8 Krim Tangan Terbaik di Malaysia 2025

Mempunyai kulit tangan yang kering dan mengelupas adalah perkara biasa terutamanya dengan peningkatan penggunaan pembersih tangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini kerana kekerapan mencuci tangan dengan pembersih yang mengandungi alkohol akan menyerap kelembapan kulit dan menjadikan kulit semakin kering. Sudah tentu keadaan seperti itu akan menimbulkan ketidakselesaan kepada anda.

Namun, jangan risau kerana penggunaan krim dan losyen tangan yang sesuai sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan masalah kulit tangan yang kering. Ingin tahu krim atau losyen tangan apa yang terbaik untuk kulit anda di Malaysia? Di sini kami telah menyenaraikan 8 krim tangan terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bolehkah kita menggunakan losyen badan pada tangan?

Losyen badan berfungsi untuk melembapkan badan. Walaupun tangan adalah sebahagian daripada badan, namun anda tidak digalakkan untuk menggunakan losyen badan pada tangan anda kerana krim tangan dirumus dengan bahan yang berbeza daripada losyen badan. 

Adakah krim tangan perlu dipakai dengan kerap?

Tiada peraturan yang ditetapkan mengenai kekerapan untuk memakai krim tangan, jadi ia bergantung pada bila-bila masa yang anda mahu. Anda boleh memakai krim tangan anda selepas mencuci tangan atau apabila anda merasakan tangan anda kering. 

8 Krim Tangan Terbaik di Malaysia 2025

1. Neutrogena Hand Cream

Neutrogena Hand Cream
Kredit Gambar: Shopee

Lindungi tangan dan kuku anda dengan krim tangan daripada Neutrogena Hand Cream. Krim ini diformulasikan dengan 99% gliserin yang terbukti secara klinikal dapat memberikan kelembapan berpanjangan pada tangan anda. Krim tangan ini membantu menyembuhkan masalah kulit tangan kering dan pecah dalam masa yang singkat. Penggunaan secara konsisten dapat membantu dan memperbaiki masalah kulit anda.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, Gliserin, Alkohol Cetearyl, Asid Stearik, Sodium Cetearyl Sulphate, Methylparaben, Propylparaben, Dilauryl Thiodipropionate, Sodium Sulphate
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 56ml

Kelebihan:

Melembapkan tangan yang kering dan pecah
Mengekalkan rasa lembut di tangan

Harga: RM14.30

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. The Body Shop British Rose Petal Soft Hand Cream

The Body Shop British Rose Petal Soft Hand Cream
Kredit Gambar: Shopee

Anda ingin mencuba krim tangan namun kulit anda jenis sensitif? Body Shop British Rose Petal Soft Hand Cream merupakan krim tangan terbaik untuk anda. Ia diperkaya dengan ramuan pati bunga ros British yang dipetik segar agar dapat melindungi kulit anda daripada kering dan kasar. Selain itu, krim tangan ini juga telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk digunakan bagi penghidap hypoalergik.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua/​Water/​​Eau, C12-15 Alkyl Benzoate, Parfum/​Pewangi, Betaine, Glycerin, Polysorbate 60, Benzyl Alcohol, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Phenoxyethanol, Butyrospermum ParkBuispermum ParkBuityrospermum (Shea) Mentega, Akrilat/​C10-30 Alkyl Akrilat Crosspolymer, Minyak Biji Bertholletia Excelsa, Minyak Biji Sclerocarya Birrea, Natrium Hidroksida, Benzyl Salicylate, Limonene, Disodium EDTA, Citronellol, Geraniol, PEG-30 Dipolyhydroxystearate, Roses Ekstrak, Linalool, Alpha-Isomethyl Ionone, Citric Acid, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Ci 14700/​Red 4, Ci 19140/​Kuning5
  • Negara Pengeluar: United Kingdom
  • Saiz: 30ml

Kelebihan:

Diuji secara dermatologi
Tidak berminyak
Cepat meresap

Harga: RM25.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Naturals By Watsons Olive Hand Cream

