10 Klinik Pediatrik Terbaik di KL & Selangor 2023

Pakar pediatrik memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan anak anda melalui pemeriksaan kesihatan berkala dan vaksinasi. Pemeriksaan kesihatan di klinik pediatrik direka untuk menilai kesihatan secara menyeluruh dan perkembangan anak anda. Pemeriksaan ini biasanya melibatkan ukuran berat dan tinggi anak anda serta ujian pendengaran, penglihatan, fungsi jantung, dan paru-paru mereka. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk memberi vaksin bagi melindungi anak anda daripada pelbagai jenis penyakit berjangkit.

Memilih pakar pediatrik yang betul adalah aspek penting dalam membesarkan anak anda. Pakar pediatrik memainkan peranan penting dalam memantau kesihatan anak anda, mengenal pasti potensi masalah perkembangan, dan menawarkan penjagaan kesihatan yang sesuai. Jika anda sedang mencari klinik pakar pediatrik di Kuala Lumpur atau Selangor, anda boleh berkunjung ke 10 klinik pakar pediatrik terbaik di kawasan ini.

Berapa Kerapkah Anak Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor?

Lawatan berkala ke klinik adalah penting dalam penjagaan kesihatan bagi membantu mengesan dan menangani masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh anak anda. Kekerapan lawatan ke klinik pakar pediatrik bergantung kepada kesihatan dan umur anak anda. Biasanya, seorang kanak-kanak sihat yang berumur sekitar dua hingga tiga tahun hanya perlu berjumpa dengan pakar pediatrik sekali setahun untuk pemeriksaan kesihatan. Manakala bayi pula perlu lebih kerap berkunjung ke klinik untuk pemantauan kesihatan, ketahanan dan perkembangan mereka dengan teliti.

Dalam tahun pertama, pemeriksaan dilakukan ke atas bayi berusia 1 bulan, 2 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan dan 12 bulan. Selepas tahun pertama, lawatan setiap 3 bulan perlu dilakukan sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai usia 2 tahun. Selepas kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, pemeriksaan secara tahunan akan dijalankan pada setiap kunjungan ke klinik. Namun begitu, sekiranya ada kebimbangan tentang kesihatan anak anda, anda boleh berkunjung ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanakah Ibu Bapa Memilih Klinik Pediatrik Terbaik yang Memenuhi Keperluan Mereka?

Memilih klinik pediatrik yang tepat adalah keputusan penting bagi setiap ibu bapa. Anda ingin memastikan anak anda berada di tangan yang selamat untuk menerima penjagaan yang terbaik. Berikut adalah tiga faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa memilih sebuah klinik.

  1. Lokasi

Lokasi klinik yang mudah dikunjungi adalah penting bagi memudahkan urusan anda dan keluarga. Klinik yang dekat dengan kediaman anda adalah satu kelebihan apabila anak anda memerlukan pemeriksaan berkala. Selain itu, lokasi klinik yang berdekatan dengan kediaman anda juga dapat memberi kelebihan sekiranya berlaku kecemasan yang melibatkan anak anda. Lokasi klinik yang dekat juga dapat menjimatkan masa anda ketika membuat kunjungan ke klinik.

  1. Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh klinik juga adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Klinik pediatrik yang ideal menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pemeriksaan berkala, imunisasi, dan perkhidmatan selepas waktu pejabat. Selain itu, klinik yang memiliki makmal yang lengkap dan farmasi di bawah satu bumbung dapat memudahkan urusan anda bagi memastikan diagnosis dan rawatan yang diberikan kepada anak anda tepat. Perkhidmatan yang komprehensif dalam satu lokasi dapat memudahkan urusan anda untuk memenuhi pelbagai keperluan penjagaan kesihatan anak anda, sekali gus memberikan anda pengalaman yang memuaskan.

  1. Persekitaran

Suasana yang mesra kanak-kanak memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan anak anda semasa lawatan ke klinik ini. Cari klinik yang menyediakan suasana yang mesra dan mempunyai kakitangan yang boleh mengendalikan kanak-kanak dengan cekap. Dengan adanya klinik seperti ini, ia dapat mengurangkan ketakutan atau kebimbangan anak anda ketika rawatan dijalankan.

