16 Kedai Perabot Terbaik di KL & Selangor 2023

Tahukah anda? Perabot mula dicipta sekitar 30,000 tahun dahulu dan diasaskan daripada kayu yang diukir menjadi perabot. Kini, terdapat banyak perubahan dalam reka bentuk perabot ekoran peredaran zaman serta terdapat gabungan idea yang dipengaruhi oleh identiti sesebuah negara.

Terdapat 5 konsep rekaan perabot iaitu Antik, Klasik, Retro, Kontemporari dan Ultramoden. Setiap perabot mempunyai cara penjagaan yang berbeza dan tersendiri. Sebagai contoh, perabot kayu merupakan perabot yang paling sensitif dan mencabar kerana ia perlu sentiasa dicat dengan minyak dan lilin. 

Hal ini bagi memastikan perabot anda selamat dan tahan lebih lama. Oleh itu, untuk membantu anda, kami senaraikan 16 kedai perabot terbaik yang boleh anda kunjungi di KL dan Selangor.

Mengapa Anda Perlu Membeli Perabot Berkualiti Tinggi?

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus mempertimbangkan untuk membeli perabot berkualiti tinggi. Antara sebabnya adalah dapat mengurangkan perbelanjaan, memenuhi keperluan anda serta memberi keselesaan. 

1. Mengurangkan perbelanjaan

Memilih perabot yang berkualiti tinggi sudah pasti dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. Hal ini sekali gus dapat membantu anda berjimat ekoran anda tidak perlu membeli perabot dengan kerap. 

2. Memenuhi keperluan anda

Tidak semestinya semua perabot murah dapat memenuhi keperluan anda. Oleh itu, anda perlulah mengetahui keutamaan setiap perabot yang bakal dibeli. Sebagai contoh, anda ingin menggunakan kerusi yang sama untuk jangka masa 5 tahun ke atas. Jadi , tidak salah untuk anda melaburkan wang yang lebih banyak untuk mendapatkan kerusi yang berkualiti tinggi. 

3. Memberi keselesaan

Anda disarankan untuk membeli produk perabot yang dapat berfungsi dengan baik serta memberikan keselesaan yang maksimum sewaktu anda menggunakannya. 

16 Kedai Perabot Terbaik di KL & Selangor 2023

1. Ashley Furniture HomeStore (Kuala Lumpur)

Ashley Furniture HomeStore Kuala Lumpur
Kredit gambar: Singga Beli
Ashley Furniture HomeStore Kuala Lumpur
Kredit gambar: Shopee
Ashley Furniture HomeStore Kuala Lumpur
Kredit gambar: BCulinary Lab

Jika anda sedang mencari reka bentuk perabot yang mempunyai konsep gabungan moden dan kontemporari, maka Ashley Furniture HomeStore ini pilihan terbaik untuk anda! Ashley Furniture HomeStore mempunyai 6 cawangan di seluruh negara, antaranya di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan banyak lagi. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi perabot seperti perabot ruang tamu, perabot bilik tidur, perabot dapur, ruang makan, pejabat dan juga tilam.  

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Ahad) 

Alamat: Lot 2-40 A, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

2. Emperor Palace Furniture & Lighting (Ampang)

Emperor Palace Furniture Lighting Ampang
Kredit gambar: Emperor Classic Furniture Malaysia
Emperor Palace Furniture Lighting Ampang
Kredit gambar: Emperor Classic Furniture
Emperor Palace Furniture Lighting Ampang
Kredit gambar: Emperor Palace Furniture

Ingin memiliki rumah seperti istana? Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Emperor Palace of Furniture & Lighting. Kedai ini menawarkan pelbagai reka bentuk perabot eksklusif yang diilhamkan daripada gaya diraja sebenar seperti Queen Elizabeth, Duke of Norfolk dan set bilik tidur Duke of Edinburgh. Bukan itu sahaja, mereka juga telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelanggan terdahulu mengenai kualiti perabotnya yang dikatakan antara kualiti yang terbaik. 

