Jika sebelum ini anda pernah menginap di khemah, anda pasti mengetahui betapa pentingnya lampu perkhemahan. Lampu ini membantu anda menerangi kawasan khemah anda selepas matahari terbenam. Walaupun terdapat lampu perkhemahan berkuasa solar namun ia masih tidak dapat memenuhi keperluan perkhemahan sepenuhnya kerana ia mempunyai masa penggunaan yang singkat.
Lampu perkhemahan yang baik haruslah mempunyai pencahayaan yang terang serta mempunyai jangka hayat bateri yang tahan lama bagi membolehkan anda menggunakannya tanpa perlu kerap menukar bateri atau mengecas lampu. Berikut adalah 9 lampu perkhemahan terbaik di Malaysia.
Apa yang perlu dipertimbangkan semasa memilih lampu perkhemahan?
Memilih lampu perkhemahan boleh menjadi sukar ekoran terdapat pelbagai pilihan dan jenama di pasaran. Oleh itu, anda perlu mengambil kira aspek harga, hayat bateri dan ciri mudah alih sebelum membelinya.
- Harga
Memandangkan lampu perkhemahan adalah keperluan yang sangat penting semasa berkhemah, anda haruslah memilih lampu yang berkualiti tinggi. Namun, kebanyakan lampu yang berkualiti didatangkan dalam harga yang agak mahal. Oleh itu, anda disarankan untuk menetapkan jumlah bajet yang anda ingin belanjakan bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
- Hayat bateri
Lampu perkhemahan yang baik haruslah mempunyai hayat bateri yang tahan lama bagi membolehkannya digunakan sepanjang malam. Lampu perkhemahan dengan salur kuasa yang boleh dicas semula adalah pilihan yang terbaik.
- Mudah Alih
Anda juga disyorkan untuk memilih lampu dengan ciri mudah alih bagi memudahkan anda untuk membawanya ketika berkhemah.
9 Lampu Perkhemahan Terbaik di Malaysia 2023
1. Kodak LED Flashlight Lantern 400

Kodak LED Flashlight Lantern 400 ini mempunyai sudut pencahayaan 360 darjah dengan 400 lumen cahaya mampu menerangi malam anda sepanjang hari. Lampu perkhemahan ini didatangkan dengan ciri mudah alih dan ringan sekali gus memudahkan anda membawa ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, ia juga tidak akan mudah rosak walaupun terjatuh atau ditendang ekoran reka bentuknya yang kukuh.
Spesifikasi:
- Bahan: ABS
- Warna: Hitam
- Lampu LED: 400 Lumen
- Berat: 229.5 g +/- 5% (tanpa bateri)
- Bateri: 3 x AA
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: 125 mm x 135 mm x 85mm
Kelebihan:
✅ Sudut pencahayaan 360 darjah
✅ Mudah alih
✅ Tidak mudah rosak
Harga: RM28.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Decathlon Camping Lamp (100 Lumens) – Quechua

Decathlon Camping Lampu (100 Lumens) – Quechua ialah lampu perkhemahan yang didatangkan dengan pemegang bertali bagi membolehkan anda memakainya pada bahu anda. Hal ini sekali gus memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Anda tidak perlu risau jika lampu terkena hujan atau air kerana ia dilengkapi dengan ciri kalis air. Lampu perkhemahan ini mempunyai 3 mod kuasa yang boleh anda laraskan mengikut kehendak anda.
Spesifikasi:
- Warna: Merah, Biru
- Berat: 240 g
- Kuasa: 20 lumen (merah) -50 lumen -100 lumen
- Bateri: 4 bateri (LR6 AA)
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: 12 cm (T) x 8 cm (D)
Kelebihan:
✅ Pemegang bertali
✅ Kalis air
✅ 3 mod kuasa
Harga: RM49.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Naturehike Bubble Lamp NH21ZM002

Naturehike Bubble Lamp NH21ZM002 ini merupakan antara lampu perkhemahan dengan jangka hayat bateri yang lama sekali gus membolehkan anda menggunakannya tanpa perlu menukar bateri dengan kerap. Lampu perkhemahan ini boleh digantung pada khemah anda untuk menerangi kawasan perkhemahan anda. Selain itu, ia juga didatangkan dengan ciri kalis air dan tahan lama.
Spesifikasi:
- Warna: Coklat
- Berat Lampu Jenis Bateri: 80 g/ 100 g (Bubble Lamp/ Milk Bubble Lamp)
- Berat Lampu Jenis Cas: 110 g/ 120 g (Bubble Lamp/ Milk Bubble Lamp)
- Bateri: 3 x Bateri Nombor 7 (Jenis cas: 1200 mAh)
- Jangka hayat: 24 jam (Jenis Bateri)/ 12 jam (Jenis Cas)
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 55 mm x 55 mm x 170 mm (Bubble Lamp) / 60 mm x 60 mm x 215 mm (Milk Bubble Lamp), 4 mm x 1050 mm (Pull Rope)
Kelebihan:
✅ Bateri tahan lama
✅ Kalis air
✅ Boleh digantung
Harga: RM35.28 – RM68.34
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Hyderson LED Camping Lantern