Naturals By Watsons Olive Hand Cream
Kredit Gambar: Watsons

Naturals By Watsons Olive Hand Cream menawarkan formula yang melembapkan dan memperbaiki kulit yang sangat kering, gatal, kasar, dan mengelupas. Krim ini merupakan antara krim tangan terbaik yang menjadi pilihan pengguna kerana teksturnya yang ringan, tidak melekit dan mudah meresap apabila dipakai pada tangan.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua, Caprylic/ Capric Triglyceride, Isopropyl Myristate, Cetyl Alcohol, Gliserin, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Phenoxyethanol, Parfum Chlorphenesin, Triethanolamine, Acrylates 30C10, Acrylates/Alpoxyl. ) Mentega, Disodium EDTA Crambe Abyssinica (Abyssinian) Minyak Biji, Olea Europaea (Olive) Minyak Buah*, Tocopheryl Acetate, Vitis Vinifera (Anggur) Minyak Biji*, Asid Sitrik Lavandula Angustifolia (Lavender) Minyak, Olea Europaea (Olive) Ekstrak Buah *, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Linalool, Benzyl Salicylate, Hexyl Cinnamal, Hydroxycitronellal, D-Limonene, Citronellol, Citral *bahan-bahan daripada pertanian organik yang disahkan
  • Negara Pengeluar: Hong Kong
  • Saiz: 30ml

Kelebihan:

Melembapkan
Tidak mengelupas
Menyembuhkan kulit kering

Harga: RM10.96

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. GrandPawPaw Paw Paw Hand Cream

GrandPawPaw Paw Paw Hand Cream
Kredit Gambar: Shopee

GrandPawPaw Paw Paw Hand Cream diformulasikan dengan bahan bebas paraben dan SLS menjadikannya selamat digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Krim tangan ini memberikan kelembapan intensif pada kulit sambil melegakan tangan daripada sebarang kerengsaan. Krim tangan ini juga mengandungi ekstrak buah betik yang melindungi kulit anda daripada kering.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Ekstrak betik, Madu Manuka 20+, Lanolin, Vitamin E
  • Negara Pengeluar: Australia
  • Saiz: 75ml

Kelebihan:

Bebas daripada paraben dan SLS
Kelembapan intensif
Menenangkan

Harga: RM25.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. L’Occitane Shea Butter Intensive Hand Balm

LOccitane Shea Butter Intensive Hand Balm
Kredit Gambar: Shopee

L’Occitane Shea Butter Intensive Hand Balm ialah krim yang diformulasikan dengan kepekatan shea butter, madu dan ekstrak badam dan dicampur dengan kadar antioksidan yang tinggi sekaligus dapat membantu melembapkan kulit tangan anda sepanjang hari. Mungkin krim tangan ini agak mahal, namun ia mampu bertahan dalam jangka masa yang lama. Krim ini juga tidak meninggalkan sisa berminyak dan sangat mudah untuk disapu pada tangan.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua/air, Butyrospermum Parkii (shea) Mentega, Gliserin, Cococaprylate/ Caprate, Kanji Tapioca, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Peg-100 Stearate, Hydroxyethyl Acrylate/sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer (Copolymer Coconut Nutrisidium, Coconut Nutrition) ) Minyak, Minyak Biji Helianthus Annuus (bunga matahari), Caprylyl Glycol, Allantoin, Ceteareth-33, Sorbitan Isostearate, Xanthan Gum, Disodium Edta, Polysorbate 60, Citric Acid, Chlorphenesin, Tocopherol, Parfum/wangian, Linalool, Coumarin, Alpha -isomethyl Ionone, Limonene, Geraniol
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 150ml

Kelebihan:

Tidak berminyak
Sangat berkhasiat
Melembapkan

Harga: RM143.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Kiehl’s Ultimate Strength Hand Salve