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Ahad) 

Alamat: 279, Jalan Ampang, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

3. IBS Haus Concept Sdn Bhd

IBS Haus Concept Sdn Bhd
Kredit gambar: IBS Haus Concept – Furniture Store in Ara Damansara
IBS Haus Concept Sdn Bhd
Kredit gambar: IBS Haus Concept Sdn Bhd – Furniture Store in Ara Damansara
IBS Haus Concept Sdn Bhd
Kredit gambar: IBS Haus Concept Sdn Bhd – Furniture Store in Ara Damansara

Jika anda sedang mencari perabot berkualiti tinggi pada harga berpatutan, maka IBS Haus ini pilihan terbaik untuk anda. Mereka terkenal dengan perabot ala ‘fabric-style’ yang boleh dipadankan dengan kebanyakan konsep rumah. IBS Haus juga menawarkan pelbagai jenis perabot rumah seperti perabot ruang tamu, dapur, bilik tidur dan tilam. Bukan itu sahaja, mereka juga pakar dalam reka bentuk perabot kontemporari dan moden. 

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 2nd Floor, Evolve Concept Mall, S-2, Jalan PJU 1a/4, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

4. GRABit.my All About Home – Plutocube Sdn Bhd (Main Showroom)

GRABit.my All About Home Plutocube Sdn Bhd Main Showroom
Kredit gambar: GRABit
GRABit.my All About Home Plutocube Sdn Bhd Main Showroom
Kredit gambar: GRABit
GRABit.my All About Home Plutocube Sdn Bhd Main Showroom
Kredit gambar: GRABit

GRABit.my All About Home by Plutocube Sdn Bhd merupakan antara kedai perabot yang mempunyai penarafan bintang tertinggi di ‘google review’ sekali gus menjadikannya kedai perabot pilihan ramai. Kedai ini terletak di Bangsar, Kuala Lumpur dan beroperasi dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang pada setiap hari. Kedai ini menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah seperti sofa, meja, kerusi kayu, karpet dan banyak lagi yang boleh anda pilih berdasarkan konsep rumah anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: 25 A, Lorong Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

5. Urban Edge Home Gallery

Urban Edge Home Gallery
Kredit gambar: Hiredly
Urban Edge Home Gallery
Kredit gambar: Urban Edge Home Gallery
Urban Edge Home Gallery
Kredit gambar: TallyPress

Urban Edge Home Gallery terkenal dengan reka bentuk kontemporari eksklusif dan perabot berkualiti premium. Selain itu, mereka juga mempunyai bilik pameran utama di Kuala Lumpur yang membolehkan pelanggan untuk mengalami sendiri ruang lingkup pilihan perabot yang luas dengan reka bentuk dan gaya yang berbeza. Urban Edge Home Gallery menawarkan konsep moden rumah Asia dengan siluet anggun dan gaya yang unik.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: Lot 3-57, Tingkat 3, Quill City Mall No, 1018, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

6. Art of Tree

Art of Tree
Kredit gambar: Time Out
Art of Tree
Kredit gambar: Art of Tree
Art of Tree
Kredit gambar: Xpresszoom

Art of Tree merupakan antara kedai perabot yang wajib anda kunjungi terutamanya jika anda peminat perabot kayu dan kulit. Sesuai dengan namanya, kedai perabot Art of Tree ini merupakan pakar dalam menghasilkan perabot yang berasaskan kayu dan kulit. Perabot yang ditawarkan di kedai ini agak unik dan vintaj yang menjadikannya sesuai untuk rumah yang berkonsepkan futuristik dan kontemporari. 

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad) 

Alamat: 11, Jalan Utarid U5/12, Mutiara Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

7. Jatimas Furniture Sdn Bhd

Jatimas Furniture Sdn Bhd
Kredit gambar: Jatimas Furniture Sdn Bhd
Jatimas Furniture Sdn Bhd
Kredit gambar: Jatimas Furniture Sdn Bhd
Jatimas Furniture Sdn Bhd
Kredit gambar: Wani World

Jatimas Furniture Sdn Bhd telah beroperasi di Malaysia selama lebih 22 tahun dan teras utama jenamanya ialah perabot kayu jati. Kedai ini mendapat sambutan yang positif berdasarkan ulasan yang diberikan oleh pelanggan. Mereka juga menawarkan perkhidmatan ‘Built-in, Custom-made’ yang membolehkan anda menempah perabot berdasarkan cita rasa anda. Antara perabot yang dijual ialah katil, almari, perabot ruang tamu, dapur, ruang makan, pejabat dan banyak lagi. 

