8 Meja Perkhemahan Terbaik di Malaysia 2024

Aktiviti berkhemah antara hobi rekreasi yang menyeronokkan apatah lagi jika dapat dilakukan bersama keluarga. Selain dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan, ia turut memberi ketenangan mental dan fizikal. Malah, berkhemah turut memupuk kesedaran untuk lebih menghargai keindahan alam semula jadi. Ia boleh dijadikan sebagai aktiviti terapi untuk menghilangkan stres. 

Walau bagaimanapun, sebelum anda melakukan aktiviti ini anda perlulah mempunyai alatan dan kelengkapan yang sesuai. Meja perkhemahan antara perkara yang penting untuk dibawa ketika anda melakukan aktiviti perkhemahan. Berikut adalah 8 meja perkhemahan terbaik di Malaysia. 

Mengapakah meja perkhemahan penting semasa aktiviti berkhemah?

Meja perkhemahan penting untuk dibawa semasa berkhemah kerana ia dapat membantu untuk memudahkan proses menyediakan makanan. Selain itu, penggunaan meja ketika makan juga dapat memberikan keselesaan kepada anda.

Apakah ciri yang perlu ada pada meja perkhemahan? 

Meja perkhemahan perlulah kukuh dan stabil untuk diletakkan di atas tanah agar ia tidak mudah jatuh. Di samping itu, meja perkhemahan juga haruslah mempunyai berat tidak melebihi 4 kg supaya ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja. 

8 Meja Perkhemahan Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan
GDeal Aluminium Camping Folding Table With Chair
Kredit Gambar: GDeal

GDeal Aluminium Camping Folding Table With Chair sesuai digunakan sewaktu aktiviti berkhemah bersama keluarga kerana ia boleh memuatkan seramai 4 orang dalam satu masa. Meja perkhemahan ini diperbuat daripada ABS dan bingkai aluminium yang menjadikannya tahan lasak dan kalis air. Bukan itu sahaja, meja ini juga didatangkan dengan reka bentuk yang ringan serta mudah untuk dibersihkan ekoran ia mempunyai permukaan yang licin dan rata.

Spesifikasi:

  • Bahan: Bahagian atas meja ABS, Bingkai aluminium
  • Kapasiti Berat: 60 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 87 cm x 37 cm x 11 cm

Kelebihan:

Mempunyai 4 tempat duduk
Ringan
Mudah dibersihkan

Harga: RM135.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Mountainhiker Multipurpose Camping Table

Mountainhiker Multipurpose Camping Table
Kredit Gambar: Shopee

Mountainhiker Multipurpose Camping Table didatangkan dengan reka bentuk 2 dalam 1. Meja ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan sebagai meja perkhemahan, malah ia juga boleh digunakan sebagai rak untuk menyimpan barang peribadi anda di rumah. Meja ini diperbuat daripada keluli tahan karat sekaligus menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, meja ini dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli
  • Berat: 2.2 kg
  • Kapasiti Berat: 30 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 62 cm x 35 cm x 24 cm

Kelebihan:

Serba guna
Kukuh
Mampu kekal seimbang pada permukaan yang keras dan tidak rata

Harga: RM35.00 – RM55.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. OUTERMAN Outdoor Camping Table

OUTERMAN Outdoor Camping Table
Kredit Gambar: AliExpress

OUTERMAN Outdoor Camping Table merupakan meja perkhemahan yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Meja perkhemahan ini dilengkapi dengan penutup kaki anti-gelincir yang membantu untuk memberikan kestabilan dan kekukuhan tambahan ketika ia diletakkan di atas tanah. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk ergonomik sekaligus memudahkan proses pemasangannya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aloi Aluminium, Nilon
  • Berat: 1 kg (kecil), 1.36 kg (sederhana), 1.74 kg (Besar)
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 41 cm x 34.5 cm x 29 cm (kecil), 56 cm x 40.5 cm x 40 cm (Sederhana),  8 cm x 46.5 cm x 41.5 cm (Besar)

Kelebihan:

Ringan
Penutup kaki meja anti -gelincir
Reka bentuk ergonomik

Harga: RM38.50 – RM59.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Decathlon Foldable Compact Table – Quechua

