10 Kedai Haiwan Peliharaan Terbaik di Sarawak 2025

Pengalaman sebagai ibu bapa kepada haiwan kesayangan boleh menjadi pengalaman yang mengujakan. Namun, seseorang itu harus bersedia sepenuhnya kerana terdapat tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu dilakukan demi kesejahteraan haiwan peliharaan anda. Kita dapat membela, menyayangi, bermain dan melatih haiwan kesayangan ini. Walaupun perjalanan membela mereka penuh dengan ketidakpastian, namun perjalanan itu cukup mengujakan.

Sekiranya anda memutuskan untuk mengambil haiwan peliharaan, lawatan ke kedai haiwan peliharaan akan menjadi sesuatu yang harus dilakukan. Mungkin anda mempunyai kucing peliharaan. Jadi, anda perlu mendapatkan makanan, pasir, barang pembersihan, sangkar dan lain-lain untuk si gebu anda. Dengan begitu banyak kedai haiwan peliharaan di Sarawak, boleh menjadi sukar untuk anda memilih yang mana satu untuk dikunjungi. Kami akan membantu anda! Artikel ini menyenaraikan 10 kedai haiwan peliharaan yang terbaik di Sarawak 2025.

Apakah itu Perkhidmatan Asrama Haiwan Peliharaan?

Sesetengah kedai haiwan peliharaan akan menawarkan perkhidmatan di mana haiwan kesayangan anda akan dijaga dengan rapi di bawah pengawasan kakitangan kedai. Perkhidmatan ini berbeza dengan perkhidmatan pengasuh haiwan peliharaan. Pengasuh akan ke rumah anda untuk menjaga haiwan kesayangan anda. Asrama pula adalah seperti hotel untuk haiwan periharaan anda, jadi anda perlu membawa mereka ke tempat tersebut.

Apakah Kaedah Pembayaran yang Disediakan oleh Kedai Haiwan Peliharaan di Sarawak?

Tidak gemar membawa tunai? Jangan risau! Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menawarkan perkhidmatan pembayaran yang lain seperti e-dompet, pembayaran secara dalam talian dan kad bank.

10 Kedai Haiwan Peliharaan Terbaik di Sarawak 2025

1. Nimanja

Nimanja
Kredit Gambar: Nimanja Website
Nimanja-
Kredit Gambar: Clyong Meimei

Di Nimanja, anda dijamin dapat membeli semua barang keperluan untuk haiwan peliharaan anda secara sekali gus.Anda boleh mendapat makanan, mainan, aksesori, bantal dan banyak lagi yang anda inginkan. Kedai ini amatlah besar. Jadi, luangkan masa anda untuk membeli-belah di Nimanja yang cukup mengagumkan.

Waktu Operasi: 8:30 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Lot 7256-7258, Desa Murni, Phase 3, Kuala Baram By Pass Rd, Bandar Baru Permyjaya, 98000 Miri, Sarawak

No. Telefon: 085-656738

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/nimanjamalaysia/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. De Pet Shop

De-Pet-Shop-
Kredit Gambar: Yii Min Lee
De-Pet-Shop-
Kredit Gambar: Mandy Chai (曼迪)

De Pet Shop sememangnya hebat. Kedai ini menjual banyak makanan dan snek haiwan kesayangan yang popular namun mampu milik untuk haiwan kesayangan anda. Bukan itu sahaja, mereka turut menjual sangkar dan asesori yang berkualiti tinggi. Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang biasa, berkunjunglah ke De Pet Shop. Di sini, mereka mempunyai kucing, anjing, hamster dan arnab yang sedang menunggu untuk dibawa ke rumah baru. Semua bagus di De Pet Shop!

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Sub Lot 23, Saradise Kuching, Off, Jalan Stutong, 93350 Kuching, Sarawak

No. Telefon: 013-8855599

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/depetshopkuching

3. Ellink Pet Shop

Ellink-Pet-Shop-
Kredit Gambar: Ellink Pet Shop
Ellink-Pet-Shop-
Kredit Gambar: Ellink Pet Shop

Ellink Pet Shop adalah salah satu kedai haiwan kesayangan yang paling bagus dan lengkap untuk dikunjungi di Miri. Semua yang anda mahukan berada di sini. Kedai ini cukup terkenal dalam kalangan penduduk tempatan untuk membeli ikan peliharaan, akuarium, serta keperluan akuarium. Haiwan peliharaan lain seperti anjing, kucing dan burung juga tersedia untuk diambil sebagai haiwan peliharaan. Barang keperluan mereka boleh didapati di sini.

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 6:30 petang (Setiap hari)

Alamat: Belakang bangunan AIA, 381B, South Yu Seng Rd, 98000 Miri, Sarawak

No. Telefon: 085-426832

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini 

4. Pets Avenue

Pets-Avenue-
Kredit Gambar: CP Ling
Pets-Avenue-
Kredit Gambar: Hau Ing Su

Kadang-kadang kita boleh tenggelam dalam lautan produk haiwan yang begitu banyak yang dijual. Usah bimbang. Kakitangan di Pets Avenue antara kakitangan yang paling mesra dan suka membantu yang pernah anda temui. Mereka sentiasa sedia membantu supaya keperluan haiwan peliharaan anda dipenuhi. Jangan malu untuk bertanya. Produk yang dijual dan perkhidmatan pelanggan adalah terkemuka di sini.

