8 Mesin Basuh Lipat Terbaik di Malaysia 2024

Mesin basuh merupakan sebuah mesin yang direka untuk membasuh pakaian termasuklah baju, tuala dan cadar. Cucian pakaian secara asasnya memerlukan seseorang untuk menyental serta menggosok pakaian untuk menghilangkan kotoran. Namun, kini dengan perkembangan teknologi segala kotoran boleh dihilangkan dengan hanya menggunakan mesin basuh. 

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah daripada kita tidak mampu untuk mendapatkan mesin basuh yang besar kerana harga yang mahal dan ruangan tempat tinggal yang terhad. Oleh itu, penggunaan mesin basuh boleh lipat ialah antara alternatif untuk mencuci pakaian anda dengan bersih tanpa menggunakan ruang yang besar serta ia dipasarkan pada harga yang berpatutan. Berikut adalah 8 mesin basuh boleh lipat terbaik di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih mesin basuh boleh lipat yang terbaik?

Terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membeli mesin basuh lipat agar ia bersesuaian dengan pilihan dan keperluan anda. Beberapa faktor penting yang perlu anda pertimbangkan ialah saiz, jumlah kuasa dan kapasiti mesin basuh tersebut. 

1. Saiz

Anda perlulah memilih saiz mesin basuh yang berpadanan dengan ruangan tempat tinggal anda agar ia dapat berfungsi dengan baik dan mudah untuk disimpan selepas digunakan.

2. Kuasa

Setiap mesin didatangkan dengan kuasa yang berbeza, bergantung pada jenama dan kapasiti. Oleh itu, anda perlulah memilih mesin basuh dengan kuasa yang bersesuaian dengan kapasiti pakaian anda. 

3. Kapasiti pakaian

Anda perlulah memilih mesin basuh yang boleh menampung jumlah pakaian anda. 

8 Mesin Basuh Boleh Lipat Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Khind Foldable Washing Machine WM08F

Khind Foldable Washing Machine WMF
Kredit gambar: Khind

Khind Foldable Washing Machine WM08F didatangkan dengan reka bentuk yang kecil dan ringan sekaligus menjadikannya sesuai untuk dibawa semasa percutian. Mesin basuh ini dilengkapi dengan butang on dan off bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya. Mesin basuh boleh lipat ini mampu menampung berat pakaian sehingga 0.2 kg.

Spesifikasi:

  • Warna: Merah Jambu 
  • Berat : 2.2 kg
  • Voltan: 100-240 ~ 50/60 Hz
  • Penggunaan Kuasa: 10 W
  • Kapasiti: 0.2 kg
  • Isi padu Paras Air: 4.5 L
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 285 mm x 285 mm x 248 mm

Kelebihan:

Sesuai untuk dibawa ketika melancong
Mudah Alih
Ringan

Harga: RM169.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Moyu 2nd Gen Mini Washing Machine

Moyu nd Gen Mini Washing Machine
Kredit gambar: Shopee

Moyu 2nd Gen Mini Washing Machine mampu mencuci pakaian anda dalam masa yang singkat sekaligus menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai jadual harian yang padat. Mesin basuh ini juga mempunyai penutup kedap udara bagi menghalang sebarang tumpahan daripada berlaku. Selain itu, mesin basuh ini juga dilengkapi dengan hos tersembunyi dan butang sentuh kalis air.

Spesifikasi:

  • Bahan: Silica gel
  • Berat : 2 kg
  • Kuasa: 40 W
  • Voltan: 110-220 V / 50 Hz
  • Kapasiti: 0.8 L
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 292 mm x 292 mm x 288 mm

Kelebihan:

Mencuci pakaian dalam masa yang singkat
Kuasa lekapan yang tinggi
Butang kalis air

Harga: RM299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. HAN RIVER Foldable Washing Machine

HAN RIVER Foldable Washing Machine
Kredit gambar:Shopee

HAN RIVER Foldable Washing Machine ialah mesin basuh mudah alih yang mempunyai roda gelombang ultrasonik yang membantu untuk mencuci pakaian dengan bersih dan pantas. Selain itu, mesin basuh ini mempunyai ciri “ozone sterilisation” yang membantu dalam memastikan pakaian anda bersih tanpa sebarang bakteria. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada silikon dan plastik yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Silikon, Plastik
  • Berat : 2 kg
  • Voltan: 100-240 V / 50/60 Hz
  • Kuasa: 12 v
  • Kapasiti: 7 L
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Roda gelombang ultrasonik
Ciri “Ozone sterilisation”
Bahan tahan lasak

Harga: RM97.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. DAEWOO Folding Washing Machine

