8 Lampu Dinding Terbaik di Malaysia 2023

Pada masa kini, kejadian pecah rumah sering kita dengari dan ia biasanya berlaku di tempat atau rumah yang gelap. Oleh itu, kita perlulah mencari inisiatif untuk mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku. Penggunaan lampu dinding mungkin boleh menjadi penyelesaian kepada masalah tersebut! 

Lampu dinding merupakan item yang sangat praktikal dan mudah untuk dipasang serta dapat menjimatkan tenaga elektrik anda. Walaupun ia bersaiz kecil, ia masih mampu menerangi sebahagian besar kawasan rumah anda. Berikut adalah 8 lampu dinding terbaik di Malaysia. 

3 Tips Memilih Lampu Dinding:

  1. Anda tidak disarankan untuk memilih lampu dengan lekapan terbuka dan mentol terdedah kerana ia akan menonjolkan rupa seakan tidak siap. 
  1. Suhu warna dan CRI juga merupakan perkara penting yang perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, kebanyakan orang lebih gemar dengan suhu cahaya 2700 – 3000 K kerana suhu warnanya selesa untuk mata dan menarik.
  1. Jika anda memilih lekapan LED, anda haruslah memastikan pencahayaan di rumah anda mencukupi untuk menonjolkan ruangan anda. 

8 Lampu Dinding Terbaik di Malaysia 2023

1. Mini LED Night Light Auto Sensor Control Bedroom Wall Light

Mini LED Night Light Auto Sensor Control Bedroom Wall Lamp
Kredit gambar: Shopee Singapore

Lampu ini dilengkapi dengan sistem sensor automatik, di mana lampu akan menyala pada waktu malam dan padam secara automatik sebaik sahaja matahari naik. Tahap kecerahannya berbeza mengikut cahaya persekitaran bilik. Ia sesuai digunakan untuk bilik tidur, ruang tamu dan ruang tangga. Lampu ini didatangkan dalam 1 warna sahaja iaitu putih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Putih
  • Kuasa: 0.5 W
  • Voltan: 220 V
  • Saiz: 65 mm x 50 mm x 65 mm (Anggaran)

Kelebihan:

Mempunyai sensor cahaya automatik
Sudut pancaran 360 darjah
Padat dan ringan

Harga: RM3.76

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Retro Vintage Wall Light

Retro Vintage Wall Light
Kredit gambar: Shopee

Lampu dinding ini didatangkan dalam reka bentuk retro dan vintaj. Ia sesuai dijadikan sebagai hiasan di rumah, bar, kafe dan hotel. Selain itu, anda juga boleh menggunakannya untuk pencahayaan dalaman. Ia juga diperbuat daripada logam yang menjadikannya tahan karat dan tahan lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Watt Setiap Mentol:  60 W (maksimum)
  • Saiz: 220 mm x 190 mm

Kelebihan:

Sudut boleh laras sehingga 180 darjah
Reka bentuk halus dan moden

Harga: RM36.80 – RM78.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. GLOBAL PRO 18W / 24W Ellipse / Round Super Bright LED OVAL Bulkhead Wall Light

GLOBAL PRO W W Ellipse Round Super Bright LED OVAL Bulkhead Wall Lamp
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari lampu untuk menaikkan lagi seri rumah anda, maka lampu ini sangat sesuai untuk anda. Ia didatangkan dalam reka bentuk yang moden serta cahaya yang terang sekali gus membuatkannya mudah untuk dipadankan dengan pelbagai konsep rumah seperti moden kontemporari, minimalis, putih bersih, bohemian mahupun industrial ‘loft’. Lampu ini juga sesuai digunakan pada ruangan dengan siling yang rendah.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP
  • Suhu Warna: 6500 K
  • Kuasa: 18 W/ 24 W

Kelebihan:

Praktikal
Cip LED berprestasi tinggi
Sudut boleh laras sehingga 100 darjah
Kalis air

