10 Kiropraktor Terbaik di Pulau Pinang 2025

Kiropraktor juga dikenali sebagai pakar perubatan kiropraktik merupakan profesional kesihatan bersekutu yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang bagaimana badan berfungsi dan kemahiran klinikal khusus untuk menilai, mendiagnosis dan merawat kecederaan. Lazimnya, kiropraktor menggunakan instrumen khas atau teknik ‘hands-on’ tanpa sebarang ubat-ubatan dalam merawat masalah sistem muskuloskeletal. Proses ini juga dipanggil manipulasi kiropraktik (tulang belakang atau sendi). Manipulasi kiropraktik bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi mekanikal atau cara seseorang bergerak.

Secara umumnya, masalah pesakit yang memerlukan rawatan kiropraktik adalah berpunca daripada ketegangan berlebihan atau kecederaan akibat melakukan kegiatan fizikal yang berat. Apabila berlaku ketegangan otot dan ketidakseimbangan urutan tulang, ia boleh menyebabkan masalah sendi, keradangan atau gangguan sistem saraf sehingga boleh mengganggu fungsi tubuh. Di sini, kami senaraikan 10 kiropraktik terbaik di Pulau Pinang.

Apakah yang dilakukan oleh kiropraktor?

Kiropraktor atau pakar perubatan kiropraktik dapat membantu anda mengurangkan sakit belakang dan meningkatkan fungsi berkaitan dengan tulang belakang anda. Anda boleh berunding dengan kiropraktor sekiranya anda mempunyai simptom seperti sakit belakang kaki, sakit leher, sakit otot, sakit kepala, kecederaan dan gejala lain yang berkaitan dengan tulang belakang.

Adakah selamat untuk melakukan rawatan kiropraktik?

Manipulasi tulang belakang dan penjagaan kiropraktik, secara amnya dianggap sebagai rawatan yang selamat dan berkesan untuk sakit belakang yang kronik dan sakit otot. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk melakukan beberapa carian mengenai kelayakan kiropraktor anda dan menyemak ulasan pelanggan terdahulu sebelum anda berkunjung ke pusat kiropraktor tersebut.

Apakah faedah penjagaan kiropraktik?

Melakukan rawatan penjagaan kiropraktik dapat memberikan banyak faedah terutamanya dari segi kesihatan. Antara faedah yang boleh anda perolehi daripada rawatan ini adalah dapat meningkatkan respon sistem imun, menurunkan tekanan darah, melegakan sakit sendi, peningkatan pencernaan dan mengurangkan keradangan. Tambahan pula, ramai pesakit menyatakan bahawa sesi rawatan kiropraktik ini juga boleh membantu anda dalam mengurangkan gejala ‘scoliosis’. 

10 Kiropraktik Terbaik di Pulau Pinang 2023

1. Happy Life Wellness & Therapy Centre

Happy Life Wellness Therapy Centre
Kredit gambar: tcmchinesephysicianchiropracticpenang.com

Happy Life Wellness & Therapy Centre menggabungkan kaedah dan kemahiran rawatan oriental dan barat. Mereka menggunakan pelbagai teknik ‘hands-on’ dan teknik manipulasi kiropraktik untuk meningkatkan proses penyembuhan. Teknik ‘hands-on’ lazimnya digunakan untuk merawat sakit seperti sakit otot dan tendon. Manakala, teknik ‘acupressure’ akan digunakan untuk melancarkan aliran Qi secara langsung pada titik ‘acupressure’ badan yang berbeza sekali gus memudahkan proses penyembuhan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)

Alamat: The CEO, 31-2-11, Lebuh Nipah 5, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No Telefon: 011-2749 6368

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

2. Chi Hsiang Wellcare Penang  

Chi Hsiang Wellcare Penang
Kredit gambar: Chi Hsiang Wellcare Penang

Chi Hsiang Wellcare Penang terletak di Lintang Gelugor Jelutong, Pulau Pinang. Mereka menawarkan rawatan kiropraktik untuk sakit belakang yang kronik, sakit bahu, ‘tennis elbow’ dan banyak lagi. Setiap kiropraktor di pusat ini mempunyai kelulusan profesional untuk melakukan rawatan kiropraktik. Jadi anda tidak perlu ragu mengenai status kelayakan dan kepercayaan pusat ini. Bukan itu sahaja, ia juga telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai kakitangannya yang ramah serta bayaran rawatannya yang murah.