Decathlon Foldable Compact Table Quechua
Kredit Gambar: Shopee

Meja Padat Boleh Lipat Decathlon – Quechua merupakan meja perkhemahan yang sesuai untuk aktiviti berkhemah secara solo atau berpasangan. Meja perkhemahan ini mempunyai mekanisme yang memudahkan proses membuka dan menutup meja. Meja perkhemahan ini juga mempunyai poket tambahan yang boleh anda gunakan untuk menyimpan barangan kecil seperti kunci, telefon, dompet dan sebagainya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium
  • Berat: 2.3kg
  • Kapasiti Berat: 50 kg maksimum
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 58 x 12 x 10 cm (2m)

Kelebihan:

Reka bentuk yang kompak
Mekanisme buka dan tutup yang mudah
Didatangkan dengan pocket tambahan berasingan

Harga: RM199

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. EMINIMALL Outdoor Camping Table

EMINIMALL Outdoor Camping Table
Kredit Gambar: Shopee

EMINIMALL Outdoor Camping Table merupakan meja perkhemahan dengan reka bentuk serba hitam yang praktikal dan bergaya. Meja perkhemahan ini mempunyai rangka lipat yang kukuh bagi memberikan kestabilan pada meja ketika ia diletakkan di atas tanah. Meja perkhemahan ini juga mempunyai ruang simpanan berkapasiti besar pada bahagian bawah meja bagi memudahkan anda untuk menyimpan barangan anda dengan baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Panel Aloi Aluminium, Rangka paip keluli
  • Berat: 2.5 kg
  • Kapasiti Berat: 100 kg 
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: Kecil (52 cm x 55 cm x 52 cm), Sederhana (95 cm x 70 cm x 55 cm), Besar (120 cm x 55 cm x 65 cm)

Kelebihan:

Rangka lipat yang kukuh
Ruang simpanan berkapasiti besar
Bahagian atas meja boleh dilipat

Harga: RM79.00 – RM166.00 (Block)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Pathfinder Outdoor Folding Camping Table

Pathfinder Outdoor Folding Camping Table
Kredit Gambar: Shopee

Pathfinder Outdoor Folding Camping Table paling sesuai untuk mereka yang gemar berkhemah secara solo kerana saiznya yang kecil dan padat. Meja perkhemahan ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan ringan yang membolehkannya dibawa ke mana sahaja. Meja perkhemahan ini didatangkan dengan sambungan aloi aluminium yang kukuh untuk mengekalkan kestabilan meja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon / Fabrik Oxford
  • Berat: 83 – 93 g (pakej)
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz:  26 * 40 * 14 cm

Kelebihan:

Kompak
Reka bentuk ringkas
Sambungan kukuh

Harga: RM18.50 – RM93.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. EcoSport L0120CM Multipurpose Table

EcoSport LCM Multipurpose Table
Kredit Gambar: Shopee

EcoSport L0120CM Multipurpose Table ialah meja perkhemahan berbentuk segi empat tepat yang boleh dilipat bagi memudahkannya dibawa dan disimpan di mana sahaja. Meja ini mempunyai kaedah pemasangan yang ringkas dan mudah difahami. Selain itu, meja perkhemahan ini juga mempunyai reka bentuk yang minimalis dan praktikal.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium / MDF
  • Kapasiti Berat: 30 kg
  • Saiz: 120 cm (L) × 60 cm (W) x (55 / 60 / 70) cm (H)

Kelebihan:

Berbentuk segi empat tepat
Boleh dilipat
Mudah dipasang dan dibuka semula

Harga: RM79.90-RM 117.98

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. BULLOCK X GPRO-HIKE Outdoor Camping Portable Folding Table

BULLOCK X GPRO HIKE Outdoor Camping Portable Folding Table
Kredit Gambar: Shopee

BULLOCK X GPRO-HIKE Outdoor Camping Portable Folding Table ialah meja perkhemahan yang mudah dipasang kerana ia tidak memerlukan sebarang alatan tambahan semasa pemasangan. Bukan itu sahaja, meja perkhemahan ini juga sangat ringan dan mempunyai ciri kalis air yang menjadikannya tahan lama. Selain itu, meja perkhemahan ini juga bukan sahaja sesuai untuk aktiviti berkhemah, bahkan ia juga sesuai untuk aktiviti berkelah dan aktiviti luar yang lain.

Spesifikasi:

  • Bahan: 7075 aviation aluminium + 1680D waterproof Oxford lattice fabrik tahan lasak
  • Berat: kira-kira 990 g
  • Kapasiti berat: 80 kg-100 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 75 cm x 55 cm x 52 cm

Kelebihan:

Mudah dipasang
Boleh dilipat
Kalis Air

Harga: RM57.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close