Hyderson LED Camping Lantern ialah lampu perkhemahan kalis air yang datang dengan 4 mod pencahayaan yang anda boleh laraskan berdasarkan keperluan anda. Lampu perkhemahan ini mempunyai pemegang di bahagian atas bagi memudahkan anda untuk membawa atau menggantungnya pada dahan pokok. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai tapak antigelincir dan serap hentakan.
Spesifikasi:
- Bahan: ABS/ PC
- Warna: Hijau Rumput
- Suhu: 3000 K – 6000 K
- Bekalan Kuasa: Boleh dicas semula 4400 mAh
- USB Input & Output: DC 5V 1A
- Pencahayaan: 1000 lm
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 9.8 cm x 9 cm x 18.5 cm
Kelebihan:
✅ Serap hentakan
✅ Tapak antigelincir
✅ 4 mod pencahayaan
Harga: RM68.00 – RM79.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Kerosene Oil Lantern Camping Lamp

Kerosene Oil Lantern Camping Lamp didatangkan dengan reka bentuk vintaj yang sesuai untuk mereka yang menggemari barangan vintaj atau anda yang gemar dengan lampu minyak tradisional. Lampu perkhemahan ini dilengkapi dengan sumbu lampu dan tangki minyak supaya anda boleh menyalakan lampu dengan mudah tanpa sebarang masalah. Lampu perkhemahan tradisional ini mempunyai penutup pelindung bagi mengelakkan berlaku sebarang kemalangan.
Spesifikasi:
- Bahan: Aluminium, Plastik ABS
- Warna: Hitam, Perak, Merah, Hijau
- Negara Pengeluar: Kanada
- Saiz: 25 cm x 15 cm x 12 cm
Kelebihan:
✅ Reka bentuk vintaj
✅ Mempunyai sumbu lampu dan tangki minyak
✅ Didatangkan dengan penutup pelindung
Harga: RM7.90 – RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Blackdog Atmosphere LED Light BD-LYD007

Blackdog Atmosphere LED Light BD-LYD007 merupakan lampu perkhemahan dengan efek cahaya lilin yang boleh mencipta suasana romantis dan damai. Lampu perkhemahan ini didatangkan dengan ciri ‘stepless dimming’ bagi membolehkan anda melaraskan tahap kecerahan lampu dengan mudah. Selain itu, ia juga mempunyai jangka hayat bateri yang tahan lama serta reka bentuk kalis air.
Spesifikasi:
- Warna: Hitam
- Berat: 294 g
- Kuasa: 5 W
- Tahap Kecerahan: 5 – 170 LM
- Bateri: Bateri litium 18650 – 2000 mAh
- Negara Pengeluar: Scotland
- Saiz: 164 mm x 110 mm x 101 mm
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Jangka hayat bateri tahan lama
✅ Ciri peredupan ‘stepless’
Harga: RM120.00 – RM180.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Nextool Outdoor Camping Lamp

Nextool Outdoor Camping Lamp ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti tinggi yang membolehkan anda menggunakan lampu dalam masa yang lama tanpa perlu dicas semula. Lampu perkhemahan ini didatangkan dengan saluran pengecas jenis C yang boleh anda gunakan untuk menyambung lampu ke komputer riba atau telefon pintar anda dengan mudah. Tahap kecerahan lampu boleh dilaraskan dengan satu sentuhan sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik ABS
- Warna: Putih
- Berat: 170 g (± 4 g)
- Bateri: (5000 mAh, 3.6 V, 18 Wh)
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 59 mm (diameter badan) X 82 mm (tinggi)
Kelebihan:
✅ Bateri berkapasiti tinggi
✅ Alur pengecas jenis C
✅ Mudah untuk digunakan
Harga: RM72.00 – RM74.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Naturehike Outdoor Camping Light NH21ZM008

Naturehike Outdoor Camping Light NH21ZM008 ini sesuai digunakan semasa cuaca hujan ekoran ia diperbuat daripada bahan kalis air. Lampu perkhemahan ini juga boleh dicas dengan mudah kerana ia menggunakan kabel jenis C. Tambahan pula, ia juga boleh digunakan sehingga 24 jam tanpa perlu dicas semula.
Spesifikasi:
- Bahan: Besi, ABS
- Warna: Kuning, Coklat
- Kuasa: 4 W
- Tahap Kecerahan: 0 – 130 Lm
- Bateri: 18650 – 5000 mAh
- Masa Penggunaan: 6 – 24 jam
- Masa Pengecasan: Kira-kira 6 jam
- Berat: 600 g
- Lumen (mod): 75LM (fokus) , 30 LM (flood). 5 LM (lampu merah)
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 10.8 cm x 17 cm/ Tinggi Pemegang: 3.7 cm
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Boleh digunakan sehingga 24 jam
✅ Pengecas kabel Jenis C
Harga: RM175.04 – RM259.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Naturehike Outdoor Camping Light

Naturehike Outdoor Camping Light dilengkapi dengan beg penyimpanan bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Lampu perkhemahan ini boleh berfungsi dengan menggunakan bateri dan juga boleh dicas menggunakan kabel USB. Ia juga didatangkan dengan reka bentuk magnetik bagi membolehkannya dilekatkan pada sisi khemah anda.
Spesifikasi:
- Bahan: PC lampshade + bahan ABS
- Warna: Hijau, kuning hangat
- Kuasa: 3 w
- Voltan Input: Arus 5V-1A
- Kapasiti: 1200 mAh (boleh dicas semula)/ 3 bateri AAA (bateri)
- Berat: Kira-kira 100 g (model cas)/ Kira-kira 70 g (model bateri)
- Lumen (mod): 75 LM (fokus), 30 LM (flood), 5 LM (lampu merah)
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 70 mm × 70 mm × 40 mm
Kelebihan:
✅ Reka bentuk magnetik
✅ Boleh dicas semula
✅ Didatangkan dengan beg penyimpanan
Harga: RM22.83 – RM142.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.