8 Klinik Pemeriksaan Kesihatan Terbaik di Pulau Pinang 2025

Pemeriksaan kesihatan yang kerap adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Anda boleh menjalani pelbagai ujian yang berbeza termasuk ujian darah dan imbasan semasa pemeriksaan. Kemudian, anda akan menerima nasihat dan cadangan daripada doktor tentang cara untuk mengekalkan atau menambah baik kesihatan anda pada masa akan datang berdasarkan pada keputusan pemeriksaan tersebut. Tambahan pula, saringan kesihatan boleh mengesan tanda amaran awal kesihatan yang tidak baik, sekali gus membolehkan intervensi awal dan hasil rawatan yang lebih baik. 

Klinik-klinik ini menawarkan rangkaian pakej pemeriksaan kesihatan komprehensif yang direka untuk memenuhi keperluan semua orang. Selain itu, klinik ini dilengkapi dengan kemudahan terkini dan pasukan perubatan profesional yang berpengalaman. Mereka sering menyediakan pemeriksaan kesihatan asas sehinggalah kepada pakej yang lebih menyeluruh untuk membantu anda mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan anda. Berikut adalah 8 Klinik Pemeriksaan Terbaik di Pulau Pinang 2025.

Apakah Jenis Pemeriksaan Kesihatan Yang Ditawarkan Di Klinik Ini?

Di klinik ini, mereka menawarkan pelbagai jenis pemeriksaan kesihatan yang memenuhi keperluan khusus setiap individu. Pemeriksaan ini mungkin termasuk ujian darah, ujian air kencing, ujian pengimejan seperti X-ray atau ultrasound dan juga pemeriksaan fizikal.

Apakah Pemeriksaan Kesihatan Am?

Pemeriksaan kesihatan am adalah penilaian secara menyeluruh tentang status kesihatan seseorang. Ia biasanya termasuk pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian diagnostik lain yang bertujuan untuk mengesan sebarang keadaan perubatan atau penyakit yang sedang dihadapi.

8 Klinik Pemeriksaan Kesihatan Terbaik di Pulau Pinang 2025

1. Wellness Laboratories Center (Penang) Sdn. Bhd.

Wellness-Laboratories-Center-Penang-Sdn.-Bhd.
Kredit Gambar: Wellness Laboratories Center (Penang / Bayan Lepas)
Wellness-Laboratories-Center-Penang-Sdn.-Bhd.-
Kredit Gambar: Wellness Laboratories Center (Penang / Bayan Lepas)

Wellness Lab telah berkhidmat kepada orang ramai sejak 1998 dan menawarkan rangkaian pakej pemeriksaan badan komprehensif yang membantu individu menentukan status kesihatan mereka. Mereka berusaha untuk membantu pelanggan mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang optimum. Pasukan profesional penjagaan kesihatan mereka komited untuk menyediakan penjagaan peribadi yang disesuaikan dengan keperluan setiap individu.

Waktu Operasi:
8:30 pagi – 5:30 petang (Selasa – Sabtu)
8:30 pagi – 1:00 petang (Ahad)
Isnin (Tutup)

Alamat: A-12, Floor, 1, Lorong Bayan Indah 4, Bay Avenue, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-646 4001

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Klinik Menara (Bayan Lepas) 

Klinik-Menara-Bayan-Lepas-
Kredit Gambar: My Healthcare Malaysia
Klinik-Menara-Bayan-Lepas-
Kredit Gambar: VEXO Malaysia

Klinik Menara adalah penyedia perkhidmatan penjagaan primer yang menawarkan rangkaian pemeriksaan perubatan yang lengkap. Pasukan doktor mereka berpengalaman dan terlatih untuk mengendalikan kes perubatan yang berbeza. Selain itu, klinik mereka dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan canggih seperti Ultrasound 5D, ECG, X-Ray Digital dan Spirometri bagi memberikan penilaian yang tepat dan berkesan.

Waktu Operasi: 
8:00 pagi – 11:00 petang (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 10:00 petang (Sabtu & Ahad)

Alamat: 3R, 3R-1-1, 3R-1-2, 1-3, Persiaran Kelicap, Setia Triangle, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No. Telefon: 4-291 6524

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

3. Klinik Mediviron

Klinik-Mediviron
Kredit Gambar: Klinik Mediviron
Klinik-Mediviron-
Kredit Gambar: Thivyaa Sathya

Klinik Mediviron adalah klinik am yang berdedikasi untuk menawarkan penjagaan kesihatan mampu milik kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat. Klinik mereka juga menyediakan penjagaan diabetes yang berkesan secara holistik dan perkhidmatan pemeriksaan am kepara pesakit mereka. Mereka mengutamakan keselesaan dan kepuasan pesakit. Selain itu,  kakitangan mereka juga mesra dan profesional dalam membantu pesakit menguruskan keperluan mereka.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Sabtu)
Ahad (Tutup)