Anda boleh membaca artikel di bawah untuk mengetahui lebih banyak produk bayi yang sesuai untuk anak anda:

  1. Susu Tepung Bayi Terbaik di Malaysia
  2. Berus Gigi Elektrik Terbaik di Malaysia
  3. Makanan Bayi Terbaik di Malaysia 2023

10 Klinik Pediatrik Terbaik di KL & Selangor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Firststep Child Specialist Clinic

Firststep-Child-Specialist-Clinic-Klinik-Pakar-Kanak-kanak-儿童诊所
Kredit Gambar: Jezvynna Saini
Firststep-Child-Specialist-Clinic-Klinik-Pakar-Kanak-kanak-儿童诊所-
Kredit Gambar: Firststep Child Specialist Clinic – Klinik Pakar Kanak-kanak – 儿童诊所

Firststep Child Specialist Clinic menawarkan rawatan untuk penyakit umum, pemeriksaan kesihatan umum, penilaian perkembangan anak-anak anda dan imunisasi untuk kanak-kanak. Klinik ini selesa, ceria dan menyeronokkan kerana ia dipenuhi dengan aktiviti dan permainan. Anda boleh bermain dengan anak anda di ruangan bermain sementara menunggu giliran anda dipanggil.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Selasa, Khamis – Jumaat)
9:00 pagi – 3:00 petang (Rabu)
9:00 pagi – 1:00 petang (Sabtu)
Tutup  (Ahad)

Alamat: Unit No B2-3A Plaza Damas 3, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

No. Telefon: 012-387 3664

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Bright Star Baby & Child Clinic

Bright-Star-Baby-Child-Clinic-韦儿科诊所
Kredit Gambar: kn w
Bright-Star-Baby-Child-Clinic-韦儿科诊所-
Kredit Gambar: Naveen Kumar Nukala

Dr Ooi merupakan pakar pediatrik yang berpengalaman dan telah memberi rawatan kepada ramai pesakit kanak-kanak sejak klinik ini dibuka. Ramai ibu bapa mencadangkan Ooi Child Clinic ini kepada golongan ibu bapa yang berada di luar sana. Selain itu, Dr Ooi juga meluangkan masa untuk mendengar masalah anak anda sebelum memberikan rawatan dan ubat yang sesuai.  

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 12:45 tengah hari, 5:00 petang – 7:45 petang (Isnin)
9:00 pagi – 4:00 petang (Selasa – Khamis)
9:00 pagi – 12:45 tengah hari (Sabtu, Ahad)
Tutup  (Jumaat)

Alamat: Condo, Nadi Bangsar, G-3A, Jln Tandok, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2303 9391

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. CT Woman & Child Specialist Clinic

Specialist-Clinic-for-Women-and-Children-CT
Kredit Gambar: Google
Specialist-Clinic-for-Women-and-Children-CT-
Kredit Gambar: Hua Lun Lee

CT Woman & Child Specialist Clinic menyediakan perkhidmatan penjagaan yang berkualiti kepada kanak-kanak dan remaja sehingga usia 18 tahun. Klinik ini ada menawarkan pakej vaksinasi untuk dua tahun pertama, rawatan untuk asma dan batuk kronik, alergi, eczema, sembelit, cirit-birit, serta ruam. Selain itu, mereka juga menyediakan rawatan untuk bayi yang baru lahir, dan rawatan untuk si ibu seperti penjagaan prenatal, penjagaan semasa kehamilan dan kursus penyusuan susu ibu.