Harga: RM16.00 – RM18.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. KKM Outdoor Wall Light

KKM Outdoor Wall Lamp
Kredit gambar: Shopee

Lampu ini dilengkapi teknologi solar serta mempunyai kadar ‘conversion’ yang tinggi. Hal ini membolehkannya digunakan tanpa sebarang kuasa elektrik. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam bentuk mudah alih yang membolehkan anda mengubah suai kawasan pencahayaan berdasarkan keperluan anda. Lampu ini sesuai digunakan di pagar rumah, taman dan kawasan belakang rumah.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS + PC + Polisilicon
  • Panel solar: 5.5 V/ 0.55 W
  • Saiz: 12 cm x 12.5 cm x 19 cm

Kelebihan:

Teknologi solar
Sudut boleh laras sehingga 120 darjah
74 Lampu LED
Sensor pergerakan

Harga: RM39.31 – RM42.59

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Modern Wall Sconce Wall Light

Modern Wall Sconce Wall Lamp
Kredit gambar: Shopee

Lampu ini mempunyai reka bentuk yang menarik serta disaluti dengan kemasan warna emas. Hal ini menjadikannya pilihan lampu terbaik untuk anda yang inginkan sentuhan kemewahan di ruangan peribadi anda. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai lampu dinding di bilik tidur, ruang tamu, koridor, kafe ataupun pejabat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, kaca
  • Voltan: 110 V – 250 V
  • Saiz: 13 cm x 23 cm

Kelebihan:

Reka bentuk moden
Terang dan Cantik
Kuasa ‘Watt’ lebih besar
Suis tombol

Harga: RM46.57

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. HZ Solar-Powered Mosquito Killer Wall Light

HZ Solar Powered Mosquito Killer Wall Lamp
Kredit gambar: Lazada

Lampu ini dikuasakan oleh kuasa solar yang berfungsi secara automatik pada waktu malam dan dimatikan pada waktu pagi tanpa memerlukan kaedah manual. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan teknologi terkini yang mampu membasmi serangga kecil seperti nyamuk. Ia didatangkan dalam 1 warna dan saiz sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Warna: Hitam
  • Berat: 200 g
  • Saiz: 18 cm x 14 cm

Kelebihan:

Membasmi nyamuk
Praktikal
Berkualiti tinggi

Harga: RM19.59

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. 3W/6W Led Acrylic Wall Light

W W Led Acrylic Wall Lamp
Kredit gambar: Joom

Lampu ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan sesuai digunakan untuk ruang makan, ruang tamu, restoran, bar dan kedai kopi. Selain penampilannya yang menarik, lampu ini dapat memberikan anda suasana yang santai dan mewah. Cahaya yang dihasilkan oleh lampu ini juga tidak terlalu terang, jadi ia tidak akan membuatkan anda silau. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium, Akrilik
  • Voltan: 85 – 265 V
  • Warna: Pelbagai warna
  • Saiz: 14 cm x 6 cm, 22 cm x 11 cm, 29 cm x 11 cm

Kelebihan:

Pencahayaan tahap sederhana
Gaya Nordic
Saiz sederhana
Mudah alih
Mudah untuk dipasang

Harga: RM21.00 – RM38.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. Portable LED Wall Light

Portable LED Wall Lamp
Kredit gambar: Shopee

Lampu ini menggunakan teknologi pengesan inframerah yang akan berfungsi secara automatik apabila ia mengesan haba badan manusia. Ia juga didatangkan dengan ciri penjimatan tenaga dan kuasa, jadi anda tidak perlu risau mengenai bil elektrik anda. Selain itu, lampu ini diperbuat daripada plastik yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Putih
  • Saiz: 90 mm x 75 mm x 30 mm

Kelebihan:

Gaya Eropah dan Amerika
Cahaya terang + mod ‘night sensing’
Tidak mengandungi bateri

Harga: RM12.39

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close