Masalah penglihatan seperti rabun dekat, rabun jauh, amblyopia, dan banyak lagi adalah perkara biasa dalam era digital ini. Kebanyakan penyakit ini disebabkan oleh penggunaan peranti digital yang berterusan dalam urusan harian kita. Oleh sebab itu, bagi mengekang masalah ini, kedai cermin mata dibuka untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada anda seperti pemilihan kanta sentuh, pengayaan cermin mata, vision screening dan banyak lagi.
Jadi, jika mata anda berasa tidak selesa, anda boleh pergi ke kedai cermin mata untuk melakukan pemeriksaan mata dan mendapatkan nasihat. Anda tidak tahu ke mana anda harus pergi untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan mata yang bagus? Jangan risau kerana kami telah menyenaraikan 10 kedai cermin mata terbaik di Johor untuk anda.
Apakah Perkhidmatan yang Ditawarkan di Kedai Cermin Mata?
Kedai cermin mata menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti pemeriksaan mata, penyesuaian kanta sentuh, dan juga memberi cadangan cermin mata yang sesuai untuk anda. Semua perkhidmatan ini berfungsi untuk membantu melambatkan perkembangan myopia dan memudahkan urusan harian anda. Selain itu, kakitangan di kedai cermin mata komited untuk menjaga kesihatan mata anda dengan memberikan cadangan yang sesuai untuk keperluan anda.
Berapa Lamakah Masa yang Diambil Untuk Menyiapkan Pesanan Cermin Mata?
Purata masa untuk mendapatkan cermin mata adalah satu hingga dua minggu kerana cermin mata anda perlu disesuaikan dengan bingkai cermin mata yang tepat. Walau bagaimanapun, sesetengah cermin mata mungkin mengambil masa 3 – 5 hari sahaja untuk siap. Semua ini bergantung kepada ketersediaan stok di kedai cermin mata tersebut.
10 Kedai Cermin Mata Terbaik di Johor 2023
1. Focus Point Sutera Mall Optical Shop
The Malaysia Book of Records secara rasminya telah mengiktiraf Focus Point sebagai rangkaian kedai cermin mata terbesar di Malaysia. Focus Point juga merupakan perniagaan rangkaian kedai cermin mata pertama dan satu-satunya yang tersenarai di Bursa Malaysia. Mereka mempunyai lebih daripada 180 lokasi di seluruh negara dan lebih daripada 230 pakar penjagaan mata yang bersedia untuk membantu anda di cawangan mereka. Oleh itu anda boleh mempercayai perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada anda.
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 10:30 malam (Setiap hari)
Alamat: L2-020, No.1, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
No. Telefon: 016-712 0885
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. OWNDAYS Optical Shop
OWNDAYS Optical Shop adalah salah satu kedai cermin mata terkenal di Johor. Kedai cermin mata ini mendapat banyak ulasan tertinggi dari pelanggan yang terdahulu. Kakitangan di sini sangat mesra dan bersedia untuk membantu anda dengan menerangkan spesifikasi cermin mata yang pelbagai agar anda mendapat cermin mata yang sesuai mengikut keperluan anda. Oleh sebab itu, anda akan mendapat pengalaman membeli-belah yang memuaskan di sini.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Khamis, Ahad)
10:00 pagi – 10:30 malam (Jumaat – Sabtu)
Alamat: Lot S128 & S129 Aeon Mall Tebrau City, No.1, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
No. Telefon: 07-351 9018
3. HELLO Eyewear
HELLO Eyewear menawarkan suasana kedai yang tenang dengan kakitangan yang ramah agar anda selesa berada di kedai ini. Jika anda mempunyai soalan, anda boleh bertanya kepada kakitangan mereka yang ramah dan sedia membantu anda. Mereka akan menjawab soalan anda dengan sabar. Selain itu, mereka mementingkan kualiti produk agar anda berpuas hati dengan setiap pembelian produk di sini.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: 12, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
No. Telefon: 07-220 0991
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Nice Vision Optic Johor Jaya
Nice Vision Optic Johor Jaya menawarkan pelbagai gaya kaca mata untuk anda pilih dengan harga yang berpatutan. Mereka juga dikenali dengan perkhidmatan yang cemerlang kerana kebanyakan pelanggan memuji bahawa kakitangan mereka melayani pelanggan dengan baik dan mesra. Selain itu, kedai ini menawarkan diskaun istimewa dan hadiah selepas pembelian. Oleh sebab itu, ramai yang kembali ke kedai ini untuk mendapatkan pengalaman pembelian yang memuaskan.