Alamat: 12, Medan Angsana 1, Bandar Baru Ayer Itam, 11500 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-829 7295

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. A Klinik Bayan Lepas

A-Klinik-Bayan-Lepas
Kredit Gambar: A Klinik Bayan Lepas | Skin 各种皮肤问题 | Hair 脱发 | Family Medicine 家庭医生
A-Klinik-Bayan-Lepas-
Kredit Gambar: rono dodo

A Klinik Bayan Lepas adalah klinik perubatan yang berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang komprehensif. Mereka menawarkan pelbagai ujian seperti ujian darah terperinci dengan menggunakan makmal berteknologi tinggi mereka. Selain itu, mereka turut menawarkan pemeriksaan fizikal yang berkualiti bagi mengesan sebarang keadaan perubatan walaupun tiada tanda yang jelas pada pesakit.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: MK12, Krystal Point 303-1-30 (Ground Floor, Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No. Telefon: 016-888 3495

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Mediklinik 360 (Batu Kawan)

Mediklinik--Batu-Kawan
Kredit Gambar: Mediklinik 360 (Batu Kawan) | Clinic Batu Kawan | Dermatology Service | Family Medicine
Mediklinik--Batu-Kawan-
Kredit Gambar: Mediklinik 360 (Batu Kawan) | Clinic Batu Kawan | Dermatology Service | Family Medicine

Di Mediklinik 360, mereka percaya dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang berkesan kepada pesakit dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Pasukan perancang kesihatan mereka berdedikasi dan mempertimbangkan keperluan perubatan para pesakit. Mereka juga menitikberatkan keupayaan kewangan dan tahap kesihatan pesakit bagi mencipta pelan kesihatan yang terbaik dengan kemampuan mereka.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: VERVEA, 23-G, Jln Vervea 2, 14110 Simpang Ampat, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-588 6405

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/medic360wellness 

Instagram: https://www.instagram.com/medic360.healthcaregroup/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. Klinik Sentosa

Klinik-Sentosa
Kredit Gambar: Google
Klinik-Sentosa-
Kredit Gambar: Google

Alami perkhidmatan perubatan terkemuka di Klinik Sentosa di mana mereka menawarkan rangkaian komprehensif penyelesaian penjagaan kesihatan seperti perundingan doktor perubatan, perkhidmatan X-ray, pemeriksaan pekerja asing, pemeriksaan perubatan Jabatan Laut, pemeriksaan perubatan pra-pekerjaan, vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan. Klinik ini berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk para pesakit. Selain itu, kakitangan mereka mesra dalam memastikan para pesakit mengalami pengalaman yang memuaskan sewaktu berurusan di klinik ini.

Waktu Operasi:
8:30 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
8:30 pagi – 1:00 petang (Sabtu)
Ahad (Tutup)

Alamat: 20, Lebuh Penang, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-261 7778

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

7. Osel Clinic (Straits Quay)

Osel-Clinic-Straits-Quay
Kredit Gambar: Osel Clinic (Straits Quay)
Osel-Clinic-Straits-Quay-
Kredit Gambar: Osel Clinic (Straits Quay)

Osel Clinic menawarkan pelbagai program saringan yang direka untuk memberi manfaat kepada individu. Selepas pendaftaran, pelanggan akan menjalani beberapa siri ujian bergantung pada pakej pilihan mereka seperti elektrokardiogram, x-ray dada, ultrasound dan banyak lagi. Pada akhir janji temu, keputusan ujian darah pelanggan akan diberikan dan diikuti dengan semakan perubatan bersama doktor mereka. Semasa janji temu kedua, doktor mereka akan melihat keputusan ujian saringan kesihatan dan memberikan janji temu seterusnya jika perlu.

Waktu Operasi:
8:30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
8:30 pagi – 1:00 petang (Sabtu)
Ahad (Tutup)

Alamat: 3A-1-19 Straits Quay, Jalan Seri Tg Pinang, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-305 9322

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/oselclinic 

Instagram: https://www.instagram.com/oselclinic 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. PluxHealth Clinic

PluxHealth-Clinic
Kredit Gambar: Khalilah mohd sopee
PluxHealth-Clinic-
Kredit Gambar: Khalilah mohd sopee

Pluxhealth Clinic menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan yang inklusif seperti pemeriksaan pra-pekerjaan, pengawasan perubatan, ujian alahan, pemeriksaan kesihatan tahunan dan pemeriksaan kesihatan wanita. Klinik mereka menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan setiap individu. Mereka percaya akan kepentingan penjagaan kesihatan dan pencegahannya. Perkhidmatan mereka direka untuk mempromosikan dan mengekalkan kesihatan yang baik kepada ramai orang.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 10:00 malam (Ahad – Jumaat)
9:00 pagi – 1:00 petang (Sabtu)

Alamat: No 3 R-01-09 Setia Triangle, Persiaran Kelicap, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-609 9588

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/PluxhealthClinic/ 


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close