7 Mesin Pembuat Mi Terbaik di Malaysia 2024

Mi adalah salah satu makanan yang digemari oleh ramai orang. Kalau anda hendak tahu, terdapat pelbagai jenis mi di seluruh dunia. Semua ini wujud kerana setiap mi yang dihasilkan itu mengikut budaya dan hidangan tradisi masyarakat setempat. Jika anda gemar akan mi, anda bolehlah mencari alat untuk menghasilkan mi di rumah anda. Cepat, terjamin bersih dan berkhasiat.

Di pasaran, terdapat banyak mesin pembuat mi yang boleh anda cari mengikut keperluan anda. Ia memiliki pelbagai ciri yang membolehkan anda menghasilkan mi yang anda suka. Harganya juga bergantung kepada kualiti alat dan ciri yang dipersembahkan oleh mesin pembuat mi tersebut. Jadi, untuk memudahkan pencarian anda, kami senaraikan 7 mesin pembuat mi untuk anda lihat demi merealisasikan selera anda, pencinta mi!

Apakah Jenis Mi Yang Kerap Dipilih Oleh Ramai Orang?

Sebenarnya, mi yang sering digunakan dalam masakan adalah mi lidi, mi hoon, suhun, yee mee dan juga mi kuning. Namun begitu, mi segera merupakan salah satu jenis mi yang popular dan kerap dipilih dalam kalangan penduduk dunia. Biasanya, golongan remaja dan bujang yang tinggal bersendirian memilih mi segera. Hal ini kerana mi sgeera sangat mudah untuk disediakan. Selain cepat masak, ia juga tidak memerlukan banyak bahan dan mengenyangkan perut anda. 

Bagaimanakah Memilih Mesin Pembuat Mi Yang Berkualiti?

  1. Harga 

Sebelum membeli mesin pembuat mi, anda perlu meletakkan bajet perbelanjaan anda terlebih dahulu. Dengan target belanjawan yang anda, anda boleh mengecilkan skop pilihan yang anda di pasaran. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis jenama dan ciri mesin pembuat mi di luar sana.

  1. Kualiti

Untuk memastikan mi yang anda hasilkan nanti selamat, berkhasiat dan tahan lama, anda perlu mencari mesin pembuat mi yang diperbuat daripada bahan yang tahan lama dan selamat. Hal ini kerana bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini terdapat dalam pelbagai jenis. Sudah tentu anda inginkan bahan yang selamat dan tahan lama untuk produk dapur anda. 

  1. Ciri 

Akhir sekali, anda perlu mencari mesin pembuat mi yang memenuhi keperluan anda. Sebagai contoh, tapak mesin yang luas boleh mengekalkan kestabilan mesin pembuat mi apabila anda menggunakannya. Selain itu, saiz dan berat juga memainkan peranan yang penting. Jika mesin pembuat mi terlalu ringan, maka mi yang terhasil mungkin tidak cantik dan seragam. Ini pastinya akan merosakkan mood anda jika anda adalah seorang yang sukakan kesempurnaan dalam menyediakan hidangan.

7 Mesin Pembuat Mi Terbaik di Malaysia 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Pensonic Noodle House PNM-01 

Pensonic Noodle House PNM 01
Kredit Gambar: Pensonic

Pensonic Noodle House PNM-01 adalah salah satu pembuat mi yang estetik. Bahagian luarnya kayu dengan Paparan LED benar-benar memberikannya rupa profesional. Ia mempunyai 13 acuan mi supaya anda boleh membuat pelbagai bentuk mi dan pasta! Ia sangat berguna! Anda tidak perlu risau tentang bunyi bising kerana motornya beroperasi dengan senyap. Bahagian plastik pada bahagian mesin ini pula diperbuat daripada plastik gred makanan yang mudah dibersihkan. Secara keseluruhan, ia sangat bagus dan harganya yang murah!

Spesifikasi:

  • Kuasa – 260 W
  • Kapasiti – 500 g
  • 13 Cakera yang berbeza untuk pelbagai bentuk mi dan pasta
  • Cepat 3 minit menguli
  • Butang kawalan automatik
  • Plastik gred makanan
  • Motor operasi senyap
  • Paparan LED

Kebaikan:

13 acuan untuk pelbagai bentuk mi dan pasta
Motor beroperasi senyap
Mudah dibersihkan
Murah
Estetik

Harga: RM349.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Philips HR2365 Avance Collection Noodle Maker 

Philips HR2365 Avance Collection Noodle Maker
Kredit Gambar: Philips

Pembuat mi ini mempunyai 4 cakera membentuk mi. Ia turut disertakan dengan kit pembersihan yang khusus untuk mesin ini. Apa yang istimewa tentang mesin ini ialah anda boleh melaraskan masa menguli sekali gus menjadikan kerja menguli anda lebih sistematik. Walau harganya sedikit mahal, anda pasti berpuas hati dengan persembahan mesin ini selepas menggunakannya.

