Kredit Gambar: Shopee
Lampu lantai biasanya merupakan salah satu perabot yang tidak patut diabaikan keperluannya. Lampu lantai yang cantik boleh mengubah hiasan dan suasana bilik. Walaupun ia biasanya diletakkan di sudut bilik atau di sebelah kerusi, perabot ini masih boleh menceriakan bilik dengan cara mereka sendiri.
Dengan pelbagai jenis dan saiz lampu lantai yang terdapat di pasaran, anda mungkin berasa sukar untuk mencari lampu lantai yang anda suka. Berikut ialah 8 lampu lantai terbaik di Malaysia pada tahun 2023 untuk anda pilih.
Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Lampu Lantai:
Terdapat pelbagai jenis lampu lantai di pasaran, jadi anda mungkin sukar untuk memilih yang sesuai dengan anda. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli lampu lantai:
- Saiz
Walaupun semua lampu lantai tinggi, ia terdapat dalam saiz yang berbeza. Jadi, anda perlu memilih lampu lantai yang ketinggiannya bersesuaian untuk rumah anda.
- Reka Bentuk
Ada sesetengah orang yang suka akan reka bentuk industri dan moden. Malah, anda juga yang suka akan reka bentuk mewah dan elegan. Semuanya bergantung kepada anda untuk memilih reka bentuk lampu lantai yang sesuai agar berpadanan dengan dekorasi rumah.
- Cahaya
Ada yang suka cahaya hangat, manakala ada yang lebih suka cahaya putih. Bahkan, ada juga yang menggemari lampu RGB berwarna-warni! Pilihlah lampu lantai yang sesuai dengan tetapan bilik anda dan jadikan suasana bilik anda ceria.
Dengan mengambil kira faktor di atas sebelum membuat pembelian, anda akan mendapat pengalaman beli-belah yang lebih bijak dan tepat. Lampu lantai yang hebat boleh menjadikan sesebuah ruang lebih menarik dan hangat. Jadi, kami berharap anda boleh mendapatkan lampu lantai yang sempurna!
8 Lampu Lantai Terbaik di Malaysia 2023
1. SIV Modern Nordic Style LED Floor Lamp
SIV Modern Nordic Style LED Floor Lamp menampilkan reka bentuk minimalis namun bergaya. Lampu ini berjaya menjadi kegemaran ramai. Dengan lebih 2.5 k dijual di Shopee, ramai yang menggemari reka bentuk dan tapaknya yang kecil. Anda boleh meletak lampu lantai ini di mana-mana sudut dalam mana-mana bilik pilihan anda untuk menceriakan bilik tersebut sekali gus mencipta suasana yang mesra !
Spesifikasi:
- Bahan: Logam
- Voltan: 85 – 265 V
- Warna: Perak, hitam
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅Reka bentuk minimalis
✅Tapak kecil
Harga: RM49.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. RGB Floor Lamp
‘Gamers’ dan pencinta RGB, anda boleh tetapkan nada bilik ada secepatnya dengan lampu lantai RGB ini. Ia datang dengan 358 efek pencahayaan secara keseluruhannya. Selain itu, lampu ini juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh yang boleh anda navigasikan dengan mudah. Reka bentuknya yang anggun dan seperti kayu membolehkan anda menyembunyikannya di sebalik rak buku atau menggabungkannya ke dalam dinding dengan mudah.
Spesifikasi:
- Bahan: Aluminium, besi
- Saiz: 142 cm
- Voltan: 90 – 260 V
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅Reka bentuk yang anggun dan halus
✅Sehingga 358 efek pencahayaan
✅Kawalan jauh
Harga: RM82.88 – RM135.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. IKEA Multipurpose Floor Lamp
Mengapa perlu pilih satu lampu sedangkan anda boleh miliki dua lampu lantai? IKEA Multipurpose Floor Lamp ini mempunyai kepala lampu utama dan satu kepala lampu ringan yang bersaiz kecil. Anda boleh memancarkan kedua-dua lampu ke arah dan kawasan yang berbeza! Anda tidak perlu risau lagi tentang cahaya lampu yang malap ketika menerangi bilik anda. Dengan lampu lantai ini, bilik anda menjadi lebih terang dan selesa!