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: No 147, Jalan Besar Selayang Indah Selayang, 68100 Kuala Lumpur, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

8. Casa Bella Designs – Teak Indoor Outdoor & Wicker Furniture

Casa Bella Designs Teak Indoor Outdoor Wicker Furniture
Kredit gambar: Teak Furniture Malaysia – Outdoor Wicker & Rope Furniture
Casa Bella Designs Teak Indoor Outdoor Wicker Furniture
Kredit gambar: Tuugo
Casa Bella Designs Teak Indoor Outdoor Wicker Furniture
Kredit gambar: Teak Furniture Malaysia – Outdoor Wicker & Rope Furniture

Casa Bella Designs merupakan sebuah lagi kedai perabot yang menawarkan produk berasaskan kayu jati di Selangor. Mereka pakar dalam menghasilkan perabot dalaman dan luaran daripada kayu jati. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapati perabot ‘rope-type’ di kedai ini. Setiap perabot yang ditawarkan sangat unik dan menarik sekali gus menjadikannya sesuai untuk anda yang menggemari konsep estetik dan mewah.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: G Space U8, No, 2-9, 6, Persiaran Pasak Bumi, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

9. MUMU Living

MUMU Living
Kredit gambar: MUMU Living
MUMU Living
Kredit gambar: MUMU Living
MUMU Living
Kredit gambar: MUMU Living

MUMU Living ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang menawarkan perabot rumah berjenama mampu milik. Terdapat pelbagai gaya rekaan perabot yang ditawarkan di MUMU Living. Antaranya ialah gaya kontemporari, industri, pop warna, kayu tradisional, kayu moden dan gaya minimalis Jepun. Hal ini membolehkan anda mendapatkan perabot daripada pelbagai gaya tanpa perlu pergi ke banyak tempat.  

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: G-01, IDCC Mall, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

10. Valencia Home Furniture (Sri Damansara)

Valencia Home Furniture Sri Damansara
Kredit gambar: Valencia Home Furnishing
Valencia Home Furniture Sri Damansara
Kredit gambar: Carilocal
Valencia Home Furniture Sri Damansara
Kredit gambar: Valencia Furniture

Valencia Home Furniture merupakan salah satu kedai perabot terkemuka di Malaysia serta mempunyai 4 cawangan yang terletak di Sri Damansara, Puchong Kinrara, Seri Kembangan dan Bandar Puchong Jaya. Valencia Home Furniture menawarkan perabot dengan konsep moden yang diinspirasikan dari Eropah pada harga yang berpatutan.

Waktu Operasi: 
10:30 pagi – 8:30 malam (Isnin – Khamis)
10:00 pagi – 9:00 malam (Jumaat – Ahad)

Alamat: 32, Jalan Sungai Buloh, Persiaran Utama, Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

11. Cellini Flagship Store

Cellini Flagship Store
Kredit gambar: Cellini Malaysia
Cellini Flagship Store
Kredit gambar: Cellini Malaysia
Cellini Flagship Store
Kredit gambar: Pinterest

Cellini Flagship Store terkenal dengan konsep moden dan kontemporari. Mereka menawarkan pelbagai perabot kelengkapan rumah termasuklah sofa, meja kopi, konsol televisyen, katil serta perabot ruang makan. Bukan itu sahaja, Cellini juga telah mengembangkan sayapnya ke beberapa buah negara seperti Singapura, Indonesia dan Taiwan. Apa yang menjadikan Cellini antara jenama perabot yang terkenal di Malaysia adalah keunikan dan kehalusan buatan perabotnya dengan kemahiran pertukangan yang tinggi. 

