10 Medan Selera Terbaik di Kuala Lumpur & Selangor 2024

Medan selera biasanya merupakan plaza tertutup atau kawasan umum dalam bangunan yang disambungkan ke penjual makanan yang banyak dan berfungsi sebagai tempat yang biasa disinggah oleh orang ramai untuk menjamu selera. Kebanyakan medan selera boleh didapati di pusat membeli-belah, lapangan terbang, kawasan kejiranan dan tempat yang lain.

Medan selera adalah tempat yang menarik untuk pergi jika anda bosan makan hidangan yang sama setiap hari. Ia menawarkan menu yang pelbagai pada harga yang berpatutan. Berikut adalah 10 medan selera terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor.

Adakah Medan Selera Menjual Minuman?

Ya. Kebanyakan medan selera mempunyai gerai yang menjual minuman seperti milo, kopi, teh, soda dan banyak lagi. Oleh itu, anda boleh padankan dengan makanan anda dan menikmati hidangan anda dengan gembira.

Adakah Medan Selera Tempat Yang Bersih?

Ya. Semua premis makanan harus mematuhi piawaian kebersihan untuk memastikan pelanggan tidak mendapat penyakit yang disebabkan oleh makanan. Terdapat juga tukang bersih yang akan membersihkan ruang ini. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang perkara ini. 

10 Medan Selera Terbaik di Kuala Lumpur & Selangor 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Lot 10 Hutong Food Court

Lot Hutong Food Court
Kredit Gambar: Alan Yeo
Lot Hutong Food Court
Kredit Gambar: Alan Yeo
Lot Hutong Food Court
Kredit Gambar: TL Lim

Lot 10 Hutong Food Court sememangnya sebuah permata di Kuala Lumpur. Kualiti makanannya telah mendapat pelbagai ulasan bertaraf tinggi daripada pelanggan. Anda tidak akan kecewa dengan pelbagai jenis makanan yang lazat seperti Mee Hokkien, Itik Panggang, Bak Kut Teh, Beef Noodles, Char Kuey Teow dan banyak lagi! Medan ini juga merupakan tempat yang harus dikunjungi oleh pelancong. Oleh itu, anda boleh bayangkan betapa terkenalnya medan selera ini. 

Waktu Operasi: 10:00 pagi –10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: LG Floor, Lot 10 Shopping Centre, 50, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 0327823500

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Food Republic at Pavilion KL

Food Republic at Pavilion KL
Kredit Gambar: YH
Food Republic at Pavilion KL
Kredit Gambar: Jimmy

Food Republic di Pavilion KL diasaskan dengan menghidangkan makanan jalanan yang digemari ramai pada harga berpatutan. Medan ini terletak dalam keselesaan pusat membeli-belah yang berhawa dingin. Anda boleh yakin dengan rasa makanan mereka yang sangat baik kerana mereka sentiasa mengutamakan kualiti makanan dan berusaha untuk memberikan anda pengalaman bersantap yang terbaik.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Pavilion Kuala Lumpur, Lot.1.41.00 – 1.51.00 & P1.13.00 – P1.20.00, 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 0321428006

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Food Court Sogo Mall

Food Court Sogo Mall
Kredit Gambar: Hastar Rafai
Food Court Sogo Mall
Kredit Gambar: Khairul

Food Court Sogo Mall mempunyai banyak gerai makanan Melayu, Thai, Barat dan banyak lagi untuk anda pilih. Perkara yang penting sekali ialah medan ini merupakan tempat yang sangat baik untuk anda meluangkan masa kerana persekitarannya bersih dan santai. Tempat ini turut menyajikan pencuci mulut seperti ABC untuk mengisi perut anda dengan kemanisan yang akan menceriakan hari anda!

Waktu Operasi: 10:00 pagi –10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 0108245767

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Food Empire Melawati Mall 

Food Empire Melawati Mall
Kredit Gambar: Alex Tan
Food Empire Melawati Mall
Kredit Gambar: Alif Akmal

Food Empire Melawati Mall ialah tempat yang bagus untuk dikunjungi kerana ia sangat bersih dan menampilkan reka bentuk dalaman yang santai. Ini akan memberikan anda persekitaran yang selesa semasa menjamu selera di sini. Selain itu, terdapat banyak juadah seperti Teppanyaki, Nasi Ayam, Kebab Ayam, Nasi Campur dan banyak lagi yang boleh didapati. Anda tidak perlu bosan makan makanan yang sama setiap hari apabila melangkah masuk ke sini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi –10:00 (Setiap hari)

