6 Kedai Smoothie Bowl Terbaik di Johor 2023

Sejak kebelakangan ini, smoothies bowl semakin terkenal di Malaysia, terutamanya dalam kalangan mereka yang prihatin terhadap kesihatan atau mereka yang suka mencari makanan baru untuk dicuba. Walaupun smoothies bowl bukan seperti hidangan tradisional Malaysia yang lain, tetapi ia semakin digemari ramai terutamanya di kawasan bandar dan dalam kalangan generasi muda. Perkembangan media sosial juga menyumbang kepada populariti hidangan ini.

Kini, trend pemakanan sihat semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Hidangan smoothies bowl menjadi popular di seluruh negara ini termasuklah di negeri Johor.  Anda boleh mengunjungi 6 kedai terbaik yang menyajikan smoothie bowl untuk menikmati hidangan ini.

Bolehkah Anda Mengambil Smoothies Bowl Dalam Pemakanan Anda?

Smoothie bowl boleh diambil sebagai salah satu pilihan makanan yang sihat. Anda boleh menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkhasiat untuk menyediakan hidangan ini. Dengan memilih bahan-bahan yang berkualiti, ia boleh disesuaikan dengan diet vegan, vegetarian, bebas gluten, atau bebas tenusu. Bagi vegan pula, anda boleh menggunakan susu berasaskan tumbuhan. Anda juga boleh menambah buah-buahan dan sumber protein berasaskan tumbuhan bagi memastikan anda mendapat vitamin, mineral dan antioksidan yang mencukupi.

Bagaimanakah Anda Mencari Smoothies Bowl Yang Lazat Di Johor?

Anda boleh berkunjung ke kedai pencuci mulut kerana kedai-kedai ini menawarkan smoothies bowl yang anda cari. Selain itu, anda juga boleh melayari Internet untuk mencari maklumat mengenai kedai yang menyajikan hidangan ini. Di Internet, terdapat banyak laman web yang memaparkan senarai dan rating tempat-tempat terbaik untuk mendapatkan smoothies bowl di Johor. Anda juga boleh bertanya kepada penduduk tempatan tentang tempat makan terbaik yang menyediakan smoothie bowl yang lazat. Biasanya mereka tahu kedai pencuci mulut terbaik berdasarkan pengalaman mereka. Jadi, dengan cara-cara inilah anda boleh mendapatkan smoothie bowl yang diidamkan di Johor.

6 Kedai Smoothie Bowls Terbaik di Johor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Fifty Trees

Fifty-Trees-
Kredit Gambar: Umake Mehungry (Google Review)
Fifty-Trees-
Kredit Gambar: Aisyah Ahmad (Google Review)

Fifty Trees merupakan sebuah kafe terkenal di Johor Bahru. Kafe ini terkenal dengan masakan Barat yang lazat. Selain itu, mereka menyediakan hidangan dengan persembahan visual yang sungguh menarik. Smoothies bowl yang mereka sediakan menggabungkan oats dan pelbagai jenis buah-buahan yang segar seperti pisang dan strawberi. Gabungan ini menambah tekstur dan rasa dalam hidangan smoothies bowl anda. Anda bukan sahaja gembira dengan rasa smoothies bowl yang enak, malah berpuas hati dengan visual smoothies bowl yang mereka sajikan di sini.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 53, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/fiftytrees53/

Instagram: https://www.instagram.com/fiftytrees/?hl=en

2. Big Bowl Ice

Big-Bowl-Ice-
Kredit Gambar: YL (Google Review)
Big-Bowl-Ice-
Kredit Gambar: Norsan Samsul (Google Review)

Big Bowl Ice merupakan sebuah kedai aiskrim yang menyajikan pencuci mulut dan snek yang lazat. Di kedai ini, mereka menawarkan pelbagai jenis perisa aiskrim dan hidangan manis untuk mereka yang mencari pencuci mulut yang lazat. Daripada rasa klasik sehinggalah kepada kombinasi topping yang unik, pelanggan dapat menikmati pengalaman makan yang memuaskan di Big Bowl Ice. Jadi, jika anda ingin menikmati aiskrim kon, sundae atau snek yang menyelerakan, Big Bowl Ice boleh menyediakannya untuk anda.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: 22, Jalan Impian Emas 7, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/BBI.ImpianEmas/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/bigbowlicemalaysia/?hl=en

semak laman web di sini

3. Bev C’afe

Bev-Cafe-
Kredit Gambar: Fandy W (Google Review)
Bev-Cafe-
Kredit Gambar: Yuji Hoshi (Google Review)