Waktu Operasi:
8:30 pagi – 2:00 petang, 7:00 petang – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)
9:30 pagi – 2:00 petang (Sabtu, Ahad)

Alamat: A – G – 01, Persiaran Serdang Perdana, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor

No. Telefon: 03-8945 3293

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Chan

Klinik-Pakar-Kanak-kanak-Dr-Chan
Kredit Gambar: Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Chan
Klinik-Pakar-Kanak-kanak-Dr-Chan--
Kredit Gambar: Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Chan

Tiny Tots Children Specialist Clinic mempunyai pakar pediatrik yang komited dalam menilai perkembangan dan kesihatan anak anda pada setiap kali temu janji.  Pakar pediatrik mereka sangat mesra dan cekap dalam mengendalikan anak anda semasa pemeriksaan dijalankan. Selain itu, rawatan mereka juga sangat berkesan serta boleh menyembuhkan batuk, selesema dan sakit lain yang dihidapi oleh anak anda. Jadi, tidak hairanlah ramai ibu bapa mengesyorkan klinik ini kepada rakan-rakan mereka.

Waktu Operasi:
8:30 pagi – 1:00 petang, 5:30 petang – 9:00 malam (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu)
9:00 pagi – 2:00 petang (Ahad)

Alamat: 16, Jalan Puteri 4/2, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

No. Telefon: 03-8062 3925

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

5. Dr. Chin’s Children Specialist Clinic

Klinik-Pakar-Kanak-Kanak-Dr.-Chin-Sdn.-Bhd.
Kredit Gambar: Dr. Chin’s Children Specialist Clinic
Klinik-Pakar-Kanak-Kanak-Dr.-Chin-Sdn.-Bhd.-
Kredit Gambar: Dr. Chin’s Children Specialist Clinic

Dr. Chin’s Children Specialist Clinic telah ditubuhkan pada tahun 2001. Klinik ini komited dalam penjagaan kanak-kanak sejak ia beroperasi lagi. Ramai pesakit memuji Dr Chin kerana beliau pandai mengambil hati pesakit kanak-kanak dan cekap dalam menjalankan rawatan ke atas mereka. Dr Chin mengambil masa untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Beliau juga menjelaskan dengan teliti mengenai rawatan tersebut bagi memastikan anda dapat membuat keputusan yang sewajarnya untuk kebaikan anak anda. 

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 3:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)  

Alamat: Kepong, 3-18A, Jalan Desa 2/2, Desa Aman Puri, 52100 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-6274 3922

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pages/DrChins-Children-Specialist-Clinic

6. CY Child Specialist Clinic

CY-Child-Specialist-Clinic
Kredit Gambar: CY Child Specialist Clinic 黄儿科专科
CY-Child-Specialist-Clinic-
Kredit Gambar: MF

CY Child Specialist Clinic adalah sebuah klinik pediatrik yang akan menjaga semua keperluan penjagaan kesihatan anak anda. Doktor pediatrik di klinik ini sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang anak anda hadapi. Mereka akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh dan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai rawatan yang bakal dijalankan ke atas anak anda. Selain itu, kakitangan di klinik ini sangat mesra dan harga rawatan yang dikenakan pula adalah berpatutan.

Waktu Operasi:
9 :00 pagi – 12:30 tengah hari, 5:00 petang – 7:30 petang (Isnin – Rabu, Jumaat)
9:00 pagi – 1:00 petang (Sabtu, Ahad)
Tutup (Khamis)

Alamat: No 8-G Block 2, Bukit Jalil, Jalan Jalil Jaya 2, Jalil Link, 57000 Kuala Lumpur

No. Telefon: 010-456 2236

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/CYChildSpecialistClinic

7. Baby and Beyond Child Specialist Clinic @ Publika

Baby-and-Beyond-Child-Specialist-Clinic-Publika
Kredit Gambar: Weng OBL
Baby-and-Beyond-Child-Specialist-Clinic-Publika-
Kredit Gambar: Baby and Beyond Child Specialist Clinic Publika

