Maggi Goreng sentiasa menjadi hidangan kegemaran hampir setiap rakyat Malaysia, terutamanya apabila mereka melepak bersama rakan-rakan mereka di kedai mamak. Ia telah menjadi satu tradisi anak muda di Malaysia dan seringkali dipesan apabila tibanya musim perlawanan bola sepak yang ditonton oleh anak muda atau pelanggan yang berkunjung ke kedai mamak.
Maggi Goreng bukan sahaja boleh mengenyangkan perut anda yang kelaparan, bahkan ia juga berpatutan dan sedap rasanya. Hidangan ini sering berisi sayur-sayuran yang segar, sosej, ayam ataupun telur. Apa yang menariknya, setiap hidangan Maggi Goreng di kedai mamak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Hidangan ini disediakan mengikut kreativiti chef di kedai mamak itu sendiri. Oleh sebab itu, rasanya berbeza dan tidak sama di mana-mana kedai mamak. Jadi, marilah rasai 7 Maggi Goreng yang enak di Petaling Jaya.
Mengapakah Rakyat Malaysia Suka Makan Maggi Goreng?
Ramai yang gemar makanan ini kerana mi cepat masak dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dihidangkan. Jadi, sesiapa yang kelaparan pasti akan memilih hidangan ini untuk segera mengisi perut mereka. Selain itu, bahan-bahan masakan lain tidak perlu disediakan secara meriah. Anda hanya perlu membuka pembalut bungkusan, memasukkan mi dan bahan-bahan tambahan ke dalam kuali untuk menghasilkan Maggi Goreng yang lazat.
Adakah Maggi Goreng Sesuai untuk Mana-Mana Majlis?
Hidangan Maggi Goreng bukan sahaja mudah dan cepat disediakan, ia juga sesuai untuk mana-mana majlis termasuklah kenduri kahwin, majlis santapan formal, majlis keraian, dan juga pada sambutan hari jadi. Oleh itu, Maggi Goreng telah pun sebati dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
7 Maggie Goreng yang Wajib Dicuba di Petaling Jaya 2024
1. Murni


Berbeza dengan kedai Mamak yang lain, Murni menyajikan pelbagai jenis Maggi Goreng seperti Maggi German dan sebagainya. Namun, tidak seperti Maggi Goreng kering yang lain, Maggi jenis ini diisi dengan sos dan sosej. Jadi, anda harus mencubanya! Ayuh, ajaklah rakan anda untuk bersama menikmati hidangan satu Malaysia ini!
Waktu Operasi: 6:30 pagi – 10:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 53, Jalan SS 2/75, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Facebook: https://www.facebook.com/MurniDiscovery/
Instagram: https://www.instagram.com/murnidiscovery/?hl=en
semak laman web di sini2. Restoran Subaidah Kota Damansara


Restoran Subaidah memulakan perniagaannya pada tahun 1988 dan kini telah beroperasi lebih 34 tahun di Malaysia. Selain Maggi Goreng yang lazat, mereka juga menyediakan menu yang pelbagai untuk menepati cita rasa para pelanggan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maggi Goreng di sini ditambah dengan sayur-sayuran yang segar seperti sawi dan cendawan. Gabungan sayur dan mi ini menjadikan ia kombinasi yang menyelerakan untuk dicuba.
Waktu Operasi: 6:00 pagi – 12:00 tengah malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Facebook: https://www.facebook.com/RestoranNasiKandarSubaidah/
Instagram: https://www.instagram.com/nasi_kandar_subaidah/?hl=en
semak laman web di sini3. Original Kayu SS2


Maggi Goreng merupakan salah satu masakan istimewa yang dihidangkan di restoran Original Kayu SS2. Maggi Goreng mereka dihidangkan di atas helaian daun pisang bersama hidangan pelengkap seperti sayur dan tauhu yang segar. Sudah pastinya hidangan ini akan menyempurnakan hari anda!
Waktu Operasi: 6:30 pagi – 12:00 tengah malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 64, Jalan SS 2/10, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Facebook: https://www.facebook.com/OriginalKayu
semak laman web di sini4. Restoran Jamal Mohamed Sheriff


Maggie Goreng di Restoran Jamal Mohamed ditambah dengan telur yang berkualiti bagi memeriahkan hidangannya. Dengan adanya telur, Maggi Goreng anda menjadi lebih mengenyangkan dan penuh perisa. Anda juga boleh menikmati hidangan ini bersama dengan hidangan sampingan lain seperti ayam goreng, daging lembu atau daging kambing. Enak, bukan!
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 11:30 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 32A, Jalan 14/14, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor
5. Restoran Lotus Curry House


Maggi Goreng di Restoran Lotus Curry House dimasak bersama kubis dan cili yang segar. Ia disediakan dengan cara sedikit kering bagi memberikan anda kepuasan untuk menikmati maggi yang anjal dan penuh rasa. Dengan hanya satu suapan, anda dapat merasai keenakannya yang berganda. Selain kenyal dan lembut, mi yang digunakan juga cepat mengenyangkan perut anda.
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 11:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: G-G-21, Jalan PJU 1/43, Aman Suria, 47301 Petaling Jaya
Facebook: https://www.facebook.com/arvind7723/
6. Restaurant SK Maju


Restoran SK Maju menyediakan Maggi Goreng mereka dengan rasa sedikit pedas. Selain kaya dengan sayuran yang segar dan telur, anda boleh mendapat rasa yang sedikit masam dengan perahkan sedikit jus limau nipis di atas hidangan itu. Rasanya yang pedas masam sering membuatkan ramai pelanggan kerap memesan hidangan ini apabila mereka ke sini.
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam (Isnin – Ahad)
Alamat: No 33, Jalan SS 2/3, Taman Bahagia, 47300 Petaling Jaya, Selangor
7. Janggut Night Stall


Maggi Goreng yang disediakan di Janggut Night Stall adalah hidangan yang sering dipesan oleh kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke sana. Mi yang digunakan kenyal dan lembut serta memberikan perasa yang lengkap pada hidangan tersebut. Jika anda inginkan kelainan, anda boleh memesan telur goreng bersama hidangan ini untuk memberikan anda keenakan berganda!
Waktu Operasi: 6:30 pagi – 10:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Jalan SS 2/4 (SS2) Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.