Waktu Operasi: 
2:00 petang – 9.30 malam (Selasa – Khamis, Sabtu – Ahad)
Tutup pada hari Isnin & Jumaat

Alamat: No. 38, Ghee Hiang Garden, Lintang Gelugor Jelutong, 11600 Gelugor, Pulau Pinang

No Telefon: 017-567 1399

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

3. Spinecare Chiropractic Pulau Pinang

Spinecare Chiropractic Penang
Kredit gambar: spinecarechiropractic.net

Spinecare Chiropractic Pulau Pinang terletak di Bay Avenue, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Spinecare Chiropractic menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk membantu anda sembuh dengan menggunakan kebolehan semula jadi badan anda. Untuk rawatan kiropraktik, mereka menggunakan teknik ‘Advanced BioStructural Correction™’ yang berfungsi untuk melaraskan struktur dan posisi tulang belakang.

Waktu Operasi: 
8:30 pagi – 1:30 petang, 3:00 petang – 6:30 petang (Isnin – Jumaat)
8:30 pagi – 1:30 tengah hari, 2:30 petang – 5.30 petang (Sabtu – Ahad)

Alamat: D23-3, Bay Avenue, Lorong Bayan Indah 2, Bay Avenue, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No Telefon: 04-240 0096

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

4. Therapedic Medical Center  

Therapedic Medical Center
Kredit gambar: Therapedic Medical Center

Therapedic Medical Center merupakan pakar dalam merawat sistem muskuloskeletal melalui penjagaan kiropraktik. Mereka menggunakan pelbagai kaedah dan teknologi terapeutik termaju seperti terapi laser berkuasa tinggi, laser akupunktur, terapi ‘extracorporeal shockwave’, ‘whole-body PhotoMedicine™ Pod’, peranti latihan otot dan banyak lagi. Hal ini bagi menjamin kelancaran proses rawatan serta mempercepatkan proses pemulihan pesakit.

Waktu Operasi: 
9:30 pagi – 5:30 petang (Isnin – Sabtu) 
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: Menara Sunrise, 190, Gurney Dr, 10250 George Town, Pulau Pinang

No Telefon: 04-997 1117

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

5. TAGS Chiropractic & Rehabilitation @ Penang  

TAGS Chiropractic Rehabilitation @ Penang
Kredit gambar: TAGS Chiropractic & Rehabilitation ® – Penang

TAGS Chiropractic & Rehabilitation merupakan antara pusat kiropraktor yang terkenal di Pulau Pinang. TAGS Chiropractic & Rehabilitation mempunyai 11 cawangan di seluruh negara. Bukan itu sahaja, mereka juga menggunakan kaedah dan teknologi terkini dan tercanggih ketika mengendalikan rawatan. Mereka menawarkan rawatan untuk pesakit yang menghidap migrain, sakit kepala, skoliosis, sakit belakang, ‘slip disc’, sakit bahu, kecederaan tisu lembut, strok dan penyakit parkinson. 

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 4:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: 73-2-2 @The One, Jalan Mahsuri, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No Telefon: 012-771 3599

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

6. ElitCare Chiropractic Penang  

ElitCare Chiropractic Penang
Kredit gambar: elitcare-chiropractic-penang.business.site

ElitCare Chiropractic Penang menawarkan rawatan yang terbaik untuk sakit belakang yang teruk, sakit leher dan sakit pinggul. Mereka menggunakan kaedah rawatan ‘hands-on’ bagi memberikan tekanan semula jadi kepada badan anda. Hal ini bagi mempercepatkan proses penyembuhan serta mengurangkan kesan sampingan selepas rawatan. Tempahan slot rawatan boleh dibuat melalui laman sesawang mereka.