Spesifikasi:

  • Kuasa – 200W
  • Kapasiti – 500g
  • 4 Cakera yang berbeza untuk pelbagai bentuk mi dan pasta
  • Masa menguli boleh laras
  • Kit pembersihan khas bagi cakera membentuk mi

Kebaikan:

4 acuan untuk pelbagai bentuk mi dan pasta
Masa menguli yang boleh disesuaikan
Mudah dibersihkan
Berpatutan

Harga: RM942.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Falcon Pasta / Cookies Maker

Falcon Pasta Cookies Maker
Kredit Gambar: Shopee

Pembuat mi jenama tempatan ini juga berfungsi sebagai pembuat biskut! Alat ini benar-benar mempunyai pelbagai fungsi! Selain itu, ia datang dengan 21 acuan berbeza! Anda boleh melakukan banyak aktiviti dengannya! Walaupun ia sedikit mahal namun alat ini benar-benar berbaloi kerana pelbagai guna.

Spesifikasi:

  • Kuasa – 180 W
  • Kapasiti – 500 g
  • 21 Cakera yang berbeza untuk pelbagai pasta, mi dan bentuk biskut

Kebaikan & Keburukan:

Pelbagai fungsi
21 acuan
Sesuai untuk keluarga dan perniagaan
❌Mahal

Harga: RM1,149.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Midea MJ-WNS1501B Electric Noodle & Pasta Maker 

Midea MJ WNS1501B Electric Noodle Pasta Maker
Kredit Gambar: aliexpress

Pembuat Mi Korea dengan 7 cakera membentuk ini sesuai untuk resipi Timur dan Barat. Ia turut disertakan dengan ciri berguna seperti butang pra-tetap untuk menyimpan tetapan kegemaran anda dan ciri tutup automatik yang menjimatkan tenaga. Selain itu, ia dilengkapi dengan laci storan yang comel supaya anda boleh menyimpan semua cakera membentuk anda dan mengaksesnya dengan mudah supaya ia tidak hilang atau tersalah letak.

Spesifikasi:

  • Kuasa – 150 W
  • 7 Cakera yang berbeza untuk pelbagai bentuk mi dan pasta
  • Laci simpanan
  • Ciri mematikan automatik
  • Butang pra-tetap

Kebaikan & Keburukan:

7 acuan
Laci simpanan untuk acuan
Ciri auto untuk mematikan alat ini
Fungsi pra-tetap
❌Reka bentuk biasa

Harga: RM636.02

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Wales Stainless Steel Manual Noodle Pasta Maker

Wales Stainless Steel Manual Noodle Pasta Maker
Kredit Gambar: Lazada

Alat ini adalah pembuat pasta yang tahan lama dan berkualiti tinggi. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat tergalvani. Ia juga dilengkapi dengan pengapit supaya anda boleh memegangnya di atas meja untuk memastikan keselamatan dan kestabilannya. Untuk pembuat pasta dengan kualiti secanggih ini, harganya benar-benar murah!

Spesifikasi:

  • Keluli tahan karat 
  • Pengapit
  • Penggelek keluli boleh laras

Kebaikan:

Keluli tahan karat
Tahan lasak
Pengapit untuk keselamatan dan kestabilan
Murah

Harga: RM48.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. YOHESO Stainless Steel Pasta Noodle Maker

YOHESO Stainless Steel Pasta Noodle Maker
Kredit Gambar: Lazada

Jika anda buntu sama ada anda memerlukan alat pembuat mi atau tidak, anda boleh cuba dengan produk ini terlebih dahulu. Pembuat mi atau pasta manual ini dilengkapi dengan 5 cakera membentuk. Ia padat, ringan dan mudah digunakan. Ia juga murah dan berbaloi dengan wang anda.

Spesifikasi:

  • Berat – 0.72 kg
  • 5 Cakera yang berbeza untuk pelbagai bentuk mi dan pasta

Kebaikan:

Mudah digunakan
Padat
5 acuan
Murah

Harga: RM21.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Himitzu Stainless Steel Heavy Duty Noodle Making Machine

Himitzu Stainless Steel Heavy Duty Noodle Making Machine
Kredit Gambar: mytools

Pembuat mi ini adalah untuk pengguna tugas berat. Alat ini boleh membuat mi sehingga 5 kg! Ia diperbuat daripada keluli tahan karat yang tahan lama. Selain itu, ia mempunyai ciri kuasa pemotongan automatik yang hebat. Ciri ini sangat berguna untuk mengelakkan mesin menjadi terlalu panas sekali gus dapat melindungi mesin. Dapatkan alat ini jika anda ingin menjalankan perniagaan dalam membuat mi kerana ia dapat membuat mi dalam jumlah yang banyak! Sesuai untuk perniagaan.

Spesifikasi:

  • Kuasa – 40W
  • Kapasiti – 5 kg
  • Saiz mi – 0.5 mm – 4 mm
  • Keluli tahan karat
  • Ciri kuasa terputus automatik

Kebaikan:

Keluli tahan karat
Bagus untuk pengguna berat
Ciri kuasa pemotongan automatik untuk melindungi mesin daripada terlalu panas
Berpatutan

Harga: RM420.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close