10 Kedai Bayi Terbaik di Sabah 2024

Mempunyai bayi yang baru lahir dalam hidup seseorang boleh menjadi pengalaman yang menggembirakan. Ibu bapa sedang meraikan ahli keluarga baru. Dengan itu, tiba masanya untuk membuatkan ahli baru tersebut selesa di rumah. Bagi melakukan perkara ini, beberapa kunjungan ke kedai bayi harus dilakukan. Pembelian tisu, katil, kereta dorong (stroller), pakaian bayi dan sebagainya akan dilakukan apabila anda mempunyai si kecil di rumah.

Di Sabah, ibu bapa teruja untuk mengetahui bahawa mereka mempunyai banyak pilihan kedai bayi untuk memudahkan mereka membeli-belah produk untuk si kecil mereka. Sama ada francais atau kedai bebas, kedua-keduanya merupakan penyelamat untuk ibu bapa bagi menyediakan keperluan bayi di negeri ini. Katakan anda sedang mencari kedai bayi sekarang. Maka, marilah melihat 10 kedai bayi terbaik di Sabah 2024 ini.

Saya Baru Menjadi Ibu. Bagaimana Untuk Saya Tahu Produk atau Jenama Yang Terbaik Untuk Bayi Saya?

Selain daripada melakukan penyelidikan dalam talian, bertanya kepada doktor atau bertanya kepada mereka yang telah mempunyai anak sebelum anda, anda juga boleh sentiasa meminta kakitangan kedai untuk membantu anda memilih produk terbaik bagi memenuhi keperluan anda. Tidak perlu segan bertanya. Kakitangan kedai dengan senang hati akan membantu anda sepanjang anda membeli-belah di sana.

Apakah Kaedah Pembayaran yang Terdapat di Kedai Bayi di Sabah?

Tidak gemar cara tradisional yang membayar guna wang tunai? Jangan risau! Kebanyakan kedai bayi di negeri ini menawarkan pelbagai kaedah pembayaran termasuk e-dompet, perbankan dalam talian dan kad bank.

10 Kedai Bayi Terbaik di Sabah 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Little Me

Little-Me-
Kredit Gambar: Little Me Baby Store Facebook
Little-Me-
Kredit Gambar: Little Me @ City Mall

Ramai yang gemar membeli produk bayi daripada Little Me sama ada di kedai atau secara talian. Hal ini kerana mereka mempunyai segala-galanya daripada perkhidmatan pelanggan yang baik dan jaminan berterusan bahawa produk bayi mereka bergred tinggi. Jika anda melawat kedai ini, anda pasti dapat mengesan pelanggan setia mereka membeli-belah di situ. Apabila semuanya terbaik di Little Me, mengapa anda perlu ke kedai lain? Kunjungilah Little Me sekarang dan anda sendiri boleh menjadi pelanggan tetap di situ.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: City Mall, Lot M – 011 & M – 012, Jln Lintas, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 088-486380

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/littlemebabystore/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Baby Wonderland

Baby-Wonderland-
Kredit Gambar: Baby Wonderland Tawau Facebook
Baby-Wonderland-
Kredit Gambar: Rosdee Dee

Dengan lebih 200 jenema produk bayi yang popular dan lengkap dijual pada harga yang berpatutan, Baby Wonderland di Tawau adalah syurga bagi mereka yang merancang untuk membeli barangan si kecil. Anda pasti dapat melihat Baby Wonderland menjadi kegilaan dalam kalangan ibu bapa baru di bandar ini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Jalan Kubota Sentral, 91000 Tawau, Sabah

No. Telefon: 016-9250035

Google Map: Ikuti Sekarang  

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/babywonderlandtawau

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Mothercare

Mothercare-
Kredit Gambar: Mothercare Malaysia Facebook
Mothercare--
Kredit Gambar: Andy Shilton YG

Terletak di Suria Sabah Mall, Kota Kinabalu, kedai bayi yang dipanggil Mothercare mempunyai reputasi yang hebat dalam menawarkan ibu bapa produk bayi yang terbaik. Memadangkan semua produk mereka berkualiti tinggi dan sentiasa mempunyai stok, maka tidak hairanlah kedai itu sentiasa sibuk dengan pelanggan. Pasti berbaloi untuk anda membeli-belah di sini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Unit 3-10, 3rd Floor, Suria Sabah Mall, Jln Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 012-5356524

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/MothercareMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/mothercaremalaysia/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. My Little Boss 

My-Little-Boss-
Kredit Gambar: Mylittleboss.my Facebook
My-Little-Boss-
Kredit Gambar: My Little Boss

Beroperasi sejak tahun 2019, My Little Boss digemari oleh ramai ibu bapa di kawasan itu. Produk bayi mereka selamat dan berkualiti tinggi untuk bayi dan juga ibu. Mereka mengambil serius tentang kawalan kualiti di sini. Kakitangan mereka pula berpengetahuan tentang produk mereka. Jadi, mereka akan menjawab sebarang soalan anda dengan baik melalui kepakaran mereka.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 5:00 petang (Ahad – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)

Alamat: 1st Floor, 9-1 Lot 6, Lorong Plaza Kingfisher, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 016-4088878

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/mylittleboss.my/

Instagram: https://www.instagram.com/mylittleboss.my/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Love Home 