Kiehls Ultimate Strength Hand Salve
Kredit Gambar: Kiehl’s

Kiehl’s Ultimate Strength Hand Salve dirumus khas untuk mereka yang mempunyai kulit tangan yang kering dan mengelupas ekoran krim tangan ini mempunyai konsistensi yang pekat bagi meningkatkan tahap kelembapan dan memberikan kelegaan segera daripada gejala kulit kering. Krim tangan ini juga memberi perlindungan semula jadi untuk mencegah kehilangan kelembapan pada tangan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua/​Air, Gliserin, Kaprilik/​Kaprik/​Stearik Trigliserida, Butilena Glikol, Aluminium Starch Octenylsuccinate, Hydrogenated Stearyl Olive Oil Ester, Butyrospermum Parkii, Cetearyl Alcohol, PEG-75 Cetyl Stearate, Glycoholly Bis-Diglyceryl Polyacyladipate-2, Sesamum Indicum/​Minyak Bijan, Squalane, Dimethicone, Ceteth-20, Phenoxyethanol, Persea Gratissima/​Minyak Avocado, Steareth-20, Ceteareth-20, Methylparaben, Sodium Dehydroacetate, PPG-Acetate 5-Ceteth-20, Eucalyptus Globulus, Minyak Daun Eucalyptus Globulus, Allantoin, Disodium EDTA, Aloe Barbadensis/​Aloe Barbadensis Jus Daun
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 75ml, 150ml

Kelebihan:

Memberi perlindungan
Menghalang kehilangan lembapan
Memperbaiki penampilan tangan

Harga: RM25.00 – RM97.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Yves Rocher Ultra-Nourishing Hand Cream

Yves Rocher Ultra Nourishing Hand Cream
Kredit Gambar: Shopee

Krim tangan ini tidak meninggalkan sisa berminyak dan memberikan anda keselesaan selepas memakainya. Ia membantu dalam memberikan kelembapan yang berpanjangan serta melembutkan tangan anda. Penggunaan krim ini juga disyorkan bagi anda yang memiliki kulit tangan yang kasar, kering dan sensitif.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua/​Air/​Eau, Methylpropanediol, Gliserin, Brassica Campestris (Rapeseed) Minyak Biji, Cetearyl Alcohol, Coco-Caprylate/​Caprate, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Caprylic/​Capric Glyceryl Sterideride Stearyl Alcohol, Stearic Acid, Ceteareth-33, Carbomer, Ethylhexylglycerin, Parfum/​Wanuman, Potassium Hydroxide, Alcohol, Allantoin, Salicylic Acid, Sorbic Acid, Tocopheryl Acetate, Xanthan Gum, Maltodextrin, Tetrasodium Flower Extract Linalool, Ekstrak Bunga Arnica Chamissonis, Tocopherol, Ci 15985 (Kuning 6)
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 75ml

Kelebihan:

Wangi flora
Bebas silikon
Tidak meninggalkan sisa

Harga: RM39.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. CeraVe Reparative Hand Cream

CeraVe Reparative Hand Cream
Kredit Gambar: Shopee

Krim Tangan CeraVe Reparative melindungi kulit daripada kerengsaan yang menyebabkan ketidakselesaan pada tangan. Krim tangan ini adalah non-comedogenic yang bermaksud ia tidak akan menyumbat pori-pori yang berada di tangan anda. Krim tangan ini membantu menyembuhkan kulit merekah kerana ia menggunakan formula ceramide penting (1, 3, 6-II) yang membantu memulihkan dan mengekalkan pelindung semula jadi pada kulit.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua, Gliserin, Urea, Dibutyl Adipate, Glyceryl Stearate, Stearyl Alcohol, Dicaprylyl Ether, Cetearyl Alcohol, Sodium Lactate, Tapioca Starch, Glyceryl Stearate SE, Ceramide NP, Lactic Acid, Arginine Hcl, Sodium PCA, Cholesterol Minyak Biji Annuus, Alanine, Carnitine, Glycine, Sodium Chloride, Dimethicone, Xanthan Gum, Sodium Cetearyl Sulphate, Decylene Glycol, Phenoxyethanol, Pentylene Glycol
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 50ml, 100ml

Kelebihan:

Melindungi kulit daripada kerengsaan
Non-comedogenic
Menyembuhkan kulit merekah

Harga: RM55.80 – RM78.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close