Waktu Operasi:
9:30 pagi – 6:30 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu & Ahad)

Alamat: 84, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce Square, 97000 Bintulu, Sarawak

No. Telefon: 011-59706397 & 011-1935 9689 

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/people/Pets-Avenue/100063492946212/

5. Happy Paws Pet Shop 

Happy-Paws-Pet-Shop-
Kredit Gambar: Zaidi Mataha
Happy-Paws-Pet-Shop-
Kredit Gambar: Shahnon Ahmad

Ramai pemilik haiwan peliharaan di kawasan ini gemar ke Happy Paws Pet Shop. Anda boleh membeli barangan haiwan kesayangan anda secara pukal dan pada harga yang berpatutan. Dengan ini, anda tidak perlu lagi ke sini dengan kerap untuk membeli barang keperluan haiwan anda. Ia juga memudahkan kerja anda. Tambahan pula, kakitangan di sini sangat mesra dan akan melayan anda sepanjang anda membeli-belah di sini.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 5:00 petang (Ahad)

Alamat: 10B, Jalan Metrocity Boulevard, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

No. Telefon: 011-36368586

Google Map: Ikuti Sekarang  

Google Reviews: Di Sini 

6. JJ Pet Shop

JJ-Pet-Shop
Kredit Gambar: JJ Pet Shop Kuching Facebook
JJ-Pet-Shop-
Kredit Gambar: Nazareth Iscariot

Membeli belah di kedai haiwan peliharaan seharusnya menyeronokkan dan memuaskan. Di JJ Pet Shop, anda dapat mengalami pengalaman seperti itu.Pelbagai produk boleh dipilih dengan kualiti terbaik dan harga yang berpatutan. Haiwan kesayangan anda pasti berterima kasih kepada anda apabila anda membeli-belah di sini.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: No.18 Lot 3262 Block 217 Jalan Batu Kawa Ensing Timur, &, Lorong 2, Light Industrial Park, 93250 Kuching, Sarawak

No. Telefon: 019-8169733

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/jjpetshopsarawak/

7. J & J Pet Lovers 

J-J-Pet-Lovers-
Kredit Gambar: J & J Pet Lovers Facebook
J-J-Pet-Lovers-
Kredit Gambar: Husnul Hussein

J & J Pet Lovers ialah kedai haiwan kesayangan impian anda. Anda bukan sahaja mempunyai pelbagai pilihan produk haiwan peliharaan, malah mereka menyediakan perkhidmatan lain seperti hotel serta dandanan. Sekiranya anda tiada di rumah, J & J Pet Lovers akan menjaga haiwan peliharaan anda dengan baik. Sekiranya anda ingin mendandan haiwan peliharaan anda pula, mereka akan berbuat demikian dan menjadikan haiwan kesayangan anda kelihatan sungguh kemas dan comel sekali.

Waktu Operasi:
9:30 pagi – 6:00 petang (Selasa – Ahad)
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin)

Alamat: Sublot 7643, Ground Floor, Jalan Tanjung Kidurong, Medan Central Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak

No. Telefon: 086-339290 & 010-7771496

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/jjpetloverss/?ref=page_internal

Instagram: https://www.instagram.com/jjpetlovers/?hl=en

8. Pet In The House 

Pet-In-The-House-
Kredit Gambar: Pet In The House Facebook
Pet-In-The-House-
Kredit Gambar: Pet In The House Facebook

Pet In The House adalah pilihan kedai haiwan peliharaan terbaik yang perlu anda kunjungi. Mengapa? Pertama, mereka menawarkan perkhidmatan yang lengkap seperti spa, dandanan dan asrama untuk keseronokan haiwan kesayangan anda. Kedua, jualan runcit produk haiwan adalah luas dengan harga yang berpatutan. Tunggu apa lagi? Marilah berkunjung ke Pet In The House sekarang!

Waktu Operasi:
9:30 pagi – 7:00 petang (Isnin – Sabtu)
9:30 pagi – 5:00 petang (Ahad)

Alamat: Ground Floor, Sublot 58 & 59 of Parent Lot 7668, Block 31, Kemena Land District, 97000 Bintulu, Sarawak

No. Telefon: 086-312 542

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/petinthehousebintulu/

9. Golden Pet’s 

Golden-Pets-
Kredit Gambar: Golden Pet’s Miri Facebook
Golden-Pets-
Kredit Gambar: Golden Pet’s Miri Facebook

Adakah anda sedang mencari perkhidmatan dandanan untuk anjing husky anda? Adakah anda inginkan perkhidmatan asrama untuk kucing anda kerana anda perlu pergi bercuti di Bahama? Usah risau. Golden Pet sedia membantu anda. Mereka menawarkan perkhidmatan dandanan dan asrama untuk haiwan kesayangan anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli pelbagai barang haiwan di Golden Pet’s. Hebat, bukan!

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Jalan Pujut 7, Lutong, 98000 Lutong, Sarawak

No. Telefon: 011-3697 2287, 013-8292287 & 085-646202

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/goldenpetsmiri

10. Vpet Centre

Vpet-Centre-
Kredit Gambar: Vpet Centre Facebook
Vpet-Centre-
Kredit Gambar: Vpet Centre Facebook

Pusat Vpet memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Oleh itu, ramai yang suka datang ke kedai ini untuk membeli-belah barangan haiwan kesayangan. Di sini, pelbagai produk haiwan dijual seperti makanan dan snek haiwan, pasir, sangkar, makanan tambahan (supplements) dan banyak lain. Jika anda merancang untuk mengambil haiwan peliharaan, anda disarankan ke Vpet Centre yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Lot 7970, Phase 3, Permyjaya, Pusat Bandar Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak 

No. Telefon: 010-4097933

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Vpet-Centre/100063591517954/

Instagram: https://www.instagram.com/vpetcentremiri/?hl=en


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close