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 8:30 malam (Setiap hari)
Alamat: No. 32, Jalan Dedap 4, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
No. Telefon: 010-761 1431
5. Eye Do Optical
Eye Do Optical menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuklah pemeriksaan mata secara profesional, pemilihan cermin mata yang sesuai, penjualan kanta sentuh dan banyak lagi. Selain itu, kedai ini mempunyai perkhidmatan selepas jualan yang terbaik dan profesional bagi memuaskan hati para pelanggan dengan produk yang mereka jual di kedai tersebut.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Rabu, Sabtu – Ahad)
Tutup (Khamis)
Alamat: 119, Jln Kenanga 3, Taman Desa Cemerlang, 81800 Ulu Tiram, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
No. Telefon: 016-707 0115
Facebook: https://www.facebook.com/eyedo.optical
6. The Spectacle Shop
The Spectacle Shop menawarkan pelbagai pilihan cermin mata pada harga yang berpatutan. Selain itu, mereka juga menawarkan promosi bagi memberikan pengalaman pembelian yang memuaskan kepada pelanggan mereka. Perkhidmatan pelanggan mereka terbaik dengan kakitangan yang mesra dan bersedia membantu anda. Jadi, kunjungilah kedai ini untuk mencari cermin mata yang sesuai dengan keperluan anda.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:30 malam (Setiap hari)
Alamat: 148, Jalan Sentral 1, Taman Nusa Sentral, 79100 Nusajaya, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
No. Telefon: 07-510 2419
Facebook: https://www.facebook.com/TheSpectacleShop1/
7. 1.0 ProVision
1.0 ProVision menawarkan pelbagai jenis bingkai cermin mata yang klasik, ala Korea, retro dan banyak lagi. Anda boleh memilih cermin mata yang anda suka. Selain itu, kakitangan di sini sangat sabar dalam melayani pertanyaan para pelanggan. Mereka akan menjelaskan spesifikasi cermin mata yang anda inginkan dengan terperinci agar anda tahu tentang kesesuaian produk yang anda inginkan. Optometris di kedai ini sangat mahir dalam memastikan anda selesa dengan cermin mata yang dipilih. Oleh sebab itu, anda boleh berkunjung ke sini untuk mencari kelengkapan cermin mata anda.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 17, Jalan Dedap 4, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
No. Telefon: 0198831704
8. Eyeglass Optical
Eyeglass Optical menjual pelbagai jenis cermin mata yang bergaya pada harga yang berpatutan. Mereka mahu anda mendapatkan cermin mata yang sesuai dengan keperluan, gaya dan bajet anda. Selain itu, mereka juga menjual kanta sentuh ala Korea dalam pelbagai warna bagi menonjolkan penampilan anda. Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi mereka bagi mendapatkan maklumat selanjutnya.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: No. 43, Jalan Pulai Mutiara, 4/4, Persiaran Taman Pulai Mutiara, 81300 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
No. Telefon: 010-665 5528
9. Infinity Optical
Infinity Optical ditubuhkan pada tahun 2008 dan merupakan salah satu kedai cermin mata yang menjual cermin mata hitam, kanta mata berpreskripsi dan cermin mata designer. Anda boleh mendapatkan bingkai cermin mata yang berkualiti tinggi di sini pada harga yang berpatutan., Anda boleh melayari Facebook mereka untuk mengetahui promosi dan diskaun yang ditawarkan di sini.
Waktu Operasi:
10:30 pagi – 7:00 petang (Isnin, Khamis – Jumaat)
11:00 pagi – 7:00 petang (Selasa, Sabtu – Ahad)
Tutup (Rabu)
Alamat: No.51, Jalan Sagu 18, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
No. Telefon: 010-407 6618
Facebook: https://www.facebook.com/infinityoptical/
10. Sparks Eye
Sparks Eye ditubuhkan pada tahun 1996 dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka. Kedai ini menyediakan pemeriksaan klinikal untuk mata dengan menggunakan teknologi terkini, pengetahuan dalam kesihatan mata, penyelesaian optikal dan menawarkan produk penjagaan mata yang berkualiti. Selain itu, mereka juga sering mendapat ulasan daripada pelanggan tentang kualiti cermin mata mereka yang baik dan berpatutan. Anda akan mendapat pengalaman membeli-belah yang memuaskan di sini.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Perling Mall Lot 107, 107-A & 108, Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
No. Telefon: 07-241 3448
Facebook: https://www.facebook.com/sparkseye96
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.