5 Kedai Bingsu & Kakigori Terbaik di Pulau Pinang 2023

Pada masa dahulu, masyarakat Asia menikmati ais kepal yang manis dan menyegarkan. Pada mulanya, ia adalah kemewahan yang hanya boleh dinikmati oleh orang kaya, terutamanya pada musim panas yang terik. Apabila perdagangan, pengangkutan dan teknologi semakin maju, pembuatan mesin ais semakin berkembang. Pencuci mulut seperti ais kepal ini terdapat dalam pelbagai budaya makanan di dunia ini dan kini sedia dinikmati oleh anda.

Walaupun ais kepal adalah hidangan yang ringkas, namun ia memiliki pelbagai bentuk kerana bergantung kepada tempat penghasilannya. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pencuci mulut yang dibuat daripada ais kepal, anda boleh mengunjungi 5 kedai terbaik untuk menikmati Bingsu dan Kakigori di Pulau Pinang.

Apakah Perbezaan Antara Bingsu Dan Kakigori?

Walaupun Bingsu dan Kakigori adalah ais kepal, namun kedua-duanya pencuci mulut ini adalah berbeza. Kakigori merupakan pencuci mulut ais kepal dari Jepun. Pencuci mulut ini mempunyai tekstur ais yang lembut dan ringan. Antara perisa Kakigori yang terkenal adalah matcha, lemon dan strawberi.

Bingsu pula merupakan pencuci mulut ais kepal dari Korea. Bingsu menggunakan ais berasaskan susu bagi menghasilkan tekstur yang lebih berkrim. Bingsu mempunyai pelbagai perisa dan sering menambah topping seperti kacang merah, buah dan susu pekat bagi meningkatkan rasa pencuci mulut ini.

Apakah Perisa Atau Topping Yang Popular Untuk Bingsu Dan Kakigori?

Perisa dan topping yang paling popular, Bingsu sering menggunakan bahan seperti kacang merah yang manis, potongan buah, dan susu pekat. Patbingsu (Bingsu kacang merah) adalah antara Bingsu yang sering dipesan oleh orang ramai. Manakala untuk Kakigori pula, ia mempunyai tekstur yang ringan dan didatangkan dengan perisa tradisional yang terkenal seperti matcha dan lemon.

5 Kedai Bingsu & Kakigori Terbaik di Pulau Pinang 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Fuku Eatery & Dessert

Fuku-Eatery-Dessert
Kredit Gambar: Fuku Eatery & Desserts
Fuku-Eatery-Dessert-
Kredit Gambar: Fuku Eatery & Desserts

Bayangkan kombinasi harmoni kafe, kedai buku dan kedai cenderamata di bawah satu bumbung. Menarik, bukan? Fuku Eatery & Dessert menawarkan dekorasi yang bergaya berdasarkan kafe Jepun yang moden. Kafe ini mempunyai ruang yang luas dan “Instagrammable”. Selain itu, mereka juga menyajikan makanan ringan yang diinspirasikan daripada masakan Jepun. Kafe ini menawarkan Kakigori yang berperisa dengan buah-buahan seperti mangga, anggur dan kelapa.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat 37a&b, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 017-892 4829

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/fukueatery 

Instagram: https://www.instagram.com/fukueatery/ 

2. MyKori Dessert Cafe Bayan Lepas

MyKori-Dessert-Cafe-Bayan-Lepas
Kredit Gambar: MyKori Dessert Cafe Bayan Lepas
MyKori-Dessert-Cafe-Bayan-Lepas-
Kredit Gambar: debbie purples

MyKori Dessert Cafe Bayan Lepas merupakan kedai Bingsu / Kakigori yang terbaik di Pulau Pinang. Kafe ini pernah bekerjasama dengan cawangan di Kuala Terengganu. Kafe ini menyajikan pencuci mulut ais kepal yang kaya dengan kombinasi topping yang unik. Anda boleh mencuba Tiramisu dan Caramel Popcorn Kakigori yang terkenal di sini. Pencuci mulut ini mempunyai topping karamel dan popcorn yang banyak, jadi ia sesuai untuk anda yang suka makan pencuci mulut yang manis.

