10 Klinik Veneer Terbaik di Malaysia 2023

Veneer tidak sama dengan gigi palsu. Veneer memutihkan dan meluruskan gigi semula jadi anda agar anda mudah mengekalkan senyuman, khususnya sewaktu bergambar.  Disebabkan anda sentiasa melihat permukaan gigi anda di hadapan cermin, maka rawatan veneer adalah terbaik untuk gigi anda, khususnya jika gigi anda patah, terserpih, berubah warna atau rosak. Rawatan ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan senyuman anda.

Fakta untuk anda. Rawatan veneer boleh disiapkan hanya dalam dua lawatan sahaja. Warna gigi boleh berubah dan penggunaan veneer porselin menampilkan elemen gigi asli yang sama dengan warna gigi anda. Selain itu, ia juga tahan rosak dan kotor. Rawatan veneer juga popular kerana ia memberikan penampilan semula jadi kepada si pemakai. Veneer anda akan direka dan dibina dengan teliti mengikut spesifikasi gigi anda agar ia memberikan penampilan yang menawan dan semula jadi pada wajah anda secara keseluruhannya. Lawati 10 klinik veneer terbaik di Malaysia ini pada tahun 2023.

Mengapa Ramai Orang Menyukai Rawatan Veneer?

Sifat optik veneer porselin dan penampilan realistik adalah dua ciri yang menyumbang kepada popularitinya yang semakin meningkat. Porselin mempunyai banyak sifat yang serupa dengan penutup semula jadi gigi dan enamel. Lapisan porselin kelihatan semula jadi dan realistik pada gigi anda.

Adakah Perlu Memberus Veneer?

Walaupun veneer porselin tidak reput, bahagian gigi mungkin terdedah kepada keadaan reput. Kekalkan veneer anda dalam keadaan baik dengan memberus gigi anda dua kali sehari dan flos pada setiap hari.

10 Klinik Veneer Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Smile Life Dental Clinic

Smile-Life-Dental-Clinic
kredit Gambar: Smile Life Dental Clinic
Smile-Life-Dental-Clinic--
Kredit Gambar: Smile Life Dental Clinic

Smile Life Dental Clinic merupakan klinik kos rendah yang menyediakan Invisalign, veneer dan implan. Veneer porselin mereka adalah “kerang” nipis yang dibuat khas dan disimen pada permukaan hadapan gigi anda. Veneer Komposit, dengan Rawatan Painless Laser Gum dan 6 Unit Atas memberikan penampilan gigi yang penuh dan cantik untuk individu yang mempunyai jarak gigi yang pendek dan ‘gummy teeth’. Mereka juga akan menyemak rawatan yang terbaik untuk anda, cara prosedur itu berfungsi, dan kosnya. Mereka akan menjalankan rawatan susulan selepas anda mendapatkan perkhidmatan pergigian mereka.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)

AlamatA12, Ground Floor Jalan SS15/4D Subang Jaya, 47500 Subang, Selangor 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/smilelifedentalclinic/ 

Instagram: https://www.instagram.com/smilelifedentalclinic/?hl=en 

semak laman web di sini

2. Lau Dental Clinic & Surgery (Sri Petaling) 

Lau-Dental-Clinic-Surgery-Sri-Petaling--
Kredit Gambar: Lau Dental Clinic & Surgery Sri Petaling – Invisalign Provider
Lau-Dental-Clinic-Surgery-Sri-Petaling--
Kredit Gambar: Lau Dental Clinic & Surgery Sri Petaling – Invisalign Provider

Lau Dental Clinic & Surgery (Sri Petaling) menawarkan semua jenis perkhidmatan pergigian, seperti saluran akar, veneer, crowns & bridge, ortodontik (pendakap gigi), penjagaan periodontik (rawatan gusi), implan pergigian dan pergigian kosmetik. Mereka juga telah menjadi  Invisalign Diamond Provider sejak 2022.