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅Berbilang kepala lampu
✅Reka bentuk yang unik
Harga: RM80.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Floor Lamp Heavy Metal Based Architect Swing Arm Standing Lamp
Lampu lantai ini mempunyai ‘vibe’ industri dan moden dengan kepala lampu berasaskan logam berat. Ia mempunyai leher yang fleksibel supaya anda boleh mengubahnya ke mana-mana arah yang anda suka. Selain itu, ia juga mempunyai tapak besi yang stabil dan sentiasa menyokong lampu ini. Tudung lampu pula dilengkapi dengan pengoksidaan dan rintangan kakisan jadi anda tidak perlu risau tentang masalah karat lagi.
Spesifikasi:
- Bahan: Besi Tempa Bersalut, Kayu
- Saiz: 150 cm
- Voltan: 220 V
- Warna: Hitam, putih
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅Tapak lebar
✅Anti pengoksidaan dan kakisan
Harga: RM49.90 (Putih) | RM59.90 (Hitam)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Nordic Viral Floor Lamp
Nordic Viral Floor Lamp ini memberikan rupa yang lebih klasik dan elegan yang pasti akan menceriakan mana-mana bilik atau ruangan anda. Ia mempunyai tiang loyang yang dlilengkapi dengan kertas dan kain seperti alas lampu yang melembutkan pandangan mata. Jika anda suka akan lampu lantai gaya klasik dan elegan, maka inilah lampu lantai yang sesuai untuk anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Loyang
- Saiz: 147 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅Reka bentuk klasik
✅Binaan tahan lama
Harga: RM49.90 – RM105.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Modern Arc Floor Lamp
Lampu arka ini mempunyai reka bentuk tradisional dengan asas logam ringkas. Ini menjadikannya hiasan bergaya yang elegan dan boleh disesuaikan pada mana-mana bilik. Selain itu, ia boleh meningkatkan suasana ceria dalam bilik anda. Lampu lantai ini didatangkan dalam warna putih dan hitam untuk memenuhi keinginan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Besi, FabriK
- Saiz: 155 – 185 cm
- Voltan: 110 – 220 V
- Warna: Hitam, putih
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅’Stand’ boleh dipanjangkan
✅Reka bentuk melengkung
Harga: RM123.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. OM Creative Floor Lamp
Jika anda lebih suka perabot minimalis, maka LOM Creative Floor Lamp ini pastinya sesuai untuk anda! Ia tidak mempunyai kepala lampu yang jelas. Ia terdiri daripada tongkat dan tapak. Kalau anda hendak tahu, tongkat itulah lampunya. Anda boleh meletakkannya di mana-mana sudut bilik anda. Cahaya lampu yang terpancar daripada lampu lantai ini boleh menerangi bilik anda sejauh 30 meter. Hebat, bukan!
Spesifikasi:
- Saiz: 50 cm, 140 cm
- Voltan: 220 V
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅Reka bentuk yang minimalis dan unik
✅Jarak terang yang luas
Harga: RM68.90(50 cm) | RM108.90(140 cm)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. LED Floor Lamp Stand with Flexible Swing
LED Floor Lamp ini dilengkapi dengan reka bentuk lampu meja yang unik, sekali gus ia memberikan rupa moden industri. Badannya juga boleh dipanjangkan dan boleh dilaras, terutamanya pada lehernya lampu ini! Anda boleh letakkan lampu lantai ini di mana-mana dalam bilik anda agar ia dapat terangi bilik sepertimana yang dimahukan.
Spesifikasi:
- Bahan: Logam
- Saiz: 185 cm
- Voltan: 220 V
- Warna: Perak, hitam, putih
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅Reka bentuk yang unik
✅Leher lampu yang fleksibel
Harga: RM48.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.