Love-Home-
Kredit Gambar: Love Home Baby Item Facebook
Love-Home-
Kredit Gambar: Love Home Baby Item, Bicycle, Toys

Dengan pelbagai produk bayi untuk dilihat, anda dapat membeli-belah produk bayi anda dengan sangat mudah. Tambahan pula, produk tersebut dijual pada harga yang berpatutan! Walaupun kedai ini terkenal dengan produk bayi, anda juga boleh mendapatkan produk lain seperti basikal dan mainan untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 3:00 petang (Ahad)

Alamat: Jalan By Pass Airport, Jalan Dalapan, Jln Lintas, Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 010-9819613

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Love-Home-Baby-Item/100063929896560/

6. Little Giuk 

Little-Giuk-
Kredit Gambar: Little Giuk Facebook
Little-Giuk-
Kredit Gambar: Little Giuk Facebook

Little Guik ini seperti syurga. Dimiliki oleh 2 penduduk tempatan yang juga merupakan ibu bapa, Little Guik menawarkan pelbagai produk bayi untuk kemudahan penduduk tempatan. Anda boleh mencari produk untuk penyusuan, makanan bayi, kereta dorong (stroller) dan banyak lagi. Tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke kedai mereka? Jangan risau. Anda boleh membeli produk bayi daripada laman web Little Guik untuk pengalaman membeli secara e-dagang.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 4:00 petang (Ahad)

Alamat: Lot 63, Level 1, Block H, Plaza 333, Kobusak Commercial Centre, Lorong Bahagia Phase 2, 88300 Penampang, Sabah

No. Telefon: 017-2003639

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/littlegiuk/ 

Instagram: https://www.instagram.com/littlegiuk/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. J BABY Clothing & Accessories 

J-BABY-Clothing-Accessories
Kredit Gambar: J BABY Clothing & Accessories Facebook
J-BABY-Clothing-Accessories-
Kredit Gambar: J BABY Clothing & Accessories Facebook

Membeli-belah untuk produk bayi haruslah menarik, menyeronokkan dan memuaskan bagi anda. Tidak perlu dicari lagi, anda boleh mendapatkan pengalaman itu di J BABY Clothing & Accessories. Anda boleh menemui pelbagai pilihan produk bayi daripada pakaian bersalin, kereta bayi (stroller), tempat duduk kereta bayi dan banyak lagi. Semua produk mereka sedap mata memandang dan paling penting sekali, selamat digunakan. 

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Lor Prima 2, 90000 Sandakan, Sabah

No. Telefon: 089-272268 & 1-608-927-2268

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://ms-my.facebook.com/JBABY2016/

8. Anakku

Anakku
Kredit Gambar: Anakku Tawau Sabah Facebook
Anakku-
Kredit Gambar: Anakku Tawau Sabah Facebook

Kadangkala pembelian produk bayi boleh menjadi tekanan kepada seseorang, terutamanya bagi mereka yang baru menceburi dunia keibubapaan. Jangan risau. Anakku mempunyai kakitangan yang sangat baik dalam membantu pelanggan mereka. Anda mungkin memerlukan penjelasan tentang kereta dorong yang bersesuaian dengan anda. Sekiranya anda bertanya kepada kakitangan, mereka akan membantu anda dengan senang hati untuk membuat pilihan yang terbaik. Anda tidak lagi berada dalam keadaan ketidakpastian dengan bantuan sebaik mungkin yang mereka berikan.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:30 petang (Setiap hari)

Alamat: TB No.4621, Lot10, Block B, Jalan Tawau Lama, Ba Zong Commercial Centre, 91000 Tawau, Sabah

No. Telefon: 089-776109

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/people/Anakku-Tawau-Sabah/100056827280816/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. Chicco

Chicco
Kredit Gambar: Chicco Website
Chicco-
Kredit Gambar: Chicco Malaysia Facebook

Chicco memberikan kita kedai bayi yang boleh dijadikan teladan. Produk mereka direka bentuk dan dibuat khusus untuk memenuhi keperluan kesejahteraan dan produktiviti bayi serta memastikan kemudahan ibu bapa adalah pada tahap maksimum. Ibu bapa tidak perlu bersusah-payah apabila mempunyai produk yang diperlukan di tangan. Dengan adanya Chicco, anda boleh mendapatkannya.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 2-30, Imago Shopping Mall, Coastal Highway, KK Times Square, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 088-275131 & 016-7716331

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/chiccomalaysia/?ref=page_internal

Instagram: https://www.instagram.com/chiccomalaysia/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. Mom’s House 

Moms-House-
Kredit Gambar: Mom’s House Tawau Sabah Facebook
Moms-House-
Kredit Gambar: Mom’s House Tawau Sabah Facebook

Mom’s House ialah kedai bayi hebat yang patut anda berbelanja untuk bayi anda. Anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan produk bayi dan ibu untuk dibeli pada harga yang berpatutan. Tambahan pula, kakitangan mereka perihatin dan mesra, bersedia untuk memastikan keperluan anda dipenuhi. Cuba kunjungi Mom’s House sekarang. Anda pasti akan menyukainya.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 6:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Jalan Habib Bandar, Sabindo Square, 91000 Tawau, Sabah

No. Telefon: 016-4127694

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/momshousetawau

Instagram: https://www.instagram.com/momshouse.tawau/?hl=en


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close