DAEWOO Folding Washing Machine
Kredit gambar: Shopee

DAEWOO Folding Washing Machine dibina dengan pulsator 4D bionik yang membantu membersihkan pakaian secara menyeluruh tanpa menyebabkan pakaian anda koyak atau rosak. Selain itu, mesin basuh ini mempunyai sistem Silver ion yang membantu menyingkirkan bakteria dan kotoran degil. Mesin basuh ini juga dilengkapi dengan 3 mod basuhan dan sistem pemasa yang boleh anda laraskan mengikut kehendak anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Bahan PTE
  • Warna: Putih, Ungu
  • Berat : 3 kg
  • Kapasiti Berat: 1 kg / 6 L
  • Berat Disokong: 1 kg
  • Penggunaan Kuasa: 40 W
  • Voltan: 220 V
  • Negara Pengeluar: Korea
  • Saiz: 314 mm x 302 mm x 280 mm

Kelebihan:

Pulsator 4D bionik
Sistem pemasaan efisien
Tiga mod basuhan

Harga: RM479.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Moyu Folding Washing Machine XPB08-F1

Moyu Folding Washing Machine XPB F
Kredit gambar: Shopee

Moyu Folding Washing Machine XPB08-F1 sesuai digunakan semasa anda melakukan aktiviti luar seperti melancong, berkhemah dan banyak lagi ekoran cirinya yang boleh dilipat. Mesin basuh ini juga mempunyai reka bentuk yang kukuh dan mampu menampung berat pakaian sehingga 3 kg. Bukan itu sahaja, mesin basuh ini juga mempunyai ciri pensterilan berganda yang membantu untuk menyingkirkan hama, bakteria dan radiasi ultraungu pada pakaian anda.

Spesifikasi:

  • Warna: Asas, Antibakteria F1S
  • Kapasiti: 0.8 KG
  • Voltan: 220 V / 50 Hz
  • Kuasa: 40 W
  • Berat: Anggaran. 3 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 32 cm x 32 cm x 23 cm

Kelebihan:

Reka bentuk tahan lama dan kukuh
Ciri pensterilan berganda
Butang kalis air

Harga: RM288.00 – RM488.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Soseki Shansi Folding Washing Machine

Soseki Shansi Folding Washing Machine
Kredit gambar: AliExpress

Mesin basuh mudah alih ini boleh dibawa ke mana sahaja ekoran reka bentuknya yang ringan dan padat. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan tahan lasak yang membolehkan anda menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Mesin basuh ini sangat sesuai untuk digunakan pada persekitaran yang sempit atau ketika anda sedang melancong.

Spesifikasi:

  • Warna: Hijau
  • Kuasa: Di bawah 800 W
  • Frekuensi: 50/60 hz
  • Kapasiti: 900 mL dan ke atas
  • Negara Pengeluar: Jepun

Kelebihan:

Tidak mengeluarkan sebarang bunyi
Rotor anti-bakteria
Mudah dibawa ke mana sahaja

Harga: RM499.00

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian

7. Royalstar Folding Washing Machine

Royalstar Folding Washing Machine
Kredit gambar: shopee

Royalstar Folding Washing Machine merupakan mesin basuh mudah alih yang ringkas dan mudah untuk dikendalikan. Selain itu, mesin basuh estetik ini sesuai untuk digunakan ketika mencuci pakaian yang nipis dan kecil seperti pakaian bayi, pakaian dalam, tuala dan stoking. Mesin basuh ini juga dapat menanggalkan kotoran degil serta membasmi kuman dan bakteria daripada pakaian anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik 
  • Warna: Putih, Milk tea, Hijau
  • Voltan: 12 v / 50/60 Hz
  • Kuasa: 25 W
  • Berat: 2.0 kg (GW), 1.6 kg (NW)
  • Kapasiti:5 kg dan ke bawah
  • Masa: 10-20 minit
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 295 mm x 300 mm x 240 mm

Kelebihan:

Menghilangkan kotoran degil
Fungsi keselamatan ‘child lock’
Pemasa boleh laras

Harga: RM158.83 – RM682.09

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. Bear Folding Washing Machine

Bear Folding Washing Machine
Kredit gambar: IDNJV

Bear Folding Washing Machine didatangkan dengan satu tetapan butang sahaja bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya. Mesin basuh ini dilengkapi dengan 3 lapisan pensterilan yang berfungsi untuk menyingkirkan bakteria dan hama pada pakaian anda. Selain itu, mesin basuh ini juga mampu mencuci pakaian dengan pantas serta boleh disimpan dengan mudah selepas digunakan.

Spesifikasi:

  • Warna: Merah Jambu
  • Frekuensi: 50/60 Hz
  • Kuasa: 10 W
  • Berat: 1.8 kg
  • Kapasiti: 4.5 L
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 285 mm x 285 mm x 248 mm (Terbuka), 285 mm x 205 mm x 285 mm (Dilipat)

Kelebihan:

Sistem operasi mudah
Pensterilan “Blue light”
Boleh disimpan dengan kemas selepas digunakan

Harga: RM376.99 – RM 727.22

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close