Baby and Beyond Child Specialist Clinic mula beroperasi pada tahun 2014. Klinik ini mempunyai 4 pakar pediatrik yang berpengalaman dan kakitangan yang mesra dalam melayani setiap pesakit mereka. Mereka mahukan pesakit kanak-kanak mereka sihat, gembira dan cergas. Oleh sebab itu, klinik ini mencipta ruang yang selamat dan selesa bagi pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. Mereka juga mahu memberikan penjagaan terbaik kepada anak-anak anda.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 1:00 petang, 2:00 petang – 4:00 petang (Isnin)
9:00 pagi – 12:00 tengah hari, 5:30 petang – 7:30 petang (Selasa)
10:00 pagi – 1:00 petang, 5:30 petang – 7:30 petang (Rabu, Khamis)
10:00 pagi – 2:00 petang (Sabtu, Ahad)
Tutup (Khamis)

Alamat: Publika, B2-1-2, 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-6211 9028

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. IZZU Child Specialist Clinic

Izzu-Child-Specialist-Clinic-Klinik-Pakar-Kanak-Kanak-Izzu
Kredit Gambar: Izzu Child Specialist Clinic/ Klinik Pakar Kanak Kanak Izzu
Izzu-Child-Specialist-Clinic-Klinik-Pakar-Kanak-Kanak-Izzu-
Kredit Gambar: Rohit Sridhara

IZZU Child Specialist Clinic memfokus dalam kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Klinik ini menyediakan perkhidmatan untuk saringan selepas bersalin, penjagaan bayi baru lahir, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak, imunisasi, diagnosis dan rawatan penyakit akut atau kecederaan serta pemeriksaan darah terpilih. Klinik ini sentiasa dipenuhi oleh pelanggan jadi untuk melancarkan urusan anda, anda boleh membuat tempahan slot terlebih dahulu.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 3:00 petang (Isnin)
9:00 pagi – 12:00 tengah hari (Selasa, Rabu, Ahad)
Tutup (Khamis, Jumaat, Sabtu)  

Alamat: No. 3-G, 06, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

No. Telefon: 03-7831 1181 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/izzuchildclinic

9. Growell Baby and Child Specialist Setapak

Growell Baby and Child Specialist Setapak
Kredit Gambar: growell-baby-child-specialist-clinic.business.site
Growell-Baby-Child-Specialist-Clinic-Setapak-
Kredit Gambar: growell-baby-child-specialist-clinic.business.site

Growell Baby and Child Specialist Setapak mempunyai pasukan pakar pediatrik yang berpengalaman dan mahir dalam penjagaan pediatrik. Pasukan doktor mereka bukan sahaja profesional dalam melakukan kerja, bahkan sabar dan merupakan pendengar yang baik ketika mengendalikan kanak-kanak. Apa yang menarik mengenai klinik ini adalah kakitangan mereka akan menelefon anda 30 minit sebelum giliran anda tiba. Jadi, anda tidak perlu menunggu lama di klinik ini.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Khamis)
3:00 petang – 7:00 petang (Jumaat)
9:00 pagi – 1:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: Residensi PV21, G20, G21 No. 6, Jalan Usahawan 2 Off Jalan Genting Klang, 43000 Kuala Lumpur, Selangor

No. Telefon: 03-4141 5872

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. Koe Child Clinic

Koe-Child-Clinic
Kredit Gambar: gnoos
Koe-Child-Clinic-
Kredit Gambar: Devraj Singh Rawat

Dr. Koe daripada Koe Child Clinic adalah seorang pakar pediatrik yang hebat. Beliau telah menerima banyak ulasan positif daripada ibu bapa kanak-kanak yang telah dirawat di klinik ini. Beliau juga menyokong penyusuan susu ibu terhadap bayi dan sangat teliti dalam pemeriksaan kanak-kanak. Klinik pediatrik ini terkenal kerana pasukan doktor dan kakitangan mereka mahir dalam mengendalikan kanak-kanak. Selain itu, harga rawatan di sini juga sangat berpatutan. Anda boleh membuat temu janji terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sini bagi memudahkan urusan anda.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 1:00 petang (Isnin – Rabu, Jumaat, Sabtu)
Tutup  (Khamis, Ahad)

Alamat: Komplek Bandar, Wilayah Persekutuan, 73, Jalan Mega Mendung, 58200 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-7983 0539

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/koechildclinic


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close