Bev C’afe adalah sebuah kafe unik yang memaparkan barangan vintage terpakai melalui reka bentuk dalaman dan luaran mereka. Dengan suasana vintage dan gaya rustiknya, para pelanggan boleh menjamu selera dengan selesa di sini. Walaupun Bev C’afe terkenal dengan hidangan Barat, mereka juga menyediakan smoothies bowl. Smoothie bowl di Bev C’afe dihias dengan buah-buahan eksotik seperti buah golden berries dan peach. Buah-buahan ini memberikan rasa yang ‘fruity’ kepada hidangan smoothie bowl anda. Selain itu, anda dapat merasai sentuhan eksotik dan rasa manis semula jadi dalam hidangan ini.

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 6:00 petang (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)

Alamat: 54, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/BevCcafe/

Instagram: https://www.instagram.com/bevccafe/?hl=en

semak laman web di sini

4. Poké Twins (Tiara)

Poke-Twins-Tiara
Kredit Gambar: Jaan Hong Lim (Google Review)
Poke-Twins-Tiara-
Kredit Gambar: Avril Yap (Google Review)

Poké Twins (Tiara) adalah sebuah kafe kontemporari yang menyajikan masakan Barat yang sihat. Reka bentuk dalaman yang moden memberikan suasana yang selesa kepada para pelanggan. Mereka menghidangkan pelbagai makanan yang sihat seperti smoothies bowl. Hidangan smoothie bowl mereka menggabungkan oats, buah-buahan segar, dan kacang-kacang yang rangup. Selain itu, bahan-bahan ini disusun dengan teliti bagi memberikan rasa dan tekstur yang sekata terhadap seluruh hidangan smoothies bowl ini.

Waktu Operasi: 
9:30 pagi – 9:30 malam (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)

Alamat: Tiara Sport World, Jalan Pasir Pelangi, Pasir Pelangi, 80500 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/poketwins.my/

Instagram: https://www.instagram.com/poketwins.my/?hl=en

semak laman web di sini

5. Juice Works Mid Valley Megamall

Juice-Works-Mid-Valley-Megamall
Kredit Gambar: Lufthan (Google Review)
Juice-Works-Mid-Valley-Megamall-
Kredit Gambar: GrabFood

Juice Works merupakan sebuah kedai jus yang terkenal dan telah lama beroperasi di Malaysia. Kedai ini menyajikan pelbagai jenis minuman yang segar dan berkhasiat. Selain itu, kedai ini juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia. Jika anda ingin tahu, kedai ini popular dalam kalangan mereka yang prihatin terhadap kesihatan. Anda boleh merasai pelbagai jenis jus buah yang baru diperah, smoothies dan campuran hidangan yang diperbuat daripada gabungan buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran di kedai ini. Juice Works menyediakan hidangan untuk memenuhi pelbagai cita rasa dan pilihan pemakanan, sama ada anda ingin minum jus buah klasik atau smoothie yang disajikan mengikut selera anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: LGK-11, Lower Ground Floor, The Mall, Mid Valley Southkey, No.1 Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/JuiceWorksMY/

Instagram: https://www.instagram.com/juiceworksmy/?hl=en

semak laman web di sini

6. Caribbean Juice Bar

Caribbean-Juice-Bar
Kredit Gambar: Caribbean Juice Bar (Google Review)
Caribbean-Juice-Bar-
Kredit Gambar: Daniela Stafford (Google Review)

Caribbean Juice Bar adalah kedai jus yang menarik di Johor. Kedai ini terkenal kerana lokasinya berada di tepi pantai yang membangkitkan suasana Caribbean. Kedai ini menawarkan suasana yang santai untuk pengunjung menikmati minuman yang penuh khasiat. Salah satu hidangan istimewa mereka adalah smoothies bowl. Hidangan ini disajikan dalam tempurung kelapa bagi memberikan rasa tropika sebenar. Mereka turut menghias smoothie bowl dengan teliti dan kreatif bagi menambah keaslian dan daya tarikan terhadap hidangan ini.

Waktu Operasi: 
3:00 petang – 10:00 malam (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)

Alamat: Sandy Beach, Puteri Harbour, 79100 Iskandar Puteri, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/caribbean.jb/

Instagram: https://www.instagram.com/caribbean.jb/?hl=en


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close