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Ahad) 

Alamat: Unit G1 & F1, Lot PT 317, Jalan Anggerik, Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

12. FOC | Furniture Outlet Centre (Bandar Utama, PJ)

Furniture
Kredit gambar: LinkedIn
Furniture
Kredit gambar: FOC Furniture Outlet Centre Bandar Utama, PJ
Furniture
Kredit gambar: WordPress

Jika anda sedang mencari perabot gaya moden, anda boleh berkunjung ke kedai ini yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya. Mereka menawarkan pelbagai aksesori dan perabot rumah seperti lampu, meja makan, sofa dan tilam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan perabot rumah pada harga yang berpatutan. Perkhidmatan penghantaran dan pemasangan di daerah yang sama turut disediakan tanpa sebarang kos tambahan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 1st Floor Lot, 25125, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

13. Maxim Furniture & Electrical Sdn. Bhd. 

Maxim Furniture Electrical Sdn. Bhd.
Kredit gambar: Maxim Furniture Subang Jaya
Maxim Furniture Electrical Sdn. Bhd.
Kredit gambar: Maxim Furniture Subang Jaya
Maxim Furniture Electrical Sdn. Bhd.
Kredit gambar: Maxim Furniture

Maxim Furniture & Electrical Sdn. Bhd. terletak di Subang Jaya, Selangor. Kedai ini menawarkan rangkaian kelengkapan perabot pejabat dan rumah. Maxim Furniture & Electrical Sdn. Bhd. terkenal dengan penggunaan bahan yang berkualiti tinggi serta kemahiran pertukangan yang memberikan nilai terhadap jenamanya. Mereka menawarkan perabot yang berkonsepkan moden dan kontemporari dengan gabungan elemen timur dan barat. 

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 6:30 petang (Isnin – Sabtu)
11:00 pagi – 7:00 malam (Ahad)

Alamat: 58 & 60, Jalan SS 15/ 4d, Ss 15, Subang Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

14. Triconville Furniture Malaysia

Triconville Furniture Malaysia
Kredit gambar: Triconville
Triconville Furniture Malaysia
Kredit gambar: LinkedIn
Triconville Furniture Malaysia
Kredit gambar: Triconville

Dapatkan perabot dengan kualiti premium di Triconville Furniture Malaysia. Kedai ini sememangnya terkenal dengan rekaan perabot kontemporari dan mewah. Setiap perabot Triconville dihasilkan di kilang sendiri bagi memenuhi aspek kawalan kualiti demi memastikan kualiti yang ditawarkan adalah terbaik. Mereka juga menerima tempahan reka bentuk perabot mengikut kehendak pelanggan.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 30, Jalan Pemberita U1/49, Kawasan Perindustrian Temasya, Shah Alam, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

15. MajuHome Concept (Setapak)

MajuHome Concept Setapak
Kredit gambar: MAJUHOME Concept
MajuHome Concept Setapak
Kredit gambar: MAJUHOME Concept
MajuHome Concept Setapak
Kredit gambar: MAJUHOME Concept

MajuHome Concept telah ditubuhkan sejak tahun 1986. Ia telah menjadi salah satu jenama kegemaran pengguna Malaysia. Mereka menawarkan pelbagai jenis perabot pejabat dan rumah yang berkonsepkan moden dengan kualiti terbaik. MajuHome Concept mempunyai 3 cawangan yang terletak di Ara Damansara, Subang Jaya dan Setapak. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik untuk keselesaan kediaman anda. 

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Lot 48 & 49 Batu 4 1, 2, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

16. Igreen Office Furniture Sdn. Bhd

Igreen Office Furniture Sdn. Bhd
Kredit gambar: IGREEN Office Furniture
Igreen Office Furniture Sdn. Bhd
Kredit gambar: IGREEN Office Furniture
Igreen Office Furniture Sdn. Bhd
Kredit gambar: IGREEN Office Furniture

IGREEN Office Furniture merupakan salah satu kedai perabot pejabat, pengilang dan pembekal yang sedang berkembang di Malaysia. Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis perabot pejabat dengan reka bentuk yang menarik. Antara perabot yang ditawarkan di sini ialah meja, meja mesyuarat, ruang kerja, kabinet, kabinet keluli, rak perpustakaan, kerusi pejabat ergonomik dan banyak lagi.

Waktu Operasi:
9:30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat) 
9:30 pagi – 1:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: Lot 2217, 12, Jalan Kusta, Kawasan Industri Kampung Jaya Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close