Sama seperti Ipoh, Pulau Pinang juga terkenal dengan kepelbagaian masakan terutamanya biskut ala Cina mereka. Walaupun kedua-dua tempat ini terkenal dengan biskut ala Cina, namun biskut yang ditawarkan di Pulau Pinang agak berbeza dengan biskut di Ipoh. Biskut di Pulau Pinang kebanyakannya masih menggunakan kaedah pembakaran tradisional iaitu dengan menggunakan sabut kelapa. Bukan itu sahaja, setiap kedai juga menawarkan jenis biskut yang sama dengan rasa yang berbeza mengikut resepi tersendiri. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba biskut terbaik di Pulau Pinang. Berikut adalah 9 kedai biskut terbaik di Pulau Pinang.
Apakah biskut yang terbaik di Pulau Pinang?
Terdapat beberapa jenis biskut yang dikategorikan sebagai biskut yang wajib dibeli ketika anda berkunjung ke Pulau Pinang. Antara biskut yang menjadi pilihan pelancong ialah biskut Tambun (Mutiara Naga), Tau Sar Piah dan Hiong Piah. Bukan itu sahaja, biskut Pong Piah, biskut Pandan Tambun dan biskut Tambun Udang Pedas juga antara biskut yang wajib anda cuba ketika berada di Pulau Pinang. Jika anda menggemari makanan pedas, anda boleh mencuba biskut Tambun Udang Pedas. Rasanya yang pedas dan lazat serta mempunyai sedikit rasa manis, sudah pasti berbaloi untuk dicuba. Walau bagaimanapun, biskut Tambun Udang Pedas ini hanya boleh disimpan selama 10 hari sahaja.
9 Kedai Biskut Terbaik di Pulau Pinang 2023
1. Him Heang


Him Heang merupakan salah satu kedai biskut yang terkenal dalam kalangan pelancong. Kedai ini sering dipenuhi pelanggan sekali gus telah membuktikan bahawa kualiti biskut yang ditawarkan sangat bagus. Antara biskut yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di kedai ini ialah biskut Tambun dan Beh Teh Saw.
Waktu Operasi:
9:30 pagi – 3:00 petang (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: 162A, Jalan Burma, 10050 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB2. Ban Heang


Ban Heang terletak di Jalan Macalister, Pulau Pinang dan telah beroperasi selama 24 tahun. Kedai ini merupakan kedai biskut pertama yang menawarkan biskut Tambun dalam pelbagai perisa. Antara perisa biskut Tambun yang boleh anda pilih ialah udang pedas, pandan, kacang merah dan kacang hijau.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap Hari)
Alamat: 200, Jalan Macalister, 10400 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB3. Ghee Hiang


Ghee Hiang merupakan kedai biskut yang berasal dari Fujian, China. Ia telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1986 dan berlokasi di Jalan Macalister, Pulau Pinang. Kedai ini pada mulanya hanya mengeluarkan produk penjagaan bayi iaitu minyak bijan. Namun, kini ia telah melebarkan sayapnya dengan menghasilkan pelbagai produk termasuklah biskut. Biskut Tau Sar Piah merupakan antara biskut keluaran Ghee Hiang yang terkenal di pasaran.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap Hari)
Alamat: 216, Jalan Macalister, 10400 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB4. Cheong Kim Chuan


Cheong Kim Chuan terletak di Lorong Selamat, George Town, Pulau Pinang dan berdekatan dengan kuil Kek Lok Si. Sesuai dengan motonya “Tradition at Its Best”, kedai ini telah mengeluarkan pelbagai jenis produk makanan tradisional yang terdiri daripada biskut, sos, pes dan banyak lagi. Ia bukan sahaja terkenal dengan biskut Tau Sar Piah, malah ia juga terkenal dengan dengan minyak buah pala, kuah rojak dan belacan.
Waktu Operasi: 8:30 pagi – 5:30 petang (Setiap Hari)
Alamat: 99-B, Lorong Selamat, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB5. Soon Hiang


Biskut Tau Sar Piah biasanya dihasilkan dengan menggunakan kaedah moden ekoran cara pembuatannya yang agak rumit. Namun, kedai biskut Soon Hiang masih menggunakan kaedah pembuatan tradisional. Oleh itu, anda akan mendapati rasa dan aroma asli ketika anda menikmati biskut Tau Sar Piah dari kedai ini.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: 33, Jalan Kuantan, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB6. Seng Heang


Seng Heang merupakan antara kedai biskut yang terkenal di Pulau Pinang. Kedai ini terkenal dengan biskut Pong Piah dan Tau Sar Piah. Bukan itu sahaja, Seng Heang juga telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai rasa biskutnya yang asli, unik dan rangup. Mereka juga menawarkan pelbagai jenis biskut pada harga yang berpatutan.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:00 malam (Setiap Hari)
Alamat: 136, 138, Jalan Dato Keramat, Georgetown, 10150 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB7. Hock Lok Siew


Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba pelbagai jenis biskut tradisional di kedai biskut Hock Lok Siew. Hock Lok Siew merupakan sebuah kedai biskut kecil yang terletak di Lebuh Noordin, Pulau Pinang. Ia bukan sahaja terkenal dengan rasa biskutnya yang lazat, malah ia juga terkenal dengan kepelbagaian jenis biskut yang ditawarkan.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 3:00 petang (Ahad)
Alamat: 120, Lebuh Noordin, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB8. Tean Ean


Tean Ean merupakan sebuah kedai biskut yang memfokuskan kepada penjualan produk tempatan. Antara produk tempatan yang ditawarkan di kedai ini ialah biskut tradisional, minyak pala, sirap pala dan minyak reumatik. Selain itu, mereka juga menjual sup Bak Kut Teh. Secara tidak langsung, hal ini membolehkan anda membeli pelbagai produk tempatan dalam satu masa.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap Hari)
Alamat: 90, Jln Sultan Ahmad Shah, 10050 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB9. Chuan Peng Heang


Chuan Peng Heang merupakan salah satu tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya anda berada di sekitar George Town, Pulau Pinang. Kedai ini terkenal dengan biskut Tambun dan Tau Sar Piah. Bukan itu sahaja, mereka turut menjual ‘mee koo’ iaitu pau berwarna merah jambu.
Waktu Operasi:
8:30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
11:00 pagi – 3:00 petang (Ahad)
Alamat: 88-06-01, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.