Mereka menyediakan pelanggan setia mereka dengan penyelesaian pergigian yang lengkap di Kuala Lumpur. Doktor gigi dan pakar pelawat yang mahir akan menilai keperluan pergigian anda, memahami jangkaan anda dan merancang tindakan terbaik untuk memberikan hasil yang terbaik. Mereka mempunyai pendidikan yang baik dan bekerja keras untuk memberikan penjagaan pergigian yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 9:00 malam (Isnin, Rabu – Jumaat)
9:00 pagi – 6:00 petang (Selasa, Sabtu, Ahad)

Alamat75 & 65-1, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/laudental.sp 

Instagram: https://www.instagram.com/laudental.sp/ 

3. Icon Dental Kepong 

Icon-Dental-Kepong-
Kredit Gambar: Icon Dental Kepong
Icon-Dental-Kepong--
Kredit Gambar: Icon Dental Kepong

Icon Dental Kepong menawarkan penjagaan pergigian yang berkualiti tinggi dan bebas tekanan. Mereka berusaha untuk meningkatkan kesihatan mulut dan senyuman lebar pesakit mereka dengan menawarkan perkhidmatan pergigian kosmetik seperti Invisalign, veneer gigi, pemutihan gigi, pendakap gigi dan banyak lagi. Veneer mereka adalah cangkerang nipis yang digunakan terutamanya untuk memperbaiki bentuk gigi, mencerahkan warna gigi, menutup ruang pada enamel dan, dalam beberapa kes, menyelaraskan gigi.

Bahan yang paling biasa yang digunakan untuk veneer adalah seramik dan komposit. Selain memasang veneer, mereka juga menyediakan perkhidmatan menanggalkan, terutamanya veneer palsu bermasalah yang dilakukan di salun kecantikan. Dengan veneer mereka, anda akan mendapat penyelesaian yang tahan lama. Anda juga dapat mengunyah dan bercakap dengan lebih baik, selain memberikan penampilan dan fungsi yang lebih semula jadi pada gigi anda menerusi rawatan veneer mereka.

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 5:30 petang (Sabtu, Ahad)

AlamatSama baris dengan Public Bank, 71, Jalan Rimbunan Raya 1, Laman Rimbunan, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/icondentalkepong/ 

Instagram: https://www.instagram.com/icondentalkepong/ 

semak laman web di sini

4. Lumiere Dental Clinic Puncak Jalil

Lumiere-Dental-Clinic-Puncak-Jalil
Kredit Gambar: Lumiere Dental Clinic – Puncak Jalil
Lumiere-Dental-Clinic-Puncak-Jalil-
Kredit Gambar: Lumiere Dental Clinic – Puncak Jalil

Lumiere Dental Clinic Puncak Jalil percaya semua orang harus mengakses penjagaan kesihatan mulut yang berkualiti tinggi dan berpatutan. Doktor dan pasukan klinikal mereka mengutamakan penjagaan pesakit dan memastikan keselesaan setiap pesakit. Mereka menawarkan pergigian am, pemulihan pergigian, dan pergigian kosmetik. Pergigian kosmetik merujuk kepada pelbagai prosedur pergigian yang bertujuan untuk meningkatkan saiz, warna dan bentuk gigi anda.

Rawatan pergigian kosmetik mereka boleh merawat gigi bengkok, retak, berubah warna, bernoda, sumbing, hilang, haus dan bertindih. Ini adalah antara masalah pergigian estetik biasa dihdapai oleh pelanggan mereka. Selain itu, rawatan pergigian mereka terdiri daripada pendakap gigi, veneer, pemutihan gigi, dan tampalan putih.

