Bingsu dan kakigori adalah pencuci mulut ais kepal yang popular dari Korea Selatan dan juga Jepun. Walaupun mereka seakan sama, tetapi masing-masing mempunyai ciri yang berbeza berdasarkan bahan dan teksturnya. Bingsu dan Kakigori mendapat populariti dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama di kawasan bandar. Rasa dan visualnya yang menarik telah menjadikan pencuci mulut ini semakin digemari ramai. Oleh sebab itu, anda akan mendapatkan pencuci mulut ini di mana-mana sahaja.
Bingsu menjadi sangat popular di Johor sejak kebelakangan ini. Banyak kedai pencuci mulut Korea dan kedai Bingsu telah dibuka. Mereka menawarkan pelbagai perisa dan topping yang menarik untuk dicuba. Kakigori juga boleh didapati di Johor. Walaupun tidak sepopular Bingsu, tetapi pencuci mulut ini mempunyai peminatnya yang tersendiri, terutama bagi mereka yang menghargai masakan Jepun. Jika anda ingin mencuba pencuci mulut ini di Johor, anda boleh mengunjungi 8 kedai terbaik yang menyajikan Bingsu dan Kakigori di negeri ini.
Apakah Perbezaan Antara Bingsu Dan Kakigori?
Bingsu dan Kakigori merupakan pencuci mulut ais kepal yang popular. Walaupun kedua-dua pencuci mulut ini seakan sama, tetapi sebenarnya berbeza.
- Asal Usul
Bingsu atau Patbingsu adalah pencuci mulut dari Korea Selatan. Ia mempunyai ciri budaya dan masakan Korea. Bingsu telah dinikmati di Korea selama bertahun-tahun lamanya dan telah berkembang menjadi pencuci mulut yang pelbagai perisa dan topping. Kakigori pula adalah pencuci mulut dari Jepun. Ia mempunyai sejarah daripada zaman Heian (794-1185). Kakigori telah menjadi pencuci mulut yang digemari di Jepun sekian lama dan menjadi salah satu tradisi kulinari Jepun.
- Tekstur
Bingsu mempunyai tekstur ais kepal yang lembut dan ringan. Tekstur aisnya seakan salji yang baru turun ke bumi. Kakigori pula mempunyai terkstur ais kepal yang lebih kasar daripada Bingsu. Ais pada hidangan Kakigori sering disagat menjadi kristal atau tekstur yang lebih besar seperti ais hancur. Tekstur yang kasar ini memberikan rasa yang sedikit berbeza dengan tekstur halus Bingsu.
- Topping
Topping untuk Bingsu biasanya kacang merah manis (pat), susu pekat, hirisan buah-buahan segar seperti strawberi atau mangga, kek beras (tteok), agar-agar kenyal, dan kadang-kadang satu scoop aiskrim. Topping untuk Kakigori pula menggunakan sirap yang dituangkan di atas ais yang disagat. Perisa sirap yang sering digunakan adalah strawberi, tembikai, teh hijau, atau susu pekat. Kadangkala, Kakigori juga dihias dengan kacang merah yang manis, jem buah-buahan, mochi (kek beras pekat), atau satu scoop aiskrim.
8 Kedai Bingsu & Kakigori Terbaik di Johor 2023
1. Big Bowl Ice
Big Bowl Ice adalah kedai pencuci mulut popular yang berasal dari Korea Selatan. Kedai ini telah menjadi popular di beberapa negara lain termasuklah Malaysia. Ia adalah variasi daripada pencuci mulut ais tradisional yang dikenali Bingsu atau Patbingsu. Big Bowl Ice ini terkenal dengan bingsu yang disajikan dalam mangkuk besar dan dihiasi dengan pelbagai jenis topping yang lazat. Biasanya, pencuci mulut di Big Bowl Ice ini dinikmati bersama kawan atau ahli keluarga kerana porsinya yang besar.
Waktu Operasi: 1:00 petang – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 28, Jalan Abiad 1, Taman Pelangi Jaya, 80400 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/BigBowlTheCityOfIce/
Instagram: https://www.instagram.com/bigbowlicemalaysia/?hl=en
semak laman web di sini2. MyKori Dessert Cafe – Taman Sutera
MyKori adalah rangkaian kedai pencuci mulut terkenal yang berasal dari Malaysia. Mereka mahir dalam menyediakan pencuci mulut ais kepal yang unik dan pelbagai perisa. Mereka menawarkan pencuci mulut tradisional Malaysia iaitu Ais Kacang dan juga pencuci mulut Jepun iaitu Kakigori. MyKori dikenali kerana menyediakan ais kepal dengan bahan yang berkualiti tinggi dan kombinasi topping yang menarik. Keunikan ini memberikan para pelanggan pengalaman menjamu selara yang menyeronokkan. MyKori terkenal kerana perisa topping dan penyajian hidangannya yang unik. Oleh sebab itu, ia sering dikongsi di Instagram.
