Dari sebuah ladang kelapa sawit, Cyberjaya kini menjadi bandar hab teknologi yang pesat membangun. Sebagai hab teknologi terkemuka di Malaysia, Cyberjaya merupakan tempat terbaik untuk peniaga-peniaga kecil berkembang untuk merealisasikan impian mereka dan mengubah kehidupan melalui teknologi.
Walaupun Cyberjaya terkenal sebagai hab teknologi, ia juga mempunyai kemudahan lain seperti restoran, kafe, pusat membeli-belah, taman dan banyak lagi. Salah satu tempat yang boleh anda lawati semasa berada di Cyberjaya ialah restoran makanan laut. Berikut adalah 8 restoran makanan laut terbaik di Cyberjaya.
Tips untuk mencari restoran makanan laut yang baik di Cyberjaya.
Terlalu banyak restoran makanan laut yang boleh didapati di Cyberjaya sehingga membuatkan anda keliru hendak memilih mana satu? jangan bimbang, dengan beberapa langkah melihat menu, mencari lokasi dan menetapkan belanjawan boleh membantu anda dalam mencari restoran yang terbaik untuk dikunjungi.
Apakah makanan yang biasa dihidangkan di restoran makanan laut?
Hidangan yang boleh anda dapati di kebanyakan restoran makanan laut ialah Ketam, Ikan Goreng, Sotong Goreng, Kari Ikan dan Kari Ketam. Namun anda jangan risau kerana mereka juga menghidangkan makanan lain seperti sayur-sayuran, ayam dan daging.
8 Restoran Makanan Laut Terbaik di Cyberjaya 2023
1. Tiger and Prawn

Tiger and Prawn merupakan salah satu restoran makanan laut yang terkenal di Cyberjaya yang terletak di Tamarind Square. Restoran ini terkenal dengan hidangan Soft Shell Crab Spaghetti dan Lasagna. Bukan itu sahaja, mereka juga menghidangkan set makanan sarapan pagi dan minum petang yang berteraskan hidangan barat pada harga yang berpatutan. Jadi anda boleh mulakan hari anda tanpa berbelanja besar di sini.
Alamat: A-03-06, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyberjaya.
Waktu Operasi: 10.30 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
2. Ketam Manis Seafood

Jika anda peminat makanan seafood, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Restoran Ketam Manis kerana ia menyajikan makanan seafood segar yang terbaik. Restoran ini mempunyai reka bentuk yang ringkas serta dikelilingi dengan kehijauan alam yang membolehkan anda menikmati suasana tenang dan santai sambil menjamah juadah anda.
Alamat: No. 5, Off, Persiaran Apec, Cottage Walk, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: 4:00 petang – 11:30 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
3. Homst Recipe

Homst Restaurant ialah sebuah restoran Chinese-Muslim dan merupakan salah satu port makanan laut Chinese Muslim pilihan ramai. Restoran ini terletak di pusat beli-belah Dpulze. Menu restoran ini terdiri daripada pelbagai hidangan antaranya Sandwic, burger, pasta, makanan laut dan grill. Bukan itu sahaja, restoran ini juga terkenal dengan masakan laut seperti Tew Chem Steam Fish, Kong Po Sotong, Smoked Duck with Mantau dan Crab Meat Shark Fin Soup.
Alamat :D’Pulze Shopping Centre, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 1:30 petang (Setiap hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
4. Kitchen Village

Kitchen Village merupakan restoran bersaiz sederhana yang mempunyai hiasan yang minimalis dengan persekitaran yang santai, menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga. Restoran ini terletak di sebelah bangunan Old Town Coffee yang terkenal di Cyberjaya. Hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke restoran ini ialah Fish Fillet with Taufu.
Alamat: Prima Avenue, 3503, Jalan Teknokrat 5, Cyberjaya
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 3:30 petang dan 5:00 petang-9:30 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
5. Kiraku Japanese Restaurant

Sukakan masakan laut dan masakan Jepun? Kiraku Japanese Restaurant ini merupakan salah satu restoran makanan laut yang terkenal di Cyberjaya. Mempunyai reka bentuk yang minimalis dan moden memberikan anda suasana yang santai dan tenang. Bukan itu sahaja, restoran ini juga menawarkan pelbagai hidangan lazat pada harga yang berpatutan.
Alamat: Lingkaran Cyber Point Barat, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: 12:00 pagi – 3:00 petang dan 6:00 petang-10:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
6. Verandah Restaurant

Restoran Verandah terletak di Persiaran Multimedia di Cyberjaya. Bahagian reka bentuk luarannya yang tersergam indah diilhamkan dari negara Asia Tengara yang mempunyai tarikan tersendiri. Bukan itu sahaja, restoran ini juga menawarkan pelbagai menu yang terdiri daripada makanan laut. Walaupun reka bentuk restoran ini mewah, namun anda tidak perlu risau kerana harga makanan yang ditawarkan masih berpatutan.
Alamat: Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya,
Waktu Operasi: 8:00 pagi -8:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
7. Sushi Zanmai DPulze

Jika anda peminat makanan Jepun, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Sushi Zamani kerana ia menyajikan makanan Jepun asli yang terbaik. Jumlah pelanggan yang ramai jelas membuktikan popularitinya. Restoran ini terletak di Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya dan mula beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam.
Alamat: Lower Ground Dpulze Shopping Centre, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
8. Padi House Prima Cyberjaya

Padi House adalah salah satu restoran tempatan terbaik di Cyberjaya yang menawarkan hidangan makanan laut. Ia terletak berhampiran Prima Avenue. Mempunyai reka bentuk restoran terbuka dengan persekitaran yang santai menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga. Pada hujung minggu, restoran ini sering dipenuhi pelanggan. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.
Alamat: Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:30 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.