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)

AlamatNo.114, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/lumieredentalpuncakjalil/ 

Instagram: https://www.instagram.com/lumieredentalpuncakjalil/?hl=en 

semak laman web di sini

5. Beverly Wilshire Dental Kuala Lumpur

Beverly-Wilshire-Dental-Kuala-Lumpur
Kredit Gambar: Beverly Wilshire Dental
Beverly-Wilshire-Dental-Kuala-Lumpur--
Kredit Gambar: Beverly Wilshire Dental

Beverly Wilshire Dental Kuala Lumpur menawarkan rawatan veneer seramik/ porselin, ‘zirconia crown’, ‘aligner’ jelas, Invisalign (Pembekal Platinum), pemutihan gigi dan banyak lagi. Keseluruhan prosedur mungkin memerlukan beberapa temu janji, daripada diagnosis awal sehinggalah kepada perancangan rawatan, penyediaan, dan ikatan. Dalam kebanyakan kes, beberapa struktur gigi akan dibuang untuk memberi ruang kepada veneer.

Selepas pemasangan, veneer akan menyerupai gigi asli. Secara amnya, mereka memerlukan 9 – 10 hari bekerja untuk menyelesaikan prosedur veneer seramik, dan anda perlu melawat klinik gigi  mereka sebanyak 3 – 5 kali. Mereka menyediakan perkhidmatan pergigian yang berpatutan serta pakej dan promosi pergigian yang menarik.

Waktu Operasi: 
9:30 pagi -5:30 petang (Isnin – Jumaat)
9:30 pagi -1:30 petang (Sabtu)

AlamatLevel 9, Kenanga Tower No, 237, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bwdentalclinic/ 

Instagram: https://www.instagram.com/beverlywilshiredental/?hl=en 

semak laman web di sini

6. Smile Avenue Dental Surgery Publika 

Smile-Avenue-Dental-Surgery-Publika-
Kredit Gambar: Smile Avenue Dental Surgery Publika, Solaris Dutamas.
Smile-Avenue-Dental-Surgery-Publika-
Kredit Gambar: Smile Avenue Dental Surgery Publika, Solaris Dutamas.

Smile Avenue Dental Surgery di Publika Shopping Gallery menyediakan perkhidmatan pergigian, termasuk pergigian am, pergigian kosmetik, pergigian implan dan rawatan estetik muka. Rawatan veneer mereka mempunyai beberapa pilihan untuk dipilih. Anda perlu memilih sama ada anda mahukan veneer gigi yang menggunakan bahan yang dipasang pada gigi anda, venir porselin yang sama warna dengan gigi anda, venir komposit yang merupakan bahan tampalan berwarna yang menutupi gigi anda, atau venir zirkonia yang tinggi kekuatan dan tahan terhadap risiko patah.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 6:00 petang (Selasa – Khamis)
10:00 pagi – 5:00 petang (Jumaat, Sabtu)

AlamatA4-UG1-6, Level UG1, Block A4, 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/SmileAvenueDentalSurgery/ 

Instagram: https://www.instagram.com/smileavenuedental/ 

semak laman web di sini

7. Sparkle Care Dental Clinic @ Desa Parkcity KL 

Sparkle-Care-Dental-Clinic-@-Desa-Parkcity-KL-
Kredit Gambar: Sparkle Care Dental Clinic
Sparkle-Care-Dental-Clinic-@-Desa-Parkcity-KL-
Kredit Gambar: Sparkle Care Dental Clinic

Sparkle Care Dental Clinic merupakan sebuah klinik pergigian kejiranan yang mesra. Klinik ini terletak di persekitaran yang subur di Desa Parkcity. Keghairahan mereka adalah untuk mempromosikan kesihatan pergigian bagi meningkatkan harga diri, kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan mental anda. Mereka menawarkan pendakap gigi, pembaikan pergigian dan pemulihan, pergigian kosmetik dan estetik, pergigian pediatrik, rutin penjagaan dan pencegahan pergigian, penyakit gusi, dan pembedahan pergigian.