Alamat: Melawati Mall, LG-32&33, 355, Jln Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 0163361857

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063553750233 

5. Medan Selera Everyday Foodcourt 

Medan Selera Everyday Foodcourt
Kredit Gambar: Syen 208
Medan Selera Everyday Foodcourt
Kredit Gambar: KW

Medan Selera Everyday Foodcourt menawarkan ruang yang luas dan bersih untuk memastikan anda menjamu selera dengan menyenangkan. Terdapat juga pelbagai pilihan yang boleh anda pilih berdasarkan kemahuan anda. Lebih-lebih lagi, berdasarkan ulasan majoriti pelanggan mereka, WonTon Mee pada siang hari sudah pastinya makanan istimewa yang harus anda cuba di medan ini.  Mi Wanton tersebut kenyal dengan daging lembut yang pasti akan memuaskan hati anda. 

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 2:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

6. Kepong Food Court  

Kepong Food Court
Kredit Gambar: Joel Ong

Kepong Food Court sentiasa sesak dengan orang ramai yang dengan jelasnya menunjukan betapa terkenalnya medan selera ini. Terdapat banyak pilihan makanan, pencuci mulut dan minuman di sini. Malah, anda boleh merasai masakan Thai, Vietnam, Cina, Barat, Korea dan Melayu pada harga yang berpatutan. Makanan yang lazat dalam persekitaran yang lapang pasti membuatkan anda berpuas hati. 

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 1:45 malam (Setiap hari)

Alamat: Kepong Food Court, Taman Usahawan, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Kepongfoodcourt/  

7. Neighbourhood Food Court

Neighbourhood Food Court
Kredit Gambar: Neighbourhood Food Court
Neighbourhood Food Court
Kredit Gambar: Neighbourhood Food Court

Neighbourhood Food Court mempunyai persekitaran terbuka yang memastikan anda menikmati hidangan anda dengan menyenangkan tanpa berasa terlalu panas. Medan ini menyajikan pelbagai jenis makanan istimewa seperti Shabu Shabu, Satay, Mee Udang Pulau Pinang, Bak Kut Teh dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai gerai mesra vegetarian yang sesuai untuk anda menikmati hidangan vegetarian bersama rakan-rakan anda. 

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 2:00 malam (Setiap hari)

Alamat: East Wing, Central Park, Jalan PJU 5/7 Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 0126575669

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

8. Tang City Food Court   

Tang City Food Court
Kredit Gambar: Z. Cai
Tang City Food Court
Kredit Gambar: Suddhasatya Samanta

Tang City Food Court ialah medan selera tradisional berhampiran Petaling Street dengan pelbagai gerai penjaja. Medan ini menyediakan pelbagai jenis masakan seperti Thai, Cina dan India pada harga yang berpatutan. Selain itu, Kuey Teow Goreng mereka juga sedap, beraroma dan penuh dengan “wok hei” yang patut dicuba!

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 21-27, Jalan Hang Lekir, Kuala Lumpur City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

9. Food Garden KLIA 

Food Garden KLIA
Kredit Gambar: Kun Tek Ng
Food Garden KLIA
Kredit Gambar: Zaim Halimi

Food Garden KLIA adalah salah satu tempat yang baik untuk menikmati makanan sementara anda menunggu untuk menaiki kapal terbang. Mereka mempunyai kawasan yang luas dan bersih untuk anda mengisi perut, sama ada anda sedang menunggu untuk menaiki pesawat atau baru turun dari pesawat. Bukan itu sahaja, anda boleh mendapati Starbucks di sini yang sudah pastinya menjadi syurga bagi mereka yang gemarkan kopi!

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: food garden, Jalan KLIA 1, Kuala Lumpur International Airport, 41200 Sepang, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

10. PPUM Food Court  

PPUM Food Court
Kredit Gambar: Sulik Suleiman

PPUM Food Court terletak di Universiti Malaya Medical Centre dan menyajikan pelbagai jenis juadah. Medan ini mesra Muslim. Oleh itu, orang  Islam, Cina dan India dialu-alukan ke sini. Tambahan pula, tempat ini baik dan selesa untuk pelajar menjamu selera kerana terletak di dalam Universiti Malaya. 

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
11:00 pagi – 8:00 malam (Ahad)

Alamat: 50603 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close