Waktu Operasi: 
2:30 petang – 7:00 malam (Isnin)
11:00 pagi – 2:30 petang (Selasa)
11:00 pagi – 1:00 tengah hari, 2:30 petang – 6:00 petang (Khamis)
11:00 pagi – 1:00 tengah hari, 2:30 petang – 7:00 malam (Sabtu)
11:00 pagi – 2:00 petang (Ahad)
Ditutup pada hari Rabu & Jumaat

Alamat: VANTAGE B-2-3A, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

No Telefon: 012-415 8153

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

7. Zen Chiropractic  

Zen Chiropractic
Kredit gambar: Zen Chiropractic

Zen Chiropractic menggunakan kaedah penyembuhan badan secara holistik melalui rawatan kiropraktik tanpa menggunakan sebarang ubat mahupun pembedahan. Mereka menawarkan 6 jenis rawatan yang boleh anda pilih mengikut tahap kecederaan badan anda. Antara rawatan yang ditawarkan ialah pelarasan kiropraktik, akupunktur (dry needling), akunpunktur (tradisional), Tit Tar ( traditional bone setting),  terapi ‘extracorporeal shockwave’ dan terapi laser berkuasa tinggi. Walaupun kaedah rawatan yang digunakan agak canggih, namun anda tidak perlu risau kerana harga rawatan yang ditawarkan masih berpatutan.

Waktu Operasi: 
1:00 petang – 10:00 malam (Rabu – Khamis)
9:00 pagi – 6:00 petang (Jumaat – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin & Selasa

Alamat: 7-1-1, Jln Ahmad Nor, Pusat Perdagangan Nova, 11600 Jelutong, Pulau Pinang

No Telefon: 019-987 4582

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

8. The One Chiropractic Centre  

The One Chiropractic Centre
Kredit gambar: Leow Chee Xiang

Jika anda mengalami sakit leher, sakit belakang, sakit kepala, migrain dan kecederaan sukan, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke pusat kiropraktor ini. Hal ini kerana, pusat ini telah diiktiraf sebagai salah satu pusat rawatan sistem muskuloskeletal dan penjagaan kiropraktik terbaik di Pulau Pinang. The One Chiropractic Centre terletak di Jelutong, Pulau Pinang. Mereka juga telah menerima pelbagai ulasan positif daripada pengunjung terdahulu mengenai kakitangannya yang ramah. Bukan itu sahaja, bayaran rawatannya juga berpatutan.

Waktu Operasi: 
2:00 petang – 6:30 petang (Isnin)
9:00 pagi – 6:30 petang (Selasa – Sabtu)
9:00 pagi – 1:00 petang (Ahad)

Alamat: 66, Jalan Free School, 11600 Jelutong, Pulau Pinang

No Telefon: 016-460 0687

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

9. Sage Chiropractic and Alexander Technique Centre  

Sage Chiropractic and Alexander Technique Centre
Kredit gambar: sagechiroalexander.com

Sage Chiropractic and Alexander menggunakan kaedah rawatan kiropraktik sebagai pendekatan semula jadi, selamat dan berkesan untuk mencapai tahap kesihatan tubuh badan yang lebih baik. Sage Chiropractic and Alexander terletak di Jalan Sungai Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ia juga mempunyai ruang tempat letak kereta yang besar bagi memudahkan anda untuk berkunjung ke sana. Untuk tempahan slot rawatan dalam talian, anda disarankan untuk menempah sekurang-kurang sehari awal dari tarikh yang anda ingin kunjungi.

 Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 6:00 petang (Isnin, Rabu – Khamis)
9:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu – Ahad)
Ditutup pada hari Selasa & Jumaat

Alamat: 8, 1-2-8, Summerskye Residences, Jalan Sungai Tiram, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No Telefon: 012-514 8977

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

10. Osto Chiro Bone Care  

Osto Chiro Bone Care
Kredit gambar: ostochiro.com.my

Pusat rawatan Osto Chiro Bone Care dikendalikan oleh pakar perubatan Jensen H’ng yang merupakan perintis dalam menggabungkan 2 kaedah rawatan iaitu kaedah Urut Terapeutik Timur “Tie Da” dan Manipulasi Tulang Kiropraktik Barat. Selain daripada rawatan kiropraktik, mereka juga menawarkan terapi NSDD, bekam, urutan terapi, akupunktur dan rawatan muskuloskeletal. 

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 2:00 petang (Sabtu)
12:00 tengah hari – 5:00 petang (Ahad)

Alamat: 488D-01-04, One Stop Midlands Park Center, 10350, Pulau Pinang

No Telefon: 016-411 0814

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

LAMAN WEB

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close