Veneer yang mereka tawarkan termasuklah gigi, porselin, komposit, dan veneer zirkonia. Mereka juga mempunyai akses orang kurang upaya, ruang menunggu/ ruang istirahat, taska kanak-kanak (berdekatan), restoran/ kafeteria (berdekatan), surau dan wifi.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin, Rabu – Ahad)

AlamatBlock Bellamy, Level 1, Unit B-1-3, Plaza Arkadia, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/sparklecaredental/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sparklecaredental/ 

semak laman web di sini

8. KL Dental Kiara 163 

KL-Dental-Kiara--
Kredit Gambar: KL Dental Kiara
KL-Dental-Kiara--
Kredit Gambar: KL Dental Kiara

KL Dental Kiara 163 telah ditubuhkan pada tahun 2013 serta merupakan klinik pergigian yang berpengalaman dan inovatif yang telah mempelopori konsep pergigian dan estetika sepenuhnya. Jika anda mahukan rawatan veneer, mereka akan menilai keadaan gigi anda terlebih dahulu. Kemudiaanya, mereka anda menyediakan barisan gigi yang terlibat dan akan mengambil contoh gigitan gigi anda untuk proses rawatan tersebut.

Kakitangan mereka yang mahir akan menghantar hasil analisis ke makmal mereka untuk fabrikasi veneer yang lengkap. Apabila veneer anda selesai, ia akan dipasang pada gigi anda. Mereka akan menilai kesesuaian dan estetik mereka sebelum menyemen veneer secara kekal pada gigi anda. Veneer porselin, veneer komposit langsung dan veneer pasang siap juga tersedia di sini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

AlamatLot 2F, 10A, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/kldentalkiara163/ 

Instagram: https://www.instagram.com/icaredentalkiara/ 

semak laman web di sini

9. Uptown Dental Surgery

Uptown-Dental-Surgery
Kredit Gambar: Uptown Dental Surgery
Uptown-Dental-Surgery-
Kredit Gambar: Uptown Dental Surgery

Uptown Dental Surgery telah menyediakan penjagaan pergigian yang luar biasa kepada pelanggannya sejak 2001. Di bawah satu bumbung, mereka melakukan prosedur rekonstruktif, kosmetik dan implan pergigian. Mereka menawarkan veneer porselin untuk rawatan veneer. Porselin gigi adalah keras dan lut sinar, sama seperti enamel gigi semula jadi.

Walau bagaimanapun, ia tidak mudah kotor seperti enamel gigi anda. Jika perlu, sebahagian kecil enamel pada gigi anda akan disingkirkan selepas anda bersetujuan pada pelan yang mereka sarankan. Semasa veneer kekal anda sedang dibuat, makmal pergigian yang bertauliah akan menggunakan acuan gigi anda untuk mencipta set veneer sementara untuk anda pakai. Apabila veneer tersebut siap dari makmal, ia akan dipasang pada gigi anda.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 3:00 petang (Sabtu)

Alamat37G & 37A, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/uptowndental.com.my/ 

semak laman web di sini

10. Smileline Dental Care Ara Damansara 

Smileline-Dental-Care-Ara-Damansara-
Kredit Gambar: Smileline Dental Care
Smileline-Dental-Care-Ara-Damansara-
Kredit Gambar: Smileline Dental Care

Pacific Place Commercial Centre di Ara Damansara merupakan lokasi Smileline Dental Care yang menawarkan persekitaran yang mesra dan santai di mana doktor gigi mereka akan menyediakan penjagaan mulut berkualiti tinggi kepada pelanggan sambil memenuhi keperluan mereka. Mereka berada di sini untuk membantu dalam meningkatkan daya tarikan senyuman dan tahap keyakinan anda. 

Tawaran rawatan mereka termasuklah X-ray pergigian, penskalaan, penggilap, pengekstrakan, pendakap, ‘aligner’, Invisalign, veneer, pemutihan gigi dan banyak lagi. Mereka menawarkan veneer porselin, iaitu lapisan nipis bahan yang dipasang pada permukaan gigi untuk mengubah bentuk dan warnanya. Veneer komposit juga boleh didapati di sini.

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 7:00 petang (Isnin – Khamis, Sabtu)

Alamat1-3A, Pacific Place Commercial Centre, Block J, Jalan PJU 1a/4, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/smilelinedentalcarepj/  

Instagram: https://www.instagram.com/smileline_dentalcarepj/

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close