Waktu Operasi: 2:00 petang – 10:15 malam (Setiap hari)

Alamat70-1-78 D’Piazza Mall, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No. Telefon: 017-430 8504

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/mykoribayanlepas/ 

semak laman web di sini

3. Bingsu 9 Korean Dessert Cafe

Bingsu--Korean-Dessert-Cafe-
Kredit Gambar: Hendrix Cheong
Bingsu--Korean-Dessert-Cafe-
Kredit Gambar: Keo Tham

Bingsu 9 Korean Dessert Cafe adalah tempat yang sesuai untuk anda mendapatkan pencuci mulut yang lazat. Mereka menyajikan hidangan manis dalam porsi yang besar dan boleh mencukupi untuk 2 orang. Bingsu mangga mereka adalah antara hidangan wajib yang perlu anda cuba. Pencuci mulut ini mempunyai rasa masam-manis yang harmoni dan menyegarkan. Tempat ini popular dalam kalangan penggemar makanan. Anda boleh mengajak kawan-kawan untuk berkunjung ke sini dan menikmati bingsu yang lazat.

Waktu Operasi: 
12:00 tengah hari – 11:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat202, Jalan Dr Lim Chwee Leong, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 016-480 5211

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Cafebingsu9/ 

Instagram: https://www.instagram.com/bingsu9cafe/ 

4. Hap Dessert & Toast

Hap-Dessert-Toast
Kredit Gambar: Jay Chha
Hap-Dessert-Toast-
Kredit Gambar: Hendrix Cheong

Jika anda mencari kedai yang menawarkan pencuci mulut dan sarapan yang lazat, anda boleh berkunjung ke Hap Dessert & Toast. Kedai ini mempunyai dekorasi dalaman yang minimalis dan cantik. Jadi, ia mewujudkan suasana menjamu selera yang selesa. Kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggan, jadi anda perlu bersedia untuk menunggu makanan tiba ke meja. Hidangan di sini sungguh sedap dan berpatutan. Bingsu mereka pula terkenal dengan gabungan topping yang menarik dan lazat.

Waktu Operasi: 
1:00 petang – 10:30 malam (Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat)
10:00 pagi – 10:30 malam (Sabtu, Ahad)
Tutup (Rabu)

Alamat9, Lebuh Nanning, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-387 9378

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/hapdessertoast/ 

Instagram: https://www.instagram.com/hapdesserttoast/ 

5. Bing Bing Korean Bingsu

Bing-Bing-Korean-Bingsu
Kredit Gambar: Stanley Chan Chee Kheong
Bing-Bing-Korean-Bingsu-
Kredit Gambar: Bing Bing Korean Bingsu

Bing Bing Korean Bingsu menawarkan pilihan kepada pelanggan untuk mengurangkan gula dalam makanan mereka. Oleh sebab itu, kedai ini sesuai untuk individu yang menitik berat pengambilan gula dalam makanan mereka. Kedai ini sering dipenuhi dengan pelanggan. Walaupun sibuk, kakitangan mereka mesra dan cekap dalam menyediakan pencuci mulut yang dipesan. Setiap pencuci mulut mempunyai topping yang menarik dan harganya juga sangat berpatutan. Anda boleh mencuba Bingsu Guava mereka yang terkenal. Bingsu ini mempunyai kombinasi rasa yang masam dan manis. Bagi peminat pencuci mulut, anda boleh ke sini untuk mencuba Bingsu Guava yang terkenal ini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

AlamatLG-K32 Lower Ground Floor, Sunway Carnival Mall, 3068, Jalan Todak, Pusat, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

No. Telefon: 011-5975 4699

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bingbingkoreanbingsu 

Instagram: https://www.instagram.com/bingbingtrc/ 


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close