Waktu Operasi: 2:00 petang – 11:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 18, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/MykoriTamanSuteraJB/?locale=ms_MY
Instagram: https://www.instagram.com/mykoridessertcafe/?hl=en
semak laman web di sini3. Iceyoo Dessert Cafe – Taman Gaya
Iceyoo adalah sebuah kafe pencuci mulut yang menawarkan snek Barat dan pencuci mulut dari Korea Selatan iaitu Bingsu. Walaupun menu di Iceyoo menyjikan pelbagai snek Barat, tetapi keistimewaan kafe ini terletak pada hidangan Bingsu mereka. Bingsu di Iceyoo disediakan dengan teliti bagi memastikan tekstur ais yang lembut, ringan dan menyegarkan itu seimbang dengan topping yang dipilih. Tidak kiralah sama ada anda inginkan snek Barat atau Bingsu, Iceyoo menawarkan persekitaran yang selesa untuk anda menjamu selera.
Waktu Operasi:
1:00 petang – 10:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 25, Jalan Sasa 6, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Iceyoomalaysiatamangaya/?locale=ms_MY
Instagram: https://www.instagram.com/iceyoomalaysia/?hl=en
4. Shiro-Yuki Dessert Cafe
Shiro-Yuki Dessert Cafe adalah sebuah kafe pencuci mulut yang menarik. Kafe ini mempunyai suasana yang selesa dan estetik yang diinspirasikan daripada alam semula jadi. Mereka menggunakan palet warna yang neutral untuk menghias kafe ini. Selain itu, mereka menyajikan Bingsu yang menarik untuk dicuba. Setiap mangkuk Bingsu akan disajikan dengan sentuhan seni, iaitu hiasan krim yang lembut seperti awan.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 63B, Jalan Yahya Awal, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://m.facebook.com/people/Shiro-Yuki-Dessert-Cafe-Johor-Bahru/100084232005092/
Instagram: https://www.instagram.com/shiroyukicafe/?hl=en
5. Bada Bing
Bada Bing adalah sebuah kafe yang selesa di Johor. Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan Barat dan pencuci mulut seperti Bingsu yang terkenal. Walaupun kafe ini tidaklah besar, namun ia menawarkan suasana yang hangat dan selesa untuk pelanggan yang datang ke kafe ini. Mereka menawarkan perisa Bingsu klasik atau gabungan yang unik untuk memuaskan selera para pelanggan.
Waktu Operasi:
11:30 pagi – 10:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 9, Jalan Mutiara 1/4 Taman Mutiara Mas Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ILOVEBADABING/
6. Jusu Korean Dessert Cafe
Jusu Korean Dessert Cafe adalah kafe yang menawarkan pengalaman menjamu selera yang memuaskan. Mereka menyediakan pencuci mulut Korea yang terkenal iaitu Bingsu untuk memenuhi selera para pelanggan. Bingsu mereka disajikan dengan pelbagai jenis perisa dan kombinasi yang sempurna. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai hidangan Korea yang lazat seperti ramyeon, dan juga hidangan ayam pedas yang pasti memikat selera para pelanggan.
Waktu Operasi:
1:00 petang – 11:00 malam (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)
Alamat: No. 89, 1, Jalan Mutiara Emas 2A, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/jusukoreancafe/
Instagram: https://www.instagram.com/jusukoreancafe/?hl=en
7. Cheotnun Mount Austin Korean Dessert Cafe
Cheotnun Mount Austin Korean Dessert Cafe adalah sebuah kedai yang selesa dan menyediakan pengalaman kulinari yang menarik. Reka bentuk dalaman dan suasana kafe ini benar-benar hangat dan mesra untuk para pelanggan. Selain menawarkan pelbagai makanan Korea, Cheotnun Mount Austin Korean Dessert Cafe juga mahir dalam menyediakan pencuci mulut, termasuk Bingsu dan waffle yang popular. Bingsu di kafe ini menggunakan buah-buahan yang segar dan bahan yang berkualiti tinggi bagi memastikan pengalaman menjamu selera yang memuaskan.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 12:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 31, Jln Austin Height 8/8, Taman Austin Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/cheotnunjp/
8. NunBing Korean Dessert Cafe
NunBing Korean Dessert Cafe atau dipanggil sebagai “Eyes on Bingsu” adalah sebuah kafe yang mempunyai persekitaran yang selesa dan mahir dalam menghasilkan seni pada Bingsu. Dengan pelbagai perisa, NunBing menawarkan pilihan bingsu yang menggoda untuk memuaskan setiap keinginan anda. Daripada pilihan buah-buahan yang segar sehinggalah kepada pilihan mewah seperti Bingsu Cookies & Cream atau Bingsu Matcha, anda boleh memilih Bingsu kesukaan anda di sini dengan gembira. NunBing menyediakan Bingsu mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi bagi memastikan pengalaman menjamu selera di sini memuaskan dari segi rasa dan visual.
Waktu Operasi:
1:00 petang – 11:00 malam (Isnin, Selasa, Khamis)
12:00 tengah hari – 12:00 malam (Jumaat – Ahad)
Tutup (Rabu)
Alamat: 98a, Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/NunBingKoreanDessertCafe/
Instagram: https://www.instagram.com/nunbingkoreandessertcafe/?hl=en
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.