www.instagram.com/perfectmamababystore/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Babyland SS2 Malaysia


Babyland SS2 Malaysia antara butik bayi tertua dan merupakan kedai sehenti untuk semua keperluan ibu mengandung dan bayi anda. Kedai ini telah beroperasi sejak 1982. Anda mempunyai pilihan untuk membuat pesanan dalam talian atau mengunjungi kedai fizikal mereka. Kedai bayi ini menjual pelbagai pilihan produk termasuk keperluan penyusuan, peralatan bayi, penjagaan kulit bayi, produk mandian bayi dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Ahad)
Alamat: 35, Jalan SS 2/64, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/BabylandSS2
Instagram: https://www.instagram.com/babyland.malaysia/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Poppies


Kedai sehenti anda untuk semua perkara berkaitan bayi ialah Poppies di Sibu. Di sini, pilihan mereka tidak berkesudahan dan pelbagai. Membeli-belah untuk bayi anda sentiasa mencabar sehingga anda membuat keputusan untuk berkunjung ke Poppies. Anda akan seronok membeli-belah di sini kerana segala yang anda perlukan terdapat di setiap sudut dan celah kedai ini. Kakitangan mereka ramah dan akan memberikan sebarang bantuan yang anda perlukan.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: No. 13 Island Road, 96000 Sibu, Sarawak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://ms-my.facebook.com/PoppiesOnline/
5. Mothers First Choice


Mothers First Choice diasaskan pada 2013 dan telah berkembang dengan pesat sejak itu. Pam susu, kereta dorong, lacte, treenie, pakaian bayi, kerusi kereta untuk bayi dan banyak lagi barangan terdapat di Mothers First Choice. Memandangkan kedai bayi ini menawarkan nasihat berguna tentang memilih pam payudara terbaik untuk memanjangkan dan meningkatkan pengalaman ibu menyusu, Mothers First Choice ialah tempat yang sesuai untuk anda membeli produk bayi dan barangan penyusuan. Ini akan menjamin sesi penyusuan yang mudah dan selesa untuk ibu.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: C-11-G, Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi L 16/L, 40200 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/mothersfirstchoiceshahalam
SEMAK LAMAN WEB DI SINI6. Very Important Baby World



Hanya produk bayi terbaik boleh didapati di Very Important Baby World untuk memastikan si manja anda membesar dengan ceria dan sihat. Very Important Baby World yang diasaskan pada 2018 menawarkan pelbagai keperluan bersalin, produk bayi dan kanak-kanak, kereta sorong dan sebagainya. Pasukan di kedai bayi ini sedia membantu dan prihatin terhadap keperluan anda. Mereka tidak sabar untuk membantu anda kerana mereka akan menjawab pertanyaan anda dengan teliti sekiranya anda memerlukan penjelasan teliti tentang produk bayi yang hendak dibeli atau jenama bayi yang paling sesuai untuk anda.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:45 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 2393, Jalan 1a/3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/VeryImportantBabyWorld/
Instagram: https://www.instagram.com/veryimportantbabyworld/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI7. My Lovely Baby


Untuk memenuhi keperluan pelbagai pelanggan dan pasaran Malaysia, My Lovely Baby menyediakan pelbagai pilihan produk dalam reka bentuk beraneka. My Lovely Baby telah mengkhususkan diri dalam keperluan bayi sejak 2008, memfokuskan pada produk untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak seperti kerusi tinggi, buaian, kandang main (playpen), pensteril (sterilisers), kereta dorong dan tempat duduk kereta bayi. Pelbagai jenama produk bayi yang terkenal dan berkualiti tinggi tersedia termasuk Cybex, 4Moms, Ergobaby, Bueno, Coby dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 1, Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/mylovelybaby2u/
Instagram: https://www.instagram.com/mylovelybaby2u/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI8. Manjaku Baby Mall Silibin


Dengan pelbagai barangan keperluan bayi yang terdapat di kedai, Manjaku Baby Mall Silibin kemungkinan adalah kedai bayi terbesar di Ipoh. Terdapat 28 lokasi Manjaku Baby Mall Silibin di seluruh Malaysia yang menjadikan mereka satu lagi peruncit bayi pada tahap nasional. Pilihlah beberapa pakaian bayi yang hebat dari kedai ini dan padankan bersama barangan bayi yang selesa dan bergaya untuk si manja anda.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: No.9-13 Pusat Perniagaan Pertama, Jalan Silibin, Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ManjakuBabyMall/
Instagram: https://www.instagram.com/ManjakuBabyMall/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI9. Happy Feed Mom & Baby Care


Adakah anda ibu buat kali pertama yang resah dan bimbang menantikan kelahiran anak anda? Jika ya, anda perlu terus ke Happy Feed Mom & Baby Care! Selain menawarkan barangan bayi yang terkemuka, Happy Feed Mom & Baby Care juga menawarkan perkhidmatan cemerlang seperti kaunseling penyusuan, ujian pam atau bra, kelas penyusuan untuk ibu dan banyak lagi. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan yang berlengar dalam fikiran, kakitangan mereka akan membantu menjawab persoalan anda!
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)
Alamat: 61-1 Vantage Point, Jalan Lenggong, Jelutong, 11600 Jelutong, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/happyfeedUSJ
10. Toyspark Baby & Toys Shop Kedai Permainan Johor Bahru



Anak-anak anda pasti ingin ke Toyspark Baby & Toys Shop Kedai Permainan di Johor Bahru kerana mereka antara kedai bayi yang hebat di Malaysia. Anda boleh membawa anak-anak anda membeli pelbagai jenis mainan. Namun, mereka tidak ketinggalan dalam menawarkan keperluan bayi lain yang menjadikan mereka kedai sehenti yang berkaitan dengan bayi. Apabila anda tiba, anda akan melihat pelbagai jenis produk bayi, termasuk mainan, tunggangan, tempat duduk kereta, kereta dorong dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot L4.18 & L4.19 Level 4 Angsana Mall Johor Bahru Pusat Bandar, Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/toyspark.my/
Instagram: https://www.instagram.com/toyspark_angsanajb/
SEMAK LAMAN WEB DI SINIDapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.